You are on page 1of 18

946/1 STPM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2022


PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1

(1 Jam 45 Minit)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu12 dan 14 tetapi hanya satu jawapan yang pertama
akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada empat halaman bercetak

1
BAHAGIAN A ( 50 markah)

Jawab semua soalan

1. Terangkan tahap perniagaan berikut.

i) Tahap primer [2]

ii) Tahap sekunder [2]

iii) Tahap tertier [2]

2. Nyatakan empat peranan sektor awam dalam aktiviti perniagaan di Malaysia. [4]

3. Jelaskan dua pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh Syarikat Percetakan

Aman Press. [6]

4. Berikan empat kepentingan kawalan inventori dalam perniagaan. [4]

5. Jelaskan dua klasifikasi produk pengguna. [6]

6. Huraikan dua strategi penentuan harga produk baharu [4]

7. Terangkan tiga jenis sumber dana jangka pendek yang dapat diperoleh sebuah organisasi
perniagaan. [6]

8. Huraikan dua jenis risiko yang dihadapi oleh individu atau organisasi. [4]

9. Terangkan tiga faedah bukan wang yang diberikan kepada pekerja. [6]

10. Huraikan dua skim kemudahan penamatan perkhidmatan sesebuah organisasi [4]

2
BAHAGIAN B ( 50 MARKAH )

TM MENDEPANI CABARAN PANDEMIK COVID-19

Telekom Malaysia Berhad (TM), ialah syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di


Malaysia. Sebagai penyedia infrastruktur digital dan penyambungan nasional, TM ditubuhkan untuk
membolehkan Pendigitalan Malaysia dengan menawarkan rangkaian perkhidmatan komunikasi dan
penyelesaian yang komprehensif (telefon dan jalur lebar), mobiliti, kandungan, WiFi, Awan, Pusat
Data, keselamatan siber, IoT dan perkhidmatan pintar.

Wabak COVID-19 yang pesat menyebabkan kebimbangan sosio-ekonomi yang meluas kepada
pengguna, perniagaan dan masyarakat di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia. TM pastinya tidak
terlepas. Malah sebelum wabak itu sampai ke Malaysia, ekonomi global mengalami kelembapan di
tengah-tengah cabaran pasaran dan landskap operasi. Selain itu, sektor telekomunikasi terus
menghadapi persaingan yang sengit,tekanan harga dan penurunan dalam perkhidmatan .Apabila virus
merebak ke seluruh dunia,langkah pembendungan di seluruh negara seperti penguncian(lock down)
dan sekatan perjalanan menyebabkan ketidaktentuan dalam rantai permintaan dan penawaran. Semasa
tempoh PKP pertama pada Mac 2020, TM mengalami kelewatan dalam penghantaran bahan dan
peralatan dan kerja-kerja Kejuruteraan Mekanikal Awam TM (CME) telah ditangguhkan. Gangguan
menjejaskan kemajuan rangkaian pelancaran dan menyumbang kepada kelewatan penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggan.

Perintah Kawalan Pergerakan dan aktiviti terhad mempengaruhi cara hidup dan bekerja. Ini
mencetuskan keperluan mendesak untuk ketersambungan yang lebih besar dan penyelesaian digital.
Peningkatan pesat aktiviti dalam talian pada tahun 2020 mengakibatkan perubahan kepada tingkah
laku pelanggan apabila mereka semakin terbiasa dengan gaya hidup digital yang lancar. Orang ramai
dan perniagaan telah beralih kepada cara digital untuk menguruskan beban kerja mereka. Selain itu,
pertumbuhan dalam penstriman video memerlukan Rangkaian Penyampaian Kandungan yang stabil
dan boleh dipercayai (CDN).

Sebagai sebuah organisasi yang membina negara, TM sangat komited untuk membantu Kerajaan
memerangi krisis. Selepas wabak melanda Malaysia, TM menyampaikan sambungan penting ke
ratusan tapak kritikal di seluruh negara, termasuk Pusat Kawalan Krisis (CRC), pusat panggilan,
hospital dan kawasan kuarantin. TM menyediakan pusat perkhidmatan suara dan internet, yang
melibatkan pemasangan sementara talian dan menaik taraf perkhidmatan sedia ada kepada kakitangan
Kementerian Kesihatan (KKM) di Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) bagi menjawab
pertanyaan orang ramai.

