You are on page 1of 23

Garis Panduan

Minggu Keusahawanan
Online
bagi
Kursus Asas Keusahawanan AFT 1013

Edisi Pertama
2020
Halaman Kosong

2
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 4

2.0 KAEDAH PENULISAN LAPORAN 6

3.1 KAEDAH PELAKSANAAN PERNIAGAAN ONLINE 8

3.2 LANGKAH 1 – PILIH IDEA PERNIAGAAN 8

3.3 LANGKAH 2 – KAJIAN PASARAN (KEBOLEHLAKSANAAN) 8

3.4 LANGKAH 3 – DAFTAR PERNIAGAAN 9

3.5 LANGKAH 4 – MEMILIH PLATFORM 9

3.6 LANGKAH 5 – BERNIAGA 11

4.1 KANDUNGAN LAPORAN PERNIAGAAN 12

4.2 BAHAGIAN 1 - PENGENALAN 12

4.3 BAHAGIAN 2 - TUJUAN RANCANGAN PERNIAGAAN/KERTAS KERJA 13

4.4 BAHAGIAN 3 – LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 13

4.5 BAHAGIAN 4 – LATAR BELAKANG RAKAN KONGSI / PEMEGANG SAHAM 15

4.6 BAHAGIAN 5 – KEDUDUKAN PROJEK 15

4.7 BAHAGIAN 6 - PENTADBIRAN 15

4.8 BAHAGIAN 7 - OPERASI 16

4.9 BAHAGIAN 8 - KAEDAH PEMASARAN 18

4.10 BAHAGIAN 9 - LAPORAN KEWANGAN 20


Garis Panduan Pelaksanaan Minggu Keusahawanan Online bagi Kursus Asas

Keusahawanan AFT 1013

1.1 Pengenalan

Kursus ini memperkenalkan konsep dan teori-teori keusahawanan. Para pelajar

akan didedahkan dengan kemahiran asas keusahawanan seperti keupayaan untuk

mengesan dan mengenal pasti peluang perniagaan, mencari sumber perniagaan,

membuat penilaian terhadap sesebuah perniagaan secara kompetitif dan

penyediaan cadangan perniagaan baru. Sifat-sifat usahawan yang berjaya akan

didedahkan kepada para pelajar. Fungsi-fungsi pengurusan bagi Entreprise Kecil

dan Sederhana dan isu-isu yang berkaitan juga akan dibincangkan. Para pelajar

akan diberi peluang untuk merancang dan menjalankan aktiviti perniagaan.

Oleh demikian, terdapat pra syarat yang perlu di sempurnakan oleh pelajar sebelum

lulus dengan jayanya. Salah satu pra syarat tersebut adalah pelajar perlu

menjalankan aktiviti perniagaan secara praktikal. Aktiviti perniagaan secara praktikal

ini dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar dalam mengenali dunia

perniagaan yang sebenar. Melalui dengan aktiviti perniagaan ini pelajar juga dapat

mengenali cabaran- cabaran yang dihadapi oleh usahawan secara realiti. Selain itu

juga pelajar dapat menerapkan segala ilmu yang dipelajari di dalam kelas secara

praktikal.

Oleh demikian, suatu garis panduan khusus di bina bagi memberi maklumat kepada

pelajar untuk menjalankan perniagaan secara online. Terdapat tiga objektif utama

ingin dicapai oleh garis panduan ini, iaitu:

i. Pelajar dapat mengenal pasti kaedah yang sesuai dalam menjalankan

aktiviti perniagaan online.

ii. Pelajar dapat mengaplikasikan, teori, konsep, dan ciri-ciri keusahawanan


aktiviti perniagaan online.
iii. Pelajar dapat menghasilkan suatu pelan perniagaan yang berkesan dan

jaya untuk masa hadapan dan mempunyai pengalaman perniagaan online

yang praktikal dan sebenar.


2.1 Kaedah Penulisan Laporan

1. Sediakan laporan perniagaan atas talian dan hantar pada Tarikh yang telah

ditetapkan.

2. Muka hadapan laporan perlu ada logo UMK, logo perniagaan, nama

perniagaan, tajuk, nama kursus, kod kursus, nama pelajar, dan nombor

pelajar.

3. Penulisan adalah seperti berikut:

i. Saiz huruf adalah 11

ii. Huruf jenis Arial

iii. Jarak antara perkataan adalah 1.5

iv. Gaya menaip adalah justify

4. Sila gunakan gaya tajuk utama dan sub-tajuk bagi memudahkan struktur

penulisan laporan.

5. Sila pastikan semua halaman laporan adalah bernombor.

6. Sila pastikan tiada kesalahan tatabahasa.

7. Penulisan laporan boleh di dalam Bahasa Melayu atau English.

8. Senaraikan segala rujukan yang digunakan atau diambil dari internet, surat

khabar, atau lain-lain dengan menggunakan format APA.


