You are on page 1of 7

MASJID ABDUL RAHMAN BIN AUF

KERTAS KERJA

PERMOHONAN
VAN JENAZAH

1
KERTAS KERJA VAN JENAZAH
MASJID ABDUL RAHMAN BIN AUF
58200 JALAN KLANG LAMA, KUALA LUMPUR

1. Tujuan kertas Kerja.

Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan


sebuah van jenazah samada dari syarikat - syarikat korporat, badan - badan kebajikan,
NGO, badan - badan berkanun atau badan – badan swasta dan lain – lain yang
budiman.

2. Objektif

2.1. Memberikan perkhidmatan pengurusan jenazah yang lengkap hingga selesai


(secara pakej) kepada ahli - ahli qariah masjid dan masyarakat sekitarnya.
Proses ini bermula dari proses memandi, mengapan, menyembahyang,
membawa jenazah ke kubur dan mengkebumikannya.

2.2. Menjaga kebajikan ahli qariah dan masyarakat sekitarnya apabila ada
kematian dengan memberikan bantuan segera kepada mereka tak kira di
mana kematian berlaku samada di rumah atau di hospital atau bila-bila masa
ia berlaku samada siang atau malam. Keluarga simati tidak perlu bersusah
payah mencari orang untuk pengurusan jenazah. Mereka hanya perlu
memaklumkan kepada pihak masjid dan segala urusan pengurusan jenazah
selepas itu akan diuruskan oleh pihak masjid sehingga selesai.

2.3. Memperluaskan fungsi masjid kepada masyarakat dari berfungsi hanya


sebagai sebuah pusat ibadat kepada pusat yang memberikan pelbagai
khidmat masyarakat.

2
2.4. Program ini akan mengeratkan lagi hubungan antara pihak masjid dengan
ahli - ahli qariah khasnya dan masyarakat sekitar amnya.
3. Latar Belakang masjid.

3.1. Kedudukan :
Masjid Abdul Rahman Bin Auf merupakan sebuah masjid yang diketegorikan sebagai
masjid mukim. Ianya terletak di batu 6 Jalan Klang Lama,16 KM daripada Pusat Bandar
Kuala Lumpur. Kedudukannya yang strategik terletak di tengah-tengah jalan Klang
Lama.

3.2. Pengurusan & Pentadbiran


Imam Tua :
Imam Muda :
Bilal :

Masjid Abdul Rahman Bin Auf terletak di bawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan dan sebuah Jawatan kuasa telah dibentuk untuk mentadbir masjid.
Beberapa Jawatankuasa Kecil pelaksana telah dibentuk oleh Jawatan kuasa bagi
melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran masjid.

Antaranya ;
- Biro Pelajaran & Dakwah
- Biro Pembangunan, Kebersihan dan Keceriaan
- Biro Kebajikan Dan Hal Ehwal Mukim - Biro Pembangunan Belia
Dan Wanita
- Biro Ekonomi
- Biro Sambutan Dan Keceriaan

3.3. Ahli qariah

3
Ahli kariah Masjid Abdul Rahman Bin Auf ramai kerana penduduk setempat di sekitar
Masjid yang terdiri daripada penduduk tempatan dan penduduk luar yang datang
membeli rumah di kawasan perumahan sekitar masjid
• kawasan Apartmen dan beberapa buah taman perumahan lain.

3.4. Aktiviti Mengimarahkan Masjid.

Aktiviti mengimarah masjid mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada


penduduk setempat dan dari luar. Di antara aktiviti-aktiviti yang disediakan meliputi
kuliah magrib harian, kuliah subuh pada setiap pagi hari minggu, sambutan hari-hari
kebesaran dalam Islam, Forum, Kursus Haji, program sepanjang Bulan Ramadhan dan
lain – lain.

4. Kemudahan Pengurusan Jenazah.

Pihak Masjid telah menyediakan kemudahan pengurusan jenazah seperti palung


dan hos memandi, bahan untuk memandi dan kain kafan jenazah. Malangnya pihak
kami kami tidak memiliki kemudahan van jenazah. Sekarang ini, apabila berlaku
kematian kebiasaanya kami mendapatkan khidmat van jenazah dari Masjid At Tarmizi,
Masjid Abu Bakar Assiddiq, Badan-badan Ngo dan sekitarnya.
Adakalanya berlaku pertembungan, van jenazah yang hendak dipinjam telah
digunakan oleh pihak lain atau mengalami kerosakan. Maka kami terpaksa
menggunakan alternatif lain seperti menggunakan lori kecil. Keadaan ini telah
menimbulkan rasa kurang senang dari kalangan ahli keluarga simati. Oleh itu kami
merayu kepada semua untuk membantu kami untuk mendapatkan van jenazah bagi
membolehkan kami memberikan khidmat yang terbaik kepada ahli qariah dan
masyarakat sekitar.

5. Spesifikasi Van Jenazah.

5.1 Sebuah van (Jenama /model terpulang kepada penderma).

4
5.2 Van yang telah di ubah suai dalaman ( tempat duduk untuk pengiring, tempat
meletakkan jenazah, keranda / pengusung ).
5.3 Cat beserta dengan tulisan pada badan van sesuai dengan sebuah van
jenazah (nama pihak penderma, nama van jenazah dan ayat – ayat Al
Quran).

6. Rancangan Operasi.

6.1 Pengurusan / penyelenggaraan Van Jenazah diuruskan oleh Biro Kebajikan


Dan Hal Ehwal penduduk.
6.2 Tugas memandu Van akan dilaksanakan oleh seorang pembantu pada bilal
dan siak yang telah dilantik oleh jawatankuasa Induk masjid dan diberi
saguhati bulanan.
6.3 Perhidmatan van jenazah ini akan dikenakan sedikit bayaran yang ditentukan
oleh pihak pengurusan masjid bagi membiayai minyak dan penyelengaraan
van.

7. Penutup.

Akhir kata, kami AJK Masjid Abdul Rahman Bin Auf dengan penuh takzimnya
menyeru pihak tuan agar sama-sama membantu kami untuk mendapatkan sebuah van
jenazah bagi kegunaan ahli – ahli qariah dan penduduk sekitarnya. Semoga segala
usaha dan ikhtiar kita untuk merealisasikan harapan ahli–ahli kariah dan penduduk
sekitar Masjid Abdul Rahman Bin Auf bagi mendapatkan sebuah van jenazah ini
diberkati dan dianugerahkan pahala berganda-ganda. In sya allah.

Sekian, Terima Kasih. Wassalam.

“BERSAMA MENCARI KEREDHAAN ALLAH”

5
Disediakan oleh;

……………………………………………
(MOHD REDZUAN BIN MOHD SANUSI)
Setiausaha,
Masjid Abdul Rahman Bin Auf 58200
Kuala Lumpur

# Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila hubungi ;


Imam Muda :
Setiausaha :
Bendahari :

Derma boleh disalurkan ke akaun BANK MAYBANK Masjid Abdul Rahman Bin Auf
no:

6
7

You might also like