You are on page 1of 6

AFT 1013

FUNDAMENTAL OF
ENTREPRENEURSHIP
SEMESTER FEBRUARY

GUEST LECTURE REPORT


SESI 2: 2019/2020

NAME OF ENTREPRENEUR : MR. TANG SIEW WAI


NAME OF STUDENT : AZUAN AFIZAM BIN AZMAN
MATRIC NUMBER : H19A0073
GROUP/SECTION : INDIVIDUAL ASSIGNMENT
NAME OF LECTURER : EN. ROOSHIHAN MERICAN BIN
ABDUL RAHIM MERICAN
DATE OF SUBMISSION : 18 JUNE 2020

BIL ITEM M.SURAT

1
1 PENGENALAN 3
KANDUNGAN
a. Tawaran perkhidmatan oleh pengusaha / pakar industri
2 b. Bagaimana syarikat itu dapat membantu anda 3-5
meningkatkan penjualan / perniagaan anda.
c. Apakah kelebihan atau kekurangan perniagaan dalam
talian yang boleh anda senaraikan?
3 KESIMPULAN 6

1. PENGENALAN:
Video tersebut menceritakan perniagaan atas talian dalam Carousell. Tang Siew Wai
merupakan Pengurus Negara, Carousell Malaysia. Beliau berpengalaman selama 19 tahun

2
dalam industry ICT dan e-dagang. Sebelum beliau menyertai Carousell, Tang Siew Wai
merupakan seorang Pengarah Pemasaran di Syarikat Huawei. Semasa menjalakan tugas
sebagai Pengarah Pamasaran Huawei, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan
sebanyak 7 buah negara di sekitar Asia. Beliau juga pernah menggalas jawatan sebagai
Manager Reborn iaitu sebuah platform e-dagang yang khusus kepada barangan-barangan
mewah. Tang Siew Wai merupakan ketua Carousell di Malaysia.
Carousell merupakan salah satu ‘Classified Marketplace’ terbesar di seluruh dunia.
Carousell menberikan perkhidmatan kepada lebih 40 juta pengguna di sekitar negara-
negara ASEAN. Carousell salah satu platform atas talian yang membolehkan semua
individu untuk menjadi penjual dan juga pembeli. Syarikat Carousell mempunyai lebih
daripada 750 pekerja dari seluruh negara operasinya. Dalam Malaysia pula, Carousell
tersenarai dalam 10 aplikasi membeli belah atas talian yang terbaik di Malaysia.
Sebanyak 70% pengguna yang menggunakan aplikasi Carousell untuk menjalankan jual
beli adalah di sekitar Kawasan Lembah Klang. Carousell juga mempunyai seramai 31 juta
pengguna di Malaysia dan seramai 7 juta pengguna yang memuat turun aplikasi Carousell
di telefon pintar mereka. Carousell mempunyai pelbagai kategori barangan dalam urusan
jual belinya. Antara 9 kategori barangan yang terbaik di Malaysia ialah fesyen lelaki dan
wanita, telefon dan tablet, kesihatan kecantikan, perabot, mainan dan permainan video,
elektronik, sukan dan bayi dan kanak-kanak.

2. KANDUNGAN:
a) Tawaran perkhidmatan oleh pengusaha / pakar industri.

Syarikat Carousell menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penggunanya. Hal ini


dapat memudahkan pengguna untuk mengunakan platform perniagaan atas talian ini.
Dalam video tersebut, Tang Siew Wai telah menyenaraikan empat sebab utama untuk
menggunakan untuk perniagaan anda. Isi ini boleh dikaitkan dengan tawaran
perkhidmatan yang diberikan oleh pengusaha kepada pengguna. Pertama adalah
bandingan harga dengan barangan terpakai iaitu ‘secondhand’. Carousell dapat
membandingkan harga barangan yang dijual dan memudahkan pengguna untuk mencari
barang yang diinginkan dengan melihat kepada perbandingan harga. Sebanyak 40%
barangan yang dijual di platform Carousell adalah baharu manakala baki selebihnya
adalah barangan terpakai. Carousell juga akan membandingkan nilai diantara barangan
penghabisan stok dengan barangan terpakai. Ini akan memudahkan pengguna untuk

3
memilih barangan yang terbaik dengan bajet yang mereka ada. Selain itu, platform jual
beli dalam Carousell memfkuskan pasaran tempatan sahaja, maka kurang persaingan
dengan penjual luar negara yang menyebabkan margin keuntungan menurun. Harga
barang juga lebih flexsibel di carousell apabila peniaga boleh melakukan nego dengan
pembeli contohnya beki 2 barang dapat 10% diskaun.

Isi yang kedua adalah carian / search intent iaitu keinginan membeli, carian spesifik dan
sedia untuk pembelian, 80% dari pengguna Carousell terus menggunakan fungsi carian
Carousell seperti “google atau E-commerce”. Pengguna Carousell tahu apa yang mereka
ingin beli dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk membeli. Isi ketiga adalah Chat
iaitu berhubung dan menignkatkan kadar jualan. Kiraan mendapati, sebanyal 30-50%
peningkatan jualan apabila menggunakan fungsi chat diantara penjual dan pembeli.
Respon yang pantas kepada pembeli dapat membantu penjual untuk melakukan urusan
jual beli dengan mudah dan pantas.

