You are on page 1of 23

RINGKASAN EKSEKUTIF

Lebih Suci Entertainment merupakan syarikat milikan tunggal dengan membuat


perniagaan perkhidmatan pembersihan rumah ke rumah hanya di sekitar Setia Tropika,
Bandar Dato Onn, Taman Daya dan Seri Austin. Visi syarikat adalah untuk menjadikan
syarikat perkhidmatan pembersihan yang mempunyai jenama yang lebih unggul dan
dipercayai serta dikenali di seluruh Malaysia. Oleh itu, tujuan utama syarikat ini disediakan
adalah untuk mendapat penghargaan yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan
pembersihan di sekitar Johor. Objektif syarikat kami adalah untuk mencapai keuntungan
lebih daripada 100,00 dalam masa sekurang-kurangnya 2 tahun

Antara insentif yang telah diberi kepada pekerja ialah memberi wang caruman KWSP,
caruman KWSP,memberi uniform kepada 2 kerani dan 3 pekerja am dan memberi program
Latihan kepada staf sokongan dan pekerja am. Campuran pemasaran syarikat dalam
tempat lokasi premis perniagaan berada di Kawasan yang strategik kerana mudah dilihat
oleh orang ramai dan berdekatan di Kawasan perumahan. Harga yang ditawarkan oleh
Lebih Suci Entertaintment adalah sangat berpatutan berdasarkan pakej yang ditawarkan.
Syarikat kami juga menawarkan promosi sebanyak 10% sempena hari perayaan. Lebih Suci
Entertainment juga memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta dapat memuaskan
hati pelanggan. Pejabat pengurus syarikat kami beroperasi pada hari isnin hingga jumaat
pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang manakala pada hari sabtu dan ahad beroperasi pada
pukul 8 pagi sehinga 2 petang dan bercuti pada cuti umum.

Anggaran jumlah keuntungan bersih syarikat adalah sebanyak RM0000 yang diperolehi
berserta jumlah aset perniagaan sebanyak RM0000. Jumlah modal keseluruhan yang
diperlukan syarikat adalah sebanyak RM100,000. Sumber pembiayaan dalaman yang
digunakan adalah sebanyak RM10000 manakala sumber luaran adalah sebanyak RM90000
dari Maybank. Tujuan pembiayaan adalah untuk membayar sewa kenderaan, membeli tapak
perniagaan termasuk beberapa pengubahsuaian premis perniagaan. Selain itu, saya juga
mahu menyewa beberapa perabot, membeli alatan pejabat dan juga pembersihan. Saya
berharap perniagaan Lebih Suci Entertainment akan sentiasa mendapat sambutan ramai
serta terus berkembang maju.
SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGENALAN 1

2 LATAR BELAKANG 2

3 RANCANGAN PENTADBIRAN 3

4 RANCANGAN OPERASI 6

5 RANCANGAN PEMASARAN 13

6 RANCANGAN KEWANGAN

7 PENUTUP

8 LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Nama perniagaan yang saya bina ialah Lebih Suci Entertainment. Kami membuat
perkhidmatan pembersihan rumah. Premis perniagaan kami berada di 8, Jalan Setia Tropika

1/21, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor. Kami hanya menggerakkan pekerja kami
disekitar Johor Bahru sahaja. Antara sebab saya memilih perniagaan ini ialah saya sangat
mementingkan kebersihan dan saya mahu membantu orang yang memerlukan. Saya mahu
membantu mereka yang berada dalam kesusahan Ketika membersihkan rumah. Oleh itu,
saya mahu memuaskan hati mereka dengan hasil kerja syarikat pembersihan kami.

Saya juga telah mengambil Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi di bawah
anjuran FunnelEvo. Kursus ini memberi saya peluang untuk memahami pelbagai strategi
dan teknik pengurusan yang berkesan yang tersusun dan berkala supaya saya lebih cekap
terhadap tanggungjawab yang saya hadapi. Selain itu, program ini juga memberi
pendedahan ilmu yang paling berkesan kepada peserta dengan mempelajari teknik
kepimpinan dan pengurusan dengan sistematik dan efektif. Akhir sekali, program ini dapat
mempelajari Teknik dan strategi komunikasi terhadap pekerja bagi memastikan operasi
syarikat berjalan memenuhi matlamat syarikat. Dengan itu, saya akan lebih semangat untuk
menjalankan perniagaan.

