You are on page 1of 3

10 Baca dengan teliti kes di bawah ini

Puan Riana merupakan pemilik stesen minyak yang bertempat di Seri Iskandar, Perak
bermula pada tahun 2018. Puan Riana memulakan perniagaan dengan mendapatkan
bantuan modal daripada suami melalui simpanan dan memohon pinjaman daripada
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Beliau memilih untuk mendapatkan
pinjaman daripada PUNB kerana tidak mahu terikat dengan perjanjian bank. Lagipun
pinjaman menerusi bank memerlukan pembayaran faedah yang tinggi dan sebagainya.

Kini, stesen minyak beliau memasuki tahun kelima operasi di bawah kendalian beliau.
Perniagaan Puan Riana menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun atas beberapa
faktor dalaman dan faktor luaran yang banyak memberi sokongan kepada keuntungan
stesen minyak tersebut.

JUALAN BERSIH DAN UNTUN BERSIH


8
7
6
5
4
3
2
1
0
jualan bersih untung bersih

2019 2020 2021

Namun demikian menjalankan perniagaan stesen minyak 24 jam membabitkan pelbagai


risiko seperti kecurian dan rompakan berikutan penerimaan jumlah wang tunai yang
sangat banyak pada setiap hari. Puan Riana mengambil langkah berjaga-jaga demi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Justeru, stesen minyak beliau
dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut yang disambung terus ke
telefon bimbitnya supaya beliau dapat memantau keadaan walau di mana-mana dan
pada bila-bila masa. Beliau juga telah membeli insurans kebakaran bagi tujuan
keselamatan premis perniagaannya.

Beliau sangat menitikberatkan perihal keselamatan kerana perniagaannya yang berisiko.


Oleh itu beliau juga akan memantau jadual penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh
pekerjanya. Sekiranya berlaku sebarang masalah, tindakan akan diambil dengan segera.

Selain daripada itu perniagaan stesen minyak Puan Riana juga menghadapi sedikit
masalah iaitu berkenaan dengan pekerja yang kerap berhenti atas faktor sistem
pengajian yang tidak menentu dan sering berubah-ubah. Hal ini menyebabkan sukar bagi
Puan Rania untuk mengekalkan pekerja-pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman
dalam bidang-bidang tertentu. Oleh yang demikian Puan Rania perlu membuat satu
tindakan segera supaya tidak menggangu pretasi perniagaan beliau yang sedang
miningkat.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut.

(a) i) Apakah trend persekitaran perniagaan stesen minyak Puan Rania (2 markah)

ii) Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan trend persekitaran perniagaan Puan


Rania di jawapan a) i) (2 markah)

(b) Huraikan aspek pengelolaan sumber manusia iaitu sistem pengajian yang boleh
membantu puan Rania dalam perniagaannya (4 markah)

( c) Jelaskan prosedur mengurus sumber fizikal dalam operasi perniagaan Puan Riana
(4 markah)

(d) Terangkan apakah kesan yang akan dihadapi oleh Puan Rania ke atas pengurusan
sumber fizikal dalam mempertingkatkan kecekapan perniagaannya. (4 markah)

(e) Jelaskan sumber pembiayaan perniagaan yang digunakan Puan Riana (4 markah)

Soalan Tamat
SKEMA SOALAN NO. 10
Soalan Butiran Markah
10 (a) (
i) Trend persekitaran perniagaan stesen minyak Puan Riana ialah:
h1 meningkat 1m
h2 jualan bersih meningkat dari tahun 2019 hingga 2021 1m
h3 untung bersih meningkat dari tahun 2019 hingga 2021 1m
mak=
2m
10 (a) Faktor-faktor yang menyebabkan trend persekitaran perniagaan
(ii) Puan Riana meningkat ialah
h1 jualan meningkat 1m
h2 untung bersih meningkat 1m
h3 perniagaan stabil 1m
h4 pengurusan yang sistematik 1m
mak=
2m
Aspek pengelolaan sumber manusia sistem pengajian yang baik
10 (b) ialah
f1 sistem pengajian yang kompetitif 1m
h1 dapat tingkatkan motivasi pekerja 1m
h2 jika sistem pengajian tidak adil pekerja tidak setia 1m
seorang pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran gaji
c dibayar lebih 1m
mak:
4m
prosedur mengurus sumber fizikal dalam operasi perniagaan Puan
10 ( c) Riana ialah
f1 perlindungan insurans dan kelselamatan 1m
pn Riana memasang CCTV di setiap sudut yang sambung terus ke
h2 telefon bimbitnya 1m
h3 membeli insurans kebakaran 1m
f2 penyelenggaraan berkala 1m
Pn. Riana memantau jadual penyelenggaraan dilakukan oleh
h1 pekerjanya 1m
mak:
4m

10 (d) kesan yang akan dihadapi oleh Puan Riana ialah


f1 perlindungan insurans pelbagai risiko dapat melindungi perniagaan 1m
perniagaan Pn Riana akan lebih dilundungi daripada sebarang
h1 risiko kemalangan yang tidak pasti 1m
f2 perlindungan keselamatan daripada kecurian 1m

You might also like