You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT AGUNG

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO SERI MAHARAJA


LELA BERHAD SESI 2016/2017

Tarikh : 25 Ogos 2016


Tempat : Dewan Makan Asrama, SMKDSML
Masa : 2.00 Petang

Kehadiran :
1. Pn. Noor Hasnah Bt. Alang
2. En. Abdul Rani B Shaari
3. Pn. Hjh Asimah Bt Ismail
4. En. Ismail B Hanapiah
5. Pn. Rozaini Bt Saari
6. Pn. Julia Bt Ahmad Shah
7. Pn. Lailatun Zuridah Bt Baseri
8. Pn. Izawati Bt Taha
9. Pn. Sapiah Bt. Khalid
10. Ahli-ahli koperasi dalam kalangan guru dan pelajar

Agenda Mesyuarat :
1. Majlis Perasmian
1.1 Ucapan Pengerusi Majlis
Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah yang dipimpin
oleh Saudara Muhamat Hidayat B Noraini
Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
sudi meluangkan masa bagi menghadiri mesyuarat agung koperasi
sesi 2016/2017

1.2 Ucapan Pengerusi Koperasi Pn. Noor Hasnah bt. Alang


Merakamkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi hadir
ke mesyuarat agung koperasi.
Mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan koperasi
kerana bertungkus lumus untuk mengadakan mesyuarat
agung ini dan mengumpulkan semua ahli koperasi yang hadir.
Menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang
telah berjaya menjadi anggota koperasi. Beliau menyatakan
koperasi merupakan kejayaan semua anggota koperasi
terutama sekali ahli-ahli yang hadir pada petang ini.
Menggalakkan anggota koperasi menambah saham. Ahli yang
ramai dan jumlah saham yang banyak dapat menggalakkan
koperasi untuk lebih aktif.
Tahniah sekali lagi kepada barisan ALK yang telah
menjalankan tugas dan tahniah juga kepada semua anggota
yang memberi sokongan kuat terhadap semua aktiviti
koperasi yang menjana kepada peningkatan dalam jualan
walaupun terdapat pelbagai kekangan. Beliau berharap pihak
pengurusan koperasi sekolah tidak putus asa dan terus
memacu kejayaan koperasi pada masa hadapan dan dapat
memberikan deviden kepada semua ahli di samping mencari
jalan penyelesaian bagi memastikan aktiviti koperasi terus
bergerak maju.
Merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Berhad Tahun
2015/2016 dan berharap semua ahli akan memberikan
kerjasama yang penuh kepada ahli lembaga yang bakal
dilantik untuk terus menjayakan koperasi.
Tindakan : Makluman

2. Agenda Mesyuarat Agung


2.1 Memilih Pengerusi Mesyuarat
Semua ahli sebulat suara melantik Pn. Izawati Bt Taha sebagai
pengerusi mesyuarat agung sesi 2015/2016
2.2 Ucapan Pengerusi Mesyuarat iaitu Puan Izawati Bt Taha
Berterima kasih kerana diberi kepercayaan oleh semua
anggota untuk beliau mempengerusikan mesyuarat agung
sesi 2015/2016.
Menjelaskan mengenai tatacara/ peraturan mesyuarat kepada
semua ahli. Beliau turut meminta semua ahli memberikan
kerjasama yang sebaiknya agar perjalanan mesyuarat agung
ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Pengerusi meneruskan agenda mesyuarat.
Tindakan : Makluman

2.3 Melantik Setiausaha Mencatat Minit Mesyuarat


Pengerusi mesyuarat juga telah meminta anggota untuk
memilih dan melantik dalam kalangan anggota sebagai
setiausaha sementara untuk mencatat minit mesyuarat agung
sesi 2015/2016
En. Ismail B Hanapiah telah melantik Saudari Nor Hazirah Bt
Ismail sebagai setiausaha mesyuarat.

2.4 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Sesi


2015/2016
Pn. Sapiah Bt. Khalid selaku setiausaha koperasi telah
membentangkan minit mesyuarat agung sesi 2015/2016
Saudari Nur Amirah Syazana bt. Ibrahim telah mencadangkan
agar Minit Mensyuarat Agung sesi 2015/2016 diterima dan
disahkan.
Cadangan disokong sebulat suara.
Tindakan : Setiausaha

2.5 Menimbang dan Menerima Laporan Aktiviti Lembaga 2015/2016


Pn. Rozaini Bt Saari sebagai setiausaha telah membentangkan
laporan aktiviti tahunan koperasi sepanjang sesi 2015/2016
Antara aktiviti utama koperasi ialah menjual peralatan dan
keperluan persekolahan kepada semua pelajar dan kakitangan
sekolah termasuk ahli koperasi.
Koperasi turut memenuhi permintaan pelajar menjual barang
makanan seperti minuman dan roti.
Pihak koperasi turut mengadakan sambutan Hari Koperasi
peringkat sekolah pada Jun 2016.
Membina pondok rehat.
Membina parking kereta guru-guru
Saudari Aida Atiqah bt. Norazmi mencadangkan laporan
aktiviti ini diterima dan disahkan.
Cadangan disokong sebulat suara.
Tindakan : Setiausaha

