You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Nama perniagaan saya ialah Peerniagaan Sukan Berbasikal Siti yang beroperasi di
MDLD 3522, Lot 35, Block A, Jalan Bunga Raya, Bandar Wilayah, 91100, Lahad Datu,
Sabah. Kelebihan perniagaan yang saya miliki termasuklah mudah ditubuhkan kerana tidak
melibatkan prosedur yang banyak.Selain itu, perniagaan saya juga mudah diuruskan kerana
saiz perniagaan kecil. Seterusnya, sukan berbasikal menjadi trend terkini dalam kalangan
generasi muda. Oleh yang demikian, perniagaan saya dapat memenuhi keperluan dan
kehendak mereka. Tambahan pula, kedai sukan berbasikal saya berada berdekatan dengan
penduduk sekitar. Oleh itu, pengguna mudah untuk mengunjungi premis saya bagi memenuhi
kehendak mereka. Kementerian Pembangunan Usahawan menggalakkan para belia menyertai
bidang perniagaan dan keusahawanan. Program Latihan Pembangunan Usahawanan yang
saya telah hadiri ialah Program Latihan Keusahawanan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA)
dan Latihan Asas Keusahawanan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Tujuan saya menyediakan rancangan perniagaan adalah untuk mendapatkan pinjaman


iaitu sebanyak RM50,000. Antara agensi kerajaan yang dapat membiaya perniagaan saya
termasuklah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Hal ini dikatakan demikian kerana, MARA
dapat memberikan pinjaman permulaan dan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada. Di
samping itu, MARA juga menyediakan ruang niaga, gerai, tapak kilang dan arked.
Sebagaimana yang kita maklum, terdapat beberapa kekuatan membiaya agensi kerajaan.
Antaranya termasuklah agensi kerajaan dapat memberi pinjaman kepada peniaga yang tidak
mempunyai cagaran. Selanjutnya, jumlah pinjaman juga boleh disesuaikan dengan keperluan
semasa. Tujuan saya memohon pinjaman adalah untuk menampung perbelanjaan perniagaan
seperti pembelian stok dan menampung perbelanjaan seperti sewaan premis minimum
RM2650 sebulan. Lain daripada itu, mengambil pekerja baharu mengikut keperluan semasa
perniagaan. Akhir sekali, untuk menampung kos promosi yang sesuai dan terkini seperti
pengiklanan, jualan langsung dan promosi jualan.
2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Bil. Butiran Maklumat


1 Nama perniagaan Perniagaan Sukan Berbasikal Siti
2 Alamat premis perniagaan MDLD 3522, Lot 35, Block A, Jalan Bunga
Raya, Bandar Wilayah, 91100, Lahad Datu,
Sabah
3 Nombor telefon / Nombor faks 089880308 / 089880662
4 E-mel / Facebook sukanberbasikalsiti03@gmail.com /
sukanberbasikalsiti_official
5 Bentuk milikan perniagaan Milikan tunggal
6 Modal awal RM80,000
7 Tarikh pendaftaran perniagaan 1 Disember 2022
8 Tarikh mula perniagaan 1 Januari 2023
9 Nombor pendaftaran perniagaan (SSM) 202203380308
10 Nama bank perniagaan Maybank
11 Nombor akaun bank perniagaan 553861461005

3.0 LATAR BELAKANG PEMILIK


Bil. Butiran Maklumat
1 Nama penuh Siti Syazwani binti Yunaris
2 Nombor kad pengenalan 920803-12-0298
3 Tarikh lahir 03 Ogos 1992
4 Umur 31 tahun
5 Status perkahwinan Sudah berkahwin
6 Alamat rumah MDLD 5277, Lot 179, Jalan Jaya 1, Taman
Aman Jaya, Jalan Silam, 91100, Lahad
Datu, Sabah
7 Nombor telefon peribadi 01129040662
8 E-mel sitisyazwani6478@gmail.com
9 Kelulusan akademik Ijazah Sarjana Muda Mahkamah Syariah
10 Kemahiran Boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
dan bahasa Cina, mahir dalam penggunaan
teknologi terkini seperti mikroskop.
11 Pengalaman Saya telah menghadiri Program Latihan
Keusahawanan oleh Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dan Latihan Asas Keusahawanan
oleh Institut Keusahawanan Negara
(INSKEN).

4.2 VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN


Visi

Membuka 5 cawangan di seluruh Sabah menjelang tahun 2028.

Misi

1. Menawarkan produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan.

2. Memberikan keselesaan kepada pelanggan.

3. Menyediakan kemudahan sukan untuk pelanggan.

Objektif

1.

2.

3.