Saya telah meminjam wang sebanyak RM90,000 daripada Maybank Berhad. Antara
sebab kenapa saya memilih Maybank adalah kerana Maybank mempunyai kadar faedah
yang terendah diantara bank-bank yang lain. Kadar faedah Maybank ialah 4.5% sahaja.
Selain itu, Maybank mempunyai perkhidmatan terpantas dan paling dipercayai kerana kita
akan mendapat wang tunai pinjaman dalam masa kurang dari sejam sahaja. Saya telah
membuat cagaran dalam bentuk harta kepada bank. Tujuan saya meminjam wang ini ialah
saya mahu membayar duit pendahuluan kenderaan sebanyak RM00000 dengan bayaran
bulanan sebanyak RM000 sebulan. Selain itu, saya juga mahu membeli tapak kedai
perniagaan dengan harga RM0000 termasuk beberapa pengubahsuaian premis perniagaan
Lebih Suci Entertaintment sebanyak RM0000. Bukan itu sahaja, saya juga mahu menyewa
beberapa perabot, membeli alatan pejabat dan perkakas bagi pekerja pembersihan
sebanyak RM0000.
1

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama perniagaan Lebih Suci Entertainment


Alamat premis perniagaan 8, Jalan Setia Tropika 1/21, Setia Tropika
No. Telefon dan faks 011-28663060
Emel/fb/Ig _suci345@gmail.com
Bentuk milikan perniagaan Milikan Tunggal
Kegiatan utama perniagaan Menyediakan perkhidmatan mencuci dan
membersih rumah
Tarikh pendaftaran perniagaan 1 Julai 2021
Tarikh mula perniagaan 1 Ogos 2021
No. Pendaftaran Perniagaan (SSM) SE34569M
Modal a. Pembiayaan Dalaman : RM10000
b. Pembiayaan Luaran : RM90000
Modal keseluruhan RM 100000
Sumber pembiayaan (bank) Maybank Berhad
Nama Bank (perniagaan) Maybank Berhad
No. Akaun Bank (perniagaan) 514187215055
Nama penuh Nur Syazwana Binti Sabarudin
No. Kad pengenalan 961205011178
Tarikh lahir/umur 5/12/1996
Status perkahwinan Bujang
Alamat rumah NO. 44 Jalan Perjiranan 10/15 Bandar Dato’ Onn
No. Telefon/faks 011-28663060
E-mel/fb Syazwananur957@gmail.com
Kelulusan akademik Diploma in Business & Management
Kemahiran Mampu berkomunikasi di khayalak ramai dengan fasih
Pengalaman Pernah bekerja sebagai pembantu Eksekutif di
Syarikat Ar Rahnu YaPEIM
Kursus/Latihan yang dihadiri Kursus anjuran FunnelEvo
serta nama penganjur -Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi
2.2 LATAR BELAKANG PEMILIK

2
3.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

3.1 STRUKTUR ORGANISASI


PENGURUS
BESAR
(Nur Syawana
Sabarudin)

KERANI AM KERANI
(Maimunah OPERASI
Samad) (Azhad Rasyid)

PEKERJA AM 1 PEKERJA AM 2 PEKERJA AM 3


(Fateh Syukri) (Zahid Arham)
(Siti Aminah)

3.2 SPESIFIKASI TUGAS

JAWATAN TUGAS
Pengurus Besar - Memastikan alatan dalam pejabat mencukupi
- Memastikan matlamat organisasi tercapai
- Memajukan kakitangan dan mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan
- Bertanggungjawab pengambilan pekerja dan urusan
sumber manusia

Kerani Am - Membantu urusan pentadbiran pejabat


- Menyusun mengambil dan menyimpan fail-fail pekerja
- Menerima dan melaksanakan arahan dan tugasan dari
semasa ke semasa daripada pegawai atasan

Kerani Operasi - Merencana jadual dan strategi kerja


- Menganalisa kerja-kerja yang dijalankan
- Memastikan semua pekerja am menjalankan tugas
seperti yang dijadualkan

Pekerja Am 1 - Menjalankan pekerjaan pembersihan atas arahan


penyelia
- Memastikan kerja yang dibuat dapat memuaskan hati
pelanggan
- Membuat pembersihan di Kawasan luar rumah

Pekerja Am 2 dan 3 - Membuat pembersihan di dalam rumah


- Mengvacuum dan mengemop lantai rumah
-Mengemas dapur, bilik tidur dan ruang tamu
3
3.3 SISTEM PENGGAJIAN

