You are on page 1of 13

KERTAS 1 : 1 JAM

1. Namakan kerajaan yg mewariskan ciri2 negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka

A. Srivijaya B. Johor-Riau C. Majapahit D. Perak

2. Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

A. Sistem Pembesar Berpusat B. Sistem Pembesar Empat Lipatan

C. Sistem Pentadbiran Melayu Melaka D. Sistem Pentadbiran Bergilir

3. Apakah kesan Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis?

A. Rakyat kehilangan kuasa B. Sistem monarki ditamatkan

C. Kerajaan berperlembagaan ditegakkan D. Kuasa raja mutlak diperkukuh

4. Apakah tujuan Raja Mongkut dan Chulalongkorn memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand?

A. Menyaingi kuasa besar B. Mengukuhkan kuasa rakyat

C. Mengekalkan kedaulatan negara D. Memantapkan kedudukan parlimen

5. Apakakah faktor serta merta yang mencetuskan Perang Dunia Pertama?

A. Persaingan mencari tanah jajahan B. Pembentukan pakatan antara negara Eropah

C. Nasionalisme di kalangan rakyat D. Bakal raja Austria-Hungary dibunuh

6. Apakah tindakan Benito Mussolini (Itali) dan Adolf Hitler (Jerman) mengembalikan maruah bangsa

dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama

A. Mengadakan referendam B. Memulihkan sistem monarki

C. Mengukuhkan angkatan tentera D. Membangunkan sektor perindustrian

7. Apakah tujuan British menubuhkan British Military Administration (BMA) selepas pendudukan Jepun?

I. Untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu II. Untuk mewujudkan keamanan

III. Untuk mengembalikan kepercayaan IV. Untuk membunuh saki baki tentera Jepun

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. II dan IV

1
8. Selepas Perang Dunia Ke-2, hasrat British di Tanah Melayu ialah:

 Mewujudkan pentadbiran yang cekap  Memastikan sumbangan orang asing

 Memperkenalkan syarat kewarganegaraan terbuka

Apakah sistem pentadbiran yang dapat menjayakan rancangan tersebut?

A. Pentadbiran Tentera British B. Persekutuan Tanah Melayu

C. Malayan Union D. Negeri-negeri Melayu Bersekutu

9. Bagaimanakah orang Melayu menangani isu syarat kewarganegaraan secara jus soli dan kuasa raja

tergugat sehingga British bersetuju untuk pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A. Membentuk jawatankuasa perunding B. Mengukuhkan pertahanan negeri

C. Memajukan ekonomi peribumi D. Mengadakan tunjuk perasaan

10. Mengapakah orang Melayu menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A. Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi B. Parti politik digabungkan

C. Berkuasa mengawal pentadbiran D. Syarat kewarganegaraan dipermudahkan

11. Komunis sukar dibenteras kerana mendapat bantuan Min Yuen. Apakah tindakan Sir Harold Briggs

untuk melemahkan gerakan Min Yuen?

A. Mengisytiharkan darurat B. Melancarkan perang saraf

C. Memperkenalkan tawaran pengampunan D. Melaksanakan kawasan penempatan semula

12. Sir Gerald Templer terkenal dengan perang saraf untuk mendapatkan sokongan penduduk bagi

menangani ancaman pengganas komunis. Bagaimanakah beliau mendapatkan sokongan penduduk?

A. Mewujudkan Kampung Baru B. Melonggarkan syarat kerakyatan

C. Memperkenalkan kad pengenalan D. Memberi bantuan kewangan

2
13. a. Dato’ Onn Jaafar b. E.E.C. Thuraisingam c. Tan Cheng Lock

Apakah sumbangan tokoh di atas sebelum kemerdekaan?

A. Menubuhkan Parti Perikatan B. Menjadi Ahli dalam Jawatankasa Kerja

C. Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan D. Menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

14. Apakah tujuan pengenalan Sistem Ahli?

A. Merangka perlembagaan baharu B. Melaksanakan pilihan raya umum

C. Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri D. Membincangkan syarat kerakyatan

15. Apakah proses demokrasi terawal di negara kita?

A. Pembentukan Sistem Ahli B. Pilihan Raya Perbandaran George Town

C. Pembentukan Jawatankuasa Kerja D. Pakatan Murni

16. Apakah nilai yang ditunjukkan daripada rakyat yang keluar mengundi?

A. Prihatin B. Pemurah C. Berhemah Tinggi D. Bertanggungjawab

17. Apakah kesan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Pilihan Raya Majlis Perundangan

Persekutuan 1955?

