You are on page 1of 9

LAPORAN TAHUNAN MASJID AS-SOBIRIN BAGI TEMPOH 1 JUN 2011 SEHINGGA 31 MEI 2012

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah, Rabb bagi sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabat Baginda

Syukur kita kehadrat Allah swt di atas kesempatan yang diberiNya bagi membolehkan pembentangan
laporan tahunan Masjid As-Sobirin untuk kali ke 3 bagi sesi tempuh 1 Jun 2011 sehingga 31 Mei 2012.

Setelah kira-kira tiga tahuan barisan Pegawai dan Ajk sesi 2009 - 2012 menjalankan amanah yang
telah diberikan oleh Allah swt serta tanggung jawab yang diberi, kami mengucapkan penghargaan
yang tidak terhingga di atas bantuan dan sokongan serta kerjasama erat yang diberikan oleh ahli
kariah sekelian. Segala kemajuan dan perkembangan syiar Islam di kariah ini khasnya dan di
Negeri Selangor amnya adalah hasil daripada hubungan yang erat dikalangan kita. Kami berasa
syukur kehadrat Allah swt. kerana setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan kesemuanya
mendapat sokongan padu daripada ahli kariah. Kehadiran dalam sesuatu majlis umpamanya
kuliah selepas maghrib, kuliah zohor dan kursus haji bersiri amat membanggakan. Petunjuk-
petunjuk inilah yang memberikan semangat dan perangsang kepada kami untuk lebih berdaya
maju.

PENTADBIRAN

Senarai Pegawai dan Ahli Jawatankuasa bagi tempoh 1 Jun 2010 hingga 31 Mei 2011 adalah seperti
di Jadual 1.

JAWATAN NAMA KETUA BIRO


Nazir Hj. Mohd Amin Bin Hashim
Timbalan Nazir Ust. Kamarulhysham Bin Mohd Suhut Tugas-Tugas Khas
Setiausaha Hj. Mohamad Zaid Bin Johan
Bendahari Hj. Mohiju Bin Kassiman
Penolong Setiausaha Hj. Mohamed Hisham Bin Subahir Infrastruktur, Pembangunan dan Kebersihan
Imam 1 Ust. Osman Bin Daud
Imam 2 Ust. Mohd Yuti Bin Ismail
Imam 3 Ust. Wan Samukti Bin Wan Salim
Ahli Jawatankuasa En. Zabidi Bin Ramli Ekonomi dan Kebajikan
Ahli Jawatankuasa Hj. Ibrahim Bin Karim Tanah Perkuburan
Ahli Jawatankuasa En. Azli Bin Anuar Ceramah, Kuliah dan Forum
Ahli Jawatankuasa Hj. Roslee Bin Ab. Rahman Teknologi Maklumat
Ahli Jawatankuasa Hj Abdullah Baba Pendidikan dan Kursus

1
Ahli Jawatankuasa Hj. Ismail Bin Hamid Keselamatan dan Amar Makruf Nahi Munkar
Ajk Wakil Wanita Hjh. Marsiah Bt. Abd Manan Muslimat
Ajk Wakil Pemuda En. Wan Mohd Tarmizy Bin Wan Hamzah Pemuda, Remaja dan Kanak-Kanak
Bilal 1 En. Hanafiah Bin Abdul Rahman
Bilal 2 Hj. Ayob Bin Samat
Siak 1 Hj. Mohd Isa Bin Abd Rahim
Siak 2 -
Pemeriksa Kira-Kira 1 Hj. Zakaria Bin Ismail
Pemeriksa Kira-Kira 2 Hj. Abdol Rauf Bin Jasman

Jadual 1 : Senarai Pegawai dan AJK Masjid As-Sobirin bagi tempoh 1 Jun 2011 – 31 Mei
2012

Sepanjang tempoh 1 Jun 2011 hingga 31 Mei 2012, sebanyak 9 kali mesyuarat pegawai dan AJK
telah diadakan. Kehadiran mesyuarat pegawai dan AJK diadakan adalah seperti di Jadual 2.