Memandangkan telekomunikasi dianggap sebagai perkhidmatan nasional yang penting di bawah


Majlis Keselamatan Negara (MKN), tindakan segera diambil untuk membantu warga TM
mengharungi cabaran-cabaran unik ini. Langkah proaktif awal telah dilaksanakan sejak Januari 2020,
melaksanakan Pengaturan Kerja Khas (SWA) dengan SOP dan disampaikan kepada Warga TM di
seluruh negara. Ini sangat penting untuk kesinambungan perniagaan, sambil meminimumkan
gangguan perkhidmatan dan memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan .

3
Setiap baris perniagaan dilaksanakan dengan pantas untuk memenuhi permintaan pelanggan. Unifi,
sebagai tambahan kepada pelan tanpa hadnya, melancarkan pakej sokongan untuk membantu
pelanggan dan memanfaatkan platform digitalnya untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan dan
memudahkan pesanan dalam talian. Selain itu, TM melancarkan penyelesaian jalur lebar wayarles
secara ‘Plug & Play’. TM juga menghantar modem untuk memenuhi permintaan sambungan segera
pelanggan jika tidak dapat memasang jalur lebar secara fizikal. Di bawah PENJANA, TM juga
membantu PKS menangani cabaran-cabaran perniagaan ketara yang berpunca daripada pandemik ini.
TM menawarkan penyelesaian digital dan juga khidmat rundingan daripada pasukan pakar TM untuk
menyokong transformasi digital PKS berdasarkan keperluan perniagaan mereka.

TM telah menyalurkan lebih RM6.7 juta secara keseluruhannya bagi membiayai inisiatif-inisiatif
pembangunan negara untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang tempoh PKP. Para
sukarelawan TM telah membantu mengagihkan pakej-pakej Family Care bernilai RM2.7 juta yang
mengandungi wang tunai, makanan kering dan barang keperluan lain ke seluruh negara. TM turut
menyalurkan RM2.0 juta ke tabungCOVID-19Kerajaan dan RM2.0 juta menerusi GLC/GLICDisaster
ResponseNetwork (GDRN) untuk menyokong usaha KKM dan badan-badan bukan kerajaan lain
dalam memerangi wabak ini. TM juga telah mewujudkan stesen-stesen pangkalan 5G di dua (2) pusat
kuarantin COVID-19 di MAEPS dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh,
serta menyediakan internet berkelajuan tinggi kepada 12 pusat kuarantin COVID-19 di Sabah.
Melalui cara ini, TM menyokong tugas kritikal barisan hadapan di samping membantu mereka yang
sedang menjalani kuarantin untuk kekal berhubung dengan yang tersayang.

( Disesuaikan daripada https://www.tm.com.my/annualreport, Telekom Malaysia Berhad Integrated Annual


Report 2020, yang dicapai pada 13 Disember 2021)

11. Berdasarkan kes di atas,

a) Terangkan lima faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan TM. [15 ]
b) Jelaskan tanggungjawab yang dilakukan TM kepada empat pihak berkepentingannya. [15 ]

12. Jelaskan lima strategi campuran promosi yang boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat
dalam usaha untuk memberitahu, menarik, mempengaruhi dan memujuk pengguna membeli
sesuatu produk . [20]

ATAU

13. .Jelaskan empat langkah dalam proses pengambilan sumber manusia oleh sesebuah
organisasi.
[20]

KERTAS SOALAN TAMAT

4
CADANGAN SKEMA JAWAPAN

(1) Tahap perniagaan :

i. Tahap primer [2]

- Aktiviti pengeluaran bahan mentah dari tempat asalnya/alam semulajadi

- Tidak melibatkan perubahan bentuk asal

- Contohnya: aktiviti pembalakan

ii.. Tahap sekunder [2]

- aktiviti memproses bahan mentah yang diperolehi daripada aktiviti peringkat primer

menjadi barang siap atau separuh siap /

- Aktiviti perniagaan yang melibatkan pemprosesan sumber/

- Contohnya aktiviti pengeluaran perabot

iii. Tahap tertier [2]

