You are on page 1of 5

946/1 STPM

SMK SULTAN ABDUL JALIL, KLUANG

UJIAN PRA PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN 1/2021


PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1
(1 Jam 45 Minit)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu12 dan 14 tetapi hanya satu jawapan

yang pertama akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada lima halaman bercetak


Bahagian A

(50 markah)

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan langkah-langkah dalam proses perniagaan. [5]

2. Senaraikan lima persekitaran tugas yang memberi pengaruh secara langsung


kepada perniagaan. [5]

3. Terangkan tiga cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran. [6]

4. Huraikan tiga faktor yang menentukan penempatan sebuah kilang. [6]

5. Jelaskan proses pemasaran bagi sebuah syarikat pengeluar minyak wangi. [6]

6. Syarikat Alfa World merupakan sebuah syarikat pengeluar jam tangan


berjenama ALFA. Jelaskan dua ciri produk yang perlu ada pada jam tangan
yang dikeluarkan oleh syarikat ini. [4]

7. Senaraikan empat kepentingan pengurusan kewangan [4]


8. Jelaskan maksud pembiayaan ekuiti dan nyatakan dua kebaikan pembiayaan
ekuiti ini. [6]

9. Huraikan dua faktor penentuan keperluan sumber manusia. [4]

10. Huraikan dua jenis ujian dalam memilih pekerja. [4]


Bahagian B
[ 50 markah ]

Malaysian Yoghurt Company Sdn Bhd

Syarikat Sunglo telah mula mengeluarkan yogurt di dapur sebuah rumah di


Petaling Jaya sejak 34 tahun yang lalu. Model perniagaan adalah khusus untuk
memenuhi pasaran Malaysia. Kini melalui anak syarikatnya iaitu Malaysian Yoghurt
Company Sdn Bhd, pelbagai jenis yogurt yang dihasilkan untuk memenuhi citarasa
pengemar yogurt melalui kilang serba modennya di Nilai, Negeri Sembilan. Ini sesuai
dengan misi syarikat iaitu ‘ menawarkan pelbagai pilihan yogurt yang istimewa
kepada peminat yogurt seluruh Malaysia pada harga yang berpatutan

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Yoghurt Company Sdn Bhd, En Ramesh


Gomez, syarikat mempunyai pelbagai jenis yogurt untuk terus dimakan, memasak,
minuman yogurt yang dibungkus terus dalam pek pelbagai saiz dengan pelbagai
perisa. Kami cuba memastikan rumusan yogurt kami seringkas mungkin dan
semulajadi seperti yogurt dibuat sendiri dirumah untuk keluarga. Ini kerana kami
menggunakan lebih banyak susu dan kurang bahan lain untuk menjadikan produk
kami lebih likat dan lazat.

Beliau menjelaskan bahawa jenama Sunglo ini merupakan satu jenama kecil
dalam pasaran yogurt tempatan dengan anggaran pasaran sebanyak 2 %. Namun kami
dapat bertahan dalam pasaran yang berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan
saiz kami.Kami mahu menjadikan yogurt kami mampu beli dan boleh dipasarkan
seberapa luas yang mungkin. Syarikat sentiasa berusaha membangunkan rangkaian
pengedaran yang menjimatkan untuk membolehkan kami menembusi pasaran yang
disasarkan secara lebih mendalam. Strategi ini berkesan kerana jenama Sunglo
bersaing dan berkongsi ruang rak di pasar raya dengan jenama besar seperti Nestle,
Farm Fresh, Anlene, Marigold dan Nutrigen

Menurut beliau, pelbagai program disertai syarikat yang membolehkannya


mendapat beberapa penghargaan seperti Anugerah PKS Terbaik (Negeri Sembilan )
pada ekspo Makanan Selamat 2015. Syarikat telah juga menerima pensijilan Jenama
Kebangsaan oleh SME Corp Malaysia, pensijilan halal oleh JAKIM, Sijil Kesihatan
Veterinar oleh Jabatan Veterinar dan pensijilan MeSTI oleh Kementerian Kesihatan.
Yogurt ini telah diiktiraf oleh bahagian Kitchen majalah Her World sebagai ‘Produk
Jualan Terbaik” Kategori Yogurt Segar.

Dengan latar belakang pasaran yang mencabar, syarikat ini menerima


rangsangan terutamanya daripada populariti produknya yang konsisten dan daya
tarikan produknya yang merentas generasi dan yang paling menggalakkan ialah
apabila pelanggan memberitahu mereka amat menggemari yogurt kami dan generasi
seterusnya juga amat menggemari jenama kami.

Pelbagai cabaran perlu dihadapi untuk kekal relevan dengan pengguna dalam
dunia yang begitu pesat berubah. Pengguna mengharapkan jenama yogurt
memperkenalkan produk inovatif yang selari dengan keperluan dan keinginan gaya
hidup mereka yang berubah ubah. Status Malaysian Yogurht Company Sdn Bhd
sebagai Industri Kecil dan Sederhana (IKS), mendapat sumbangan dari pihak kerajaan
melalui pembangunan program khusus untuk usahawan. Kini produk syarikat telah
meluas di seluruh negara dengan bantuan penglibatan lebih 300 peruncit di seluruh
Malaysia untuk mempromosikan jenama Sunglo termasuk Sabah dan Sarawak.
(Disesuaikan http://smecorp.gov.my)

a) Huraikan tiga pihak yang berkepentingan yang mempengaruhi kejayaan


Malaysian Yogurt Company Sdn Bhd (MYCSB) [10]

b) Jelaskan bagaimana proses peletakan pasaran yang dilaksanakan Malaysian


Yoghurt Company Sdn Bhd. [13]

c) Terangkan tiga strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh


Malaysian Yoghurt Company Sdn Bhd [12]
Jawab satu soalan sahaja.

12. Perniagaan Minyak Masak Saji merupakan salah satu pengeluar minyak masak di
Malaysia yang diproses oleh sebuah anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Product Sdn.
Bhd. Dalam penghasilan minyak masak itu, jelaskan tiga tahap perniagaan yang
digunakan dalam aktiviti pengeluaran tersebut. [15]

ATAU

13. Lakarkan dan bincangkan empat peringkat Kitaran Hayat Produk. [15]

You might also like