Bil Nama 11.6.11 9.7.11 10.9.11 29.10.11 3.12.11 23.1.12 18.2.12 2.4.12 20.5.12 Jumlah
1 Hj. Mohd Amin Hashim / / / / / / X / / 8/9
2 Ust. Kamalulhysham Mohd Suhut X X X / / X / / / 5/9
3 Hj. Mohamad Zaid Bin Johan / / / / / X / / / 8/9
4 Hj. Mohiju Bin Kassiman / / / / / / / / / 9/9
5 Hj.Mohamed Hisham Bin Subahir / / / / / / / / / 9/9
6 Hj. Ibrahim Bin Karim X / / X / X / / / 6/9
7 Hj Abdullah Baba / / / / X / / / / 8/9
8 Hj. Ismail Bin Hamid / / / / / / / / / 9/9
9 Hj. Roslee Bin Abd. Rahman / / / / / / / / / 9/9
10 Azli Bin Anuar / / / / / / / / / 9/9
11 Zabidi Bin Ramli / X X / X X / / / 5/9
12 W. Mohd Tarmizy Bin W. Hamzah / / / X X / / / / 7/9
13 Hjh. Marsiah Bt. Abd Manan / / / / / / / / / 9/9
14 Ust. Osman Bin Daud X X X X X X / X X 1/9
15 Ust. Mohd Yuti Bin Ismail / / / / X / / / / 8/9
16 Ust. Wan Samokti Bin Wan Salim / X X X X / / X / 4/9
17 Mohamad Hanapiah Bin Abd
Rahman
X X X / / / / / / 6/9
18 Hj. Ayob Bin Samat / X X X / / / / / 6/9
19 Hj. Mohd Isa Bin Abdul Rahim / / / X / / / / / 8/9

Jadual 2 : Kehadiran Mesyuarat Pegawai dan AJK

Masjid telah melantik dua orang setiausaha kerja iaitu En Azli Anuar dan Tn Hj. Mohd Isa Abdul Rahim.
Mereka menjalankan tugas pejabat seperti mengendalikan urusan pejabat, sistem pengurusan fail,
mengatur dan mengendali program yang telah dirancang, membantu mengurus kewangan masjid,
berhubung dengan ahli kariah yang memerlukan perkhidmatan, memantau kerja-kerja pembersihan

2
3
masjid yang dijalankan oleh petugas pembersihan serta lain-lain tugas yang diberi dari semasa ke
semasa.

Alhamdulillah mengikut KPI yang telah yang telah dihantar kepada pihak JAIS secara berkala.
Alhamdulillah masjid As-Sobirin berada ditahap yang sangat baik ( 4 bintang). Hampir semua
maklumat yang dikehendaki dalam borang penilaian KPI tersebut kita penuhi.

AKTIVITI MASJID

i. Kuliah, Ceramah dan Forum

Untuk menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan dan pengislahan masyarakat kuliah-kuliah agama
seperti Kuliah Subuh, Dhuha, Zohor, Asar dan Maghrib serta ceramah dan forum merupakan
aktiviti tunjang masjid dalam mencapai hasrat. Penceramah yang dipilih adalah berdasarkan
kepada kepakaran masing-masing dalam bidang akidah, fiqh, tasawwuf, hadis dan sebagainya.
Kaedah pengajaran/kuliah yang dijalankan adalah menggunakan rujukan atau kitab-kitab yang
terpilih. Penceramah jemputan atas tajuk-tajuk tertentu akan diundang untuk mengisi
program-program tertentu. Jadual kuliah harian dicetak, dipamirkan di papan kenyataan, dipaparkan di
’electronic board‟ serta dimuatkan dalam laman sesawang masjid.

Pada sambutan maulidur rasul 1432H masjid dan surau-surau telah mengadakan perarakan sejauh
kira-kira 3km bermula dari Masjid dan berakhir di padang berhampiran Surau At-Takwa.

ii. Teknologi Maklumat

Dalam perkembangan dunia IT, masjid As-Sobirin juga tidak terlepas dalam menggunakan media maya
dalam menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan Islam dan aktiviti-aktiviti semasa di masjid ini.
Melalui infoblast TM, sistem pesanan ringkas (sms) dapat dihantar secara berkelompok.
Edaran cetakan, jadual kuliah, aktiviti masjid, kuliah audio visual (u-tube) boleh didapati
melalui laman sesawang masjid iaitu www.masjidassobirin.com. Kelajuan capaian ke internet
telah dipertingkatkan dengan menggunakan UNIFI/TM dari STREAMYX/TM. Ahli kariah yang
berkelapangan dan mempunyai peralatan komputer (notebook, handphone) dan ingin melayari
Internet / Wi-Fi boleh mendapatkan katalaluan dari pejabat masjid.

