You are on page 1of 2

Assalamualaikum , Salam perpaduan dan salam satu malaysia , Pertama kali ucapan syukur kepada Allah SWT , diatas

rahmat dan izinya, kita bertemu di dunia tanpa sempadan. Dengan Laman web ini, setapak lagi kemajuan di dalam Kawasan Rukun Tetangga Sri Gading, memberi ruang antara ahli atau rakan-rakan di tempat lain agar dapat berkongsi pengalaman dan mengenali kami dengan lebih rapat , disamping melaksanakan program dan aktiviti mewujudkan semangat perpaduan, usaha ke arah menyebarkan pengetahuan dan maklumat demi mencapai kesepakatan dan kemuafakatan yang kita harapkan. Saya juga merakam , setinggi-tinggi penghargaan kepada En Ishak Bin Haji Ibrahim , Pemangku Pegawai Perpaduan Dan Intergrasi Nasional Daerah Batu Pahat di atas kesudian melancarkan laman web ini , pada 10hb. Jun 2009 . Di atas kesedaran dan keperihatinan secara menyeluruh tanpa mengabaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kejiranan dan kemasyarakatan, maka lahirlah KRT Sri Gading sebagai wadah untuk mewujudkan Perpaduan merupakan pemangkin di zaman yang serba moden canggih. Dan saya mengharapkan kerjasama dari semua ahli bersama-sama mengembeling tenaga, idea dan masa, mudah-mudahan semoga seiring dengan Kawasan Rukun Tetangga yang telah berjaya . Akhir kata , ribuan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Dan Intergerasi Nasional Khasnya Daerah Batu Pahat yang banyak membantu KRT Sri Gading , PDRM khasnya Ketua Balai dan anggota Balai polis Sri Gading yang sentiasa memberi kerjasama dan panduan , Ketua kampung Sri Gading , Ahli-ahli Jawatankuasa seluruh warga penduduk Taman Perumahan, Taman Gading Jaya, Taman Pertama, Taman Sri Mutiara dan Taman Sri Gading serta penduduk Kampung Sri Gading yang membantu dan acapkali memberi sokongan yang padu demi perpaduan dan keharmonian, permastautin Kawasan Rukun Tetangga Sri Gading .

MEMBUDAYAKAN PERPADUAN , MERAIKAN KEPELBAGAIAN SALAM PERPADUAN DAN SALAM SATU MALAYSIA
Jaafar Bin Sami Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Sri Gading 013-7209171

You might also like