You are on page 1of 20

TUGASAN / ASSIGNMENT

SEMESTER JANUARI 2019

SUBJECT CODE : UCS 102

SUBJECT TITLE : ENTREPRENEURSHIP IN ASIA

LEVEL : BACHELOR DEGREE / IJAZAH SARJANA MUDA

STUDENT NAME : FIEARA NOR FAZREENA BTE JEFFRY

MATRIC NO : A30105180005

PROGRAM : BACHELOR OF EDUCATION TEACHING ISLAMIC


STUDIES IN PRIMARY SCHOOL WITH HONOURS

ACADEMIC FACILITATOR : BACHO ALI HAMDAN

LEARNING CENTRE : PHM AEU LABUAN

BAHAGIAN A
SOALAN 1

Darsawarsa ini, sedar ataupun tidak, ledakan globalisasi tanpa sempadan telah
menciptakan ruang dan peluang yang lebih terbuka khususnya dalam bidang perniagaan.
Lihat sahaja bagaimana ‘’perniagaan’’ mampu menukar kehidupan si fakir menjadi si kaya
dalam sekelip mata hanya dengan usaha gigih yang berterusan. Bahkan, milenia ini juga
memperlihatkan kepada kita betapa pernigaan secara perkongsian itu mampu memberikan
impak yang positif kepada kehidupan seorang manusia. Namun, sejak kebelakangan ini,
perniagaan perkongsian ini semakin diragui kelebihannya kerana ianya juga telah
menzahirkan kesan yang negative secara senyap.

Kelebihan pertama perniagaan perkongsian adalah lebih mudah ditubuhkan. Hal ini
demikian kerana, Perniagaan perkongsian ini lebih mudah ditubuhkan daripada perniagaan
pemilikan tunggal disebabkan oleh peraturan undang-undang yang tidak terlalu kompleks
serta perbelanjaan yang sedikit. Selain itu, umum mengetahui bahawa melalui perniagaan
perkongsian, seorang rakan kongsi bermotivasi untuk memberikan usaha yang terbaik
disebabkan oleh faktor ganjaran yang boleh diperolehi secara lansung. Tidak cukup itu,
Melalui perniagaan secara perkongsian ini, sesebuah syarikat itu akan lebih mudah
memperolehi modal yang banyak serta jenis kemahiran yang pelbagai boleh didapati
berbanding dengan pemilikan tunggal. Perniagaan perkongsian juga adalah suatu betuk
perniagaan yang fleksibel atau dalam erti kata lain ianya dapat berubah mengikut keperluan
semasa bahkan ianya boleh segera menyelesaikan keperluan perniagaan dengan adanya
pemutusan keputusan yang dibuat secara harian.

Di sebalik kelebihan yang nyata mengenai perniagaan perkongsian ini, pasti akan
terzahir sedikit kelemahan dan antaranya ialah Liabiliti tanpa sempadan yang melibatkan
seorang rakan kongsi. Kelemahan perniagaan perkongsian ini pula adalah dari segi libialiti
tanpa batasan satu rakan kongsi. Hal ini demikian kerana, walaupun sesetengah rakan kongsi
boleh mempunyai libialiti terbatas, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi itu perlu
menjadi rakan kongsi secara umum yang dapat menanggung libialiti tanpa batasan. Tidak
cukup dengan itu, jika seseorang rakan kongsi itu telah disahkan meninggal dunia ataupun
dikategorikan sebagai kurang siuman atau dalam erti kata lain meninggalkan perniagaan
tersebut baik secara sengaja ataupun tidak sengaja maka perniagaan tersebut boleh terbatal
atau tamat serta merta.

18
Hal ini berkemungkinan boleh dijadikan sebagai satu bentuk perkongsian yang baharu
oleh rakan kongsi sedia ada iaitu dengan membentuk perkongsian baru dengan rakan kongsi
yang lain. Selain itu, ada juga situasi dimana perniagaan perkongsian ini seringkali
berhadapan dengan situasi perbalahan dengan rakan kongsi disebabkan oleh percanggahan
idea disamping masing-masing mahu mempertahankan idea masing-masing. Percanggahan
mahupun perbalahan sebeginilah yang akan menjadi titik mula kepada jatuh dan bangunnya
sebuah syarikat atau empayar perniagaan yang dibentuk melalui kaedah perkongsian.
Bahkan, ada juga kalanya wujud segelintir rakan kongsi yang ingin mengambil kesempatan
dengan mengaut keuntungan yang lebih dengan menggunakan taktik yang kotor. Misalnya,
terdapat rakan kongsi yang cuba melarikan sejumlah wang keuntungan syarikat dan dalam
masa yang sama meninggalkan bebanan hutang yang banyak kepada rakan kongsi yang
tinggal.