4.3 CARTA ORGANISASI PERNIAGAAN

(Siti Syazwani)

Pengurus Besar
(Siti Aminah) (Abdul Talib)

Pengurus Pentadbiran dan Pegawai Operasi


Kewangan Pemasaran

(Farah Syazwana)
(Farish Rahman) (Jubaidah Adul)
Kerani Pentadbiran dan
Kewangan Pengurus Operasi Pengurus Operasi 2

(Aiman Hakimi)

Pengurus Operasi 3
4.4 DISKRIPSI TUGAS PENTADBIRAN

Jawatan Diskripsi tugas


Pengurus Besar 1. Mengawal dan mengenal pasti dasar dan
misi perniagaan.
2. Mengawal selia dan memantau perjalanan
perniagaan.
3. Mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah dengan berkesan.
Pengurus Pentadbiran dan Kewangan 1. Menyediakan dokumen syarikat dan
menguruskan program.
2. Memastikan aliran keluar masuk wang
diurus dengan baik.
3. Mengemas kini akaun dan penyata
kewangan.
Kerani Pentadbiran dan Kewangan 1. Menyedia dan mengemaskinikan
belanjawan tahunan.
2. Menyelenggara rekod dan menyediakan
laporan perbelanjaan.
3. Menguruskan dokumen pentadbir dan
pemfailan.
4.5 PENGGAJIAN

4.5.2 BENTUK INSENTIF PEKERJA

1. Caruman KWSP

Majikan wajib mencarum KWSP sebanyak 12% dan pekerja 11% setiap bulan untuk
memudahkan kelangsungan hidup pekerja apabila sudah bersara.

2. Caruman Perkeso

Majikan wajib mengambil insurans pampasan pekerja 1.25% majikan, 0.5% pekerja untuk
lindungi majikan dari tuntutan pekerjan dan membiayai kos rawatan pekerja.

3. Kemudahan perubatan

Faedah perubatan dan penjagaan kesihatan yang dibiayai oleh majikan untuk diberikan
kepada pekerja agar dapat menjaga kesihatan setiap pekerja dan untuk membiayai kos
rawatan setiap pekerja.

4. Kemudahan cuti

Diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan seperti cuti tahunan, cuti sakit, cuti
rehat dan cuti bersalin. Perniagaan saya memberi cuti selama 3 bulan untuk pekerja yang baru
bersalin.

5. Tempat penjagaan anak-anak

Kemudahan penjagaan anak-anak pekerja yang disediakan oleh majikan di tempat kerja
untuk mengurangkan beban pekerja dan untuk mengelakkan dari menampung kos
pengasuhan.

6. Bonus tunai

Penghargaan yang dibayar kepada pekerja secara tunai pada akhir tempoh tertentu
berdasarkan prestasi perniagaan untuk meningkatkan kesetiaan pekerja. Perniagaan saya
memberi RM700 kepada setiap pekerja yang berprestasi tinggi.
5.1 JENIS PRODUK

1. Baju basikal

Menyediakan baju basikal yang berjenama Plan A. Ia mempunyai reka bentuk yang sangat
menarik dan unik. Contohnya, reka bentuk marmar yang merupakan jenis batuan kasar
terhasil dari perubahan batuan enapan karbonat. Antara kelebihan baju basikal ini
termasuklah menggunakan fabrik yang ringan dan mempunyai sistem pengudaraan yang
baik. Baju ini juga mempunyai kualiti yang mahal seperti menggunakan fabrik miti Itali
premium dalam penghasilan baju basikal. Jaminan yang disediakan selama 3 minggu.

2. Basikal

Menyediakan basikal yang berjenama Oscar. Ia mempunyai reka bentuk yang sangat unik
seperti penggabungan beberapa warna yang menarik yang dicorakkan pada basikal. Antara
kelebihan basikal ini ia diperbuat daripada karbon ataupun aluminium. Selain itu, basikal ini
juga mempunyai kualiti yang bagus. Seterusnya, menyediakan perkhidmatan penghantaran
secara percuma. Jaminan basikal ini disediakan selama 3 bulan.

3. Tudung sukan

Menyediakan tudung sukan yang berjenama Raqtive. Ia mempunyai reka bentuk yang
menarik perhatian pengguna. Contohnya, reka bentuk harimau yang dicorakkan pada tudung.
Selain itu, tudung ini mempunyai kualiti yang tinggi. Antara kelebihannya adalah
menggunakan fabrik yang ringan dan mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Jaminan
yang disediakan selama 2 minggu.

4. Seluar basikal

Menyediakan seluar basikal yang berjenama Plan A. Ia mempunyai reka bentuk yang penuh
kreativiti seperti mempunyai corak marmar pada seluar. Antara kelebihan seluar ini
termasuklah menggunakan fabrik yang ringan dan menggunakan span yang tebal. Jaminan
yang disediakab selama 3 minggu.