- aktiviti perniagaan yang melibatkan produk tak ketara atau perkhidmatan / produk yang
tidak perlu diproses lagi/

- tahap yang membantu kelancaran operasi perniagaan ditahap primer dan sekunder/

- Aktiviti penyediaan perkhidmatan sokongan

- Contohnya: aktiviti pengangkutan dan perbankan

[2H@1H,1C; 2x2m=4m]

2. Berikan empat peranan sektor awam dalam aktiviti perniagaan di Malaysia. [4]

Empat peranan sektor awam dalam aktiviti perniagaan di Malaysia ialah:

i. Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan, perkhidmatan

keselamatan, kesihatan dan pendidikan

ii.Mengamalkan monopoli semula jadi seperti melaksanakan projek berisiko atau projek

5
yang memerlukan modal dan kepakaran yang tinggi, contohnya membina empangan

hidroelektrik

iii.Menggubal dan melaksana dasar-dasar fiskal dan kewangan seperti menentukan

kaedah percukaian yang sesuai dan memberi bantuan subsidi

iv. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang dan kawalan seperti mengawal dan

memantau aktiviti sektor swasta dan awam serta menjamin kepentingan pengguna

v. Mewujudkan peluang pekerjaan yang dapat mengurangkan kadar pengangguran dan

meningkatkan taraf hidup rakyat dan meningkatkan kuasa beli.

[4x1m = 4m]

3. Jelaskan dua pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh Syarikat Percetakan

Aman Press. [6]

Dua pendekatan kawalan kualiti ialah:

a. Kawalan Input

- Ia merupakan kawalan ke atas input seperti bahan, tenaga kerja, mesin dan kaedah

- dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula

- Kawalan dari segi proses mendapatkan input atau kualiti input yang dikehendaki

- Tujuannya adalah untuk mengelakkan pemesongan dan memastikan pengeluaran

mengikut spesifikasi

- Contoh: Syarikat percetakan buku memastikan kertas yang akan digunakan berkualiti

dan mesin percetakan berfungsi dengan baik

b. Kawalan Proses

- Kawalan ini dilakukan pada peringkat input ditransformasikan kepada output/semasa proses
pengeluaran berlaku

- Ia bertujuan menyisih barangan cacat daripada proses

6
- Melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan pengubahsuaian selepas kerosakan

atau penyimpangan berlaku

- Untuk memastikan kerja yang dilakukan betul atau kualiti produk dalam proses

pengeluaran mengikut piawai

- Contoh: Penyelia percetakan akan memeriksa buku semasa percetakan berlaku dan

Memastikan pengeluaran buku ikut spesifikasi yang ditetapkan

c. Kawalan Output

- Kawalan yang dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat

- Aktiviti tersebut melibatkan perbandingan dengan standard output yang ditetapkan

- Untuk mengelakkan produk yang rosak sampai ke tangan pengguna

- Contoh: Penyelia pengeluaran akan memeriksa buku yang dicetak menggunakan

kaedah pensampelan untuk memastikan kualiti buku ikut spesifikasi yang ditetapkan

Nota : Contoh mesti ada kaitan dengan percetakan buku.

[(F=1+H=1+C=1) x2= 6m]

4. Berikan kepentingan kawalan inventori dalam perniagaan. [4]

Kepentingan kawalan inventori ialah:

i. memastikan inventori berada pada tahap optimum

ii. memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan

iii. memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan

iv mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori

v. meminimumkan kos pemegangan inventori

vi. menstabilkan harga produk di pasaran

Mana-mana empat yang pertama.


[4x1m=4m]

7
5. Jelaskan dua klasifikasi produk pengguna. [6]

.Produk mudah beli

-barangan yang dibeli dengan masa dan usaha paling minimum

- produk ini kerap dibeli

- harga produk adalah murah dan konsumer tidak membuang masa untuk membuat
perbandingan harga dan kualiti

- contoh produk : barang keperluan asas

.Produk beli-belah

-merupakan barangan yang jarang dibeli – mungkin sebulan sekali atau setahun sekali

- pembelian dibuat selepas dibuat tinjauan dan perbandingan harga dan kualiti untuk
mengelak risiko tersilap membeli

- contoh produk : pakaian, perabot dll yang sesuai

.Produk Istimewa

- barangan yang mempunyai ciri yang unik yang disukai konsumer dari aspek jenama,gaya.

