You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PERMOHONAN VAN
JENAZAH

MASJID AL-MUQARRABIN
01000 KANGAR, PERLIS.

DISEDIAKAN OLEH:
JAWATANKUASA MASJID AL-MUQARRABIN, PERLIS

KEPADA:
BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD
(CAWANGAN KANGAR)
KERTAS KERJA PERMOHONAN VAN JENAZAH 2

1. TUJUAN KERTAS KERJA


Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan sebuah van
jenazah samada dari syarikat - syarikat korperat, badan - badan kebajikan, NGO, badan
- badan berkanun atau badan – badan swasta dan lain – lain yang budiman.

2. OBJEKTIF
2.1. Memberikan perkhidmatan pengurusan jenazah yang lengkap hingga selesai
(secara pakej) kepada ahli - ahli qariah masjid dan masyarakat sekitarnya. Proses ini
bermula dari proses memandi, mengapan, menyembahyang, membawa jenazah ke
kubur dan
mengkebumikannya.
2.2. Menjaga kebajikan ahli qariah dan masyarakat sekitarnya apabila ada kematian
dengan memberikan bantuan segera kepada mereka tak kira dimana kematian berlaku
samada di rumah atau di hospital atau bila masa ia berlaku samada siang atau malam.
Keluarga simati tidak perlu bersusah payah mencari orang untuk pengurusan jenazah.
Mereka hanya perlu memaklumkan kepada pihak masjid dan segala urusan
pengurusan jenazah selepas itu akan diuruskan oleh pihak masjid sehingga selesai.
2.3. Memperluaskan fungsi masjid kepada masyarakat dari berfungsi hanya sebagai
sebuah pusat ibadat kepada pusat yang memberikan pelbagai khidmat masyarakat.
2.4 Program ini akan mengeratkan lagi hubungan antara pihak masjid dengan ahli - ahli
qariah khasnya dan masyarakat sekitar amnya.
3. Latar Belakang masjid.
3.1. Kedudukan :Ianya terletak lebih kurang 2 KM daripada Bandar Kangar, Hospital
Tuanku Fauziah. Kedudukannya yang strategik terletak di pinggir Kawasan Kangar
yang sedang pesat membangun, menyebabkan ia mempunyai kapasiti penduduk yang
agak padat.

3.2. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


Imam 1: Ustaz Mohd. Saipudin bin Hasan
Imam 2 : Ustaz Zawaria bin Ahmad
Bilal 1 : Hj. Ku Ahmad Bin Ku Abdullah
Bilal 2 : Hj.
Siak 1 : En. Che Su Bin Mat Ali
Siak 2 : Tn. Haji Mahmud Bin bin Kasim@Sekaran
Masjid Al-Muqarrabin terletak di bawah seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Negeri Perlis (MAIPs) dan sebuah Jawatan kuasa Induk telah dilantik oleh MAIPs.
Beberapa Jawatankuasa Kecil pelaksana telah dibentuk oleh Jawatan kuasa Induk bagi
melicinkan lagi pengurusan dan pentadbiran masjid. Antaranya ;
• JK Ekonomi & Kebajikan
• JK Dakwah & Kemasyarakatan
• JK Hal Ehwal Wanita
• JK ICT & Siaraya
KERTAS KERJA PERMOHONAN VAN JENAZAH 3

3.3. AHLI KARIAH


Ahli kariah Masjid Al-Muqarrabin ramai kerana penduduk setempat di sekitar Masjid
yang terdiri daripada penduduk tempatan dan penduduk luar yang datang bekerja di sini
samada di jabatan kerajaan atau swasta. Mereka ini datang samada dari seluruh negeri
Perlis dan luar Perlis. Antara kawasan petempatan penduduk yang padat ialah ;
• Taman Bukit Kayangan, Taman Bukit Kayangan (Baru), Taman Dato Jaafar, Taman
Mas Empiang,Taman Utama Indah dll.
• Di sekitar masjid terdapat institusi pengajian seperti Sekolah Kebangsaan dan
beberapa buah pusat pengajian swasta.

3.4. AKTIVITI MASJID


Aktiviti mengimarah masjid mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada
penduduk setempat dan dari luar. Diantara aktiviti-aktiviti yang disediakan meliputi
kuliah magrib harian, kuliah subuh pada setiap pagi hari minggu, sambutan hari-hari
kebesaran dalam Islam, Forum, Kursus Haji, program sepanjang Bulan Ramadhan dan
lain – lain.

4. KEMUDAHAN PENGURUSAN JENAZAH


Pihak Masjid telah menyediakan kemudahan pengurusan jenazah seperti palung dan
hose memandi, bahan untuk memandi dan kain kafan jenazah namun Van Jenazah
yang dimiliki telah uzur dan sering mengalami kerosakan. Oleh itu kami memohon jasa
baik pihak tuan untuk bantuan van jenazah bagi membolehkan pihak masjid
memberikan khidmat yang terbaik kepada ahli qariah dan masyarakat sekitar.

5. SPESIFIKASI VAN
5.1 Sebuah van (Jenama /model terpulang kepada penderma).
5.2 Van yang telah di ubah suai dalaman ( tempat duduk untuk pengiring, tempat
meletakkan jenazah, keranda / pengusung ).
5.3 Cat beserta dengan tulisan pada badan van sesuai dengan sebuah van jenazah (
nama pihak penderma, nama van jenazah dan ayat – ayat Al Quran ).
6. Rancangan Operasi.
6.1 Pengurusan / penyelenggaraan Van Jenazah diuruskan oleh Jawatankuasa masjid.
6.2. Tugas memandu Van akan dilaksanakan oleh seorang pembantu pada bilal dan
siak yang telah dilantik oleh jawatankuasa Induk masjid.
6.3. Perhidmatan van jenazah ini akan dikenakan sedikit bayaran yang ditentukan oleh
pihak pengurusan masjid bagi membiayai minyak dan penyelenggaraan van.
KERTAS KERJA PERMOHONAN VAN JENAZAH 4

6. PENUTUP
Kami Jawatankuasa Masjid Al-Muqarrabin, Kangar Perlis sangat-sangat mengharapkan
pihak Bank Kerjasama Rakyat dapat mempertimbangkan dengan sewajarnya
permohonan van jenazah ini bagi membantu kami memberikan khidmat terbaik kepada
masyarakat sesuai dengan saranan Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2 yang
bermaksud:
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
permusuhan.”

Semoga segala usaha ini diberkati diberkati Allah SWT. Terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ……………………………………
(ABD. RAZAK BIN KHALID) (MOHD. SAIPUDIN B. HASAN)
Setiausaha, Pengerusi,
Masjid Al-Muqarrabin. Masjid Al-Muqarrabin

Sebarang pertanyaan sila hubungi ;


Pengerusi : Ustaz Mohd. Saipudin Bin Hassan: 019-5702468
Setiausaha : En. Abdul Razak Bin Khalid : 013-4288728
Bendahari : Tuan Haji Abidin bin Ahmad- 019-4548457
Sebarang Derma boleh disalurkan ke akaun Bank Rakyat Masjid Al-Muqarrabin di no
akaun :

You might also like