Isi yang terkhir adalah tiada caj transaksi iaitu kawalan penuh dan senang digunakan.
Tiada caj transaksi yang dikenakan kepada pengguna yang ingin melakukan penjualan
barang. Pengunakan hanya perlu membuat step yang mudah iaitu ambil gambar barang
yang hendak dijual kemudian senaraikan dan seterusnya jual.

b) Bagaimana syarikat itu dapat membantu anda meningkatkan penjualan /


perniagaan anda.

Carousell ada menyediakan platfom CarouBiz dengan slogan “ Business Tools” yang
dapat memudahkan peniaga untuk menjalankan perniagaan mereka di dalam Carousell.
CarouBiz menyediakan keperluan penting untuk membina perniagaan online anda dalam
masa 5 minit sahaja. Terdapat 5 step yang dijelaskan dan boleh digunapakai oleh peniaga
iaitu meyakinkan pengguna bahawa anda adalah peniaga yang sah dengan Premium Saler
Badge, masukkan promosi dan penarik jualan bersama Profile Cover Photo, susun dan
periksa koleksi barangan terbaik yang telah dijual menggunakan Custom Collection,
iklankan senarai anda menggunakan Video Listing dan terima laporan bulanan Business
Analytics anda.

CarouBiz dapat membantu peniaga yang ada cabaran untuk berniaga diatas talian.
Menurut kajian yang dijalankan antara cabaran penjual adalah peniaga yang kurang
pengetahuan mengenai pengalaman e-commerce berasa was-was untuk menceburi
penjualan secara digital dan semasa penularan COVID-19, ramai perniagaan “brick and

4
mortar” masih tidak dapat menceburi perniagaan atas talian kerana kekurangan
pengalaman untuk membina stor di atas talian. Penyelesaian yang diberikan dalam
CarouBiz adalah menjelaskan bahawa menjual dalam Carousell adalah sangat mudah
iaitu degan bermula dengan mengambil gambar produk dan chat dengan pengguna sahaja.
CarouBiz juga membantu peniaga membezakan mereka dari penjual individu dan boleh
memaksimakan hasil penjualan atas talian mereka.

Carousell juga menyediakan khidmat Carousell Protection yang membolehkan anda


menerima pembayaran online secara percuma di Malaysia. hal ini membolehkan
pembayaran secara selamat untuk item yang dibeli di Carousell menggunakan FPX,
Mastercare danVisa. Wang akan dipegang secara escrow sehingga item sudah selamat
dihantar. Sepanjang PKP juga, pihak Carousell telah bekerjasama dengan pelbagai pihak
untuk menjayakan kempen bertemakan PKP.

c) Apakah kelebihan atau kekurangan perniagaan dalam talian yang boleh anda
senaraikan?

Kebaikan perniagaan dalam talian ialah mudah dimulakan dan dijalankan dengan kos
yang rendah. Hal ini demikian kerana kos sewa kedai dan kos ubah suai bangunan dapat
dikurangkan melalui perniagaan dalam talian berbanding dengan kos perniagaan
konvensional. Malahan, para peniaga dalam talian dapat menguruskan perniagaan tanpa
perlu mengupah banyak pekerja.

Namun begitu, kekurangan perniagaan dalam talian. Misalnya, risiko jaminan kualiti
apabila barang yang dibeli tidak menepati kehendak pelanggan. Selain itu, saiz barang,
warna dan gambaran barang sebenar mungkin berbeza seperti dalam katalog. Pelanggan
yang kecewa terpaksa akur apabila sudah menerima barang tersebut. Terdapat juga
golongan yang tidak amanah dengan mengambil kesempatan menipu dalam urusan jual
beli dalam talian. Akibatnya, banyak kes penipuan Internet telah dilaporkan sejak akhir-
akhir ini.

3. KESIMPULAN:

5
Kesimpulannya, melalui video tersebut, saya dapat memngetahui banyak info-info tentang
perniagaan secara atas talian di dalam Carousell dan sejujurnya dapat membantu saya untuk
menpelajari sedikit cara-cara menjalankan perniagaan atas talian. Antara yang dapat saya
ketahui adalah cara mudah untuk menjalankan pernigaan online dan cara untuk menarik lebih
ramai pelanggan dengan lebih mudah. perniagaan dalam talian mempermudahkan urus niaga
bukan sahaja untuk peniaga malahan kepada pelanggan sendiri. Dengan bantuan dan
pemantauan kerajaan, perniagaan dalam talian dapat melahirkan lebih banyak jutawan dan
memudahkan urusan harian rakyat di seluruh negara. Walau bagaimanapun, perniagaan
dalam talian tidak dapat menggantikan sepenuhnya perniagaan konvensional tetapi dalam
tempoh singkat perkembangan industri ini sudah berjaya mengatasi perniagaan biasa.

You might also like