You are on page 1of 4

SULIT*

946/3 Pentaksiran
Pengajian STPM
Perniagaan Tahun 2020
Kertas 3

KERTAS TIGA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR

PENTAKSIRAN STPM TAHUN 2020


SEMESTER TIGA

1 jam 45 minit
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab SEMUA soalan dalam Bahagian A

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak

Bahagian A [50 markah]


STPM 946/3 [Lihat sebelah
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
2
SULIT*
Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1 Senaraikan empat faktor kejayaan seimbang. [4]

2 Huraikan tiga ciri usahawan yang efektif berdasarkan Stephen Covey. [6]

3 Huraikan tiga kaedah memulakan perniagaan mengikut pakatan strategik. [6]

4 Senaraikan empat elemen yang perlu ada dalam rancangan pengeluaran bagi
sebuah rancangan perniagaan. [4]

5 (a) Berikan maksud rumusan eksekutif [1]


(b) Senaraikan tiga kandungan yang perlu ada dalam rumusan eksekutif. [3]

6 (a) Berikan maksud surat pengesahan penghantaran laut [1]


(b) Nyatakan empat kegunaan surat pengesahan penghantaran laut sebagai
satu kaedah membantu penyelesaian perniagaan antarabangsa. [4]

7 Huraikan risiko perniagaan antarabangsa yang berikut:


(a) Ekonomi [2]
(b) Kredit [2]

8 Jelaskan dua jenis tarif dalam perlindungan perniagaan antarabangsa. [6]

9 Jelaskan tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha


restoran terhadap tiga pihak yang berkepentingan. [6]

10 Senaraikan lima peranan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). [5]

946/3
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
3
SULIT*
Bahagian B [50 markah]

GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD

11 Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. berjaya menerajui pasaran roti di Malaysia.
Pada tahun 2012, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah membuka kilangnya yang
kelima serta dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi untuk mengeluarkan tiga
jenis roti dan waffles. Kilang tersebut adalah yang terbesar dan termoden di Asia
Tenggara yang terletak Shah Alam, Selangor. Kilang berautomatik penuh ini mampu
menambah pengeluarannya sehingga 8,000 buku roti sejam dan menggajikan kira-kira
2,500 orang pekerja di seluruh negara.
Tahun demi tahun dan langkah demi langkah, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd
berjaya berkembang dan mengeluarkan pelbagai citarasa produk yang berasaskan roti,
kek dan bakeri. Dengan kekuatan jenamanya, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd kini
telah mengeluarkan rangkaian produk untuk memenuhi permintaan orang ramai.
Keunikan pembungkusan produk Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd yang berwarna-
warni dapat menarik perhatian pengguna. Antara variasi produk Gardenia Bakeries (KL)
Sdn. Bhd yang mendapat sambutan besar ialah Roti Putih Gardenia dan Roti Lemak
(FibreMeal). Produk Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd yang lain seperti Squiggles,
Twiggies, Quick Bites, Fluffy Buns, Toastem, Breakthru dan Delicia. Gardenia Bakeries
(KL) Sdn. Bhd juga telah memperkenalkan kepada pasaran rangkaian produk tanpa
pengawet tiruan. Kejayaan melalui kajian dan pembangunan dan penggunaan teknologi
baru yang melangkaui semua 16 jenis roti keluaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd komited untuk mengeluarkan produk yang berkualiti
terbaik kepada pelanggan dengan memastikan kualiti unggul setiap produk, Gardenia
Bakeries (KL) Sdn. Bhd menjalankan pemeriksaan kualiti secara rawak sepanjang masa
dan pemantauan kualiti produk di setiap peringkat pengeluaran. Jawatankuasa Halal khas
ditubuhkan untuk meneliti setiap aspek peraturan-peraturan halal dan memastikan
bahawa semua keperluan dipatuhi. Sebagai langkah tambahan untuk mengawal dan
melindungi status halal, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd telah melantik Penasihat
Syariah Bebas bagi membolehkan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd membuat rujukan
dalam hal-hal yang berkaitan 'syariah'. Semua produk keluaran Gardenia Bakeries (KL)
Sdn. Bhd adalah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pemeriksaan kilang yang kerap dijalankan oleh pegawai-pegawai dari JAKIM untuk
memantau dan memastikan bahawa operasi keseluruhan yang mengikuti garis panduan
yang ditetapkan oleh mereka.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd sentiasa menyediakan program-program yang
memberi sokongan terhadap masyarakat serta komuniti setempat. Program Kerja Amal
merupakan aktiviti Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd menghantar roti-roti segar secara
percuma ke 45 buah rumah dan pusat pertubuhan amal seperti Rumah Orang Tua, Rumah
Anak-anak Yatim dan juga pusat-pusat jagaan orang kurang upaya yang mana 8
diantaranya telah pun berada di dalam senarai penerima bantuan tersebut sejak tahun
1991 lagi. Program-program yang sering dilaksanakan ialah Twiggies Wagon. Twiggies
Wagon diedarkan secara percuma kepada murid-murid sekolah pada acara-acara khas dan
majlis tertentu. Buat masa ini program Twiggies Wagon hanya diadakan di Lembah
Klang dan berdasarkan kepada permohonan sahaja.
946/3
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
4
SULIT*
Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd sedang dalam perancangan untuk meluaskan
program ini ke seluruh Semenanjung Malaysia. Sebagai warga korporat, Gardenia
Bakeries (KL) Sdn. Bhd turut memainkan peranan dalam program “Perangi Epidemik
Diabetis”. Usaha bersama yang rapat antara Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd dengan
Institut Diabetis Kebangsaan telah menghasilkan satu program ke arah mendidik dan
memupuk kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang pencegahan dan pengendalian
diabetis. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd yakin setiap individu memainkan peranan
dalam memerangi obesiti. Usaha-usaha murni ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab
pengusaha pemakanan, agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela tetapi
juga melibatkan pengamal-pengamal kesihatan, pengusaha kedai-kedai runcit dan juga
pengguna. Peranan penting ini bukan sahaja akan membantu mempertingkatkan
kesejahteraan rakyat Malaysia, tetapi juga peningkatan kesihatan mereka yang
menyeluruh dan untuk generasi akan datang. Sejak tahun 1991 pintu kilang Gardenia
Bakeries (KL) Sdn. Bhd telah dibuka kepada orang ramai untuk membolehkan berkongsi
perjalanan, aspirasi dan peningkatan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd bersama orang
ramai. Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd telah mengalu-alukan kunjungan lebih dari
25,000 orang pelawat setiap tahun serta dibawa melawat ke kilang secara percuma dalam
program Bread Time Story dan Lawatan ke Kilang.

(Disesuaikan daripada gardenia.com.my yang dicapai pada 18 Januari 2021)

Berdasarkan kes pada petikan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.,

(a) jelaskan hak-hak pengguna yang dapat penuhi oleh Gardenia Bakeries (KL)
Sdn Bhd., dan [20]

(b) jelaskan pihak berkepentingan yang terlibat dalam pelaksanaan


tanggungjawab sosial oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. [10]

Jawab satu soalan sahaja.

12 Terangkan lima langkah pertama dalam proses merealisasikan idea [20]

13 Terangkan lima cabaran syarikat multinational [20]

946/3
* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

You might also like