You are on page 1of 12

Perancangan Akademik

JUS 101
TERAS KEUSAHAWAN
Sidang Akademik 2016/2017
KOD KURSUS : JUS 101/2-TERAS KEUSAHAWANAN
(CORE ENTREPRENUERSHIP)
PENGURUS KURSUS : DR. NAILUL MORAD BIN MOHD NOR
DR. NORHANISHAH MOHAMAD YUNUS
E-MAIL : nmnor@usm.my
norhanishah@usm.my
TELEFON : 04-6533632
: 04- 6535930

SINOPSIS KURSUS
Kursus Keusahawanan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang
keusahawanan dan perniagaan. Penekanan pelaksanaan kursus ini tertumpu kepada
aspek penyediaan rancangan perniagaan dan pembentangan laporan. Pengetahuan ini
boleh membantu pelajar melengkapkan diri dengan pelbagai aspek dunia perniagaan
sebelum mereka terlibat sepenuhnya dalam bidang ini.

HASIL PEMBELAJARAN
 Mengenal pasti budaya usahawan dan mengamalkannya dalam amalan harian.
 Berkebolehan menilai hubung kait antara risiko dengan pulangan dalam
keusahawanan.
 Menulis laporan projek atau rancangan perniagaan dengan baik.
 Membentangkan laporan projek atau rancangan perniagaan.

SILIBUS KURSUS

Bil Tajuk
1 Topik 1 - Usahawan dan Keusahawanan
2 Topik 2 - Ciri-ciri Usahawan
3 Topik 3 - Kreativiti dan Inovasi dalam Keusahawanan
4 Topik 4 - Memilih dan Menentukan Idea Perniagaan
5 Topik 5 - Organisasi Perniagaan
6 Topik 6 - Peranan Agensi Pembangunan Usahawan
7 Topik 7 - Rancangan Perniagaan
8 Topik 8 - Isu-isu Dalam Keusahawanan

KAEDAH PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kuliah akan diberikan dalam bentuk pakej multimedia (Multimedia Content


Generator/Articulate Presenter) dan disiarkan dalam bentuk rakaman. Anda boleh akses

2
rakaman kuliah ini melalui web e-learning PPPJJ. Kaedah ini sangat mirip dengan kuliah
bersemuka seperti dalam kampus. Pelajar dapat mengikuti kuliah secara lebih dekat
kerana setiap pelajar boleh mengikuti kuliah secara berasingan dan mengikut masa anda
sendiri.

PENILAIAN KURSUS

i. Laporan Profil Usahawan - kumpulan ( 2-3 orang sahaja) 20%

ii. Peperiksaan Berterusan - individu 30%


iii. Rancangan Perniagaan - kumpulan (3-5 orang sahaja) 20%

iv. Pembentangan Rancangan Perniagaan - kumpulan (3-5 orang sahaja) 30%

TUGASAN/PEPERIKSAAN

i. LAPORAN PROFIL USAHAWAN – kumpulan (2-3 orang sahaja)

a. Usahawan bermaksud individu yang menjalankan sebarang bentuk


perniagaan sama ada perniagaan berskala kecil (kios burger atau kios kad
telefon) atau besar.
b. Usahawan mestilah seorang siswazah yang sekurang-kurang mempunyai
kelayakan diploma.
c. Biografi usahawan berijazah dan maklumat temu bual ini perlu ditulis dengan
kemas dan ringkas mengikut format yang telah ditetapkan (Lampiran l).
d. Rakaman temu bual dan gambar-gambar berkaitan aktiviti perniagaan
usahawan boleh disertakan dalam laporan anda sebagai lampiran.
e. Surat pengesahan pelajar adalah seperti dilampirkan. Anda hanya perlu
menulis butiran yang dikehendaki dengan lengkap.
f. Nama dan nombor matriks setiap ahli kumpulan perlu anda tulis dengan jelas
di kulit hadapan profil usahawan.
g. Setiap laporan mesti sampai ke pejabat PPPJJ sebelum atau pada 11
November 2016.

ii. PEPERIKSAAN BERTERUSAN – individu


Peperiksaan ini akan dijalankan semasa kurus intensif. Soalan berbentuk objektif
(Lampiran ll).

3
iii. RANCANGAN PERNIAGAAN – kumpulan (3-5 orang sahaja)
a. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan Rancangan Perniagaan
berasaskan modal antara RM100,000.00 hingga RM300,000.00.
b. Rancangan Perniagaan seperti yang terdapat dalam buku teks/modul
hanyalah sebagai contoh dan rujukan sahaja.
c. Nama dan nombor matriks setiap ahli kumpulan perlu anda tulis dengan jelas
di kulit hadapan laporan rancangan perniagaan.
d. Laporan bahagian ini hendaklah dihantar ke PPPJJ bersama-sama dengan
TUGASAN IV sebelum atau pada 17 Februari 2017.

iv. PEMBENTANGAN RANCANGAN PERNIAGAAN – kumpulan (3-5 orang sahaja).