9. Sila lampirkan segala rajah yang berkaitan tentang perniagaan anda di

bahagian lampiran.

Aktiviti perniagaan online dan laporan penulisan menyumbang sebanyak 50% kepada

gred kursus ini.

Aktiviti perniagaan online bermula pada 15 – 28 November 2020 iaitu selama dua

minggu. Manakala, tarikh hantar laporan adalah pada 7 January 2021 jam 5.00

petang.

Maklumat terperinci kaedah pelaksanaan dan kandungan laporan akan diterangkan

pada topik seterusnya.


3.1 Kaedah Pelaksanaan Perniagaan Online

“Apa yang perlu saya lakukan dan apa yang lebih dulu?”

Itulah soalan yang paling sering diajukan oleh orang mempertimbangkan untuk

memulakan perniagaan.

Terdapat urutan tindakan dan proses yang logik untuk memulakan perniagaan. Oleh

demikian garis panduan ini menyarankan 5 langkah ringkas yang boleh digunakan

bagi membantu pelajar atau usahawan tetap berada di landasan yang betul dan

memberikan keyakinan dalam melakukan perniagaan online.

3.2 Langkah 1 – Pilih Idea Perniagaan

Pilih idea perniagaan

Langkah ini amat penting kerana ianya dapat menentukan jenis perniagaan yang

ingin pelajar atau anda mulakan. Ramai orang memilih untuk memulakan berniaga di

sekitar sesuatu yang mereka tahu dan minat.

Walaupun begitu, soalan pertama setiap pemilik perniagaan perlu bertanya

mengenai idea produk atau perkhidmatannya ialah: “Masalah apa yang berlaku yang

perlu diselesaikan atau keperluan apa yang di isi?” Terdapat banyak sebab

mengapa pengguna membuat pembelian keputusan, tetapi yang utama adalah

keperluan. Penyelidikan pasaran akan membantu anda menjawab soalan ini.

3.3 Langkah 2 – Kajian Pasaran (Kebolehlaksanaan)

Kajian Pasaran Kebolehlaksanaan Perniagaan

Kajian pasaran adalah tugas pertama dan terpenting yang perlu pelajar atau anda

laksanakan sebelum memulakan perniagaan. Hal ini adalah untuk menentukan

sama
ada idea pelajar atau anda dapat dilaksanakan atau sesuai. Kajian pasaran adalah

pengumpulan fakta dan angka yang perlu dibuat, sebelum keputusan yang tepat

mengenai potensi pasaran untuk perniagaan pelajar atau anda. Dapatan kajian

tersebut dapat memberi maklumat mengenai prospek untuk kejayaan dan hala tuju

perniagaan pelajar atau anda. Samada pada permulaan atau secara berkala bagi

meneruskan perjalanan perniagaan pelajar atau anda.

Antara kaedah kajian pasaran yang boleh di lakukan:

i. Analisis menggunakan Google trend.

ii. Analisis menggunakan carian kata kunci di dalam laman web Ubersuggest.

iii. Popular item di dalam Lazada, Shoppee, Ali Express.

iv. Kajian pasaran di kalangan pelanggan melalui Google form atau survey

monkey bagi mendapat maklum balas produk dan servis.

3.4 Langkah 3 – Daftar Perniagaan

Daftar perniagaan anda

Para pelajar perlu daftar perniagaan mereka supaya aktiviti perniagaan sah untuk

dijalankan menurut kerajaan Malaysia. Selain dari itu, dengan adanya pendaftaraan

perniagaan ini para pelanggan berasa lebih yakin untuk membeli produk atau

menggunakan servis perkhidmatan anda. Hal ini kerana dapat mengelakkan dari

penipuan perniagaan. Pelajar atau anda boleh mendaftar perniagaan anda di

Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) atau Syarikat Siswa Universiti (SSU).

3.5 Langkah 4 – Memilih Platform

Online Platform untuk perniagaan


Terdapat pelbagai jenis platform yang boleh digunakan oleh pelajar atau anda bagi

memulakan perniagaan secara online. Walaubagaimanapun, bagi permulaan dan

pengenalan awal dunia pernigaan online terdapat 5 platform yang boleh digunakan

pelajar atau anda:

i. Facebook: Merupakan platform terbesar bagi penggemar pengguna

media sosial. Terdapat pelbagai ciri-ciri yang disediakan oleh Facebook

bagi memulakan perniagaan. Antara ciri-ciri yang disediakan adalah

Marketplace, Facebook Ads, dan Facebook Page. Ciri-ciri ini

memudahkan para peniaga untuk memasarkan perniagaan mereka

secara online.

