You are on page 1of 6

KELAB BOLASEPAK

CANDY UNITED
MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI PERTAMA 2020
Tarikh : 31 MEI 2020 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Tingkat Atas, Restoran Nasi Kandar Nasmir, Sg. Bakap

Kehadiran : 17/21 orang Ahli (sila rujuk lampiran 1)

AGENDA 1 – UCAPAN ALUAN SETIAUSAHA

1.1. Bersyukur kepada tuhan kerana diberikan kesempatan untuk mengendalikan majlis.

1.2. Mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

1.3. Beliau memohon maaf kerana tarikh asal mesyuarat agung pada 22 Mac 2020 terpaksa
ditunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana penyakit Covid-19. Beliau juga
berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua
yang hadir.

AGENDA 2 – UCAPAN PENGERUSI

2.1. Mengalu-alukan kehadiran semua ahli yang hadir untuk menjayakan persatuan ini.
Beliau juga berharap akan dapat sokongan yang berterusan bagi mencapai hasrat persatuan.

2.2. Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir walaupun masih dalam Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dapat jua bersama menjayakan mesyuarat agong
persatuan kali ini.

2.3. Beliau menyatakatan bahawa selama hampir setahun memegang tampuk pimpinan
banyak perubahan telah berlaku dalam persatuan, beliau juga mengucapkan syabas kepada
semua ahli atas kerjasama terhadap semua program yang dijalankan.
2.4. Pengerusi memohon maaf di atas kelewatan mengadakan mesyuarat agong kali ini
kerana masalah yang tidak dapat dielakkan iaitu masalah penyakit Covid-19 yang melanda
Negara kita dan seluruh dunia menyababkan banyak perkara tergendala.

2.5. Di atas komitmen dan kerjasama semua ahli jawatankuasa, persatuan memberikan
cenderamata kepada semua yang hadir atas kemampuan yang termampu oleh pihak persatuan.

2.6. Pengerusi memohon agar kerjasama dan komitmen semua ahli dapat dikekalkan.

2.7. Ahli biasa dan ahli jawatankuasa harus menjalinkan perhubungan yang baik agar semua
permasalahan persatuan dapat diselesaikan bersama.

2.8. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada dua orang AJK iaitu Encik L.Benedict
dan Encik P.Arivendran kerana bertungkus lumus menyediakan tempat mesyuarat hari ini
dengan jarak tempat duduk 1 meter serta menyediakan cecair pembasuh tangan. Terima kasih
juga diucapkan kepada seorang lagi AJK iaitu Puan S.Dhanthy kerana mengukur suhu badan
semua ahli yang hadir. Pengerusi berharap semua ahli akan mematuhi SOP yang dicadangkan
oleh kerajaan sehingga mesyuarat agung selesai.

2.13. Akhirnya beliau sekali lagi mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ahli,
semoga kerjasama berkekalan.

3. AGENDA 3 – PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1. En. K.Pushpanathan mencadangkan agar minit mesyuarat Jawatankuasa kerja di sahkan.

3.2. Cik.K.Pavithira menyokong cadangan supaya minit mesyuarat Jawatankuasa kerja


disahkan.

3.3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT & USUL.

-TIADA PERKARA BERBANGKIT & TIADA USUL-

4. AGENDA 4 – PEMBENTANGAN AKTIVITI PERSATUAN

4.1. En.V.Parameshvaran selaku setiausaha kelab, membentangkan laporan aktiviti Kelab


Bolasepak Candy United sepanjang tahun 2019.

4.2. Beliau juga menyatakan ada aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dan berharap
dilaksanakan pada masa akan datang oleh jawatankuasa yang baru.
5. AGENDA 5 – PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

5.1. Pn.M.Sitha membentangkan penyata kewangan bagi tahun berakhir Disember 2019.

5.2. Beliau juga memberitahu banyak sumbangan yang diterima daripada ahli-ahli dan
mengucapkan terima kasih.

5.3. Bendahari juga membentangkan penerimaan kewangan adalah RM 3020.00 manakala


perbelanjaan adalah RM 2996.50 dan baki dibawa kehadapan ialah RM 23.50.

5.4. Bendahari sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah
menyumbangkan sumbangan dan membayar yuran persatuan.

5.5 En. Jayden Tew mencadangkan agar penyata kewangan 2019 di sahkan.

5.6 En.Harvinder Singh menyokong cadangan supaya penyata kewangan 2019 disahkan.

6. AGENDA 6 – PERLANTIKAN JAWATANKUASA 2020/2021

6.1 En. Fabien Matheus mancadangkan agar Ahli Jawatankuasa tahun 2019 dikekalkan
supaya program yang tergendala akibat penyakit Covid-19 dapat dilaksanakan.