- konsumer sanggup habiskan masa/berusaha untuk mencari dan mendapatkan barangan ini

- contoh produk : barang antik, kereta mewah,

.Produk tidak dicari

-barangan yang tidak diketahui kewujudannya oleh pembeli di pasaran

-konsumer (manfaat) tidak merasa desakan untuk memilikinya.

- contoh produk : insurans, ensiklopedia, produk kesihatan

[(F=1+H=1/C=1)x3= 6m]

6. Huraikan dua strategi penentuan harga produk baharu [4]

Dua strategi penentuan harga produk baharu ialah;

i) Harga Penarahan pasaran

- Meletakkan harga permulaan yang tinggi untuk produk baharu bagi

mendapatkan untung maksima dalam jangka masa pendek

8
- Sesuai untuk produk yang mempunyai permintaan tinggi serta melibatkan

belanja pelaburan yang besar

- Contoh : telefon pintar

ii) Harga Penembusan pasaran

- Meletakkan harga permulaan yang rendah bagi tujuan menembusi pasaran dan

- mendapatkan pengguna yang seramai mungkin dan syer pasaran yang besar

- Contoh : barang pengguna

[(F=1+H=1/C=1)x2= 4m]

7. Huraikan tiga jenis sumber dana jangka pendek yang dapat diperoleh sebuah

organisasi perniagaan. [6]

. Overdraf

- Pengeluaran wang daripada akaun semasa melebihi baki wang yang ada dalam akaun.

-Tujuan penggunaan membayar perbelanjaan, hutang dan pembelian barangan

-Kadar bunga yang tinggi dikenakan ke atas overdraf yang dikeluarkan mengikut hari.

. Pemfaktoran

- Satu urusniaga yang melibatkan pembelian akaun belum terima oleh syarikat pemfaktor

- Pemfaktor terdiri daripada institusi kewangan yang menjalankan kegiatan pemfaktoran

-Aktiviti pemfaktoran melibatkan pengambilalihan dan pentadbiran akaun belum terima dan
aktiviti pengutipan hutang.

. Penerimaan jurubank

-Pembiayaan perdagangan oleh pihak bank dalam aktiviti eksport dan import, dan perniagaan
dalam negeri

-Bil pertukaran dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh
dan masa tertentu oleh pihak bank

. Trust receipt

-Jaminan pembayaran oleh pihak bank kepada peniaga daripada dalam dan luar negara

9
-Peniaga mendapat barangan belian walaupun belum membuat bayaran

-Bank akan membuat bayaran dahulu bersandarkan kepada nilai bil

. Pinjaman berjangka

-Bank memberi kemudahan pinjaman untuk tempoh singkat ( 3 bulan )

-Mengenakan kadar faedah megikut bulanan

-Kos pinjaman bergantung pada jumlah pinjaman, waktu aliran tunai dan tempoh pinjaman.

[(F=1+H=1/C=1)x3= 6m]

8. .Huraikan dua jenis risiko yang dihadapi oleh individu atau organisasi. [4]

1. Risiko tulen

- keadaan tidak pasti individu/organisasi yang mengalami kerugian atau tidak mengalami
kerugian dan terus berada dalam keadaan yang sama .

-Jenis-jenis risiko tulen risiko peribadi dan risiko harta

-risiko peribadi yang memberi kesan secara langsung kepada invidu

-Risiko harta risiko yang dihadapi oleh pemilik harta disebabkan harta rosak, musnah dan
hilang

Contoh risiko tulen: Risiko terlibat dalam kemalangan jalan raya , risiko kilang terbakar ,
Risiko inventori di gudang hilang

2.Risiko spekulatif

-keadaan tidak pasti individu/organisasi menghadapi kemungkinan -kemungkinan iaitu


memperoleh keuntungan, mengalami kerugian dan masih berada dalam keadaan yang sama.