2.6 Menerima dan Meluluskan Akaun Kewangan Berakhir


31/03/2016
Laporan Akaun Kewangan Berakhir 31/03/2016 dibentangkan
oleh Pn. Hjh. Asimah Bt Ismail selaku bendahari.
Saudari Syafiqah Bt Ahmad mencadangkan agar Laporan
Kewangan Berakhir pada 31/03/2016 diterima dan disahkan.
Cadangan disokong sebulat suara.
Tindakan : Bendahari

2.7 Menerima dan Meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan


Koperasi 2016/2017
Pn. Hjh Asimah Bt Ismail sebagai Bendahari telah
membentangkan anggaran belanjawan tahunan koperasi.
Anggaran belanjawan telah diterima dan disokong sebulat
suara. Sila lihat lampiran belanjawan tahunan koperasi.
Tindakan : Bendahari
2.8 Menimbang dan Meluluskan Pembahagian Keuntungan Tahunan
2015/2016
Pn. Hjh Asimah Bt Ismail mencadangkan pembahagian
keuntungan sebanyak 30 peratus bagi tempoh Perakaunan
Berakhir Pada 31/03/2016 diterima dan disahkan. Cadangan
telah disokong dan disahkan sebulat suara.
Tindakan : Bendahari

2.9 Menimbang dan Meluluskan Honorarium kepada Anggota


Lembaga Tahunan 2015/2016
Puan Lailatun Zuridah Bt Baseri mencadangkan untuk
meluluskan pemberian honorarium kepada anggota lembaga
sebanyak RM2 900.00 diterima dan disahkan.
Cadangan telah disokong dan diterima sebulat suara.
Tindakan : Bendahari

3 Pembubaran Anggota-anggota Lembaga Sesi 2015/2016 dan


Memilih Anggota-anggota Lembaga Koperasi Sesi 2016/2017

3.1 Saudara Muhammad Najmi Aqil b. Muhammad Amir


mencadangkan Anggota-anggota Lembaga Koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela Berhad sesi
2015/2016 dibubarkan. Cadangan telah diterima dan disokong
sebulat suara.

3.2 Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi Sesi 2016/2017

Calon 1 : Muhammad Najmi Aqil b. Mohamad


Amir
Pencadang : Saudari Nurul Izzah Bt Maamor
Penyokong : Saudara Alnabeel Iskandar B Abd Halim

Calon 2 : Muhammad Danial b. Abd Majid


Pencadang : Saudara Muhammad Zaidi B Mohd Noor
Penyokong : Saudari Hanis Syahirah Bt Abu Bakar

Calon 3 : Nur Haziqah Bt Zakaria


Pencadang : Saudari Hana Maisarah Bt Roslan
Penyokong : Saudara Muhammad Shahrul Nizam B
Ramli

Calon 4 : Muhammad Syafiq Fikri B Sufian


Pencadang : Saudara Muhammad Akhmal B Zaman
Penyokong : Cik Nur Aini Bt Alang Abd Rashid

Calon 5 : Muhammad Ainol Danial Rusydan B


Roslan
Pencadang : Saudari Aziean Bt Azlan
Penyokong : Saudara Muhammad Danial B Shahrin

Calon 6 : Muhammad Shahrul Nizam B Ramli


Pencadang : Saudari Nur Hayati Bt Abdul Malek
Penyokong : Saudari Nurhawati Bt Sulaiman

Calon 7 : Mohammad Ikram b. Jailan


Pencadang : Puan Hjh Asimah Bt Ismail
Penyokong : Saudari Ain Najwa Bt Mohd Razib

Calon 8 : Amirah Syazana Bt Ibrahim


Pencadang : Saudara Mohamad Zafrullah Bt Johari
Penyokong : Saudari Nur Syahirah Bt Nizam

Calon 9 : Nur Anisah Bt Ismail


Pencadang : Puan Ngatiah Bt Mahfoz
Penyokong : Saudari Nur Atikah Bt Isa

Calon 10 : Muhammad Haznul Amir B Ismail


Pencadang : Saudara Muhammad Syafiq B Abu Bakar
Penyokong : Saudari Suhana bt. Salbani

Puan Julia mencadangkan agar pelantikan ALK dalam


kalangan guru diberi mandat kepada pengerusi untuk memilih
5 orang guru. Cadangan disokong sebulat suara.
Puan Norliza Bt Abdullah telah mencadangkan agar sokongan
ditutup dan telah disokong oleh Puan Sharifah Ainun Bt
Shamsuddin.
Tindakan : Makluman