I. British dapat mengukuhkan kuasa II. Peralihan kuasa daripada British kepada pemimpin tempatan

III. Mengukuhkan kuasa raja IV. Negara menuju kearah berkerajaan sendiri

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. II dan IV

18. Apakah perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian Kemerdekaan 8 Feb 1956?

I. Pemansuhan Sistem Ahli II. Tarikh Kemerdekaan

III. Pembentukan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan IV. Ganti rugi kepada kerajaan British

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. II dan IV

3
19. Kamus Dewan menafsirkan kemerdekaan sebagai …………………

A. Naungan kebebasan B. Bebas daripada penjajah

C. Kuasa menentukan ala tuju D. Bersatu menentang kuasa luar

20. Apakah kepentingan lambang Jata Negara?

I. Lambang identiti negara II. Melahirkan semangat cinta akan negara

III. Mempamerkan keberanian IV. Mempamerkan kehebatan

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. II dan IV

21. Apakah takrif kedaulatan dalam bahasa Arab?

A. Negara yang bebas dan merdeka

B. Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

C. Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintah negara

D. Negara mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan

22. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

A. Menjadi kuasa politik unggul di dunia B. Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa

C. Menunjukkan kekuatan angkatan tentera D. Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran

23. Pada tahun 1950, Majlis apakah memberi kuasa kepada Gabenor membuat undang-undang?

A. Majlis Kerja B. Majlis Negeri C. Majlis Tertinggi D. Majlis Undangan

24. Ciri tradisional dalam perkembangan perlembagaan ialah……

A. Bahasa Melayu B. Kewarganegaraan C. Kerajaan Persekutuan D. Demokrasi Berparlimen

25. Apakah kepentingan Mohor Besar Raja-raja?

A. Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat B. Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri

C. Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen D. Melambangkan kedaulatan Raja2 Melayu

4
26. Apakah kuasa Badan Kehakiman?

A. Mentafsir perlembagaan B. Meluluskan undang-undang

C. Menggubal dasar-dasar negara D. Membahaskan perbelanjaan kerajaan

27. Antara berikut yang manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan?

I. Pertahanan II. Pendidikan III. Hal ehwal tanah IV. Undang-undang Islam

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

28. Negeri:  PRIMA  Rumah Mesra Rakyat

Persekutuan:  Rumah Selangorku  Rumah Mampu Milik Johor

Berikut berkaitan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat.
Apakah tujuan kerjasama tersebut?

A. Mengatasi masalah setinggan di Bandar

B. Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin

C. Meningkatkan taraf hidup rakyat luar Bandar

D. Membantu golongan pertengahan memiliki kediaman

29. Apakah matlamat Malcolm MacDonald mencadangkan penggabungan semua tanah jajahan British di
Asia Tenggara?

A. Memajukan ekonomi B. Memudahkan pentadbiran

B. Melaksanakan dekolonisasi D. Mengelakkan ancaman komunis

30. Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi?

A. Menuntut wilayah Sabah B. Mengancam kedudukan Indonesia

C. Mengurangkan kuasa politik Melayu D. Menggagalkan gagasan Melayu Raya

31. Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi Peristiwa 13 Mei?

A. Menghentikan pilihan raya B. Meminta bantuan Indonesia

C. Membentuk Majlis Gerakan Negara D. Meminta bantuan PBB

5
32. Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah untuk menanam perasaan cinta terhadap negara serta

mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat untuk membentuk sikap bertoleransi dan bekerjasama antara

kaum terdapat dalam …………………..

A. Laporan Rahman Talib 1960 B. Kajian Aminuddin Baki 1964

C. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 D. Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996

33. Bagaimanakah Akta Bahasa Kebangsaan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dapat
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan?

I. Menubuhkan institusi pengajian tinggi swasta yang menggunakan Bahasa Melayu

II. Memperkasakan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

III. Menjadi bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran negara

IV. Melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai urusan

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

34. Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memupuk perpaduan dan kesejahteraan kaum dengan

menggunakan strategi bersifat serampang dua mata. Apakah strategi yang digunakan untuk

mencapai matlamat DEB?

A. Memajukan pertanian masyarakat luar Bandar

B. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan rakyat

C. Mengurangkan jurang sosioekonomi yang wujud antara kaum

D. Memperkenalkan pertanian moden dan perindustrian moden di Malaysia

35. Apakah tujuan kerajaan memperkenalkan Rancangan Buku Hijau?

A. Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan

B. Menyokong pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

C. Memajukan masyarakat luar Bandar

D. Mempelbagaikan hasil tanaman melalui pertanian berkelompok

6
36. Apakah ciri Taman Teknologi Perindustrian yang diwujudkan di bawah DEB dan DPN?

I. Mengendalikan perdagangan bebas antarabangsa

II. Menjalankan inovasi bagi membangunkan teknologi

III. Merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan industri

IV. Mengandungi kawasan perumahan, pusat perniagaan dan rekreasi

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

37. Apakah dasar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman untuk menjamin kemakmuran dan

kedaulatan negara selepas kita mencapai kemerdekaan?

