You are on page 1of 4

946/1 SULIT

NAMA : ___________________________ TINGKATAN : ________________

KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN


JALAN HUTAN KAMPONG 05350, ALOR SETAR KEDAH

PEPERIKSAAN PRA-PERCUBAAN SEMESTER 2 STPM 2021


TINGKATAN ENAM ATAS
____________________________________________________________________________________________
PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 2
(1 jam 45 minit )
Arahan kepada calon:

Untuk kegunaan
pemeriksa
Bahagian A
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA 1
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. 2
3
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. 4
Jawab soalan 11 dalam Bahagian B dan jawab soalan 12 atau 13. 5
6
7
8
9
10
Bahagian B
11
12
13
Jumlah
Bahagian A [50 markah]

ARAHAN: Jawab semua soalan.

1. Berikan empat fungsi pengurusan yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi. [4]

2. Huraikan dua jenis perancangan mengikut jangka masa dan kaitannya dengan peringkat
pengurusan. [4]

3. Terangkan tiga faedah penggunaan Carta Gantt dalam perancangan suatu projek pembinaan
lebuh raya. [4]

4. Huraikan konsep pengorganisasian yang berikut dalam syarikat pengangkutan awam


(i) Pemusatan autoriti [2]
(ii) Pemencaran autoriti [2]

5. “Motivasi dan semangat seseorang pekerja bergantung kepada keperluan yang telah dipenuhi.
Peralihan kepada keperluan peringkat yang lebih tinggi akan menjadi pendorong kepada
seseorang pekerja untuk melakukan sesuatu tugas.”

Nyatakan teori motivasi di atas dan senaraikan keperluan yang dimaksudkan. [6]

6. Huraikan tiga kaedah kawalan yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran kuih bahulu. [6]

7. Jelaskan dua halangan komunikasi psikologikal yang boleh berlaku dalam mesyuarat antara
pengurus jualan dari Malaysia dengan pengarah bahagian pembelian dari Korea berkaitan dengan
kontrak pembelian. [6]

8. Jelaskan dua bentuk komunikasi dalam Syarikat ABC yang terdiri daripada jabatan pemasaran
dan jabatan kewangan. [6]

9. Huraikan dua prinsip berunding antara pengurus pemasaran syarikat dengan pembekal. [4]

10. Terangkan kelebihan e-dagang kepada usahawan di Malaysia. [6]


Bahagian B [50 markah]

Permanis Sdn Bhd


Permanis Sdn. Bhd. merupakan syarikat minuman ringan kedua terbesar di Malaysia dan telah
bertapak hampir 40 tahun yang lalu. Antara jenama produk minuman yang dikeluarkan oleh Permanis
adalah Sting, Gatorade, Excel 8, Kickapoo, dan Bleu. Permanis juga merupakan pembotol utama bagi
minuman keluaran syarikat PepsiCo seperti Lipton Ice Tea, Tropicana Twister, Revive, Mountain Dew
dan 7UP. Syarikat Asahi Group dari Jepun yang membeli 100% saham Permanis pada tahun 2011 telah
memberi fokus kepada kualiti produk di samping memastikan harga yang kompetitif. Strategi ini telah
membuat Permanis berjaya meningkatkan pertumbuhan jualan sebanyak 20% berbanding pasaran
sebanyak 5% hingga 10% setahun.

Pasukan pengurusan syarikat diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi, Naib
Presiden Rangkaian Pembekal, Naib Presiden Undang-undang, Korporat dan Hubungan, Naib Presiden
Sumber Manusia serta Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Produk. Setiap jabatan menjalankan
fungsi masing-masing bagi memastikan misi syarikat tercapai.

Pertambahan bilangan pesaing, pengenalan produk baharu, persaingan harga yang sengit, strategi
pemasaran yang agresif, dan kenaikan harga bahan mentah utama, iaitu gula adalah antara cabaran yang
perlu dihadapi oleh Permanis. Namun begitu, Permanis yakin ia akan mencapai misinya untuk menjadi
syarikat pengeluar minuman ringan yang utama di Malaysia. Bilangan pengguna minuman sedia
diminum (ready-to-drink) di Malaysia masih agak rendah berbanding Singapura dan Thailand (300 – 400
tin per kapita), Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah (800 – 1,000 tin per kapita). Bagi
mengukuhkan jenama dan melebarkan barisan produk syarikat telah membuat pelaburan besar bagi
kemudahan perkilangan, pemasaran, dan pengedaran. Keupayaan pengedaran yang kukuh telah
membolehkan hubungan syarikat dengan pelanggan, rakan niaga, dan pihak berkaitan diperteguhkan.
Barisan produk Permanis pula meliputi setiap kategori minuman sedia diminum dalam pasaran. Langkah
ini akan diperkukuhkan dengan menambah kategori barisan produk sedia ada dan melabur besar-besaran
dalam pemasaran. Terkini, Permanis baru sahaja melancarkan produk baharu minuman kopi pertama
berjenama Wonda.

Bagi merealisasikan misinya, Permanis telah melaksanakan strategi menerusi peningkatan


kapasiti pengeluaran syarikat yang kini berjumlah sebanyak 1 bilion tin minuman berbanding 2 juta tin
sebelum ini. Ini turut disokong dengan pembinaan dua blok bangunan pejabat dan gudang simpanan
berdekatan kilang mereka di Bangi yang bertujuan untuk mengurangkan tempoh pusing ganti. Permanis
juga mempunyai sebanyak 42,000 buah rangkaian pengedaran termasuklah restoran KFC, Pizza Hut, dan
Tesco. Selain itu, Permanis mempunyai seramai 1,000 orang tenaga kerja di seluruh negara.

Selain daripada menggunakan teknologi hijau bagi kilang pengeluaran, Permanis turut menjalankan
aktiviti tanggungjawab sosial korporat melalui penajaan minuman bagi program-program sukan. Syarikat
turut melaburkan lebih RM1 bilion sejak 40 tahun yang lalu bagi memberi peluang pekerjaan kepada
rakyat Malaysia secara umumnya.
(Disesuaikan daripada Malaysian Business, April 1, 2014
dan www.permanis.com.my yang dicapai pada 11 Mei 2014)
Berdasarkan kes di atas,
11(a) Bincangkan analisis Strength, Weaknesses, Opportunities, Threats (SWOT) bagi Permanis.
[30]

Jawab satu sahaja.

12. Jelaskan proses kawalan dalam sesebuah perniagaan. [20]

13. Terangkan lima peranan dan kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam
pengurusan perniagaan pemasangan kereta. [20]

You might also like