You are on page 1of 3

2

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan empat elemen asas dalam perniagaan. [4]

2. Jelaskan proses ketiga dan keempat dalam proses perniagaan sebuah kilang pengeluaran
kasut. [6]

3. Berikan maksud Reka bentuk Berbantu Komputer (CAD) dan nyatakan tiga kebaikannya.
[4]
4. Huraikan dua kaedah pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Pengeluaran beserta contoh
yang sesuai. [6]

5. Senaraikan empat langkah pertama dalam proses pembelian produk baru. [4]

6. Lakarkan gambar rajah yang menunjukkan Kitaran Hayat Produk. [4]

7. Huraikan tiga prinsip takaful. [6]

8. Nyatakan empat sumber dana jangka panjang. [4]

9. Huraikan tiga proses pertama tindakan disiplin yang diambil oleh pengurusan sumber manusia
sebelum menjatuhkan hukuman kepada pekerja. [6]

10. Jelaskan dua kaedah penamatan perkhidmatan. [6]

STPM 2022 – 946/1/S1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
3

Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang berikutnya.

11. Naelofar Hijab

Label Naelofar Hijab merupakan gabungan antara minat serta kecintaan Neelofa dalam dunia
fesyen dan juga bisnes. Mempertaruhkan idea rekaan tudung sedia pakai yang direvolusikan
semula, impak yang diterima nyata di luar jangkaan. Kejayaan Naelofar Hijab mengeluarkan
rekaan tudung yang menarik dan moden sehingga dapat memasarkan tudungnya ke pasaran luar
seperti Turki, Iran, Jepun, Amerika Syarikat dan 30 negara lain. Dengan hanya menjual 2 jenis
hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. Menurut laporan media BBC, sehingga kini hasil
jualan Naelofar Hijab dikatakan mencecah melebihi RM50 juta setahun. Apa yang menarik
berkenaan Naelofar Hijab ini ialah harga tudung yang dijual pada harga tidak melebihi RM100.

Hasil dari penyelidikan dan pembangunan yang rapi, Naelofar Hijab berjaya melancarkan 16
gaya tudung dengan 30 warna-warna pastel bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan
mengikut citarasa masing-masing.Kualiti kain adalah sifon yang menjanjikan keselesaan kepada
pengguna. Selain itu, elemen wajib yang ditampilkan olehNaelofar Hijab ialah penggunaan batu
kristal atau mutiara Swarovski. Untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2017,
Naelofar Hijab akan tampil dengan koleksi untuk pengantin.

Menurut pengasas Naelofar Hijab, Neelofa berkata pelbagai aktiviti telah dirancang dan
dilaksanakan oleh Naelofar Hijab dalam mempromosikan keluaran terbaru itu termasuk
mengadakan aktiviti jelajah di seluruh negara seperti membuat jualan di bazar-bazar dan di expo-
expo. Naelofar Hijab juga turut merancang untuk mentransformasikan cawangan pengedaran
mereka di seluruh negara sebagai langkah dalam mengoptimumkan perkhidmatan yang
disediakan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan kesetiaan pelanggan. Selain
itu, Naelofar Hijab akan membuka butik di Publika, dan Solaris Dutamas. Dengan adanya butik
fizikal maka koleksi Neelofar Hijab akan terus ‘dekat’ dengan para peminat.

Menurut Neelofa, latar belakang diri beliau sebagai selebriti hiburan, banyak membantu
memberi publisiti kepada Naelofar Hijab. Menurutnya lagi, “sebagai selebriti, saya ada pengikut,
mereka bukan sahaja minat, malah nak ikut apa saya pakai, termasuk warna dan cara
pemakaiannya. Dalam kebanyakan masa, hal itu menjadikan kos marketing saya lebih rendah
daripada orang lain”. Ini dibuktikan apabila rangkaian melalui media sosial turut menyumbang
kepada perniagaan Neelofa. Setakat ini Neelofa mempunyai seramai 3.5 juta pengikut di Instagram
dan 1.6 juta di twitter.

(Diolah daripada http://www.encikshino.com/pengasas-naelofar-hijab-jenama-tudung-popular-


di-malaysia/http://www.majalahniaga.com/bagaimana-neelofa-mempromosikan-perniagaannya-
melalui-lakonan-beliau-2.html)

STPM 2022 – 946/1/S1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
4

Berdasarkan kes di sebelah,

(a) Jelaskan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh Naelofar Hijab untuk
menghadapi persaingan yang semakin sengit pada masa kini. [20]

(b) Berikan maksud publisiti serta jelaskan dua kebaikannya kepada Naelofar Hijab. [10]

Jawab satu soalan sahaja.

12. Dengan memberikan contoh, huraikan tujuh pengaruh persekitaran tugas terhadap
perniagaan. [20]

13. Terangkan lima proses yang terlibat dalam pengambilan sumber manusia. [20]

_____________________________________________________________________________________________

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

…………………………………….….. ………………………….. ……………………….…


MUHAMMAD ZAFRAN BIN ABDUL GAFFOR VIJAYA A/P AWADIAR ISHAK BIN ISMAIL
GURU MATA PELAJARAN KETUA UNIT PERNIAGAAN KETUA JABATAN
PENGURUSAN

STPM 2022 – 946/1/S1


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

You might also like