You are on page 1of 2

SULIT* 2

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Dengan memberikan satu contoh, jelaskan konsep keuntungan dalam perniagaan. [4]
(b) Jelaskan tiga andaian dalam teori pasaran persaingan sempurna. [6]

(c) Jelaskan kepentingan jabatan pemasaran kepada jabatan pengeluaran sesebuah


organisasi. [5]

(d) Jelaskan kaedah pemeriksaan secara pelan persampelan dalam proses kawalan kualiti
produk. [5]

(e) Jelaskan ciri-ciri produk sebenar dan produk tambahan pada sesebuah kereta. [6]

(f) Jelaskan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam keputusan
pembelian seseuatu produk. [4]

(g) Jelaskan perkaitan antara memaksimumkan kekayaan pemegang saham dan


memaksimumkan keuntungan syarikat dalam suatu objektif kewangan sesebuah
organisasi perniagaan. [4]

(h) Dengan memberikan satu contoh, huraikan konsep prinsip penuh percaya yang diguna
pakai oleh syarikat insurans. [6]

(i) Senaraikan lapan faedah bukan kewangan yang biasa disediakan oleh majikan kepada
pekerja. [4]

(j) Jelaskan cabaran pengurusan sumber manusia semasa berurusan dengan manusia yang
dipanggil pekerja. [6]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

Bahagian B [50 markah]

Jawab semua soalan.

2 (a) 'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini
yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di atas keprihatinan beliau untuk
meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar. Ini juga bertepatan
dengan slogan “Rakyat Didahulukan” yang telah diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga
barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar
antarabangsa. Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai-kedai runcit yang lain adalah,
barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi
dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan
yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai
barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan
pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada
kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg ,
serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.

Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan
kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat
mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para
pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan
seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

[Petikan dari http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ms/mengenai-kami]

Berdasarkan petikan di atas,

(i) Huraikan jenis aktiviti dan tahap perniagaan bagi Kedai Rakyat 1 Malaysia. [6]
(ii) Jelaskan asas-asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh Kedai Rakyat 1 Malaysia
dalam memasarkan barangan kedai tersebut. [9]
(iii) Jelaskan strategi campuran pemasaran bagi Kedai Rakyat 1 Malaysia. [10]
(iv) Bincangkan kesan positif penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia kepada pengguna,
masyarakat dan negara. [6]
(v) Jelaskan tiga persekitaran luaran perniagaan yang boleh mempengaruhi kelangsungan
perniagaan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’. [9]

(b) Huraikan strategi peletakan pasaran yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah perniagaan dalam
usaha menyematkan jenama produk mereka dalam minda pengguna. [10]

946/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like