6.2 En.Ramjeet Singh menyokong cadangan tersebut.

6.3 En.V.Thiruselvan dan Pn.R.Panchanvaranam secara sukarela menawarkan diri untuk


menjadi juruaudit dalaman. En.M.Vishal menyokong cadangan mereka.

6.4 Perlantikan adalah seperti berikut:

6.4.1. PRESIDEN : MUNIANDY A/L ARUMUGOM

6.4.2. TIMBALAN PRESIDEN : PUSHPANATHAN A/L KRISHNAN

6.4.3. SETIAUSAHA : PARAMESHVARAN AL VARAMAN

6.4.4. BENDAHARI : SITHA A/P MARRIAPPEN

6.4.5. AJK : DHANTHY A/P SUBRAMANIAM

BENEDICT A/L LUCAS

ARIVENDRAN A/L POONGAN


6.4.6. Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit) : PN. PANCHANVARANAM A/P RAMASAMY

EN.THIRUSELVAN A/L VARAMAN

Perlantikan dibuat melalui sokongan majoriti yang disuarakan oleh semua ahli yang hadir.

7. AGENDA 7 – HAL-HAL LAIN

7.1. Penubuhan Pasukan Bolasepak Bawah 12 tahun

7.1.1. En.V.Parameshvaran mencadangkan bahawa Pasukan Bolasepak Bawah 12 tahun


ditubuhkan. Beliau juga mencadangkan agar meyertai pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan oleh kelab-kelab lain untuk memberi pendedahan kepada para pemain .

Tindakan: Pengerusi

7.2. Penambahan Dana Persatuan

7.2.1. En.L.Benedict mencadangkan bahawa pihak kelab menubuhkan pasukan khas untuk
memohon sumbangan daripada ahli-ahli perniagaan setempat.

7.2.2. Cadangan akan dipertimbangkan

7.3. Kad Keahlian Persatuan

7.3.1. Jawatankuasa akan mencetak kad-kad nama jawatankuasa beserta nombor telefon
untuk dihubungi, memudahkan ahli kelab menghubungi jawatankuasa untuk mengutarakan
masalah dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi ahli dengan jawatankuasa.

7.4 Pembukaan Akaun Bank

7.4.1 Pn.M.Sitha mencadangkan untuk membuka akaun semasa kelab di Bank Simpanan
Nasional cawangan Sungai Bakap.

7.4.2 Cadangan disokong oleh En.V.Parameshvaran

7.4.3 Cadangan disokong sebulat suara oleh semua ahli.


8. UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT

8.1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran ahli yang hadir dan
mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa lama yang diberi mandat untuk terajui
kelab sekali lagi.

8.2. Beliau berjanji akan lebih bekerja untuk persatuan.

8.3. Beliau akan membincangkan bersama jawatankuasa yang dilantik untuk membincangkan
perancangan aktiviti untuk tahun 2020/2021.

8.4. Beliau juga akan membuat pembaharuan kepada kelab dan mohon mendapatkan
kerjasama dan sokongan dari ahli persatuan.

8.5. Beliau berharap agar ahli bersatu padu dan bekerjasama sebaik yang mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:36:21 pagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

_______________________________ __________________________
(PARAMESHVARAN A/L VARAMAN) (MUNIANDY A/L ARUMUGOM )
Setiausaha Pengerusi
Lampiran 1
Senarai Kehadiran Ahli

1. MUNIANDY A/L ARUMUGOM


2. PUSHPANATHAN A/L KRISHNAN
3. DHANTHY A/P SUBRAMANIAM
4. SITHA A/P MARRIAPPEN
5. BENEDICT A/L LUCAS
6. ARIVENDRAN A/L POONGAN
7. PARAMESHVARAN A/L VARAMAN
8. PAVITHRA A/P KRISNADAS
9. THIRUSELVAN A/L VARAMAN
10. PANCHANVARANAM A/P RAMASAMY
11. HARVINDER SINGH A/L SURINDER SINGH
12. YAGILLSON A/L JOHNSON
13. JAYDEN TEW JING XI
14. RAMJEET SINGH A/L JASPAL SINGH
15. FABIAN MATHEUS
16. KISHOORE RAO A/L ANANTHA RAO
17. VISHAL A/L MUNIANDY
18. SRIVARSSHAN A/L MANIMARAN (TIDAK HADIR - BERSEBAB)
19. YAADISSH A/L VADI VELAN (TIDAK HADIR - BERSEBAB)
20. VARISH DEV A/L SUGENTHIRAN (TIDAK HADIR - BERSEBAB)
21. SANTHOSH A/L NATHAN (TIDAK HADIR - BERSEBAB)

You might also like