a. Bahagian ini bertujuan menguji kemampuan kumpulan anda:
i. menyampaikan maklumat rancangan perniagaan anda secara lisan.
ii. berkebolehan menarik minat/kepercayaan orang lain terhadap
rancangan perniagaan anda.
b. Berdasarkan Rancangan Perniagaan TUGASAN III, kumpulan anda dikehendaki
menyediakan bahan pembentangan dalam bentuk ‘powerpoint’, iaitu ‘soft
copy’ dan ‘hard copy’. Lihat Lampiran III dan Lampiran IV,
c. Bahan ‘powerpoint’ yang anda sediakan, perlu dibentang dan dirakamkan sama
ada dengan cara rakaman video, ‘mobile phone’ atau kaedah-kaedah lain yang
sesuai mengikut kemampuan kumpulan anda:
i. Masa yang diperuntukkan hanya 5-10 minit sahaja (selepas anda
membuat penyuntingan)
ii. Semua ahli kumpulan WAJIB membentangkan laporan mengikut
bahagian yang telah dipersetujui oleh setiap ahli kumpulan.
iii. Penilaian markah bahagian ini adalah berdasarkan persembahan
individu: pakaian, suara, dan gaya persembahan.
d. Bahan-bahan seperti dinyatakan di bawah mesti sampai ke PPPJJ sebelum atau
pada 17 Februari 2017.
i. Rancangan Perniagaan (Tugasan iii) bersama dengan bahan
pembentangan (powerpoint hard copy) dalam satu fail/folder.
ii. Pembentangan kumpulan dalam ‘thumb drive’. CD tidak digalakkan
kerana mudah rosak.

NOTA: SEMUA LAMPIRAN DI ATAS BOLEH DIAKSES DALAM E-PORTAL

SENARAI BUKU TEKS/RUJUKAN:

[1] Abdul Aziz Yusof & Zakaria Yusof, (2004), ‘Prinsip Keusahawanan’. 2nd Edt. Prentice
Hall: Kuala Lumpur.

[2] Barjoyai Bardai (2000), Keusahawanan dan Perniagaan, Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

4
[3] Kuratko, D. F. & Hodgetts, RM (2004). ‘Entrepreneurship: A Contemporary
Approach 6th Edt., Dry dan Press: London.

[4] Marc J. Dollinger. 3rd ed. (2003), Entrepreneurship, Strategic and Resources,
Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

[5] Mohd Shafie Ariffin dan Mohammad Azim Shafeeyullagan (2009). Teras
Keusahawanan. Kuala Lumpur, McGrawhill: Kuala Lumpur.

[6] Mohd Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim, Muhammed Fauzi Othman (2005).
Cipta Idea Baru: Teknik Praktikal Menghasilkan Idea Kreatif & Inovatif, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

[7] Scarborough, N.M (1998) Essentials of Entrepreneurship and Small Business


Management, Pearson: Kuala Lumpur.

[8] Timmons, J,A., Spnell, S, Jr. (2009) New Venture Creation Entrepreneurship For
The 21st Century, McGraw Hill International Edition: Singapura.

5
LAMPIRAN l : Contoh Format Tugasan Profil Usahawan

TUGASAN JUS 101 – PROFAIL USAHAWAN


(HANTAR SEBELUM 11 November 2016)

1. NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P :

2. NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P :

3. NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P :

***Penting: Sebelum hantar, pastikan bahagian depan file e-tugasan (1 file sahaja) mengandungi muka surat
ini.

6
USAHAWAN KEDAI KEK (contoh)

Cadangan Isi Kandungan:

i. Nama usahawan
- Nama usahawan
- Kelayakan (sekurang-kurangnya diploma).
- Nama Perniagaan
- Diskripsi mengenai usahawan tersebut: perniagaan, produk atau
perkhidmatan.

ii. Sejarah dan latar belakang perniagaan.


- Bagaimanakah beliau boleh terlibat dalam perniagaan sekarang?
- Mengapa memilih perniagaan ini?

iii. Pengalaman
- Pernahkah bekerja dengan orang lain?
- Berapa lama menceburi bidang perniagaan ini?
- Apakah faktor-faktor yang membantu kemajuan perniagaan anda?

iv. Bidang Perniagaan


- Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh seorang usahawan muda
yang ingin menceburi bidang perniagaan?
- Ukuran kejayaan, contoh: Jualan setahun, perkembangan, bilangan
pekerja, saiz kedai dll.
v. Cabaran yang dihadapi.
- Modal
- Persaingan
- Tempat perniagaan

vi. Inovasi/pembaharuan yang dipelopori


vii. Kekuatan Perniagaan
viii. Pesaing Utama
Nyatakan Kekuatan dan Kelemahan Pesaing
ix. Strategi Pelan Pemasaran Perniagaan

7
- Strategi Produk dan Perkhidmatan
-Strategi Promosi
-Strategi Harga
-Strategi Lokasi

x. Nasihat untuk mereka yang ingin menjadi usahawan

xi. Sertakan gambar-gambar yang sesuai.


- usahawan yang dipilih
- produk perniagaan
- tempat operasi.