5. Botol minuman

Menyediakan botol minuman untuk berbasikal berjenama Plan A. Ia mempunyai reka bentuk
yang menarik. Antara kelebihan botol minuman ini termasuklah menggunakan getah yang
premium dan berkualiti tinggi dalam penghasilan botol minuman. Jaminan yang disediakan
selama 2 minggu.
5.2 CARTA ALIR PROSES PERNIAGAAN

Mula

Sambut pelanggan

Layan pertanyaan pelanggan

Bantu pelanggan buat pilihan barang


dan sesi penerangan dan tentang
produk dan jaminan produk

Pelanggan pilih produk

Tawar menawar harga

Puas Tidak
hati

Ya

Pelanggan bayar

Rekod
5.3 WAKTU OPERASI PERNIAGAAN

Waktu operasi 9:00 pagi – 6:00 petang


Cuti umum Tutup
Cuti Jumaat
5.4 DISKRIPSI TUGAS OPERASI

Jawatan Diskripsi tugas


Pengurus Operasi dan Pengurus Pentadbiran 1. Bertanggungjawab mengurus perjalanan
harian perniagaan.
2. Mengekalkan dan menambah baik jadual
pengeluaran dengan mematuhi jadual
penghantaran yang telah dipersetujui.
3. Mengurus belanjawan pemasaran dan
memastikan semua aktiviti pemasaran
sentiasa menepati belanjawan.
Pekerja Operasi 1 1. Membantu menaikkan barang dan
mengatur barang dalam kenderaan.
2. Mematuhi jalan yang ditetapkandengan
mengikut jadual waktu yang diberikan.
3. Menyediakan perkhidmatan pelanggan
yang cemerlang, menjawab soalan dan
mengendalikan aduan daripada pelanggan.
Pekerja Operasi 2 dan Pekerja Operasi 3 1. Merekodkan harga barang yang dijual
dengan memasukkan maklumat pada resit ke
mesin tunai.
2. Mengira wang yang diterima pada
penghujung waktu bekerja dan
menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
3. Merekodkan wang yang diberikan kepada
orang yang diberi kuasa dalam buku harian.
4. Membuat panggilan kepada pelanggan.
5. Meningkatkan jualan produk.
5.5 KEDUDUKAN PREMIS PERNIAGAAN

Perniagaan Sukan Berbasikal Siti beroperasi di MDLD 3522, Lot 35, Block A, Jalan
Bunga Raya, Bandar Wilayah, 91100, Lahad Datu, Sabah.

Tapak perniagaan yang saya pilih dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya
termasuklah berhampiran dengan pembekal dan pelanggan. Oleh yang demikian, pelanggan
mudah mengunjungi premis saya pada bila-bila masa. Selain itu, terdapat kemudahan
infrastruktur seperti tempat meletakkan kenderaan dan jalan raya. Akhir sekali, mudah
dikunjungi dimana premis saya terletak di kawasan perumahan.
5.7 KEPERLUAN PERNIAGAAN / RAKAN STRATEGIK NIAGA

Rakan strategik Bentuk kerjasama


SMK Agaseh - SMK Agaseh sebagai pembekal alat-alat
sukan berbasikal dari perniagaan saya.
- Ia dapat mengembangkan lagi perniagaan
bagi memastikan kelangsungan perniagaan
saya dan dapat meningkatkan imej
perniagaan saya.
- Pihak sekolah mendapat diskaun sebanyak
10% apabila membuat pembayaran kerana
membeli dalam kuantiti yang banyak.
Alangkas Athletic Club -Alangkas Athletic Club ialah agen
perniagaan saya untuk menjual produk
perniagaan kepada ahli-ahli dan akan
diberikan komisen berdasarkan hasil jualan
produk sebanyak 8%.
-Ia dapat menguntungkan perniagaan serta
dapat meningkatkan jualan perniagaan saya.
Syarikat Sport Direct -Syarikat Sport Direct menjadi pembekal
peralatan sukan kepada perniagaan saya.
-Peniaga mendapat diskaun dan kemudahan.
-Perniagaan saya mendapat bekalan stok
yang terjamin.
-Syarikat tersebut dapat tingkatkan hasil
jualan dan dapat menjual dengan kualiti yang
banyak.
5.9 PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

