You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat – Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama

Kelab Pengguna Sena Jaya Perlis 2020

Tarikh : 27 Disember 2020 (Ahad)


Masa : 4.00 petang
Tempat : Ruang Seminar, Pusat Khidmat Rakyat DUN Sena

Jumlah Kehadiran : 8 orang ahli


Jumlah Yang Layak Hadir : 8 orang ahli

1.0 Perlantikan Pengerusi Mesyuarat dan pencatat minit


 Nuraziemah Anuar Basri mencadangkan agar saudara Kamal Bashah Abu Samah
sebagai pengerusi mesyuarat dan disokong sebulat suara.
 Norhamizan mencadangkan agar Nuraziemah sebagai pencatat minit dan disokong
sebulat suara.

2.0 Ucapan Pengerusi Mesyuarat


Kamal Bashah mengucapkan terima kasih atas pemilih beliau sebagai pengerusi mesyuarat dan
mengalu-alukan kehadiran semua Jawatankuasa dan ahli dalam mesyuarat ini.

3.0 Ucapan Aluan Pengerusi KPSJ


 Kamal Bashah mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua pada
petang ini. Dalam mesyuarat agung kali pertama ini, Kamal Bashah menerangkan
berkenaan sejarah tertubuhnya Kelab Pengguna Sena Jaya yang bermula pada 11
September 2020.
 Beliau turut mengucapkan ucapan selamat bermesyuarat kepada semua jawatankuasa
dan ahli yang hadir pada petang yang mulia ini.

4.0 Perbentangan Laporan Aktiviti KPSJ 2020


 Nuraziemah selaku Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan KSR Sena Jaya bagi
tahun 2020
 Pencadang: Amran Rodi
 Penyokong: Vanida Mansanga
 Keputusan: Mesyuarat dengan sebulat suara mengesahkan dan meluluskan minit yang
dibentangkan oleh Nuraziemah
5.0 Perbentangan Laporan Kewangan KPSJ 2020
 Che Ali selaku Bendahari membentangkan Laporan Kewangan KPSJ bagi tahun 2020

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN


Butiran Amaun (RM) Butiran Amaun (RM)
PENDAPATAN PERBELANJAAN
Yuran Kemasukan 24.00 Alatan Tulis 5.00
16.00
JUMLAH PENDAPATAN (A) 40.00 JUMLAH PERBELANJAAN (B) 5.00

TUNAI DI TANGAN (C) 0.00


TUNAI DI BANK (D) 35.00
LEBIHAN / (KEKURANGAN) (A)-(B)-(C)-(D) 0.00

 Pencadang: Kamal Bashah


 Penyokong: Sukhminder Singh
 Keputusan: Mesyuarat dengan sebulat suara mengesahkan dan meluluskan laporan
kewangan yang dibentangkan oleh Che Ali

6.0 Perbahasan Cadangan dan Usul


Tiada usul dikemukakan oleh ahli KPSJ.

7.0 Perlantikan Seorang Juruaudit


 Perlantikan Amar Abd Jalil sebagai Juruaudit KPSJ
 Pencadang: Nuraziemah
 Penyokong: Sukhminder Singh
 Keputusan: Mesyuarat dengan sebulat suara menyokong perlantikan ini.

8.0 Pemilihan Jawatankuasa KSR Sena Jaya 2020-2021


Ahli sebulat suara menyatakan bahawa jawatankuasa yang sediaada dikekalkan bagi menerajui
kepimpinan KPSJ.

9.0 Ucapan Penangguhan Pengerusi KPSJ


Kamal Bashah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pada hadiran yang memberi
kepecayaan kepada beliau sekali lagi memegang jawatan sebagai pengerusi KPSJ bagi tahun
2021-2022 dan mengharapkan agar aktiviti KPSJ yang dirancang pada 2021/2022 dapat
dijalankan dengan jayanya dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada AJK serta ahli KPSJ.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang


Disediakan oleh: Disahkan oleh:

______________________ ______________________
Nuraziemah Anuar Basri Kamal Bashah Abu Samah
Setiausaha Pengerusi

You might also like