4 Pencalonan dan undian semua calon yang bertanding telah dipilih


sebagai ALK sesi 2015/2016.
Tindakan : Makluman

5.0 Memilih Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)


5.1 Saudari Rozilawati Bt Rosli mencadangkan agar
mengekalkan Saudari Nur Umirah Bt Alias sebagai JAD dalam
kalangan pelajar. Beliau turut mencadangan Saudari Khairunnisa Bt
Rosli Sebagai JAD.
5.2 Bagi JAD dalam kalangan guru pula, Puan JULIA Bt Ahmad
Shah mencadangkan agar mengekalkan Puan Izawati Bt Taha
sebagai JAD. Cadangan disokong sebulat suara oleh semua ahli.
5.3 Puan Harlina Bt Mat Zain mencadangkan agar cadangan
ditutup dan disokong oleh saudara Mohd Akhmal B Zaman dan
disokong oleh Saudara Muhammad Farhan b Zamri
Tindakan : Makluman

6.0 Melantik 6 Orang Ahli untuk Menentukan Draf Minit Mesyuarat


6.1 Puan Hasimah Bt Manab mencadangkan calon-calon ahli
lembaga dan anggota untuk menentusahkan draf minit mesyuarat
Tahunan Sesi 2016/2017. Cadangan disokong dan diterima sebulat
suara.
6.2 Ahli Lembaga Koperasi yang dilantik
i. Saudara Muhammad Daniel b. Abd Majid
ii. Saudara Muhammad Shahrul Nizam B Ramli
iii. Saudari Muhammad Syafiq Fikri B Sufian
iv. Saudari Amirah Syazana Bt Ibrahim
v. Saudari Nurin Asyiqin Bt Zulkofli
vi. Saudara Muhammad Khairulsani B Sulaiman
Tindakan : Makluman

7.0 Membahaskan Usul-usul Yang Telah Disampaikan Kepada


Setiausaha Sekurang-kurangnya tujuh(7) Hari Sebelum Mesyuarat
Agung Tahunan.

Tiada perbincangan usul kerana tiada usul bertulis disampaikan


dalam tempoh tujuh hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan
diadakan.

8.0 Perkara-perkara lain yang perlu dibincangkan


8.1 Saudari Nur Fadhilah Bt Ahmad Zaidi mencadangkan agar
mempelbagaikan jualan di koperasi dan membuka cawangan di
asrama.
8.2 Saudari Nurul Asyikin Bt Shaari mencadangkan kursus siri
3 untuk pelajar diadakan. Cadangan disokong sebulat suara.
8.3 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk memberi
sumbangan sebanyak RM1,000.00 kepada sekolah.
Tindakan : Makluman

9.0 Hal-hal lain


9.1 Mesyuarat bersetuju sebulat suara menwujudkan :
a) Tabung kecemerlangan sukan
b) Tabung kecemerlangan akademik

9.2 Mesyuarat meluluskan sebulat suara memberi honorarium


sebanyak RM1900.00 kepada ahli lembaga koperasi

9.3 Mesyuarat meluluskan sebulat suara memberi dividen


sebanyak 10% kepada ahli koperasi

Tindakan :
Makluman

10.0 Penangguhan Mesyuarat Agung


Mesyuarat agung tahunan sesi 2016/2017 telah ditangguhkan
pada jam 3.30 petang. Anggota koperasi yang hadir diberikan air
kotak dan roti.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


(SAPIAH BINTI KHALID) (PN. NOOR HASNAH BINTI
ALANG)
Setiausaha Koperasi Pengerusi Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato Seri Maharaja Lela Berhad Dato Seri Maharaja Lela Berhad
Anggaran Belanjawan 2017

Pendapatan

Kedai RM 150 000.00


Pelbagai RM 300.00

JUMLAH RM 150 300.00

Perbelanjaan

Kedai RM 120 000.00


Fi Audit Luar RM 800.00
Susutnilai RM1 800.00
Elaun Petugas RM 800.00
Pelbagai perbelanjaan RM4 000.00

JUMLAH RM127 400.00

Untung Bersih RM22 900.00


Kami mengesahkan bahawa kesemua yang tercatat dalam Minit
Mesyuarat Agung Tahunan ini adalah perkara atau keputusan yang
sebenar.

_____________________________
Saudara Muhammad Daniel b. Abd Majid

_____________________________
Saudara Muhammad Shahrul Nizam B Ramli

_____________________________
Saudari Muhammad Syafiq Fikri B Sufian

_____________________________
Saudari Amirah Syazana Bt Ibrahim

_____________________________
Saudari Nurin Asyiqin Bt Zulkofli

_____________________________
Saudara Muhammad Khairulsani B Sulaiman

You might also like