3.3.1 JADUAL IMBUHAN ATAU GAJI PEKERJA

NAMA PEKERJA GAJI KASAR KWSP PERKESO JUMLAH (RM)

Nur Syazwana binti 3,000.00 360.00 51.65 3,411.65


Sabarudin
Maimunah binti Samad 1,400.00 168.00 23.65 1,591.65

Azhad bin Rasyid 1,400.00 168.00 23.65 1,591.65

Fateh bin Syukri 1,200.00 144.00 20.15 1,364.15

Siti Aminah binti Rahim 1,200.00 144.00 20.15 1,364.15

Zahid bin Arham 1,200.00 144.00 20.15 1,364.15

3.3.2 BENTUK INSENTIF PEKERJA


Caruman KWSP - Caruman dibuat oleh majikan sebanyak 12% dan
untuk setiap pekerja sebanyak 11% pada setiap
bulan.
Caruman PERKESO - Majikan mengambil caruman sebanyak 1.25% dan
untuk pekerja sebanyak 0.5% bagi menjaga
keselamatan majikan dan pekerja.
Uniform - Staf Sokongan (2 helai untuk 1 tahun)
- Pekerja Am (3 helai untuk 1 tahun)
Program latihan Staf Sokongan - Meningkatkan Kemahiran Kerani
Cemerlang & Profesional di bawah agensi Institute of
Profesional Advancement

Pekerja Am – Kursus Asas Pembersihan di bawah


anjuran Syarikat Isba Bersih Sdn Bhd

4
3.4 KOS PENTADBIRAN

3.4.1 (a) KOS PERALATAN PEJABAT

BIL JENIS KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)


(RM)
1 laptop 2 1600.00 3200.00
2 Printer 1 399.00 399.00
3 ‘Punch card’ 1 250.00 250.00
4 mesin faks 1 451.00 451.00
5 Projector 1 1500 1500.00
5800.00

3.4.1 (b) KOS KELENGKAPAN PERABOT

BIL JENIS KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)


(RM)
1 Set Sofa 1 350.00 350.00
2 Rak file 5 358.00 1790.00
3 Pendingin hawa 3 1000.00 3000.00
4 Lampu 6 5.00 30.00
5 Meja mesyuarat 1 577.00 577.00
6 Peti Sejuk 1 858.00 858.00
7 Set meja 3 250.00 750.00
7355.00

5
4.0 RANCANGAN OPERASI

4.1 SENARAI JENIS PERKHIDMATAN

 Pakej Basic Cleaning

- Menyapu/ mengemop/ membersih lantai


- Mengemas ruang tamu, bilik tidur dan dapur
- Mencuci bilik air/ tandas
- Mengelap tingkap

 Pakej Advanced Cleaning

- Menyapu/ mengemop/ membersih lantai


- Mengemas ruang tamu, bilik tidur dan dapur
- Mencuci bilik air/ tandas
- Membersihkan habuk pada perabot
- Membersihkan sawang siling rumah
- Mengelap dan mengilatkan cermin tingkap
- Menyapu di depan dan belakang rumah
- Membersihkan longkang disekeliling rumah
- Memotong rumput

6
4.2 CARTA ALIR PROSES PERKHIDMATAN

Mula

Menerima tempahan pelanggan

Bergerak ke rumah pelanggan menaiki van

Mendapat maklumat Kawasan yang patut


dibersihkan

Pekerja 1 Pekerja 2,3

Membersihkan Kawasan luar rumah Menyapu/vacuum lantai dalam rumah

Menyapu daun kering di depan dan belakang Mengemop lantai


rumah

Mengemas barang di ruang tamu, bilik tidur


Memotong rumput dan dapur

Membersihkan longkang Mencuci tandas

Mengelap cermin

Hasil
memuaskan?
Tidak Ya

Menyimpan barang- barang kebersihan

Menerima bayaran perkhidmatan

Tamat

7
4.3 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN

HARI MASA
Isnin - Jumaat 8.00 a.m. - 6.00 p.m.
Sabtu - Ahad 8.00 a.m. - 2.00 p.m.
Cuti Umum Tutup