Laman sesawang yang menarik ini dikemaskini secara kerap supaya maklumat yang dimuatkan adalah
yang kemaskini.

4
iii. Ihya’ Ramadhan

Berbagai aktiviti dan program untuk menghidupkan Ramadhan (Ihya‟ Ramadhan) telah dijalankan
sepanjang bulan Ramadhan 1432H. Malam-malam Ramadhan telah diisi dengan solat tarawih 20
rakaat, tazkirah ringkas serta tadarus al-Qur‟an. Iftar jamaie dianjurkan setiap hari. Sepanjang 10 hari
terakhir bulan Ramadhan, masjid ini dibuka bagi membolehkan orang ramai ber‟iktikaf serta
berqiamullail yang dipimpin oleh ustaz yang dipilih. Makanan untuk bersahur disediakan
disepanjang 10 malam terakhir tersebut. Selain daripada itu ceramah khas seperti sempena Nuzul al-
Qur‟an, kuliah zohor hari Sabtu dan Ahad diadakan sepanjang bulan Ramadhan.

iv. Pemuda, Remaja, Kanak-kanak

Golongan kanak-kanak dan remaja adalah menjadi benteng harapan kepada ummah. Pengurusan
masjid melihat golongan kanak-kanak dan remaja perlu didampingi, dibelai, diberikan tunjuk ajar
dan disantuni. Program cuti sekolah seperti smart solat diadakan untuk membimbing
golongan ini. Semasa Ramadhan 1432H, seramai lebih kurang 100 orang kanak-kanak dan remaja
dipimpin dalam tadarus selepas solat tarawih. Disamping itu remaja dan kanak-kanak ini sentiasa
didampingi dan digalakkan untuk datang ke masjid. Pihak masjid menyarankan kepada semua ahli
jamaah masjid ini supay dapat menegur dan membimbing mereka ini.

Berikut disenaraikan antara program-program lain yang dilaksanakan sepanjang tempoh setahun ini.

Bil Nama program Tarikh Tempat

Mengadakan program Tadarus remaja


1 Ramadhan 1432H Masjid As-Sobirin
sempena program ihya‟ Ramadhan
Mengadakan motivasi “Persiapan Rohani
2 SPM 2011- Suatu Bimbingan Rohani Pra 16 Oktober 2011 Masjid As-Sobirin
&Pasca SPM”
Mengadakan Kem Remaja Islam Selangor
2011 anjuran bersama Kelab Belia Amal 23, 24 & 25 Disember Kem Isi Rimba, Kemensah
3 Gombak yang dikenali dengan KRIS‟11 2011
untuk anak-anak kariah sempena cuti
persekolahan hujung tahun.
Mengadakan program riadhah “Kembara
Mengenal Pencipta- Bukit Tabur Hiking 24 Mac 2011 Bukit Tabur, Taman
4 Adventures 2012” anjuran bersama Kelab Melawati
Belia Amal & Kelab Belia Masjid Gombak ke
Bukit Tabur Taman Melawati
Mengadakan Kem Smart Solat 2012 dengan
5 bimbingan Imam Muda Amiril sempena 31 Mei 2011 Masjid As-Sobirin
cuti pertengahan persekolahan

5
v. Qurban dan Aqiqah

Program Qurban dan aqiqah merupakan program tahunan di masjid ini. Pada Eidul Adha 1432
Hijrah sembelihan qurban telah dilakukan pada hariraya kedua iaitu pada 7 November 2011 disebabkan
oleh masalah masa dan logistik. Sebanyak 20 ekor lembu dan 3 ekor kambing telah
diqurbankan/disembelih.

