You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGUNG DUA TAHUNAN PERSATUAN PESARA

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPPPM) /


DAERAH CAWANGAN SEREMBAN
KALI KE-12 2020
TARIKH : 8 OKTOBER 2020
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN ANGKASA NEGERI SEMBILAN, SEREMBAN
KEHADIRAN : : 44 AHLI / 367 AHLI

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

Pengacara majlis Tuan Haji Othman bin Senara memulakan majlis dengan ucapan salam
dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato’Haji Sulaiman bin Samad,Yang
Dipertua PPPPPM Negeri Sembilan, Yang Berusaha Dato’ Haji Sudin bin Kamari, Pengerusi
PPPPPM Daerah Cawangan Seremban dan barisan Ahli Jawatan Kuasa PPPPPM/DCS,
Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian yang hadir pada
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-12 pada pagi yang berbahagia ini.. Seterusnya
pengacara majlis mempersilakan Tuan Haji Mohd Misan bin Mastor bagi memimpin bacaan
doa.

2. BACAAN DOA
Tuan Haji Mohd Misan bin Mastor memimpin bacaan doa.

3. UCAPAN PENGERUSI PPPPPM / DCS


- Yang Berbahagia Dato’ Haji Sudin bin Kamari

3.1 Pengerusi memulakan dengan ucapan salam, salam sejahtera dan salam perpaduan
kepada para hadirin dan mengalu-alukan kehadiran Yang Dimuliakan Dato’ Haji Sulaiman bin
Samad, Yang DiPertua PPPPPM Cawangan Negeri Sembilan dan barisan Ahli Jawatan
Kuasa PPPPPM/DCS yang dihormati sekelian yang hadir pada Mesyuarat Agung Dwi
Tahunan Kali Ke-12.
3.2 Pengerusi mengucapkan rasa syukur dapat melaksanakan mesyuarat pada hari ini
setelah rancangan awal mesyuarat yang sepatutnya diadakan pada 24 April 2020 terpaksa
ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.
3.3 Pengerusi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurus Angkasa Negeri
Sembilan kerana memberi laluan kepada persatuan ini menggunakan dewan yang buat
pertama kali mula beroperasi. Beliau juga mengingatkan semua ahli mesyuarat supaya
sentiasa patuh dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

3.4 Pengerusi menjelaskan terdapat berbagai ragam orang dalam urusan mendaftar untuk
menjadi ahli. Ada yang minta sendiri borang untuk diisi dan ada juga kumpulan yang minta
borang tapi tidak diisi. Ada juga yang enggan menjadi ahli kerana kena membayar RM55.00
yuran keahlian. Kumpulan orang yang paling hebat yang langsung tidak mahu bercampur
dengan masyarakat untuk berpersatuan selepas bersara. AJK sentiasa berusaha mencari
ahli baru. Walaupun bilangan ahli baru tidak ramai pada sesuatu masa tapi sentiasa ada
pertambahan dua ker tiga orang pada setiap kali mesyuarat AJK diadakan.
3.5 Pengerusi memaklumkan di bawah kepimpinan Datuk Abdul Raof bin Hussin, Presiden
PPPPPM banyak perkara berkaitan dengan pendidikan diperjuangkan seperti mewujudkan
satu aliran Sekolah Kebangsaan, menghapuskan Sekolah Vernakular, pemansuhan UPSR
dan PT3 dan pengiktirafan sijil UEC. Inilah perjuangan persatuan di mana banyak kertas-
kertas kerja yang berkaitan disediakan untuk terus memperjuangkan agar dasar Pendidikan
di bawah Penyata Rahman Talib 1960 dikuatkuasakan. Kita perlu memberi sokongan agar
perjuangan yang diusahakan dapat dicapai.

3.6 Pengerusi memaklumkan PPPPPM/DCS pelbagai program dan aktiviti telah


dilaksanakan seperti Jom Balik Ke Sekolah, Karnival Pendidikan Dan Kerjaya, Pertandingan
Tulisan Khat Dan Jawi, Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan, Lawatan dan Hari
keluarga. Dua program yang akan dilaksanakan iaitu Program Mengenang Jasa dan Program
Bersama Anak-anak Gelandangan. Selain daripada itu kita terus merancang dan jika
jawatankuasa baru dilantik beliau minta diteruskan.