4.4 SPESIFIKASI TUGAS PEKERJA OPERASI

JAWATAN TUGAS
Pengurus - Memantau dan menyelia pekerja bawahan
dalam operasi
- Mengawal perbelanjaan dan peralatan
dan bahan-bahan perkhidmatan tersebut
- Mengawal keluar masuk perbelanjaan
Kerani Operasi - Membeli peralatan perkhidmatan
pembersihan
- Menyediakan jadual tugasan pekerja
pembersihan
- Memastikan semua pekerja am
menjalankan tugas seperti yang dijadualkan
Pekerja 1 - Membersihkan halaman rumah
- Menyapu daun kering
- Memotong rumput
- Membersihkan longkang
Pekerja 2&3 - Menyapu/vacuum lantai rumah
- Mengemop lantai
- Mengemas barang di ruang tamu/bilik
tidur dan dapur
- Mencuci tandas
- Mengelap cermin

8
4.5 KEDUDUKAN TAPAK PERNIAGAAN

a. Alamat Lokasi Premis Pembersihan Beroperasi

- 8, Jalan Setia Tropika 1/21, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor

b. Alasan Memilih Lokasi Tersebut

- Lokasi yang berhampiran dengan Kawasan perumahan

- Kawasan yang strategik mudah dilihat orang ramai

- Kadar sewa premis yang berpatutan

- Bersebelahan dengan kedai makanan yang viral di sosial media

c. Pelan Lokasi

9
4.6 KEPERLUAN PERKHIDMATAN DAN RAKAN STRATEGIK NIAGA

a) Nama Pelanggan

NAMA CATATAN
1. Safiyah binti Rafzul 52. Jln Perjiranan 12/6, Bandar Dato Onn
2. Zulhelmi bin Fahmi 7, Jalan Setia 4/11, Taman Setia Indah

b) Nama Pembekal

NAMA CATATAN
GBS Enterprise Mengubahsuai susun atur premis syarikat
Syarikat Lim Ah Bu Membekal alatan pembersihan
Oriental Raising Sdn. Bhd. Membekal perabot dan kelengkapan pejabat

Estem Press Supplies Membekal alat tulis dan kertas A4

4.7 SUSUN ATUR PREMIS

TANDAS P P
(L) E E
J N
BILIK REHAT A G BILIK MESYUARAT
B U
A R
T U
S
TANDAS
K (P)
MEJA PEKERJA AM

MEJA KERANI

STOR PANTRY

PINTU

10
4.8 KOS OPERASI

4.8.1 (a) KOS KELENGKAPAN OPERASI

BIL JENIS KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


(RM) (RM)
1 Water jet 1 629.00 629.00
2 Baldi 2 5.00 10.00
3 Mop 2 15.00 30.00
4 Vacuum 1 300.00 300.00
5 Bahan Cucian 1 250.00 250.00
6 penyapu 2 6.00 12.00
7 penyodok 2 4.00 8.00
8 Kain pengelap 4 2.00 8.00
9 Berus tangan 2 3.00 6.00
10 Sarung tangan 5 15.00 75.00
1328.00

4.8.1 (b) KEPERLUAN STOK

BIL JENIS KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


(RM) (RM)
1 Cecair Dettol 11 30.00 330.00
2 Sabun Cuci lantai 11 25.00 275.00
3 Pewangi lantai 11 25.00 275.00
4 Clorox 11 15.00 165.00
5 Cecair pembersih cermin 11 28.00 308.00
6 Plastik Sampah 11 10.00 110.00
1463.00

11
4.9 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

SUMBER FIZIKAL SUMBER TEKNOLOGI


- Bangunan dan kemudahan - Harta intelek
- Peralatan teknologi maklumat dan - Kemahiran dan pengalaman
komunikasi
- Stok

CARA MENGURUS SUMBER:

1. Saya memilih insurans kebakaran dan kecurian supaya dapat melindungi premis
perniagaan saya daripada kebakaran dan kecurian atau risiko yang lain. Premis saya
dilengkapi dengan cctv untuk melindungi bangunan daripada sebarang risiko.

2. Saya memilih peralatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memastikan


komputer dan kenderaan syarikat selalu diselenggara supaya dapat menerima
tempahan pelanggan dan menghantar pekerja pergi dan pulang dari rumah
pelanggan dengan lancar.

3. Melindungi stok peralatan mencuci dan bahan mencuci dengan diselenggara untuk
membaik pulih peralatan jika berlaku sebarang kerosakan.

4. Harta intelek dapat melindungi logo syarikat supaya tidak diciplak oleh syarikat lain.
Jadi, saya akan mendaftar paten melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia
(MyIPO) supaya hak cipta dapat dilindungi oleh undang-undang.