vi. Kursus Asas Haji Bersiri

Kursus Asas Haji Bersiri (KAHB) telah diadakan di Masjid As-Sobirin pada setiap hari Ahad, mulai jam
9.00 pagi, selama 17 minggu berturut-turut bermula dari Februari 2011. Kursus Asas Haji Bersiri ini
adalah anjuran bersama Masjid As-Sobirin dengan Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan.
Seramai kira-kira 400 orang peserta telah menghadiri Kursus Asas Haji Bersiri kali ini, Kursus ini
dipimpinan oleh Ustaz Drs. Sapawi Che Mat.

vii. Infrastruktur, Pembangunan dan Kebersihan

Infrastruktur, pembangunan dan kebersihan di Masjid dan persekitarannya perlu dijaga dan diberikan
perhatian kerana ianya akan memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pengunjung dan mereka
yang beribadah didalamnya. Beberapa sesi gotong royong membersihkan persekitaran dan dalaman
masjid telah dijalankan bagi tempoh Jun 2011 hingga Mei 2012 seperti membersihkan
kawasan persekitaran masjid. Infrastruktur masjid secara amnya tidak banyak diubah di mana tumpuan
banyak diberikan untuk keselesaan para jemaah beribadah.

Diantara kerja-kerja yang telah dilakukan ialah:

i. Mengubahsuai tempat solat muslimat, kolah takungan air telah dibuang untuk dijadikan ruang
solat. Tempat wuduk yang lebih selesa dan tertutup telah dibina di bahagian belakang
ruang solat muslimat.
ii. Memasang bumbung tempat letak motosikal.
iii. Memasang bumbung pada tempat wuduk di luar masjid.
iv. Menukar pintu masjid kepada jenis „sliding‟
Pihak masjid merancang untuk membuat ubah suai dimana kawasan tandas sedia ada akan dijadikan
bilik kuliah/mesyuarat/perjumpaan. Ruang tandas/bilik air akan dipindahkan ke belakang berhampiran
tapak permainan. Anggaran kos pembinaan ini ialah RM 150 ribu.

viii. Muslimat

Diantara aktiviti yang telah dijalankan oleh Biro Muslimat ialah:

6
BIL TARIKH AKTIVITI

1 28 Ogos 2011 (Ahad) Bergabung program dengan masjid-masjid kawasan Hulu Kelang iaitu iaitu
28 Ramadhan 1432H Masjid Al-Ridhuan, Masjid Al-Hidayah dan Masjid Al-Mardhiyah, mengadakan
program seperti solat sunat dhuha, tasbih, hajat dan tadarus Al-Quraan.
Seramai 250 orang telah mengambil bahagian

2. 5 Feb 2012 (Ahad) Pada hari keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W) muslimat Masjid As-Sobirin
12 Rabiulawal 1433H telah mengambil bahagian dalam perarakan bersama-sama dengan surau-
surau di bawah Masjid As-Sobirin iaitu Surau Al-Falah, Surau Mustaqim, Surau
At-Taqwa & Surau Taman Permata. Seramai 60 orang muslimat telah
mengambil bahagian.

3. 12 Feb 2012 (Ahad) Muslimat Masjid As-Sobiriin telah mengadakan Ceramah Maulidul Rasul
19 Rabiulawal 1433H oleh Ustaz Kamal Ashaari yang bertajuk „ Rasulullah S.A.W. Qudwah
Sepanjang Zaman‟ Kehadiran seramai 200 orang muslimat.

4. 17 Mac 2012 (Sabtu) Seramai 20 orang muslimat Masjid As-Sobirin telah menghadiri Kursus
24 Rabiulakhir 1433H Pembangunan Modal Insan (S.P.I.E.S.) yang telah di adakan di Masjid Al-
Mardhiyah, Fasa 5, Jalan Taman Melawati, Taman Melawati.

5. 19 – 20 Mac 2012 Biro Muslimat telah menghantar 2 orang muslimat untuk menyertai kursus
(Isnin – Selasa) Kemantapan Muslimah Masjid di Institut Latihan dan Dakwah, Sabak Bernam..
26 – 27 Rabiulakhir 1433H

6. 14 April 2012 (Sabtu) Biro Muslimat Masjid As-Sobirin telah mengadakan Kursus Jenazah yang di
22 Jamadiakhir 1433H hadiri oleh 33 orang peserta.