Contoh 1. Risiko yang dihadapi oleh pelabur yang melabur di pasaran saham ialah mendapat
keuntungan modal jika harga saham naik / Kerugian jika harga saham turun / Tidak
mengalami kerugian/keuntungan jika harga saham tidak berubah

Contoh 2. Risiko yang dihadapi oleh organisasi jika strategi meletakkan harga yang tinggi
ialah kemungkinan menghadapi keuntungan, kerugian dan pulang modal

[ (1F+1H/1C= 2m) x 2 = 4m]

10
9. . Huraikan tiga faedah bukan wang yang diberikan kepada pekerja. [6]

faedah bukan wang ialah

1.kemudahan kesihatan

-Menyediakan faedah perubatan dan penjagaan kesihatan./mendapat rawatan percuma di


klinik swasta

-kos perubatan ditanggung oleh majikan

2.percutian

-Pekerja yang mencapai sasaran syarikat diberi cuti tahunan untuk melancong

-kos penginapan ,pengangkutan ditanggung oleh majikan

3.tempat penjagaan kanak-kanak:

-Dapat menjimatkan kos penjagaan dan pendidikan awal anak

-pekerja dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja tanpa rasa bimbang terhadap
anak.

4. kemudahan pinjaman

-Syarikat akan bekerjasama dengan pihak bank untuk memberi pinjaman kepada pekerja

-Pekerja boleh membuat pinjaman membeli kenderaan dan membeli rumah

5.keahlian badan professional dan kelab:

-untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan kelab spt kelab golf

-Ahli diwajibkan membayar yuran keahlian

6.kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja

-Syarikat menyediakan kemudahan untuk meningkatkan kebajikan pekerja

- Contoh : kemudahan penginapan ,pengangkutan dan makanan percuma kepada pekerja.

-Syarikat juga mengutamakan keselamatan pekerja supaya tiada kemalangan ditempat kerja

-Contoh : menyediakan SOP keselamatan ditempat kerja, menyediakan alat perlindungan


keselamatan diri,menyediakan peti keselamatan yang diisi keperluan perubatan.

[ (1F+1H/1C= 2m) x 3 = 6m]

11
10. . Huraikan dua skim kemudahan penamatan perkhidmatan sesebuah organisasi: [4]

1. Penamatan perkhidmatan secara wajib

-Pekerja yang tamat kontrak dilepaskan oleh organisasi tanpa sebarang syarat.

- Contoh: syarat umur bersara wajib sektor awam ialah 60 tahun manakala sektor swasta 55
tahun

2)Penamatan perkhidmatan secara diberhentikan(retrenchment)

-Pekerja ditamatkan perkhidmatan bukan kerana penamatan secara wajib @ secara sukarela.

- Contoh:pekerja diberhentikan atas tindakan disiplin @ pekerja dibuang kesan


penggabungan syarikat/ekonomi gawat/pengambialihan syarikat.

3) Penamatan perkhidmatan secara sukarela/opsyen

-Pekerja memilih utk bersara lebih awal atas pilihan/kehendak sendiri.

-Contoh: penjawat awam umur bersara wajib pada umur 60 tahun tetapi memilih untuk
bersara awal pada umur 56 tahun.

[ (1F+1H/1C= 2m) x 2 = 4m]

BAHAGIAN B :

11.

a) Terangkan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan TM. [ 15 ]

FAKTA HURAIAN KAITAN KES

1)Persekitaran Berkaitan dgn sistem ekonomi,  Ekonomi global mengalami kelembapan di


Ekonomi tukaran wang asing, kadar tengah-tengah cabaran pasaran dan landskap
faedah dan situasi ekonomi operasi.

2)Persaingan dan  Firma-firma lain dalam  sektor telekomunikasi terus menghadapi


jaringan industri yang sama dan persaingan yang sengit, tekanan harga dan
dalam pasaran yang sama. penurunan dalam perkhidmatan
 Ancaman yang diberikan
oleh perniagaan yang
mengeluarkan produk yang
sama atau pengganti dan
pada pasaran yang sama
dengan produk yang dijual