ii. Instagram: Platform social media yang bercirikan gambar. Platform ini

juga tidak kurang hebatnya berbanding facebook, yang mana jumlah

pengguna platform ini mencecah ratusan juta pengguna. Oleh demikian

tidak hairan platform ini juga menjadi pilihan utama bagi peniaga online

menjalankan aktiviti perniagaan mereka dan memasarkan produk mereka

dengan cara yang lebih meluas.

iii. Twitter: Platform yang ketiga ini pula mempunyai ciri yang lebih ringkas

berbanding Facebook dan instagram. Platform twitter lebih bercirikan

rangkaian sosial yang berbentuk mikro-blogging. Oleh demikian, platform

ini amat sesuai digunakan bagi menyampaikan kaedah pemasaran secara

point sales. Maklumat yang disampaikan kepada pelanggan lebih ringkas

dan padat serta mudah difahami.

iv. YouTube: Merupakan sebuag laman web yang menyediakan kandungan

video. Kaedah secara penceritaan lebih sesuai digunakan oleh pelajar

bagi memasarkan produk atau servis mereka. Video yang berdurasi 3-5

minit
lebih mendapat perhatian pelanggan berbanding video yang berdurasi

panjang.

v. WhatsApp: Merupakan platform perkhidmatan mesej tesk, panggilan

suara, dan panggilan video, serta perkongsian dokumen, video, gambar,

dan lokasi pengguna. Platform ini merupakan yang terbesar yang

digunakan oleh rakyat Malaysia kerana senang dan mudah digunakan.

Pada tahun 2017, WhatsApp Business diperkenalkan kepada pengguna

yang memberi fokus kepada perniagaan. Oleh demikian platform ini

sangat digalakkan digunakan oleh peniaga kerana kemudahan untuk

berkomunikasi bersama pelanggan dengan cepat.

3.6 Langkah 5 – Berniaga

Mulakan Perniagaan Anda

Pada ketika ini anda sudah para pelajar sudah boleh memulakan perniagaan. Tetapi

apa yang perlu di ingat bahawa cabaran baru sahaja bermula. Pada ketika ini,

pelajar perlu memperhebatkan pemasaran bagi menarik pelanggan untuk

mengunjungi platform anda bagi melihat produk atau servis yang dijual oleh pelajar.

Oleh demikian, kandungan yang menarik dapat menarik perhatian para pelanggan

ataupun dengan menggunakan strategi yang terbaik dapat menarik pelanggan untuk

membeli produk anda.

Pelanggan mempunyai pelbagai jenis, justeru pelajar atau peniaga harus memahami

kehendak pelanggan dan melayan pelanggan dengan berhemah. Walaupun

pelanggan tersebut tidak membeli barang anda, dengan mempunyai layanan yang

mesra dan baik terhadap pelanggan. Proses pemasaran akan sentiasa berlaku

secara
auto oleh pelanggan tersebut dengan menyampaikan kepada pelanggan atau rakan

yang lain.

Mempunyai produk yang berdaya saing dan menarik, dapat menarik minat

pelanggan untuk membeli produk atau menggunakan servis peniaga. Pemilihan

produk sangat penting, pelajar perlu mempunyai produk yang memenuhi citarasa

pelanggan yang terkini. Pelajar atau peniaga perlu sentiasa mempunyai maklumat

terkini tentang kehendak pelanggan. Hal ini dapat menjadikan peniaga tersebut

sentiasa mempunyai jualan.

Seterusnya, kualiti produk atau servis sentiasa dijaga bagi memastikan pelanggan

berpuas hati dengan produk atau servis yang berikan. Kegagalan berbuat demikian,

menyebabkan peniaga akan hilang pelanggan tersebut di kemudian hari.

Maklum balas pelanggan sangat penting dalam menambah baik perniagaan.

Justeru, peniaga atau pelajar perlu sentiasa mendapatkan maklum balas dari

pelanggan agar para peniaga sentiasa tahu perkembangan kekurangan dan

kelebihan perniagaan. Dengan mempunyai maklumat ini, peniaga atau pelajar

mampu meningkatkan daya sain perniagaan berbanding pesaing sedia ada.

Koordinasi bersama ahli kumpulan atau rakan niaga sangat penting bagi

memastikan kelangsungan perniagaan lebih jaya. Kebanyakan perniagaan akan

gagal kerana tidak mampu menguruskan rakan niaga atau mempunyai koordinasi

yang lemah.

4.1 Kandungan Laporan Perniagaan

4.2 Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang

perniagaan yang dijalankan. Ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran


ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan,

bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-

i. Nama Syarikat

ii. Jenis perniagaan yang diceburi

iii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan

iv. Status dan saiz projek

v. Produk

vi. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan

vii. Kos projek.

