You are on page 1of 6

Kelas: A01

Kumpulan 1
Ahli Kumpulan: Arif Irfan Bin Mohamah Ismail
Eva Natasya Binti Mansur
Fausia Binti Ibrahim
Nur Atika Binti Zaidi
Muhammad Aminuddin Bin Bedin
Dayang Syahirah Binti Syed Mukmin

Pengurus Besar (Arif): Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Izinkan saya


memperkenalkan diri. Saya Arif Irfan selaku pengurus besar
Syarikat A01 Legacy Furniture Sdn Bhd. Adakah semua
pengurus jabatan hadir pada hari ini?

Pengurus Kewangan (Fausia): Semua hadir, tuan.

Pengurus Besar (Arif): Baiklah. Seperti yang dimaklumkan, hari ini kita akan
mengadakan mesyuarat berkenaan cawangan baharu syarikat
kita di Kota Kinabalu, Sabah. Kalau semua sudah bersedia,
kita boleh mulakan mesyuarat.

Pengurus Kewangan (Fausia): Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada


pengurus besar, Encik Arif Irfan dan pengurus-
pengurus jabatan sekalian. Saya Fausia selaku
pengurus kewangan syarikat dan juga pengerusi
mesyuarat kita pada pagi ini. Terlebih dahulu, terima
kasih kepada semua pengurus kerana dapat
menghadirkan diri pada pagi ini. Agenda yang akan
dibincangkan pada mesyuarat kali ini ialah berkenaan
permohonan dana peruntukan bagi pengurusan
cawangan baharu Syarikat A01 Legacy Furniture Sdn
Bhd yang akan beroperasi di Lot 55, Block 4A, Jalan
Platinum, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Tanpa
membuang masa, saya mempersilakan pengurus
sumber manusia untuk memulakan pembentangan
dana yang diperuntukkan.

Pengurus Sumber Manusia (Amin): Assalamualaikum dan selamat pagi kepada


pengurus besar dan pengurus-pengurus yang lain.
Saya Muhammad Aminuddin selaku Pengurus Sumber
Manusia dalam syarikat ini. Saya telah disedia maklum
bahawa syarikat kita bercadang untuk mengembangkan
perniagaan jualan perabot dengan membuka
cawangan baharu di Kota Kinabalu, Sabah dengan
peruntukan RM1 juta. Oleh itu, hasil daripada penelitian
saya untuk memastikan kualiti pengurusan sumber
manusia yang baik dan sistematik, saya
menganggarkan peruntukan sebanyak RM300,000
untuk cawangan syarikat baharu kita. Melalui
perbincangan saya dengan pengurus pengeluaran iaitu
Cik Atika, syarikat kita memutuskan untuk mengambil
pekerja baharu seramai 20 orang untuk bekerja dalam
bahagian pengeluaran. Tujuan pengambilan pekerja
baharu itu adalah bagi memudahkan dan
mempercepatkan kerja-kerja di bahagian pengeluaran
seperti mengendalikan mesin dan jentera, memastikan
keselamatan stok dan sebagainya. Beberapa orang
pekerja dari cawangan lama akan dilantik untuk menjadi
pelatih kepada pekerja- pekerja baharu itu nanti.
Syarikat kita juga telah membuka laman sesawang
untuk menjual perabot secara atas talian. Oleh itu, saya
mencadangkan untuk merekrut pekerja seramai lima
orang untuk menguruskan laman sesawang tersebut.
Perkara tersebut dapat menaikkan lagi jualan syarikat
kerana masyarakat zaman kini lebih gemar untuk
membeli belah secara atas talian atau lebih dikenali
sebagai “Online Shopping”. Bukan itu sahaja, saya
mencadangkan untuk memperuntukkan sebahagian
daripada dana tersebut untuk merekrut pekerja seramai
tiga orang untuk memastikan keselamatan
perkhidmatan jualan secara dalam talian kita sentiasa
selamat dan terjaga. Berikutan pandemik masa ini, kita
sedia maklum bahawa kes penipuan dalam talian atau
lebih dikenali sebagai “Scam” semakin menjadi-jadi di
negara kita. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini
berlaku, syarikat kita memerlukan pekerja yang
profesional dalam bidang ini. Sekian itu sahaja daripada
saya selaku pengurus sumber manusia syarikat ini.

Pengurus Kewangan (Fausia): Terima kasih, Encik Muhammad Aminuddin. Kami akan
mempertimbangkan peruntukan yang telah dinyatakan
tadi. Seterusnya, saya mempersilakan pengurus
pengeluaran, Cik Nur Atika.

Pengurus Pengeluaran (Atika): Baik, terima kasih, Cik Fausia. Assalamualaikum dan
selamat pagi, tuan pengurus besar dan pengurus-
pengurus yang hadir pada pagi ini. Bagi bahagian
pengeluaran pula, pihak kami memperuntukkan dana
sebanyak RM 470,000. Jumlah tersebut telah
dipersetujui oleh pihak kami setelah mengambil kira
perbelanjaan pembelian mesin dan jentera baru serta
bahan mentah yang diperlukan untuk penghasilan
barangan perabot di cawangan baharu itu nanti. Untuk
memastikan keluaran syarikat berada dalam keadaan
yang baik dan mengikut spesifikasi yang betul,
beberapa mesin berteknolgi tinggi dan produktif
diperlukan. Buat masa ini, kami mencadangkan 15 buah
mesin dan jentera utama digunakan dengan anggaran
harga RM20,000 hingga RM30,000 setiap satu.
Manakala bahan mentah pula, kami telah mengenal
pasti sebuah kilang barangan kayu di Tuaran untuk
menjadi pembekal utama di cawangan itu nanti. Hasil
daripada pemerhatian, kilang tersebut merupakan salah
sebuah kilang yang terkenal dengan barangan kayunya
yang bermutu tinggi serta harga yang ditawarkan juga
berpatutan. Jadi,kami harap permohonan peruntukkan
sebanyak RM 470,000 itu dapat diluluskan oleh syarikat
untuk memudahkan proses tersebut. Terima kasih. Itu
sahaja.

