You are on page 1of 5

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

Share on

facebook
twitter
google
pinterest

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

Sejarah Penubuhan dan Objektif PUNB


Perbadanan Usahawan Nasional Berhad atau PUNB merupakan satu badan
nasional pembangunan usahawan Bumiputera. PUNB mempunyai fokus yang utama
iaitu membangunkan usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan
berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara bagi misi melahirkan
masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang dinamik, berdaya
tahan, dan progresif. PUNB mula ditubuhkan pada 17 Julai 1991 dan merupakan
milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputera, yang merupakan badan penyelaras
bagi aktivit pelaburan untuk agensi kerajaan, syarikat dan individu Bumiputera.
PUNB juga ditubuhkan melalui Akta Syarikat 1965 dengan bermodal RM500 juta dan
RM400 juta telah berbayar. PUNB banyak menawarkan pakej pembangunan
keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang
peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pakej-pakej pembangunan
ini dirangka bagi membantu usahwan Bumiputera memantapkan perniagaan,
mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah
kecemerlangan. Atas tujuan inilah akhirnya menjadi asas kepada tertubuhnya
PUNB.
Dalam menjalankan operasinya, PUNB meletakkan misi untuk menyediakan peluang
kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam perniagaan melalui

sokongan kewangan dan korporat. Selain itu, PUNB mempunyai objektif yang
tersendiri iaitu :
Menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sektor
industri dan komersial.
Menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan di
dalam industri strategik.
Menyalurkan budaya keusahawanan dalam kalangan usahawan Bumiputera
dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Usaha PUNB untuk menjadi pusat terulung dalam pembangunan usahawan
Bumiputera dilihat begitu kuat kerana PUNB sentiasa menjadi pendorong para
usahawan bagi menggapai kecemerlangan dalam bidang keusahawanan.
Skim-Skim yang ditawarkan PUNB
1. Skim PROSPER Runcit
Skim PROSPER runcit merupakan antara skim yang diperkenalkan oleh PUNB.
Skim ini mengandungi beberapa perkhidmatan iaitu:
Pembiayaan Perniagaan
Perkhidmatan Perniagaan
Kemahiran Keusahawanan
Pembiayaan perniagaan menawarkan kemudahan pembiayaan berpandukan
Syariah daripada RM50,000.00 sehingga RM1,000 000.00. jangka masa yang
ditetapkan bagi kemudahan pembiayaan ini adalah selama 7 tahun. PUNB turut
menetapkan bahawa bagi pinjaman melebihi RM200,000.00 struktur perniagaan
mestilah syarikat Sendirian berhad kecuali untuk Stesen Minyak.
Perkhidmatan perniagaan yang disediakan pula merangkumi khidmat pra operasi
perniagaan, pemantauan akaun, dan khidmat nasihat perniagaan.
PUNB juga menawarkan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran keusahawanan
seperti kursus kesedaran dan motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan,
kemahiran pemantauan operasi dan tadbir urus korporat.
Bagi mendapatkan pinjaman ini, PUNB meletakkan beberapa syarat yang perlu
dipatuhi oleh para peminjam termasuklah para peminjam perlu mengikuti kursuskursus yang dikenalpasti oleh PUNB sendiri serta bidang perniagaan yang diceburi
mestilah berasaskan bidang peruncitan. Bagi yang berminat untuk mendapatkan
perkhidmatan melalui skim ini, permohonan boleh dilakukan dengan mendapatkan
boring pendaftaran daripada Sekretariat PROSPER secara percuma atau boleh juga
mendaftar melalui talian terus yang disediakan di laman sesawang PUNB.
1. Skim PROSPER Siswazah
Skim PROSPER Siswazah memberi peluang kepada siswazah muda dan
pemegang sijil Bumiputera bagi menceburi bidang perniagaan dan menjadikan
keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan. Siswazah muda begitu dialualukan untuk menjadi usahawan bagi menyumbang kepada pembentukan usahawan
Bumiputera ke arah intelektual dan berkemahiran tinggi.
Objektif skim ini ditubuhkan adalah :
Menyediakan kemahiran dan pengetahuan kepada siswazah muda dan
pemegang sijil Bumiputera bagi menceburkan diri khususnya dalam
perniagaan runcit dan pengedaran.

Membantu siswazah muda dan pemegang sijil Bumiputera memulakan


perniagaan runcit dan pengedaran melalui mekanisma pembangunan yang
teratur dan sistematik.
Skim PROSPER Siswazah turut menawarkan dua pakej kemudahan pinjaman.