5. Untuk mendapat kemahiran dan pengalaman, saya akan memberi kursus dan
Latihan yang bersesuaian dengan pekerja supaya kualiti dan prestasi perniagaan
terjamin.

12

5.0 RANCANGAN PEMASARAN


5.1 KEKUATAN DAN KELEMAHAN LEBIH SUCI ENTERTAINTMENT DAN PESAING

NAMA PERNIAGGAN KEKUATAN KELEMAHAN


Lebih Suci Entertainment - Mempunyai pekerja yang mahir - Baru bertapak dalam
dan berpengalaman perkhidmatan cucian
- Harga perkhidmatan yang lebih - Menggunakan peralatan cucian
berpatutan dan yang kurang canggih
Kompetitif - Mempunyai kurang pelanggan
tetap

MamaLove Cleaning Sdn - Menggunakan peralatan yang - Harga perkhidmatan yang lebih
Bhd (PESAING) canggih dan berteknologi tinggi mahal
- Pesaing sudah lama beroperasi -Pekerja kurang profesional
dalam bidang cucian - Tidak mempunyai banyak pakej
-Mempunyai banyak pelanggan perkhidmatan.
tetap
- Nama pesaing sudah terkenal di
Kawasan petempatan berdekatan

13

5.2 STRATEGI PROMOSI


Lebih Suci Entertainment menggunakan pelbagai medium sebagai satu cara untuk
menyebarkan maklumat tentang perniagaan. Antara medium yang digunakan ialah:

a) Facebook dan Instagram


- LebihSuciEntertainment & @lebih_suci_ent akan mengemaskini maklumat dan hasil
perkhidmatan dijalankan sebelum dan selepas perkhidmatan. Syarikat kami akan
mempromosi segala perkhidmatan yang telah kami sediakan kepada pelanggan.
Kami juga akan menghantar maklum balas pelanggan di media social untuk
mendapat kepercayaan pelanggan.

b) Risalah
- Pengedaran di sekitar kawasan sasaran seperti Bandar Dato Onn, Taman Daya,
Taman Seri Austin dan Setia Tropika.

c) Banner/ Kain Rentang


- Disekitar Kawasan strategik seperti tiang lampu atau lampu isyarat agar menjadi
tumpuan ramai.

14
5.3 STRATEGI HARGA PESAING

MamaLove Cleaning Sdn Bhd telah menawarkan beberapa strategi harga perkhidmatan:

a) Harga Pengenalan
- Mendapat harga pengenalan dengan potongan sebanyak RM25 bagi kali pertama
menggunakan perkhidmatan pakej.

b) Promosi Sempena Hari Perayaan


- Hari Perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Cina dan Deepavali akan
mendapat potongan harga sebanyak 20%

Manakala untuk Lebih Suci Entertaintment ada menawarkan

a) Potongan Harga
- Membuat potongan harga sebanyak 10% pada setiap hari lahir tahun penubuhan
syarikat.

b) Kad Ahli
- Pengguna akan mendapat perkhidmatan percuma jika telah mendapat cop pada kad
yang telah kami sediakan sebanyak 10 kali perkhidmatan.

c) Promosi Sempena Hari Perayaan


- Hari Perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Cina dan Deepavali akan
mendapat potongan harga sebanyak 10%.

15
5.4 Analisis Pasaran
5.4.1 Harga Jualan Perkhidmatan Seunit
Pakej Harga
Pakej Basic Clean 80
Pakej Advanced Clean 200

5.4.2 Sasaran Jualan Sehari


Pakej Kuantiti Sehari Kuantiti Sebulan
Pakej Basic Cleaning 3 87
Pakej Advanced Cleaning 1 29

Sasaran Jualan Sebulan


Pakej Kuantiti Sebulan Harga Satu Pakej Jumlah
Pakej Basic 87 80 6960
Cleaning
Pakej Advanced 29 200 5800
Cleaning
12760

Jualan disasarkan meningkat 10% setiap bulan pada tahun pertama


BIL BULAN JUALAN (RM)

1 Ogos 2021 12,760.00


2 Sept 2021 14,036.00
3 Okt 2021 15,439.60
4 Nov 2021 16,983.56
5 Dis 2021 18,681.92
6 Jan 2022 20,550.11
7 Feb 2022 22,605.12
8 Mac 2022 24,865.63
9 Apr 2022 27,352.19
10 Mei 2022 30,087.41
11 Jun 2022 33,096.15
12 Jul 2022 36,405.77
  JUMLAH 272,863.46

Sasaran Untung Peningkatan 10%

Berikut merupakan sasaran untung perniagaan bagi tempoh satu tarikh bermula 1
Ogos 2021 sehingga 31 Julai 2022. Lebih Suci Entertainment menetapkan dan
mensasarkan 10% peningkatan setiap bulan.

