You are on page 1of 3

SKEMA JAWAPAN

SOALAN 3

a) Definisi pengurusan sumber manusia (PSM) ialah:


 satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik,
membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi
(2 markah)

b) Dua jenis penamatan kontrak perkhidmatan ialah:


i) Persaraan (1m)
- Pekerja yang bersara akan diberikan bayaran gratuiti, persaraan,
dan pencen sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka.
(1m)
ii) Penamatan perkhidmatan secara sukarela (1m)
- Pekerja berhenti secara sukarela atas faktor-faktor tertentu dan
dikemukakan kepada majikan (1m)

iii) Penamatan perkhidmatan secara tindakan disiplin (1m)


iv) Pemecatan terhadap pekerja (1m)
* Mana-mana jawapan yang betul (4 markah)

c) Peranan yang dimainkan oleh pengurus sumber manusia ialah:


i. Sistem penggajian
- Sistem penggajian yang kompetitif akan meningkatkan motivasi
pekerja.
- Jika sistem penggajian tidak adil, pekerja tidak akan kekal lama
dan ini akan meningkatkan kos sumber manusia untuk melatih
pekerja baharu.
- Persaingan yang tinggi dalam mengekalkan tenga kerja mahir dan
separuh mahir memerlukan pengurusan sumber manusia
menyediakan ganjaran yang menarik.
(2 markah)

ii. Standard prosedur operasi tugas (SOP)


- Dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman
pelaksanaan tugas dan fungsi tertentu.
- SOP dalam pengurusan perniagaan melibatkan pengendalian
dokumen seperti pelan, peraturan, pematuhan dan dasar bagi
memastikan kerja dilakukan ikut piawaian ditetapkan
- Contoh : pegawai perlu sentiasa memakai uniform syarikat ketika
bertugas
(2 markah)
SOALAN 4

a) Kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh Diana untuk memohon pekerjaan
itu ialah:
i. Kelayakan yang bersesuaian
- Merupakan kelayakan akademik yang perlu ada pada pekerja.
- Diana perlu mempunyai kelayakan akademik SPM ke atas untuk
memohon jawatan ini.
- Dari kes ini, Diana mempunyai kelayakan akademik di mana dia
merupakan pelajar lepasan kolej vokasional.

ii. Berpengalaman
- Untuk memohon jawatan ini, Diana perlu berpengalaman.
- Majikan mementingkan pengalaman kerja kerana pekerja yang
berpengalaman dapat melakukan tugas-tugas yang akan diberikan
dengan berkesan serta dapat menjimatkan masa dan kos latihan.

iii. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan


iv. Berpengalaman dalam industri tertentu
v. Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan atau jabatan
* Mana-mana jawapan yang betul (4 markah)

b) Struktur organisasi berdasarkan fungsi (1 markah)

Pengurus Besar

Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus


Pengeluaran Kewangan Pemasaran R&D Sumber Manusia

c) Huraikan dua faktor penentu sistem penggajian.


i. Kemampuan organisasi
- Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
akan memberi lebih banyak ganjaran kepada pekerja.

ii. Bentuk dan jenis tugas


- Pekerja yang menjalankan tanggungjawab besar akan diberi
ganjaran yang lebih tinggi.

iii. Undang- undang dan peraturan kerajaan


- Pihak kerajaan berkuasa menentukan kadar ganjaran minimum
yang perlu diberikan oleh sesebuah organisasi
iv. Ganjaran yang dibayar oleh pesaing
v. Permintaan dan penawaran buruh
vi. Faktor lokasi
*Mana-mana jawapan yang betul (5 markah)

SOALAN 5

a) Huraikan dua prosedur menguruskan sumber fizikal dalam sesebuah perniagaan


i. Perlindungan insurans dan keselamatan
- Usahawan yang bijak perlu menguruskan risiko perniagaan dengan
cara mengambil insurans yang sesuai bagi mengelakkan daripada
berlakunya kerugian.
- Pelbagai jenis insurans yang boleh diambil untuk melindungi
sumber fizikal seperti insurans kebakaran, insurans kecurian,
penghantaran barang tertangguh dan kehilangan atau kerosakan
barang.

ii. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang


- Penyelenggaraan dan baik pulih secara berkala terhadap sumber
fizikal dapat memastikan kelancaran produktiviti perniagaan.
- Pengurusan baik pulih peralatan perlu sentiasa dirancang bagi
memastikan jika berlaku kerosakan, dapat diselesaikan dengan
segera. (5 markah)

b) Perkaitan antara pengurusan sumber fizikal dengan teknologi perniagaan berasaskan


produk iaitu syarikat pengeluar biskut ialah:
- Sumber fizikal syarikat pengeluar biskut ialah mesin pengadun,
ketuhar di mana ianya perlu diselenggara secara berkala agar dapat
menjalankan fungsinya dengan baik dan lancar supaya tidak
mendatangkan kerosakan yang boleh menyekat proses
pengeluaran.
- Manakala sumber teknologi syarikat pengeluar biskut pula seperti
kemahiran mencipta resepi biskut, kemahiran mengendalikan
mesin dan peralatan berteknologi tinggi serta perlindungan harta
intelek iaitu resipi biskut.
- Prosedur menguruskan sumber teknologi ini adalah dengan
mendaftar paten produk bagi melindungi produk daripada ditiru
oleh pihak lain. (5 markah)

You might also like