You are on page 1of 1

RINGKASAN EKSEKUTIF

Perniagaan Moon Cleaning Service menawarkan perkhidmatan pembersihan dan pencucian


kawasan luar rumah.Perniagaan Moon Cleaning Service akan mula beroperasi pada tarikh
1/8/2021 di kawasan perumahan Bandar Darulaman.

Visi perniagaan Moon Cleaning Service adalah untuk menjadi organisasi yang
terunggul,dinamik serta berdaya saing dan menjadi sebuah perniagaan perkhidmatan yang
terbaik di Malaysia dalam bahagian pembersihan dan pencucian.
Misi Moon Cleaning Service pula adalah menyediakan perkhidmatan yang terbaik,pantas dan
berkualiti bagi memuaskan kehendak pelanggan. Objektif perniagaan adalah untuk
memperoleh keuntungan sebanyak RM500 000 pada tahun 2025.

Perniaggan ini berbentuk milikan tunggal yang diusahakan oleh Muhammad Amalfi Aufa
iaitu pemiliknya sendiri. Perniagaan Moon Cleaning Service mempunyai bilangan pekerja
seramai lima orang iaitu dua orang staf dan tiga orang pekerja operasi.

Moon Cleaning Service menggunakan pelbagai teknik pemasaran untuk mempromosikan


kegiatan perkhidmatan kepada masyarakat. Antaranya melalui media sosial, penyebaran
risalah dan memasang banner di beberapa kawasan. Perniagaan Moon Cleaning Service
mementingkan perkhidmatan yang berkualiti seperti yang dinyatakan dalam misi perniagaan
supaya perkhidmatan dapat memenuhi kehendak pelanggan.

Moon Cleaning Service juga menitikberatkan operasi perniagaan supaya perniagaan berjalan
dengan lancar. Waktu perniagaan mula beroperasi pada jam 9:00 pagi dan tamat pada jam
6:00 petang dan cuti pada hari ahad dan isnin.Seterusnya,pembelian barang akan selalu
diperiksa agar tidak berlaku keputusan dan kekurangan bahan kerana ia akan mengganggu
operasi perniagaan untuk berjalan dengan lancar.

Analisis yang telah dibuat menunjukkan bahawa Moon Cleaning Service ini boleh terus
berkembang . Hal ini kerana lokasi perniagaan yang strategik. Seterusnya, Moon Cleaning
Service juga menyasarkan keuntungan 5% - 10% untuk tahun-tahun yang akan datang. Ini
adalah berdasarkan kelebihan Moon Cleaning Service dari segi kekemasan,kebersihan dan
keterampilan yang ditunjukkan oleh pekerja-pekerja. Justeru , ini membuatkan lebih ramai
pelanggan yang akan menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan.

Bagi memulakan perniagaan ini untuk beroperasi memerlukan modal permulaan sebanyak
RM50 000. Seterusnya, pada masa yang akan datang Moon Cleaning Service bercadang
untuk menambahkan cawangan di kawasan lain agar perniagaan dapat terus berkembang dan
dikenali masyarakat.

IV

You might also like