3.7 Pengerusi juga memberitahu Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PPPPPM/CNS Kali Ke-
12 akan diadakan di tempat yang sama pada 13 Oktober 2020.Pemilihan jawatankuasa baru
akan dibuat pada hari tersebut.

3.8 Pengerusi mengakhiri ucapan beliau dengan ucapan terima kasih kepada barisan
jawatankuasa sekarang yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam sebarang
program yang dilaksanakan. Tidak lupa kepada pasukan penceramah kesihatan yang telah
mengisi waktu sebelum mesyuarat bermula pada pagi tadi.

4. UCAPAN PERASMIAN YANG DI PERTUA PPPPPM/CNS


- Yang Berbahagia Dato’ Haji Sulaiman bin Samad, Yang Di Pertua PPPPPM/CNS

4.1 Yang DiPertua memulakan ucapan salam dan mengalukan-alukan kehadiran Yang Di
Muliakan Pengerusi Dato’ Haji Sudin bin Kamari dan datin isteri, Setiausaha dan ahli
jawatankuasa persatuan PPPPPM/ DCS, Yang Berbahagia sahabat-sahabat, Dato’, Datin
serta tuan-tuan dan puan-puan yang hadir pada mesyuarat pagi ini.

4.2 Yang DiPertua memanjatkan rasa syukur dengan umur yang setinggi ini masih dapat
lagi bersama-sama. Pada beliau umur cuma hanya satu angka digital yang penting memiliki
kesihatan yang baik. Hasrat beliau ingin hilang secara senyap mengundurkan diri tapi masih
diminta agar dapat hadir bagi menyempurnakan perasmian mesyuarat pada kali ini.

4.3 Yang DiPertua memaklumkan persatuan PPPPPM ini terdiri daripada orang-orang
yang berilmu kerana kebanyakan ahlinya adalah pesara-pesara guru yang banyak membuat
jasa. Seperti kata Peribahasa Melayu : “Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” begitulah jasa-jasa guru akan tetap
dikenang.

4.4 PPPPPM/DCS merupakan persatuan yang sangat aktif dengan pelbagai aktiviti yang
dipimpin oleh Dato’ Haji Sudin bin Kamari. Barisan jawatankuasa yang terdiri daripada
mantan Pengarah dan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah, Guru-guru Penolong Kanan di sekolah-sekolah. Ini menjadikan persatuan ini cukup
lengkap untuk pertahankan Negeri Sembilan di pusat untuk mengharumkan namanya di
peringkat kebangsaan.
4.5 Beliau mengingatkan ahli persatuan agar terus bekerjasama bantu membantu ibarat
“kalau cicir dipungut dan kalau hilang dicari”. Beliau memegang prinsip seperti Presiden
Amerika “Saya buat apa yang boleh saya buat. Saya tidak tanya apa orang buat pada saya”.

4.6 Yang Di Pertua mengharap jawatankuasa sedia ada ini dapat dikekalkan tapi kalau
boleh ditambah bilangan ahlinya. Pilih lah pemimpin yang ada lima ciri-ciri kepimpinan.
Berilmu, berani bertindak, pandai bercakap, pemurah dan bersifat jujur. Mungkin ini
merupakan ucapan beliau yang terakhir sebelum meletakkan jawatan. Sempat mengingatkan
agar jangan tawar hati atau jemu untuk menarik ahli baru.

4.7 Di akhir ucapan beliau memohon maaf kepada semua hadirin dan dengan lafaz
“Bismillahirahmanirahim” dengan sukacitanya Yang DiPertua merasmikan Mesyuarat Agung
Dwi Tahunan Kali Ke-12 2020. “Wabillahitaufiq walhidayah wassalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.”

5. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN 2020 – 2021


- Dato’ Haji Sudin bin Kamari
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua. Beliau
mengingatkan agar semua dapat mematuhi SOP Covid- 19. Beliau mohon
supaya dapat beri kerjasama, pandangan dan idea-idea dalam suasana
muhibah. Semoga mesyuarat ini dapat habis secepat mungkin.

6. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG

Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Dua Tahunan 2018 – 2019


bertarikh 17 April 2018 yang telah di adakan di One Garden Hotel, Senawang untuk
diterima dan disahkan.
Rujuk muka surat 5 – 10

Dicadangkan oleh : Tuan Haji Baharin bin Shariff


Disokong oleh : Puan Hajah Hamidah binti Singah

Seterusnya setiausaha membentangkan Penyata Tahunan di muka surat 14 -16.