Antara kelemahan nyata yang lain adalah tentang risiko perniagaan perkongsian yang
ditubuhkan atas dasar persahabatan. Hal ini demikian kerana, umum mengetahui bahawa
persahabatan tidak boleh bertahan semata dengan perkongsian dan kenyataan ini dikukuhkan
lagi dengan kata-kata daripada John D. Rockefeller yang berbunyi ‘’ Persahabatan yang
diasaskan pada perniagaan adalah lebih baik daripada perniagaan yang ditubuhkan atas
dasar persahabatan.’’ Milenia ini telah banyak membuktikan bahawa banyak perniagaan
perkongsian yang berakhir dengan ‘’ Bankrupt’’ disebabkan oleh olah rakan kongsi yang
cuba memanipulasikan keuntungan syarikat ataupun perniagaan dan kebanyakan rakan
kongsi itu terbina atas dasar hubungan persahabatan.

Sebagai kesimpulannya, jelaslah difahami bahawa perniagaan perkongsian adalah


sebuah perkongsian yang melibatkan dua atau lebih orang yang menjadi rakan milik sebuah
perniagaan untuk meraih keuntungan. Setiap rakan kongsi menyumbang wang, usaha atau
kemahiran dan berkongsi keuntungan dan kerugian. Sekiranya rakan kongsi tersebut tidak
amanah dan jujur dalam menjalankan perniagaan tersebut, maka perniagaan tersebut pastinya
akan berhadapan dengan titik kelemahan tetapi sekiranya kedua-dua pihak bekerjasama dan
membangunkan perniagaan dengan bijak maka perniagaan tersebut akan menjadi titik mula
kepada suatu kejayaan dalam bidang perniagaan.

18
SOALAN 2
Perniagaan Francais kini semakin diangkat sebagai suatu bentuk perniagaan yang
menguntungkan disamping memberikan peluang secara terbuka kepada umum untuk
menceburi bidang perniagaan dengan mudahnya. Secara harafiahnya, Francais diertikan
sebagai satu bentuk pemasaran ataupun apa juga bentuk pengagihan yang mana akan ada
pihak iaitu sebuah syarikat pemberi francais (francaisor) memberi kebenaran, hak atau
keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat pemegang francais (francaisi) untuk
menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan dalam jangkamasa tertentu dan
pada lokasi yang ditentukan. 

Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyatakan bahawa Francais merupakan satu


kaedah pemasaran yang didasari kepada pemberian hak serta tanggungjawab bagi
meneruskan legasi perniagaan dengan menggunapakai tanda niaga, tanda nama, lokasi,
sistem serta kawasan dan jangka masa yang telah ditetapkan. Jika dilihat dari sudut
perundangan Akta Frncais, Perniagaan Francais ini merupakan suatu kontrak atau perjanjian
baik secara nyata mahupun tersirat ataupun secara lisan dan tertulis diantara dua orang atau
lebih. Dalam erti kata lain, Francaisor memberi francaisi hak untuk mengendalikan
perniagaan mengikut sistem francais yang ditentukan oleh francaisor selama tempoh yang
ditentukan oleh francaisor.

Kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu para usahawan


memperkembangkan perniagaan mereka kerana Francais merujuk kepada suatu sistem
pemasaran perniagaan melibatkan francaisor yang memberi hak kepada syarikat lain untuk
meneruskan legasi perniagaan dengan berlandaskan kepada sistem francais sedia ada.
Biasanya, Francaisor mempunyai produk yang mendapat sambutan hangat daripada
masyarakat baik dari segi jenama ataupun kualitinya. Bahkan, ianya juga mempunyai model
perniagaan dan manual operasi yang kompleks dan menyeluruh. Kaedah ini sememangnya
membantu membangunkan perniagaan seorang usahawan biasa kepada luar biasa kerana
model perniagaannya yang mudah, bimbingan latihan diberikan francaisor, selain mempunyai
jenama kukuh di pasaran. Contohnya adalah perniagaan Mcd Donalds, KFC dan ‘’Food
Truck’’.

18
Selain itu, kaedah ini dikatakan dapat membantu para usahawan untuk memajukan
lagi perniagaan mereka melalui usaha yang dilakukan oleh Perbadanan Nasional Berhad
(PNS) yang dilihat sangat komited mengimplementasikan peranannya untuk mengenal pasti
perniagaan berpotensi untuk menjadi sebuah syarikat francais yang Berjaya atau lebih tepat
lagi menjadikan francais tersebut lebih mampu milik. Hal ini jelas dapat dilihat melalui
Program Transformasi Perniagaan (BIT) yang telah Berjaya melahirkan lebih 60 orang
usahawan menerusi program francaisi dan pra-francaisi di bawahnya bahkan PNS juga
komited dalam mengenal pasti model perniagaan kecil yang boleh dibantu, untuk di naik taraf
kepada model perniagaan francais.