Sumber fizikal Justifikasi Pengurusan sumber


Bangunan dan kemudahan -Bangunan adalah tempat -Penyelenggaraan bangunan
menjalankan operasi adalah setiap 6 bulan sekali
perniagaan dan sebagai pusat bagi mengelakkan kerosakan.
jualan. -Bangunan dilengkapi
-Bangunan dan kemudahan dengan CCTV bagi
adalah tempat pekerja mengelakkan kecurian dan
bekerja serta tempat untuk dilengkapi dengan alat
menjalankan aktiviti pemadam api untuk bersedia
pentadbiran. dari berlaku kebakaran.
Stok -Barang siap atau barang -Menyediakan insurans
dagangan yang sedia untuk kebakaran untuk melindungi
dijual. bangunan, mesin dan stok
-Disimpan di dalam gudang daripada terbakar.
dan dipastikan sentiasa -Merekod bekalan untuk
mencukupi apabila pastikan stok sentiasa
diperlukan. mencukupi dan dalam
keadaan yang baik.
Lori / Van -Menghantar barang jualan -Membeli insurans
kepada pelanggan. kemalangan bagi
-Menghantar pekerja ke mengelakkan kemalangan.
destinasi tertentu. -Kenderaan perlu
diselenggara 6 bulan sekali.
Sumber teknologi Justifikasi Pengurusan sumber
Logo -Sebagai identiti perniagaan -Mendapatkan hak paten di
-Dapat membezakan MyIPO untuk melindungi
perniagaan saya dengan perniagaan saya dalam
pesaing luar supaya tempoh tertentu.
dilindungi oleh undang-
undang.
Lesen perisian -Untuk memastikan perisian -Menggunakan lessen
adalah tulen dan sah untuk perisian yang tulen dan sah
digunakan. digunakan.
-Untuk mengelakkan
daripada berlaku kesalahan
jenayah perdagangan.
6.0 RANCANGAN PEMASARAN

6.1 ANALISIS INDUSTRI

6.1.1 KEKUATAN PERNIAGAAN

Perniagaan saya mengamalkan gaya pengurusan demokratik dimana majikan mengamalkan


toleransi dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pekerja dalam semua aspek. Selain itu,
perniagaan saya juga mempunyai pekerja yang berdisiplin, rajin dan peramah. Akhir sekali,
perniagaan saya dapat menjalankan aktiviti promosi untuk perkenalkan produk.

6.1.2 KELEMAHAN PERNIAGAAN

Perniagaan saya mempunyai sumber kurang modal sedikit menyebabkan tidak mampu
membeli stok secara besar-besaran dari pembekal. Selain itu, perniagaan saya juga masih
belum dikenali ramai kerana baru sahaja beroperasi. Seterusnya, majikan juga belum mahir
menggunakan teknik pengurusan yang sesuai disebabkan belum mengenal pekerja. Akhir
sekali, perniagaan saya mempunyai pilihan produk yang terhad kerana mempunyai modal
yang kecil serta tidak mampu untuk membeli perlbagai jenis produk.

6.1.3 PERBANDINGAN PRODUK DENGAN PESAING

Bil Perniagaan Sukan Jaguh Sport K.S Sport


Berbasikal Siti
1 Menjual produk yang Menjual jenama yang kurang Menjual produk yang
berjenama terkenal di Malaysia tiada jenama
2 Menjual produk yang tahan Menjual produk yang tidak Menjual produk yang
lama dan berkualiti tahan lama dan tidak berkualiti tidak bermutu tinggi
dan cepat rosak
3 Reka bentuk produk Reka bentuk produk yang Reka bentuk produk
mengikut reka bentuk ketinggalan zaman tidak mengikut cita rasa
terkini pengguna
4 Tempoh jaminan produk Tiada jaminan produk Tempoh jaminan
lebih lama produk singkat

6.1.4 PERBANDINGAN HARGA DENGAN PESAING


Bil Perniagaan Sukan Jaguh Sport K.S Sport
Berbasikal Siti
1 Mempunyai harga yang Mempunyai harga yang mahal Mempunyai harga yang
berpatutan dan sesuai tidak sesuai dengan
dengan jenama kualiti produk
2 Pelanggan boleh membuat Pelanggan tidak boleh Pelanggan boleh
rundingan harga membuat rundingan harga membuat rundingan
harga dengan syarat
buat pembelian dengan
banyak

6.1.5 STRATEGI PEMASARAN

1) Pengiklanan melalui media cetak dan media sosial. Contohnya, surat khabar, Instagram
dan Tiktok. Oleh yang demikian, penduduk akan mengenal perniagaan saya dengan lebih
terperinci.

2) Promosi jualan dimana diskaun diberikan sebanyak 10% kepada pelanggan tetap dan
pelanggan yang membeli produk dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, diskaun juga
diberikan sebanyak 20% kepada pelanggan semasa musim sukan dan cuti sekolah. Akhir
sekali, barangan sagu hati turut diberikan kepada pelanggan untuk pembelian melebihi
RM500 ke atas untuk menggalakkan pembeli beli dalam kuantiti yang banyak.

5.6 SUSUN ATUR RUANG PREMIS PERNIAGAAN

Pintu kecemasan
Ruang
Ruang
Stor rehat Tandas
solat
pekerja

Ruang
pejabat

Kaunter
pembayaran
Botol
Tudung sukan
minuman

Seluar basikal

Basikal

Baju basikal

Pintu utama

You might also like