Keuntungan disasarkan meningkat 10 % setiap bulan pada tahun pertama

BIL
BULAN UNTUNG (RM) peningkatan
1 Ogos 2021 2,261  
2 Sept 2021 2,487 10.00%
3 Okt 2021 2,735 10.00%
4 Nov 2021 3,009 10.00%
5 Dis 2021 3,310 10.00%
6 Jan 2022 3,641 10.00%
7 Feb 2022 4,005 10.00%
8 Mac 2022 4,405 10.00%
9 Apr 2022 4,846 10.00%
10 Mei 2022 5,331 10.00%
11 Jun 2022 5,864 10.00%
12 Jul 2022 6,450 10.00%
  JUMLAH 48,343  

16
5.4.3 Syer Pasaran

Kumpulan sasaran Lebih Suci Entertainment yang dikenalpasti sebahagian daripada


pelanggan meliputi:

 Penduduk di Kawasan Taman Setia Tropika, Bandar Dato Onn dan Taman
Seri Austin.
 Kumpulan sektor awam dan swasta

Nama Perniagaan Syer Pasaran


Lebih Suci Entertainment 30%

MamaLove Cleaning Sdn Bhd 70%

5.5 Sasaran Pelanggan

Kawasan yang dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan meliputi kawasan


berikut dan dijangkakan akan meluas setiap tahun

Kawasan Lipatan Bilangan Penduduk


Setia Tropika 3500 orang
Bandar Dato Onn 90 000 orang
Taman Seri Austin 10000 orang
Jumlah 103500 orang

Oleh itu sasaran pelanggan;

103500 x 20%
= 20 700 orang
17
7.0 PENUTUP

Saya yakin perniagaan Lebih Suci Entertainment akan berjaya dan mampu bersaing
dengan yang lain. Hal ini kerana lokasi premis perniagaan berada di Kawasan yang strategik
mudah dilihat oleh orang ramai serta berhampiran dengan Kawasan perumahan. Pekerja
kami yang cekap dan berpengalaman juga dapat memuaskan hati pelanggan dengan
membuat kerja pembersihan dengan teliti dan amanah sekaligus mengekalkan kualiti yang
dikehendaki oleh perniagaan.

Saya juga sangat menghargai sumbangan teknologi ICT pada zaman ini yang dapat
memudahkan perniagaan Lebih Suci Entertainment untuk berkembang dengan lebih cepat.
Dengan menggunakan aplikasi facebook dan Instagram, sangat mudah untuk kami
mempromosi barang tanpa menggunakan kos yang tinggi. Selain itu,teknologi ICT juga
dapat memudahkan pengurusan data perniagaan saya. Data yang disimpan oleh syarikat
akan lebih selamat dan tersusun.

Saya juga telah mengambil Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi di bawah
anjuran FunnelEvo. Kursus ini memberi saya peluang untuk memahami pelbagai strategi
dan teknik pengurusan yang berkesan yang tersusun dan berkala supaya saya lebih cekap
terhadap tanggungjawab yang saya hadapi.

Perniagaan Lebih Suci Entertainment juga menjalankan tanggungjawab sosial terhadap


mayarakat dan pekerja. Dengan ini, kami akan memberi sumbangan kepada masyarakat
seperti menyumbangkan pakaian, makanan dan wang kepada anak yatim setiap hari ahad
minggu pertama. Selain itu, tidak lupa juga tanggungjawab saya kepada pekerja dengan
menjaga kebajikan mereka. Saya akan membiayai kos perubatan pekerja yang mengalami
kecederaan dan dihantar ke klinik berdekatan.

Impian saya pada masa hadapan agar perniagaan Lebih Suci Entertainment ini akan
membuka 5 cawangan di Negeri Johor pada 3 tahun akan datang dengan harapan
perniagaan ini akan sentiasa mendapat sambutan ramai serta terus berkembang maju.

You might also like