12
oleh peniaga
3)Sosiobudaya  Hubungkait nilai budaya  Peningkatan pesat aktiviti dalam talian pada
sosial yang yang diamalkan tahun 2020 mengakibatkan perubahan
sesuatu kaum seperti adat kepada tingkah laku pelanggan apabila
istiadat dan gaya hidup mereka semakin terbiasa dengan gaya hidup
 Nilai-nilai bersama yang digital yang lancar.
dikongsi oleh masyarakat  Orang ramai dan perniagaan telah beralih
kepada cara digital untuk menguruskan
beban kerja mereka.
4)Persekitaran  Sebarang perubahan  Sebagai penyedia infrastruktur digital dan
Teknologi penggunaan sains yang penyambungan nasional, TM ditubuhkan
membolehkan manusia untuk membolehkan Digital Malaysia
melakukan sesuatu yang dengan menawarkan rangkaian
baru atau membentuk tugas perkhidmatan komunikasi dan penyelesaian
atau prosedur kerja yang yang komprehensif (telefoni dan jalur
baru dan lebih baik. lebar), mobiliti, kandungan, WiFi, Awan,
Pusat Data, keselamatan siber, IoT dan
perkhidmatan pintar.

5)Persekitaran  Keadaan politik dan polisi  Apabila virus merebak ke seluruh


politik dan awam sesebuah negara dunia,langkah pembendungan di seluruh
perundangan negara seperti penguncian(lockdown) dan
 Peraturan, kawalan, sekatan perjalanan menyebabkan
sokongan dan galakan ketidaktentuan dalam rantai permintaan dan
kerajaan, sistem percukaian penawaran.
 Semasa tempoh PKP pertama pada Mac
2020, TM mengalami kelewatan dalam
penghantaran bahan dan peralatan dan kerja-
kerja Kejuruteraan Mekanikal Awam TM
(CME) telah ditangguhkan.

[ 1F + 1H + 1KK x 5 = 15M ]

b) Jelaskan tanggungjawab yang dilaksanakan TM kepada empat pihak berkepentingannya. [ 15 ]

FAKTA HURAIAN KAITAN KES

Kerajaan  Pihak berkuasa yang  TM berasa sangat komited untuk membantu


menguatkuasakan undang- Kerajaan memerangi krisis.
undang / peraturan /  Selepas wabak melanda Malaysia, TM
perlesenan menyampaikan sambungan penting ke ratusan
tapak kritikal di seluruh negara, termasuk Pusat
 Firma seharusnya Kawalan Krisis (CRC), pusat panggilan,
mematuhi segala hospital dan kawasan kuarantin.
peraturan dan undang-  TM menyediakan pusat perkhidmatan suara
undang yang ditetapkan dan internet, yang melibatkan pemasangan
oleh kerajaan sementara talian dan menaik taraf perkhidmatan
kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di
Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis
(CPRC) bagi menjawab pertanyaan orang
ramai.
 TM turut menyalurkan RM2.0 juta ke
tabungCOVID-19Kerajaan dan RM2.0 juta

13
menerusi GLC/GLICDisaster ResponseNetwork
(GDRN untuk menyokong usaha KKM dan
badan-badan bukan kerajaan lain dalam
memerangi wabak ini.
 TM juga telah mewujudkan stesen-stesen
pangkalan 5G di dua (2) pusat kuarantin
COVID-19 di MAEPS dan Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai
Buloh, serta menyediakan internet berkelajuan
tinggi kepada 12 pusat kuarantin COVID-19 di
Sabah.

Pekerja  Tenaga buruh yang  Langkah proaktif awal telah dilaksanakan sejak
menyumbangkan dalam Januari 2020, melaksanakan Pengaturan Kerja
bentuk fizikal atau mental Khas (SWA) dengan SOP i dan disampaikan
 Perniagaan perlu sensitif kepada Warga TM di seluruh negara.
kepada kehendak dan  Ini sangat penting untuk kesinambungan
keperluan pekerja samada perniagaan, sambil meminimumkan gangguan
dalam bentuk kewangan perkhidmatan dan memastikan pekerja dan
dan bukan kewangan pelanggan kami selamat.
Pelanggan  Pembeli produk /  Unifi, sebagai tambahan kepada pelan tanpa
pengguna produk atau hadnya, melancarkan pakej sokongan untuk
perkhidmatan membantu pelanggan dan memanfaatkan
platform digitalnya untuk menyediakan
 Peniaga harus menjaga perkhidmatan pelanggan dan memudahkan
kebajikan dengan memberi pesanan dalam talian.
perhatian kepada kehendak  Selain itu, TM melancarkan penyelesaian jalur
dan keperluan pengguna. lebar wayarles secara ‘Plug & Play’ .
 TM juga menghantar modem untuk memenuhi
permintaan sambungan segera pelanggan jika
tidak dapat memasang jalur lebar secara fizikal.
 Di bawah PENJANA, TM juga membantu
PKS menangani cabaran-cabaran
perniagaan ketara yang berpunca daripada
pandemik ini.
 TM menawarkan penyelesaian digital dan juga
khidmat rundingan daripada pasukan pakar TM
untuk menyokong transformasi digital PKS
berdasarkan keperluan perniagaan mereka.