1.
1. Pakej A

Jumlah pembiayaan dari RM5,000.00 sehingga RM50,000.00 untuk perniagaan


tunggal, perkongsian atau Sendirian Berhad. Usahawan perlu menyumbang modal
minimum RM500.00 untuk satu projek dan tempoh pembayaran semula pinjaman
adalah daripada 3 tahun sehingga 7 tahun.
1.
1. Pakej B
Menyediakan jumlah pinjaman daripada RM50,001.00 sehingga nilai maksimum
RM100,000.00 bagi mana-mana perniagaan perkongsian atau Sendirian
Berhad.usahawan juga perlu menyumbang modal sekurang-kurangya RM500.00
untuk satu-satu projek dan tempoh pembayaran semula yang ditetapkan adalah dari
5 tahun sehingga ke 7 tahun.
Kedua-dua pakej ini merangkumi perkhidmatan perniagaan yang menyediakan
khidmat pra operasi perniagaan, pemantauan akaun, khidmat nasihat perniagaan
dan latihan sepanjang tempoh pembiayaan dan bayaran yang berpatutan akan
dikenakan kepada usahawan. Siswazah yang dibenarkan untuk memohon skim ini
mestilah sekurang-kurangnya memiliki diploma daripada mana-mana institusi
pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan ataupun pemegang sijil dalam bidang teknikal
daripada institut pengajian yang diiktiraf oleh kerajaan dan sekurang-kurangnya lulus
tahap 2 serta mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya satu tahun
dalam bidang yang dipelajari.
Apa yang dapat dikatakan, PUNB telah menawarkan langkah yang cukup bijak untuk
menarik lebih ramai golongan muda yang berpelajaran bagi menyertai bidang
keusahawanan dengan sedia menghulurkan bantuan dan perkhidmatan kepada
mana-mana golongan sisiwazah yang berminat. Diharapkan melalui skim ini, lebih
ramai usahawan-usahawan muda yang berjaya dapat dilahirkan.
1. Skim Pemborong PROSPER
Skim ini sebenarnya disasarkan kepada mana-mana usahawan Bumiputera yang
ingin memula dan mengembangkan perniagaan pemborongan, pengedaran atau
pembekalan. Pemborongan dan pengedaran adalah bahagian penting yang
menyokong kepada bekalan bahan bagi usahawan-usahawan dalam bidang
peruncitan.
Skim ini bertujuan untuk membangunkan usahawan Bumiputera dalam aktivit belian
dan jualan secara pukal bahan serta bekalan. Selain itu, objektif skim ini juga adalah
untuk menyediakan sumber barangan dan bekalan bahan pada kos yang dapat
meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera dalam bidang peruncitan.
Skim Pemborong PROSPER adalah berlandaskan prinsip Syariah dengan
menawarkan pembiayaan atau pinjaman di antara RM250,000.00 sehingga
RM5,000 000.00 dan tempoh pembayaran balik adalah selama 7 tahun. Pinjaman
yang diberikan boleh merangkumi keperluan modal pusingan, pembelian stok dan

aset, serta nilai-nilai keperluan yang berkaitan dengan perniagaan yang


dicadangkan. Skim ini turut menyediakan perkhidmatan khidmat pemantauan, kenal
pasti premis, jaringan perniagaan dan latihan keusahawanan.
Permohonan bagi skim ini perlu disertakan dengan cadangan perniagaan kepada
PUNB dengan menekankan tajuk-tajuk berikut:
1. Ringkasan Eksekutif
2. Peluang Perniagaan
3. Strategi Perniagaan
4. Pelan Pemasaran
5. Pelan Operasi
6. Pengurusan dan Kakitangan Utama
7. Unjuran Kewangan
Walau apapun, semua pemohon perlulah mengikuti syarat kelayakan yang
ditetapkan oleh pihak PUNB bagi mendapatkan pinjaman skim ini. Usahawan
Bumiputera sangat digalakkan menyertai Skim Pemborong PROSPER kerana skim
ini merupakan antara pendukung kepada para usahawan dalam bidang peruncitan.
1. Program Siswazah Perantis PUNB
Program yang dibangunkan oleh PUNB ini bertujuan memberi pendedahan dan
membantu golongan siswazah mendalami selok-belok dunia perniagaan melalui
latihan di mana-mana syarikat naungan PUNB. Kesemua pemengang ijazah,
diploma, dan sijil kemahiran tahap 2 yang menyertai program ini akan ditunjukkan
pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan
teori.
Perantis atau siswazah akan diberi beberapa keistimewaan melalui program ini.
Antaranya ialah elaun sara diri bulanan sepanjang program dijalankan selain
siswazah juga mempunyai kelayakan untuk mendapat pembiayaan khususnya Skim
Prosper Siswazah bagi memulakan perniagaan sendiri. Syarikat-syarikat yang
terlibat dalam program ini tidak hanya kepada syarikat-syarikat yang bernaung di
bawah PUNB, malah syarikat-syarikat lain yang sedia berkerjasama dengan PUNB
turut diberi peluang untuk melatih para siswazah menjadi usahawan yang berjaya.
Kepada mana-mana siswazah yang berminat dengan tawaran ini, borang
pendaftaran bolehlah didapati daripada sekretariat PROSPER secara percuma dan
borang yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan kepada Sekretariat PROSPER
bahagian Skim PROSPER Siswazah, PUNB.
Apa yang pasti, Program Siswazah Perantus PUNB merupakan peluang kepada
golongan muda untuk mendalami dan mendapatkan sebanyak mungkin ilmu
berkaitan keusahawanan di samping menyahut usaha PUNB untuk mengurangkan
kadar pengangguran dalam kalangan siswazah pada masa kini.
Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Pembiayaan atau pinjaman yang diperkenalkan PUNB ini bertujuan untuk menarik
dan memudahkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sektor PKS. Objektif
utama Pembiayaan PKS adalah untuk membangunkan syarikat Bumiputera yang
berasaskan pasaran dan berdaya saing di peringkat global melalui pendekatan
perniagaan mereka. Keutamaan pembiayaan akan diberikan kepada mana-mana
syarikat yang berpotensi tinggi dalam bidang-bidang pembuatan dan perkhidmatan
yang terpilih.