(3-4 MUKA SURAT SAHAJA)

LAMPIRAN

- sijil usahawan (jika ada)


- gambar penulis bersama usahawan di premis berkenaan
- gambar-gambar berkaitan aktiviti usahawan tersebut

PANDUAN MENGHANTAR E-TUGASAN

1. Tugasan adalah secara kumpulan.


2. Sila gunakan format yang diberi untuk muka hadapan tugasan.
3. Pastikan fail yang ingin di'upload' adalah dalam format pdf.
4. Sekiranya tugasan anda mengandungi gambar/imej, gambar/imej tersebut
perlu di 'compress' terlebih dahulu untuk kurangkan saiz.
5. Sekiranya dalam tulisan tangan, anda perlu scan tugasan tersebut dalam
format pdf, jpeg atau gif.
6. HANYA SALAH SEORANG AHLI KUMPULAN SAHAJA YANG
PERLU ‘UPLOAD’ TUGASAN INI.
7. Bagaimana nak ‘upload’? – Baca arahan seperti yang terdapat dalam
portal

8
LAMPIRAN II: Contoh Soalan Berterusan

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEPERIKSAAN BERTERUSAN SEMASA KURSUS INTENSIF

JUS 101 – TERAS KEUSAHAWANAN

Masa Peperiksaan: [ 1 jam ]

ARAHAN KEPADA CALON

 Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi ENAM BELAS


(16) muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.

 Jawab SEMUA soalan. Gunakan Borang OMR yang disediakan.

 Sila pastikan bahawa anda telah menulis nombor Kad Pengenalan dan
hitamkan ruang-ruang yang berkenaan dengan betul di atas Borang OMR.

 Serahkan KESELURUHAN kertas soalan peperiksaan ini dan Borang OMR


kepada Ketua Pengawas. Kertas soalan ini TIDAK BOLEH dibawa keluar
dari dewan peperiksaan.

LENGKAPKAN MAKLUMAT BERIKUT:

Nama :

No. Matrik :

----------------------------------------------------------------------- Keratan slip kehadiran ---------------------------------------------------

Nama :

No. Matrik: Kod Kursus:

Tarikh: Masa:

________________________
(Tandatangan Pelajar)
[Sila serahkan keratan slip kehadiran ini bersama-sama kertas jawapan kepada
Pengawas yang bertugas.]

9
1. Kenyataan berikut TEPAT berkenaan definisi usahawan.

i. Perkataan entrepreneur berasal daripada perkataan German,


enptripinde
ii. Perkataan entrepreneur juga bermaksud entreprendre daripada
perkataan Perancis
iii. Perkataan entrepreneur telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh
Richard Cantillon
iv. Entrepreneur adalah bermaksud kegiatan dalam usahawan

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. ii dan iv
D. ii, iii dan iv

2. Frederick, Kuratko dan Hodgetts (2007) mendefinisikan usahawan


sebagai ______.

A. individu yang dapat mengenal pasti peluang dalam persekitaran yang


tidak menentu dan mereka menjadi agen perubahan yang agresif
dalam pasaran
B. individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk
mendapatkan untung dan terus berkembang
C. individu tersebut membuat pengiraan untung dan rugi apabila
mengambil risiko atau menceburi sesuatu perniagaan
D. seorang inovator yang boleh mengakibatkan berlaku suatu
pembaharuan

3. Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu


kebolehan, kemampuan dan kecenderungan untuk melakukan perkara-
perkara berikut:

i. Mengenal pasti peluang perniagaan


ii. Mengambil risiko yang telah diperhitungkan
iii. Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan
masyarakat
iv. Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi
keperluan orang ramai

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

10
Lampiran III

TUGASAN JUS 101 – RANCANGAN PERNIAGAAN


(HANTAR SEBELUM 17 FEBRUARI 2017 – secara pos @ serahan tangan sahaja
diterima)

Kandungan Tugasan ini:

1. Rancangan Perniagaan
2. Powerpoint presentation
3. Thumb drive - presentation

1. NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P :

2. NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P :

3. NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P :

4. NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P :

5. NAMA PENUH :
MATRIK :
NO. K/P

11
FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan Perniagaan (RP) secara umumnya boleh disusun mengikut format ini:

a. Ringkasan Eksekutif
Merumuskan tujuan utama RP disediakan serta maklumat penting dalam RP
tersebut. Selalunya disediakan dalam satu muka surat sahaja.
b. Isi kandungan – seperti di bawah
c. Kulit Belakang

Format Isi kandungan RP


Isi kandungan
Bahagian 1 : Pengenalan perniagaan
Bahagian 2 : Tujuan RP ini
Bahagian 3 : Maklumat mengenai latar belakang perniagaan
Bahagian 4 : Maklumat mengenai latar belakang pemilik
Bahagian 5 : Maklumat mengenai latar belakang projek
Bahagian 6 : Rancangan dan strategi pemasaran
Bahagian 7 : Rancangan dan strategi pengeluaran/operasi
Bahagian 8 : Rancangan dan strategi organisasi
Bahagian 9 : Rancangan dan strategi kewangan
Bahagian 10 : Jadual pelaksanaan projek

Rumusan

Nota: Lampiran IV, contoh pembentangan sila rujuk e-portal.

12

You might also like