4.3 Bahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Laporan Perniagaan

disediakan, contohnya;

i. Memohon pembiayaan dari pihak luar atau yang berkaitan.

ii. Perlaksanaan projek.

iii. Standard operasi prosedur menguruskan perniagaan.

iv. Penggunaan platform online.

v. Lain-lain.

4.4 Bahagian 3 – Latar Belakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang

dijalankan seperti:
i. Alamat

Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya

bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat

sahaja.

ii. Bentuk perniagaan

Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad

(Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.

iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.

Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang

sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses

pendaftaran.

iv. Modal Permulaan

Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan

berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan

modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.

v. Bank

Nyatakan Bank pilihan di mana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaannya bank

berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman atau urusan

pelanggan.
4.5 Bahagian 4 – Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

i. Nama penuh

ii. No. kad pengenalan

iii. Tarikh lahir

iv. Umur

v. Alamat Tetap

vi. No telefon

vii. Taraf perkahwinan

viii. Kelulusan akedemik

ix. Kursus yang pernah dihadiri

x. Kemahiran

xi. Pengalaman

xii. Pekerjaan sekarang

xiii. Perniagaan yang pernah diceburi.

4.6 Bahagian 5 – Kedudukan Projek

Lakaran/ plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

4.7 Bahagian 6 - Pentadbiran

i. Pentadbiran
ii. Carta Organisasi

iii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja

iv. Spesifikasi Tugas

v. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji

vi. Senarai Keperluan Pejabat

vii. Perbelanjaan Pentadbiran

a. Perbelanjaan aset

b. Perbelanjaan bulanan

c. Lain-lain perbelanjaan

4.8 Bahagian 7 - Operasi

1. Carta aliran Proses

Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk

penyediaan perkhidmatan berkenaan.

Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.

2. Unit pengeluaran / jam operasi

Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian

projek.

3. Penggunaan bahan

Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang digunakan nyatakan belian di

buat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.


4. Tenaga Kerja

Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status

pekerja berkenaan.

5. Mesin dan peralatan

Senaraikan mesin dan peralatan yang digunakan serta harga belian selaras

dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal

mesin.

6. Susun atur Ruang Operasi

Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur

ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik

ruang operasi tersebut.

7. Lokasi

Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa

atau beli.

8. Overhead operasi

Ini termasuk kemudahan bekalan air dan elektrik, gas dan lain-lain yang perlu

sebagai penggerak proses operasi.

9. Perbelanjaan Operasi

Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini

mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain

perbelanjaan.
4.9 Bahagian 8 - Kaedah Pemasaran

1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan

Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada

pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang

ingin diberikan kepuasan

2. Sasaran Pasaran

Nyatakan profil pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenal pasti

kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran di

kawasan berkenaan.

3. Saiz Pasaran

Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam

bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.

4. Pesaing-pesaing utama

Kenal pasti dan pilih pesaing-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenal pasti

mengikut nama perniagaan mereka.

5. Kekuatan dan kelemahan pesaing

Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.


6. Syer pasaran

Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahagian pasaran atau syer

pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.

7. Jualan

Sediakan laporan jualan bulanan untuk perniagaan. Nyatakan jumlah jualan.

8. Strategi Pemasaran

i. Strategi Barangan

Reka bentuk barangan atau penjelasan pakej.

Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.

ii. Strategi Promosi

Bentuk Promosi yang digunakan

iii. Strategi harga

Harga seunit yang diletakkan.

iv. Strategi edaran

Corak pengedaran yang digunakan.

Kenderaan atau kakitangan pemasaran.


4.10 Bahagian 9 - Laporan Kewangan

Laporan Kewangan merangkumi bahagian berikut:

1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek

2. Penyata-penyata kewangan:

i. Aliran wang tunai

ii. Penyata pendapatan

iii. Kunci kira-kira

iv. Jadual pembayaran hutang.

v. Kos pelaksanaan Projek

vi. Pelaburan aset tetap:

Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga

aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.

vii. Modal Pusingan:

Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi

viii. Lain-lain perbelanjaan:

Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran

pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)

3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)

i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau
aset.

Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.

4. Analisis Daya Maju Kewangan


Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.

Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:

i. Nilai kini bersih

ii. Kadar Pulangan dalaman

iii. Nisbah faedah kos

iv. Tempoh pulang modal

Nilai kini bersih

Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang di diskaun dengan satu kadar faedah untuk

setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini

bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka

sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan Dalaman

Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa

Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang

sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah Kos

Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan

membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.

Tempoh Pulang Modal

Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.
Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika

secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang

pembiayaan dengan lebih cepat .

Sekian Terima Kasih.

Disediakan oleh

Dr. Mohd Ikhwan Aziz

You might also like