You are on page 1of 3

4.0.

RINGAKSAN EKSEKUTIF
AK Cleaning Service merupakan sebuah perniagaan berasaskan perkhidmatan pembersihan
dan pencucian. AK Cleaning Service menawarkan perkhidmatan pembersihan dan pencucian
rumah, bangunan pejabat, surau pada setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum. Promosi
perniagaan AK Cleaning Service ini dijalankan melalui media sosial seperti Facebook,
Whataspp, Instagram dan kain rentang yang dipamerkan di kawasan yang sering dikunjungi
orang ramai.

AK Cleaning Service merupakan perniagaan berbentuk milikan tunggal yang akan


beroperasi pada 01 Ogos 2021 dan dmiliki oleh Alisia anak Kaim. Perniagaan ini telah
berdaftar pada 27 Jun 2021 yang lepas di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Perniagaan ini
menyediakan pelbagai jenis perkhimatan iaitu seperti pembersihan dalam rumah,
pembersihan luar rumah, pembersihan sofa, tilam dan langsir, pembersihan pejabat,
pembersihan lantau (tile/ marble) dan perkhidmatan pembasmian kuman. Perkhimatan
pembersihan dan pencucian ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada
penduduk setempat dan pejabat-pejabat kerajaan. Pelbagai jenis perkhidmatan pembersihan
akan ditambah bagi memenuhi permintaan pelanggan. Antaranya seperti pembersihan
cermin tingkap seluruh bangunan, pembersihan sesawang seluruh bangunan dan pembersihan
lantai karpet bangunan pejabat. Harga perkhidmatan pembersihan amatlah berpatutan sesuai
dengan kehendak dan keperluan pelanggan. Dianggarkan hasil pembayaran daripada
perkhidmatan pembersihan dan pencucian yang ditawarkan adalah sebanyak RM 20 000
setiap bulan dan meningkat 10% pada setiap bulan yang berikutnya serta dapat memberikan
unjuran keuntungan yang memberangsangkan

Pada masa ini, struktur pentadbiran kami diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan
dibantu oleh dua orang pekerja sebagai staf sokongan dan tiga orang pekerja sebagai staf
operasi untuk memastikan perniagaan AK Cleaning Service dapat berjalan dengan lancar.
Aktiviti pemasaran dilaksanakan dengan mengambil kira elemen campuran pemasaran (4P)
iaitu produk, harga, tempat / agihan dan promosi di mana harga yang ditetapkan atas
perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan dan berdaya saing. Produk atau bahan
mentah yang digunakan juga berkualiti, dan memenuhi citarasa pelanggan . Tempat yang
dipilih juga strategik dan mempunyai syer pasaran yang menjamin perniagaan mencatat
peningkatan dalam jualan dan keuntungan dari masa ke masa. Promosi juga dijalankan
dengan agresif dan rancak untuk memastikan kesetiaan pelanggan sedia ada dan untuk
menarik pelanggan baharu untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AK
Cleaning Service.

Sebelum tertubuhnya perniagaan ini, pemilik telah menimba ilmu dan melengkapkan
diri dengan kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan pembersihan dan pencucian serta
pernah bekerja sebagai housekeeping di Hotel Merdeka Palace Kuching selama 6 tahun. Oleh
itu, pemilik telah mengambil langkah untuk membuka sendiri perniagaan dalam bidang ini.
Modal keseluruhan untuk memulakan perniagaan ini adalah sebanyak RM79,000. Bagi
meneruskan kelangsungan dan kemajuan perniagaan, pengusaha akan menggunakan wang
sendiri sebanyak 10% daripada keseluruhan modal iaitu RM11,000 sebagai modal permulaan
dan bercadang untuk memohon baki pembiayaan sebanyak RM68,000 daripada Maybank.

Visi perniagaan AK Cleaning Service adalah menjadi pengusaha perkhidmatan


pembersihan dan pencucian yang mempunyai kualiti pembersihan unggul yang dipercayai
dan terkenal di seluruh Malaysia terutamanya di Sarawak. Misi perniagaan AK Cleaning
Service pula adalah menguasai pasaran dengan menjana jualan dan keuntungan sebanyak
10% peningkatan setiap bulan dan 20% setiap tahun. AK Cleaning Service berkembang
seiring melalui perancangan objektif dan strategi perniagaan yang cekap dan berkesan.
Manakala objektif perniagaan AK Cleaning Service adalah meluaskan perkhidmatan
pembersihan dan pencucian ke seluruh Sarawak dan Sabah. Seterusnya, meluaskan pasaran
dengan menyertai kampen-kampen perniagaan berbentuk tapak-tapak perniagaan berasaskan
perkhidmatan pembersihan dan pencucian di pelbagai ekspo yang dianjurkan di seluruh
Malaysia.

Tujuan penyediaan rancangan perniagaan adalah untuk membuat pinjaman dengan


pihak bank. Perniagaan AK Cleaning Service memerlukan tambahan modal sebanyak
RM68,000 sebagai modal perniagaan. Alasan saya memohon pinjaman adalah untuk
menambah modal perniagaan, mengubahsuai premis perniagaan, membeli mesin dan
peralatan, membeli stok bahan mentah dan membayar gaji pekerja bagi bulan pertama dan
kedua. AK Cleaning Service memilih Maybank kerana Maybank mempunyai terma dan
syarat yang sesuai serta bayaran balik pinjaman dikenakan faedah yang rendah berbanding
dengan bank perdagangan yang lain. Selain itu, urusan proses pinjaman juga mudah dan tidak
memerlukan cagaran, tidak perlu penjamin dan mendapat kelulusan permohonan pinjaman
pada kadar yang segera.
Rancangan perniagaan ini disediakan dengan meklumat yang jelas dan terperinci dari
aspek pemilikan perniagaan, operasi, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan perniagaan. Ini
dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada pihak bank atau agensi kerajaan agar dapat
menilai dan mengkaji potensi perniagaan yang dijalankan. Selain itu, rancangan perniagaan
ini juga untuk memberi keyakinan kepada pihak luar terhadap perkhidmatan pembersihan dan
pencucian yang disediakan oleh AK Cleaning Service supaya dapat bersaing dengan
perniagaan perkhidmatan pembersihan yang lain.

Antara tujuan yang lain rancangan perniagaan ini disediakan adalah untuk :

1. Sebagai garis panduan untuk mengurus perniagaan

2. Memudahkan kawalan

3. Memaksimumkan sumber untuk meningkatkan produktiviti

You might also like