Masyarakat  Membeli/menyokong  TM telah menyalurkan lebih RM6.7 juta secara


produk yang dikeluarkan keseluruhannya bagi membiayai inisiatif-
oleh peniaga, inisiatif pembangunan negara untuk membantu
 Perniagaan perlu golongan yang memerlukan sepanjang tempoh
menjalankan PKP.
tanggungjawab sosial  Para sukarelawan TM telah membantu
supaya mereka dapat mengagihkan pakej-pakej Family Care bernilai
memastikan sokongan RM2.7 juta yang mengandungi wang tunai,
yang berterusan dari makanan kering dan barang keperluan lain ke
masyarakat seluruh negara.
 Melalui cara ini, TM menyokong tugas kritikal

14
barisan hadapan di samping membantu mereka
yang sedang menjalani kuarantin untuk kekal
berhubung dengan yang tersayang.

[ 1F + 1H + 2KK x 4 = 16 Max 15M ]

12.Jelaskan lima strategi campuran promosi yang boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat
dalam usaha untuk memberitahu, menarik, mempengaruhi dan memujuk pengguna membeli
sesuatu produk .
[20]

1. Pengiklanan

- Pengiklanan merupakan cara menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan


oleh penjual kepada pengguna melalui pelbagai jenis media massa dan berbayar seperti radio,
TV, internet, suratkhabar dll.

- Pengiklanan juga merupakan sebarang bentuk persembahan yang dirancang dan dibuat khas
untuk memperkenalkan dan menarik perhatian orang lain terhadap sesuatu barang.

- Iklan dibuat secara berulangkali untuk mewujdkan permintaan, mengekalkan permintaan


dan meluaskan permintaan.

Contoh: Syarikat A mengiklan produk kesihatannya melalui rancangan Wow Shop TV9

2. Promosi Jualan

- Promosi jualan adalah satu cara penyampaian maklumat tentang barang dan perkhidmatan
oleh penjual kepada pengguna melalui teknik-teknik jualan dalam jangka masa pendek.

-Promosi jualan merupakan segala usaha galakan jualan yang digunakan oleh firma untuk
meningkatkan hasil jualan dan meluaskan pasaran yang sedia ada.

- bentuk/teknik promosi jualan ialah kupon/baucar, pameran-pameran perdagangan, point-of-


purchase, pertandingan-pertandingan dan barang sampel.

Contoh: Syarikat A menawarkan potongan harga bagi produk kesihatan mereka pada setiap
hujung bulan.

3. Publisiti

15
-Publisiti merupakan cara menyampaikan maklumat sesuatu barang dan perkhidmatan dari
pengeluar kepada pengguna melalui sebaran media komunikasi tetapi pihak pengeluar tidak
perlu membayar.

-Bentuk publisiti ialah liputan berita, rencana berita, penyuntingan rekod dan filem,
persidangan akhbar.

cth: Produk kesihatan syarikat A mendapat publisiti melalui rencana yang ditulis dalam berita
harian mengenai kebaikan vitamin C.

4. Perhubungan awam

- Satu cara yang diambil oleh perniagaan untuk menjalin hubungan yang baik dengan
masyarakat umum khasnya pihak berkepentingan perniagaan seperti pembekal, pelanggan
dan kerajaan.

- Cara yang biasa digunakan oleh syarikat adalah seperti mengeluarkan buletin/majalah,
mewujudkan laman web, melantik pegawai perhubungan awam

-Perhunungan awam bertujuan meningkatkan imej syarikat di kalangan masyarakat umum.