PUNB sedia untuk memberi dana sebagai permulaan bantuan untuk memulakan
dan mengembangkan perniagaan Bumiputera dalam bidang-bidang berkaitan
produk, pasaran dan operasi. Pakej pembiayaan adalah untuk temoh maksima 5
tahun dan selepas tempoh tersebut, perniagaan itu perlulah mampu untuk berdikari.
Kejayaan perniagaan tersebut akan diukur dari segi kemampuannya untuk
mendapatkan pegangan dalam pasaran dan juga sumber kewangan komersil yang
lain.
Melalui pembiayaan yang diperkenalkan ini, PUNB memberikan sokongan dalam
bentuk Bantuan Pembangunan Korporat dan Pemantauan serta Bantuan
Pembangunan Usahawan dan Latihan. Bantuan Pembangunan Korporat dan
Pemantauan meliputi pemantauan terhadap prestasi kewangan, operasi dan
pemantauan yang dilakukan melalui lawatan ke syarikat, audit, penglibatan dalam
mesyuarat pengurusan, dan penyerahan laporan secara berkala. Bantuan
Pembangunan Usahawan dan Latihan dilaksanakan dengan PUNB mengadakan
sesi latihan dalam bidang kewangan, pengurusan am dan pemasaran. Selain itu,
PUNB juga menyediakan forum jaringan dan perbincangan kumpulan sebagai satu
wadah untuk usahawan bertukar pandangan di samping meluaskan rangkaian
perniagaan masing-masing.
PUNB begitu gigih berusaha untuk membantu mana-mana usahawan Bumiputera
yang ingin memajukan lagi Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) ke arah satu
tahap atau kedudukan yang lebih baik.
Program Latihan PROSPER & PKS
Bagi memastikan para usahawan terus berdaya saing, PUNB sentiasa mengatur
Program Latihan untuk PROSPER dan juga kepada usahawan-usahawan dalam
industri PKS. Program-program latihan ini dijalankan secara berkala iaitu dari masa
ke masa dengan menyediakan pelbagai topik-topik baru dan info-info terkini yang
berguna kepada para usahawan. Antara contoh tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam
program latihan adalaha seperti Pengurusan Kewangan dan Perakaunan, Seminar:
Peranan dan Tanggungjawab Pengarah Syarikat dan Pemasaran berkesan : Teknik,
Kaedah dan Perkhidmatan Pelanggan.
Kesemua Program latihan yang disusun oleh PUNB adalah bagi memastikan
usahawan-usahawan Bumiputera di Malaysia mempunyai maklumat-maklumat
terkini berkaitan bidang keusahawanan yang mereka ceburi di samping memberi
semangat kepada mereka untuk meneruskan perniagaan masing-masing dengan
berusaha untuk mencapai kejayaan.
Usaha murni PUNB wajar diteruskan pada masa akan datang kerana PUNB telah
melahirkan ramai usahawan-usahawan berjaya. Istimewanya, PUNB begitu berminat
untuk menarik golongan siswazah menceburi bidang keusahawanan kerana
golongan siswazah dilihat mempunyai idea yang lebih kreatif dan inovatif. Semoga
usaha PUNB terus mendapat sokongan daripada semua pihak. Majulah PUNB untuk
negara.

You might also like