7. 13 Mei 2012 (Ahad) Biro Muslimat telah menghantar seramai 50 orang muslimat ke Jemputan
21 Rejab 1433H Meraikan Sambutan Hari Ibu 2012 Peringkat Hulu Kelang di Dewan MPAJ
AU2, Taman Keramat.

ix. Tanah Perkuburan

Biro Perkuburan ditubuhkan untuk membantu mengelolakan urusan-urusan jenazah ahli kariah Masjid
As-Sobirin, dan menguruskan Tanah Perkuburan Lembah Keramat di AU 4 dan disertai oleh wakil-
wakil dari Surau-Surau Kariah dan Masjid Al Khairiah AU 3.
Kadar bayaran bagi urusan jenazah di Masjid As-Sobirin ialah RM 500.00 bagi jenazah dewasa, dan
RM 250.00 bagi jenazah kanak-kanak. Bagi surau-surau dan Masjid Al-Khairiah pula ialah RM400.00
bagi jenazah dewasa dan RM200.00 bagi kanak-kanak.

7
Kawasan Tanah Perkuboran ini sentiasa dibersihkan dan rumput dipotong setiap bulan supaya ianya
kelihatan kemas dan mudah bagi sanak saudara untuk menziarahi pusara ahli keluarga mereka.

Sepanjang tempoh Jun 2011 hingga MeI 2012, sebanyak 90 jenazah dewasa dan 20 jenazah
kanak-kanak telah disemadikan di tanah perkuburan ini.

x. Keselamatan dan Amar Makruf Nahi Mungkar

Pihak masjid tidak terlepas daripada tanggungjawab menjalankan amar makruf serta mencegah
kemungkaran di dalam Kariah Masjid As-Sobirin. Pegawai masjid iaitu nazir, siak dan bilal telah diberi
kad kuasa oleh pihak JAIS untuk membuat pemeriksaan dan tangkapan jika ada perlakuan maksiat
dalam sesuatu premis seperti khalwat dan sebagainya. Tugas ini dilakukan dengan bantuan dan
kerjasama daripada pihak polis dan pihak JAIS.
Beberapa kejadian memecah masuk ke dalam masjid telah berlaku. Diantara barangan yang telah
hilang ialah dua unit tv plasma.

xi. Biro Tugas-Tugas Khas

Diantara aktiviti yang telah disempurnakan oleh Biro ini ialah:

i. Menjawab semua persoalan dan kemusykilan yang diajukan dalam sesawang masjid.

ii. Mengurus program tuisyen anak-anak yatim di bawah kariah masjid.

iii. Membanci dan mengemaskini data fakir miskin dan orang kurang upaya di bawah kariah
masjid.

iv. Membanci dan mengemaskini data anak-anak yatim kariah.

v. Menyediakan kertas kerja dasar bagi program-program masjid seperti Ihya‟


Ramadhan,Kursus Haji Bersiri,Forum Perdana,Kem Remaja,Smart Solat,Tahsinul Quran,
Motivasi Keluarga Sakinah “AnakKu SyurgaKu” dan lain-lain.

vi. Menyediakan Kelas Fardu Ain bagi orang dewasa dan remaja di Wangsa Melawati secara
percuma.

vii. Menyelia dan membantu biro-biro lain dalam menjayakan program-program yang
telah dirancang.

ix. Menyelaras jadual imam dan khatib Jumaat sepanjang minggu.

8
Penutup

Pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli
kariah yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program dan
aktiviti masjid selama setahun yang lepas dengan harapan agar sokongan dan kerjasama ini akan
diteruskan dimasa-masa hadapan. Sesungguhnya sumbangan idea, masa, wang ringgit, tenaga dan lain-
lain lagi yang dicurahkan oleh ahli kariah dan pengunjung masjid merupakan penggerak
kepada semua program yang dijalankan oleh pihak masjid. Kami mendoakan semoga segala
sumbangan tenaga, wang ringgit dan sebagainya akan dikira oleh Allah swt sebagai amal yang soleh.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Hj. Mohamad Zaid Johan Hj. Mohd Amin Hashim


Setiausaha Nazir

You might also like