You are on page 1of 4

946/3 946/3

Pengajian Perniagaan
Penggal 3
September 2019
1 Jam 45 Minit

KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MAHKOTA


JALAN SRI BINTANG UTAMA, DESA PARKCITY
KEPONG, 52200 KUALA LUMPUR.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 3


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
STPM 2019

PENGAJIAN PERNIAGAAN

Kertas 3

(Satu jam empat puluh lima minit)

Arahan kepada calon:


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT
DEMIKIAN.
Jawab semua soalan di bahagian A,
Jawab soalan 11 di bahagian B
Jawab soalan 12 atau soalan 13 dalam Bahagian B.
Bahagian A [50 Markah]
Anda boleh menjawab kedua-dua soalan ini, tetapi hanya satu jawapan pertama yang akan
1. Terangkan tiga peranan usahawan dari sudut mikro.
diperiksa [6]
2. Huraikan ciri-ciri tabii orang yang berjaya seperti berikut:
i. Mencuba memahami dahulu dan mencuba untuk difahami. [2]
KERTAS INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK
ii. Mengutamakan yang utama dahulu [2]

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(CECILIA A/P LURTHUSAMY) (SHAHRIYAHWATI BT ABU BAKAR (YUEN HIONG LIN)


Guru Mata Pelajaran Guru Mata Pelajaran Ketua Unit Pengajian Perniagaan
SULIT* 946/3

3. Senaraikan langkah seterusnya dalam proses merealisasikan idea perniagaan yang perlu
dilakukan oleh Encik Fuad selepas beliau mengenal pasti idea bagi menghasilkan produk
baharu. [6]
4. Huraikan elemen-elemen yang biasanya dinyatakan dalam rancangan pengeluaran semasa
penyediaan sesuatu rancangan perniagaan. [6]
5. Huraikan konsep penswastaan dalam konteks perniagaan di Malaysia. [4]
6. Huraikan konsep pasaran menimbul dalam perniagaan antarabangsa. [4]
7. Huraikan tiga galakan dan insentif pelaburan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.

[6]
8. Huraikan tiga kaedah bukan tariff yang dapat dilaksanakan bagi melindungi pasaran
domestik. [6]
9. Nyatakan empat fungsi persatuan pengguna. [4]
10. Terangkan empat tanggungjawab sosial lembaga pengarah sesebuah syarikat sebagai
warga korporat. [4]

Bahagian B [50 Markah]

IKEA dan Tanggungjawab Sosial

Syarikat dari Sweden iaitu IKEA merupakan contoh baik pengamal ‘logistik lestari’. IKEA telah
menggabungkan prinsip kemampanan alam dalam operasi dan amalan perniagaannya dengan
memastikan para pembekal perabot dan barangan kayu yang berurusan dengannya menggunakan
[Lihat
PEPERIKSAAN PERCUBAAN P3 2019 - 946/3 1 sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT* 946/3

kayu yang tidak berasal dari spesis pokok yang terancam. Ini berdasarkan pendekatan ‘IKEA
Green’ yang diamalkannya menjadi sebahagian dari budaya korporatnya. IKEA percaya yang
amalan hijaunya dalam menguruskan rangkaian bekalannya bukan sahaja membantu memelihara
alam sekitar malah juga memastikan bekalan jangka panjang bahan mentah secara lestari.

IKEA juga yakin yang 4 amalan falsafah ini boleh menghasilkan kos pengeluaran rendah
yang kemudiannya boleh dialihkan kepada para pelanggan mereka. Ini membantu IKEA
membina imej sebagai antara pemimpin amalan lestari korporat dan membina kesetiaan jenama
dalam kalangan para pelanggan mereka. Modal insan merupakan aset terpenting kepada IKEA
kerana perjalanan operasi perniagaan bergantung kepada pekerjanya. Pelbagai kemudahan
ditawarkan kepada pekerja seperti subsidi pendidikan, faedah perubatan dan hospital, skim
perlindungan insurans, jamuan tahunan, menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan
kondusif, menyediakan program latihan serta kemudahan rekreasi.

IKEA juga menjaga kepentingan pemegang saham dengan menggunakan model


perniagaan terbaik, memastikan penyampaian maklumat tepat serta tadbir urus korporat yang
cekap. Pemegang saham juga boleh melayari laman web rasmi syarikat ini untuk mendapatkan
maklumat seperti prestasi kewangan syarikat. Untuk memastikan hubungan baik dengan
pembekal, IKEA memastikan, prosedur pembelian mengikut standard yang telah ditetapkan serta
memastikan produk yang dibekalkan sesuai dengan keperluan syarikat. Syarikat ini juga
menjalankan audit ke atas syarikat bekalan untuk meningkatkan standard rantaian bekalan.

IKEA juga memastikan produknya bermutu, inovatif dan kos rendah agar sentiasa
mendapat sambutan pelanggan. Risalah IKEA direka bentuk untuk memberi maklumat produk
yang lebih terperinci. Penyediaan sistem maklum balas dan aduan pengguna yang cekap
dibentuk dengan menyediakan alamat e-mel, Facebook dan Twitter, peti cadangan agar semua
aduan pelanggan diterima dan diselesaikan secara efektif. Melalui dasar privasi, pelanggan diberi
jaminan keselamatan dari segi segala maklumat diri pelanggan yang dikumpul, bagaimana IKEA
menggunakannya, siapa yang akan didedahkan dengan maklumat itu dan bagaimana pelanggan
boleh mengakses, menukar dan menyingkir maklumat diri pelanggan itu sendiri.

(Disesuaikan daripada Laporan tahunan syarikat yang


diperoleh dari www.ikea.com.my. dicapai pada 27 Jun
2016)

11. Berdasarkan kes pada halaman 2,


a. Huraikan komitmen IKEA terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang. [6]
b. Huraikan tanggungjawab sosial yang telah dijalankan oleh IKEA kepada pihak
berkepentingan. [12]
c. Jelaskan hak yang boleh diperjuangkan oleh pengguna daripada IKEA. [12]

[Lihat
PEPERIKSAAN PERCUBAAN P3 2019 - 946/3 2 sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT* 946/3

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau 13

12. Huraikan tujuh elemen dalam rancangan pemasaran yang perlu ada dalam sesebuah
rancangan perniagaan. [20]

ATAU

13. Jelaskan lima strategi yang boleh dilakukan oleh sesebuah syarikat tempatan untuk
memasuki perniagaan antarabangsa. [20]

[Lihat
PEPERIKSAAN PERCUBAAN P3 2019 - 946/3 3 sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*

You might also like