Contoh Syarikat Vivo menggunakan khidmat duta artis Dato Siti Nurhaliza bagi
mempromosi telefon Vivo

5. Jualan bersemuka/Jualan terus/langsung

- Jualan bersemuka ialah satu cara menyampaikan maklumat barang dan perkhidmatan dari
pengeluar atau firma kepada pengguna melalui jurujual yang terlatih dan berkebolehan.

-maklumat mengenai kelakuan membeli dan cita rasa pengguna dapat diperolehi secara
langsung oleh firma

Contoh Syarikat insurans Takaful iklas menggunakan ejen terlantik untuk menjual produk
mereka.

Cth 2: Syarikat A menggunakan jurujual terlatih untuk jualan bersemuka produk kesihatan
mereka.

[ (1F+2H+1C= 4m) x 5 = 20M]

13 .Jelaskan empat langkah dalam proses pengambilan sumber manusia oleh sesebuah
organisasi.
[20]

Empat proses pengambilan sumber manusia ialah

16
1. Menarik minat/merekrut

-usaha mencari dan menarik sekumpulan calon-calon yang berpotensi dan berkelayakan
untuk memenuhi jawatan kosong .

- Tindakan menarik minat ialah Iklan,hebahan umum,head –hunting dan walk in

-iklan ialah pengumuman jawatan kosong untuk mendapatkan calon pekerja secara berbayar
melalui media massa elektronik dan media cetak

-hebahan umum ialah menyebarkan kekosongan jawatan kepada orang ramai melalui
media massa

-head-hunting ialah proses mendapat calon pekerja berpotensi melalui teman,rakan sekerja
dan rujukan.

-Walk in ialah calon terus menghadiri temuduga disesuatu tempat tanpa temujanji dengan
membawa sijil-sijil asal dan dokumen sokongan

Contoh:Syarikat A membuat iklan mengenai kekosongan jawatan dalam laman Job Street.

2. Pemilihan

- proses mengenalpasti individu mempunyai kelayakan yang relevan untuk mengisi


kekosongan jawatan sedia ada .

-proses yang terlibat ialah borang permohonan,semakan rujukan,temuduga dan ujian

-Borang permohonan mengandungi maklumat peribadi tentang nama calon,alamat untuk


dihubungi,latar belakang pendidikan, kelulusan akademik, pengalaman kerja dan maklumat
kesihatan diri individu

-Semakan rujukan ialah semakan dilakukan tentang calon bagi mengetahui maklumat calon
daripada mereka yang kenal rapat dengannya

-Temuduga melibatkan sesi perbualan yang selalunya formal bagi membolehkan


penemuduga menilai calon yang ingin dipertimbangkan bagi mengisi sesuatu jawatan.

-Ujian ialah pemeriksaan terhadap kualiti sumber manusia yang berkaitan dengan kerja atau
jawatan yang akan diisi seperti ujian pencapaian, minat , personaliti.

Contoh:Syarikat Honda melakukan temuduga secara online untuk memilih pekerja baru.

3. Penawaran kerja

-Calon yang berjaya dalam proses pemilihan akan ditawarkan kerja dengan syarat-syarat
perkhidmatan

17
-Syarat perkhidmatan ialah nama jawatan yang ditawarkan, senarai tugas yang
dipertanggungjawabkan ,gaji dan elaun.

- Semua pekerja dilindungi oleh Akta Pekerjaan diberi dalam suatu kontrak pekerjaan bertulis

Contoh:Bank Islam menawarkan kerja sebagai penyelia kewangan kepada pekerja yang
berjaya dipilih.

4. Induksi

- Proses pekerja baru dibiasakan dengan persekitaran kerja

-Induksi merangkumi tujuan,kandungan program dan masalah pelaksanaan.

-tujuan untuk memudahkan pekerja baru menyesuaikan diri dengan suasana kerja.
/Mengurangkan kebimbangan dalam pekerjaan ./Memberi keyakinan kepada pekerja baru

Contoh: Pasar raya Mydeen mengadakan program induksi untuk menerangkan dasar dan
peraturan syarikat kepada pekerja baru dilantik.

[ (1F+3H+1C= 5m) x 4 = 20M]

18

You might also like