Penyata Tahunan diterima sebulat suara.

7. PENYATA KEWANGAN

Bendahari telah membentangkan Penyata Kewangan untuk dua tahun.


Rujuk muka surat 17 dan 18.
Penyata Kewangan yang berakhir Disember 2018 dan Disember 2019 diterima.

Dicadangkan oleh : Encik Kandasamy A/L Periyasamy


Disokong oleh : Puan Maani binti Salleh

8. PEMILIHAN JAWATAN KUASA PPPPPM/DCS PENGGAL 2020 2021

8.1 Hajah Anisah binti Abu Samad mencadangkan Dato’ Haji Sudin bin Kamari dilantik
semula sebagai Pengerusi. Cadangan mendapat sokongan sebulat suara dengan tanpa
bantahan.
8.2 Haji Idris bin Hussain ingin menarik diri kerana kesihatan beliau yang tidak
mengizinkan. Haji Othman bin Senara mencadangkan Haji Ghazali bin Mansor dilantik
sebagai Naib Pengerusi Lelaki disokong oleh Haji Abd Aziz bin Puteh.

8.3 Berikut adalah senarai jawatankuasa baharu yang dipilih dan mendapat sokongan oleh
ahli mesyuarat :

SENARAI JAWATAN KUASA PENGGAL 2020 -2021

Pengerusi : Dato’ Haji Sudin bin Kamari


Naib Pengerusi (L) : Tuan Haji Ghazali bin Mansor
Naib Pengerusi (P) : Puan Hajah Siti Zaleha binti Mahadi
Setiausaha : Tuan Haji Othman bin Senara
Penolong Setiausaha (L) : Tuan Haji Mohammad Hanafiah bin Maulud
Penolong Setiausaha (P) : Puan Hajah Rohani binti Atan
Bendahari : Puan Hajah Sabariah binti Mohd Yatim
AJK : Tuan Haji Abd Aziz bin Puteh
AJK : Tuan Haji Mohd Misan bin Mastor
AJK : Puan Hajah Rabiah binti Bani
AJK : Encik Muttaya A/ L Esagimuthu
AJK : Tuan Haji Baharin bin Shariff
AJK : Tuan Haji Ahmad Taib bin Ismail
AJK : Encik Kong Sang

9. PEMERIKSA KIRA-KIRA 2018 -2019

9.1 Dua orang pemeriksa kira-kira telah dilantik yang dicadangkan serta mendapat
sokongan oleh ahli mesyuarat :

i) Encik Ramasamy A/L Karrupaya


ii) Tuan Haji Ramli bin Abd Latif

Dicadangkan oleh :
Disokong oleh :

10. PERBINCANGAN USUL

Tiada usul yang diterima


Usul tergempar boleh dikemukakan dalam ucapan penangguhan.

11. UCAPAN PENANGGUHAN

11.1 Pengerusi mencadangkan nama tujuh orang ahli sebagai perwakilan ke Mesyuarat
Agung PPPPPM/CNS pada 13 Oktober 2020

• Dato’ Zainab binti Nasir


• Hajah Hamidah binti Singah
• Encik Kong Sang
• Hajah Rosnani binti Kamarudin
• Hajah Anisah binti Abu Samad
• Hajah Siti Hawa binti Abd Majid
• Hajah Jawnehdah binti Abd Ghani

11.2 Haji Mohd Misan bin Mastor yang diberi tanggung jawab mengurus dan menerbitkan
buletin persatuan memohon kepada semua ahli agar dapat membuat coretan sekurang-
kurangnya satu muka surat agar dapat dimuatkan dalam keluaran buletin yang akan datang.

11.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa memberi
kerjasama dan sokongan. Semoga diberi kesihatan yang baik dan ceria. Beliau doakan agar
Negeri Sembilan dihindarkan dari penularan virus Covid-19. Mohon maaf sepanjang
melaksanakan mesyuarat pada hari ini.

11.4. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.25 p.m

Catatan Dan : Puan Hajah Rohani binti Atan


Susunan Pen. Setiausaha (P) PPPPPM/DCS

Disemak : Tuan Haji Othman bin Senara


Setiausaha PPPPPM/DCS

Disahkan : Dato’ Haji Sudin bin Kamari


Pengerusi PPPPPM /DCS

Tarikh : 08 Oktober 2020

You might also like