You are on page 1of 4

SULIT*

946/3 PEPERIKSAAN PERCUBAAN


STPM SEMESTER 3 2020

PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 3 SEMESTER 3
(Satu jam empat puluh lima minit)

PERCUBAAN STPM SEMESTER 3 2020

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERDANG

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A.

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B.

Jawab soalan 12 atau soalan 13 dalam Bahagian B.

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu soalan 12 atau soalan 13 tetapi
hanya satu jawapan pertama yang akan diperiksa.

________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak.

1
PERCUBAAN STPM 2020 - 946/3 [ Lihat sebelah
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1. Huraikan maksud keusahawanan [2]

2. Senaraikan empat tokoh pelopor teori ekonomi [4]

3. Huraikan tiga faktor kejayaan seimbang yang boleh dilaksanakan oleh seseorang
usahawan [6]

4. Huraikan tiga kaedah menjana dan mengembangkan idea perniagaan [6]

5. Berikan enam langkah terakhir dalam proses merealisasikan idea [6]

6. Huraikan dua kepentingan rancangan perniagaan [4]

7. Nyatakan empat elemen yang perlu ada di dalam Rancangan Perniagaan [4]

8. Huraikan tiga tahap perniagaan antarabangsa [6]

9. Huraikan tiga jenis risiko syarikat antarabangsa [6]

10. Huraikan tanggungjawab sosial pihak pengurusan perniagaan kepada tiga pihak
berkepentingan [6]

2
PERCUBAAN STPM 2020 - 946/3 [ Lihat sebelah
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*

Bahagian B [50 Markah]


Jawab semua soalan

Petronas

11 Petroliam Nasional Berhad (Petronas) ialah sebuah syarikat multinasional minyak dan
gas milik Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Petronas semakin berkembang pada
peringkat antarabangsa dan telah beroperasi di lebih 31 buah negara. Petronas terlibat dengan
aktiviti petroleum yang luas, termasuk penerokaan huluan, seperti cari gali minyak dan gas
sehingga kepada hiliran termasuk penapisan minyak dan pemasaran serta pengagihan produk
petroleum. Petronas terns meninjau peluang untuk mengembangkan pemiagaan di luar negara
walaupun terdedah kepada pelbagai jenis risiko, antaranya kelemahan harga minyak global
yang berpanjangan dan juga turun naik mata wang asing.

Petronas memulakan penerokaan lapangan minyak di Vietnam pada tahun 1991 untuk
mendapatkan sumber telaga minyak yang baharu dan meluaskan pasaran. Usaha yang sama
juga dilakukan di negara-negara lain seperti Mexico, Sudan, dan negara-negara yang
menganggotai ASEAN. Usaha ini didorong oleh peluang memperoleh keuntungan lumayan
walaupun aktiviti cari gali minyak melibatkan kos pelaburan yang tinggi.

Pada tahun 2017, Mexico mula membuka industri minyak dan gas di negaranya
kepada pelabur asing. Kadar pengangguran yang tinggi di Mexico menjadikan tenaga kerja
mudah diperoleh dan kos buruh yang murah. Ini memberikan peluang kepada Petronas untuk
meneroka pasaran Mexico. Walau bagaimanapun, Petronas menghadapi kebarangkalian tidak
menemui telaga minyak atau kualiti minyak yang ditemui tidak menepati piawaian. Polisi
pemiagaan di Mexico berubah seiring dengan perubahan pemerintah yang berlaku setiap
enam tahun sekali. Pelabur asing tertakluk kepada perubahan polisi daripada pemerintah yang
berbeza. Selain itu, syarikat asing juga mungkin terdedah kepada polisi pengambilalihan
syarikat oleh pemerintah. Selain itu, Mexico juga terdedah kepada bencana alam seperti
gempa bumi. Contohnya, pada tahun 2017, pertumbuhan ekonominya terjejas disebabkan
oleh dua siri gempa bumi yang besar.

Sudan merupakan sebuah daripada negara pengeluar minyak terbesar dunia. Sumber
telaga minyak yang banyak di Sudan mendorong Petronas memasuki pasaran negara tersebut.
Sudan ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama, namun
sering berlaku pertelagahan yang menyebabkan perang saudara. Akibatnya, syarikat-syarikat
asing di Sudan terdedah kepada kemungkinan diambil alih oleh pemerintah yang berkuasa.

Petronas juga meningkatkan pendapatan daripada teknologi yang dimilikinya dan


dikomersialkan dalam kalangan syarikat industri minyak dan gas dengan penubuhan Pusat
Penyelidikan dan Teknologi Global di Itali. Pada tahun 2018, Petronas memberikan tumpuan
terhadap usaha membangunkan sumber gas di Kanada. Kini, Kanada menjadi satu aset
penting kepada Petronas selepas Malaysia, hasil daripada perolehan tempoh pajakan yang
panjang berserta dengan pelepasan tarif.
Hasil semua usaha ini, Petronas telah mencatatkan keuntungan bersih RM13 bilion bagi suku
pertama tahun 2018, meningkat 26% berbanding dengan suku pertama tahun sebelumnya
yang didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi. Kenaikan keuntungan itu khususnya adalah
disebabkan oleh purata harga direalisasikan lebih tinggi yang direkodkan merangkumi semua
3
PERCUBAAN STPM 2020 - 946/3 [ Lihat sebelah
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*
SULIT*

produk, yang kebanyakannya diimbangi pula oleh kesan pengukuhan tukaran asing ringgit
berbanding dengan dolar Amerika Syarikat.

(Disesuaikan daripada https://www.petronasgas.com yang dicapai pada 30 September 2018)

Berdasarkan kes di atas

(a) jelaskan tujuan Petronas menjadi syarikat multinasional, dan [15]

(b) jelaskan risiko syarikat multinasional yang dihadapi oleh Petronas. [20]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau 13.

12 Jelaskan lima strategi memasuki perniagaan antarabangsa [15]

ATAU

13 Jelaskan lima hak pengguna [15]

4
PERCUBAAN STPM 2020 - 946/3 [ Lihat sebelah
* Kertas ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.
SULIT*

You might also like