Pengurus kewangan (Fausia): Baiklah kalau begitu, kami akan mempertimbangkan


sebaik mungkin dana yang dimohon oleh pihak
pengurus pengeluaran. Kita beralih kepada pengurusan
pemasaran pula.

Pengurus Pemasaran ( Syahirah): Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan
kepada Pengurus Besar kita,iaitu Encik Arif dan semua
pengurus. Saya Dayang Syahirah selaku pengurus
pemasaran akan membentangkan bajet yang diperlukan
untuk jabatan pemasaran di cawangan baharu itu nanti.
Yang pertama, jabatan pemasaran bercadang untuk
membuat promosi selama satu minggu dengan
peruntukan dana sebanyak RM50,000. Contoh promosi
yang akan dijalankan adalah potongan harga produk
serta cabutan bertuah bagi pelanggan yang meletakkan
bayaran muka iaitu sebanyak RM10,000. Cabutan
bertuah akan diumumkan pada hari terakhir promosi
melalui instagram Live. Hal ini diharap dapat menarik
minat pelanggan. Seterusnya, jabatan pemasaran
bercadang untuk mengiklankan cawangan baharu kita
melalui pelbagai platform seperti media sosial iaitu
Facebook, Instagram dan Youtube selama sebulan
dengan anggaran dana RM20,000. Hal ini kerana
penggunaan media sosial telah meningkat sejak
pandemik ini. Iklan tersebut akan merangkumi dan
memperkenalkan lokasi cawangan baharu di Kota
Kinabalu nanti. Di samping itu, jabatan pemasaran ingin
memohon dana sebanyak RM20,000 untuk penerbitan
katalog produk. Katalog yang dihasilkan akan
mengandungi gambar-gambar produk secara terperinci
serta menyatakan spesifikasi produk. Jabatan
pemasaran bercadang untuk menyediakan katalog
cetak dan katalog digital. Hal ini dapat memudahkan
ajen penjual. Akhir kata, jumlah permohonan dana
peruntukkan bagi jabatan pemasaran adalah RM50,000.
Itu sahaja daripada saya.

Pengurus Kewangan (Fausia): Terima kasih kepada pengurusan pemasaran, Cik


Dayang Syahirah. Berhubungan dengan dana yang
dimohon, kami akan mempertimbangkannya. Sekarang
dipersilakan pengurus R&D untuk menyampaikan isi
pembentangan anda.

Pengurus R&D (Eva): Terima kasih,pengurus kewangan, Cik Fausia. Saya Eva
Natasya selaku pengurus jabatan R&D (penyelidikan) akan
mengutarakan permohonan dana bagi jabatan kami. Sepanjang
projek ini, pihak pengurusan R&D telah mengkaji dan membuat
keputusan untuk mendapatkan peruntukan dana bagi keperluan
jabatan kami sebanyak RM 180,000. Antara aktiviti yang
melibatkan dana tersebut ialah untuk menyelidik keluaran
syarikat yang sedia ada. Jika terdapat sebarang masalah,
jabatan kami akan memperbaiki hal tersebut. Dengan cara
menaik taraf hasil keluaran sedia ada, produktiviti dan kualiti
keluaran syarikat akan meningkat dengan kos yang efektif.
Seterusnya, jabatan kami juga akan membangunkan produk-
produk baru dengan kerjasama pihak pengurusan pengeluaran.
Kami akan merancang untuk menghasilkan produk baru agar
dapat meningkatkan keuntungan syarikat malahan dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Saya harap
permohonan untuk jabatan saya diluluskan. Terima kasih.

Pengurus Kewangan (Fausia): Terima kasih, Cik Eva Natasya. Dana yang
diperuntukkan itu akan kami pertimbangkan
sewajarnya. Jika tiada apa- apa lagi yang hendak
dibahaskan, saya akan merumuskan mesyuarat kita
pada pagi ini. Baiklah, berdasarkan dana yang
diperuntukan oleh setiap jabatan, keseluruhannya
berjumlah RM 1 juta. Semua dana yang dimohon oleh
setiap jabatan adalah mencukupi dan sangat berbaloi
bagi cawangan baharu syarikat. Saya berharap agar
tuan pengurus besar dapat meluluskan dana yang
diperuntukkan tersebuat bagi memastikan kerja
pengurusan di cawangan baharu berjalan seperti yang
telah dirancangkan.

Pengurus Besar (Arif): Baiklah. Jadi, setelah saya mendengar pembentangn daripada
setiap pengurus jabatan, saya dengan besar hati meluluskan
semua permohonan dana peruntukkan seperti yang telah
dinyatakan oleh pengurus kewangan kita, Cik Fausia iaitu
sebanyak RM 1 juta. Terima kasih atas kerjasama yang telah
diberikan. Saya harap projek ini dapat diuruskan dengan baik,
efektif dan berjalan lancar.

Pengurus kewangan (Fausia): Terima kasih, tuan pengurus besar. Pengagihan dana
kepada setiap jabatan seperti yang diluluskan akan
dibuat dalam masa yang singkat ini.

Pengurus Besar (Arif): Baiklah. Kalau tiada apa- apa lagi, kita tamatkan mensyuarat
kita pada hari ini. Terima kasih. Boleh bersurai.

You might also like