A. Berkecuali B. Antikapitalis C. Berkepentingan ekonomi D. Probarat dan antikomunis

38. Apakah usaha untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan anggota Komanwel?

A. Pelan Komanwel B. Rancangan Colombo

C. Perjanjian Buku Merah D. Sidang Kemuncak Malaysia

39. Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?

A. Kedudukan strategik B. Kemasukan ramai pelancong

C. Kelonggaran syarat imigresen D. Ketiadaan undang-undang jenayah

40. Apakah agensi PBB yang mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam menangani penularan wabak AIDS

di Asia?

A. ILO B. WHO C. UNCHR D. UNESCO

RUJUKAN

A = 8 JAWAPAN

B = 11 JAWAPAN

C = 9 JAWAPAN

D = 12 JAWAPAN

7
KERTAS 2
2 JAM 30 MINIT
(JAWAB KESEMUA SOALAN)
BAHAGIAN A
1 Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa telah

bermula sebelum kedatangan Barat.

(a) Nyatakan kerajaan Alam Melayu yang muncul sebelum kedatangan Barat

i. ________________________________________________

ii. ________________________________________________ (2 markah)

(b) Jelaskan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu

_____________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________ (4 Markah)

(c) Bagaimanakah cara memelihara warisan bangsa supaya berkekalan? Kemukakan alasan anda.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________ (4 Markah)

2. (a) Nyatakan symbol-simbol yang menjadi identiti negara Malaysia

_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________ (2 Markah)

8
(b)

Jata Negara

Terangkan maksud yang terdapat pada reka bentuk Jata Negara

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________ (4 Markah)

(c) Apakah kepentingan simbol-simbol yang menjadi identiti negara ? Beri hujah anda

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________ (4 Markah)

3. (a) Namakan dua undang-undang yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

i. __________________________________________

ii. __________________________________________ (2 Markah)

9
(b) Nyatakan dua undang-undang negeri Melayu yang mewarisi undang-undang Kesultanan

Melayu Melaka.

i. __________________________________________

ii. __________________________________________ (2 Markah)

(c) Asas Pembentukan Perlembagaan Persekutuan ialah Undang-undang Negeri Melayu dan

Undang-undang Inggeris seperti : • Charter of Justice • The Common Law of England

Jelaskan tentang Charter of Justice

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________ (2 Markah)

(d) Mengapakah undang-undang penting dalam pemerintahan sesebuah negara?

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________ (4 Markah)

4. (a) Nyatakan ciri pemerintahan beraja Kesultanan Melayu Melaka.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________ (2 Markah)

10
(b) Bandingkan kedudukan Raja-raja Melayu dalam Malayan Union 1946 dan Persekutuan

Tanah Melayu 1948

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________ (4 Markah)

(c) Bagaimanakah pemerintahan beraja selepas merdeka mengukuhkan kedaulatan bangsa dan negara?

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________ (4 Markah)

11
BAHAGIAN B (JAWAB KESEMUA SOALAN)

5. Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah untuk mempertahankan kepentingan

masing-masing.

(a) Nyatakan dua pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama? (4 Markah)

(b) Jelaskan faktor-faktor berlakunya Perang Dunia Pertama. (8 Markah)

(c) Wajarkah negara kita menyertai pakatan ketenteraan? Beri alasan anda? (8 Markah)

6. Pernyataan berikut berkaitan Perkara 32 dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Bahagian IV PERSEKUTUAN

Bab 1 - Ketua UtamaNegara

Perkara 32: Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua

Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan

daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding

di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah

Bahagian XV.

(a) Jelaskan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan tersebut. (4 Markah)

(b) Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa yang luas dalam sistem pemerintahan di negara kita

meliputi kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman. Terangkan. (8 Markah)

12
(c) Pernyataan berikut berkaitan institusi Raja Berperlembagaan di negara kita

“Dalam politik Malaysia yang semakin kompleks, peranan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis
Raja-raja semakin relevan dan signifikan”.

– Berita Harian, 15 Jun 2020

Beri ulasan anda berkaitan pernyataan tersebut (8 Markah)

7. Perpaduan dan intergrasi nasional merupakan dua konsep yang saling berkait rapat untuk proses
pembinaan negara Malaysia. Usaha memperkasakan perpaduan dan intergrasi nasional dilaksanakan
secara konsisten sejak merdeka hingga ke hari ini merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial.

(a) Apakah maksud perpaduan dan intergasi nasional? (4 Markah)

(b) Jelaskan usaha memperkasa perpaduan dan intergrasi nasional bagi mengukuhkan kestabilan politik

dan kemakmuran ekonomi (8 Markah)

(c) Dasar Sukan Negara 2009 mengariskan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya
sukan dan pemantapan intergrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan
pencapaian cemerlang di peringkat antarabangsa

Sejauh manakah keberkesanan sukan sebagai alat perpaduan? Beri ulasan anda. (8 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

13

You might also like