You are on page 1of 4

Persiaran Nusari 2, 71950 Bandar Sri Tel: 013-6176624/0137705743(SU)

Sendayan, Negeri Sembilan Darul Khusus : http://bit.ly/2ODCI48


_______________________________________________________________________________________________

Ruj. Kami: MSHA/Pent01/002 ( )


Tarikh: 11 Februari 2021

Kepada,

YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli


Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Tingkat 2
Karung Berkunci No. 30
Jalan Dato’ Hamzah
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

YBhg Dato’

MOHON KEBENARAN PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT MASJID SHEIKH HJ AHMAD,


BANDAR SRI SENDAYAN SEBAGAI PUSAT INTERNET BAGI KEMUDAHAN ANAK KARIAH
UNTUK PROSES PDPR SEKOLAH.

Dengan segala hormat dan ta’zimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman YBhg. Dato’, bahawa pihak pentadbiran Masjid Sheikh Hj


Ahmad telah memutuskan untuk memberi kebenaran penggunan internet masjid yang
berkelajuan tinggi untuk membantu anak-anak kariah terutama golongan B40 yang
memerlukan penggunaan internet untuk proses PDPR.

3 Sehubungan dengan itu pihak masjid memohon kebenaran daripada pihak


YBhg Dato’ agar pelaksanaan ini boleh di teruskan dengan kawalan dan SOP yang amat
ketat . Pihak Masjid juga telah memikirkan kaedah terbaik agar pelaksanaannya itu tidak
melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pihak pentadbiran masjid telah
memutuskan untuk menggunakan bilik mesyuarat masjid (rujuk lampiran), sebagai lokasi
untuk anak-anak kariah mendapatkan signal internet dan sekali gus melaksanakan
pembelajaran secara online bersama guru-guru mereka.

…/2
4. Pihak masjid bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku pelanggaran SOP
yang telah ditetapkan. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato’, saya dahului dengan ucapan
terima kasih

Sekian.

s.k Pegawai Agama Islam Daerah


Pejabat Agama Islam Daerah Seremban
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
LAMPIRAN

You might also like