Bahkan, jika dilihat kepada strategi perniagaan Francais ini yang mempunyai strategi
pemasarannya yang tersendiri jelas bahawa untuk kekal dan bertahan dalam bidang
perniagaan, sesebuah syarikat itu perlu mempunyai sistem pemasaran dan antara sistem yang
sangat efektif milenia ini adalah perniagaan secara atas talian atau pengiklanan dalam media
sosial. Lihat sahaja bagaimana beberapa syarikat Francais mampu berdiri kukuh dengan
adanya pengiklanan

Sebagai kesimpulannya, Perniagaan Francais adalah antara kaedah perniagaan yang


banyak digunakan untuk mengembangkan perniagaan, sama ada pada perkhidmatan mahupun
perniagaan barangan. Dalam erti kata lain, francais lebih dekat kepada sistem pemasaran
yang menguntungkan.

18
SOALAN 2
a) Kos Overhead

Syampu Kereta Rm 1140


+ Bahan Pengilap Rm 1725
+ Upah Pekerja Rm 12000
+ Bil Air Rm 1000
+ Bil Elektrik Rm 750
+ Alatan mencuci Rm 500
+ Belanja Runcit Rm 500
= Rm 17,615
Kos Keseluruhan Overhead yang digunakan oleh Syarikat Perkhidmatan Cuci Kereta ini
adalah sebanyak Rm 17,615 dalam tempoh sebulan.

b) Kos Operasi Sebulan

Syampu Kereta Rm 1140


+ Bahan Pengilap Rm 1725
+ Gaji Penyelia Rm 1500
+ Upah Pekerja Rm 12000
+ Sewa Tapak Rm 800
+ Bil Air Rm 1000
+ Bil Elektrik Rm 750
+ Alatan mencuci Rm 500
+ Susutnilai mesin penyembur, mesin penggilap dan peralatan lain Rm 1200
+ Belanja Runcit Rm 500
= Rm 21,115

Kos Operasi Sebulan yang digunakan oleh Syarikat Perkhidmatan Cuci Kereta ini adalah
sebanyak Rm 21,115 dalam tempoh sebulan.

c) Kos Buruh
Jumlah Kereta x Harga seunit

18
= Untung Kasar
200 x 50
= Rm 10,000

Untung Kasar – Kos Operasi


= Kos Buruh
Rm 10,000 – Rm 17,615
= -Rm7,615
Kesimpulannya, jumlah Kos Buruh yang diperolehi oleh syarikat ini adalah sebanyak -Rm
7,615 dalam tempoh sebulan.
d) Kos Seunit Perkhidmatan

Kos Oprasi sebulan


________________
Jumlah kereta

Rm 21,115
_____________
200
= Rm 105.58

Kesimpulannya, kos bagi seunit kereta yang dicuci oleh syarikat perkhidmatan ini adalah Rm
105.58 sahaja.
e) Keuntungan seunit

Untung Kasar –Kos Operasi


(Rm10,000– Rm 21, 115)
= - Rm 11,115.00

(Untung– Kasar Kos operasi)


________________________
200
= - Rm 55.575
Kesimpulannya, syarikat perkhidmatan ini mengalami kerugian bersih sebanyak –Rm
11,115.00 manakala jumlah kerugian bagi seunit kereta adalah –Rm 55.575.

BAHAGIAN B
SOALAN (a)

18
Secara harafiahnya, Rancangan Perniagaan merupakan sautu bentuk dokumen bertulis
yang menzahirkan keterangan yang berkaitan dengan perniagaan atau apa sahaja bentuk
projek yang ingin dilaksanakan secara menyeluruh. Dalam erti kata lain, Rancangan
Perniagaan adalah satu dokumen yang memperjelasi dengan lebih terperinci mengenai selok
belok berkenaan sesebuah perniagaan termasuklah apa sahaja pelan awal, keperluan modal,
rancangan pemasaran, jualan mahupun unjuran keuntungan. Apa-apa sahaja bentuk informasi
mahupun maklumat penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat ataupun perniagaan
maka ianya perlu direkodkan atau diselitkan dalam Rancangan perniagaan. Akhir sekali
Rancangan Perniagaan juga merupakan satu komponen terpenting dalam setiapu usaha
individu untuk mendapatkan pembiayaan atau permohonan pinjaman daripada mana-mana
institusi kewangan.

SOALAN (b)
Seperti yang telah dinyatakan dalam definisi mengenai Rancangan Perniagaan diatas,
maka jelaslah bahawa RP merupakan suatu dokumen yang sangat penting bagi mana-mana
individu yang ingin memulakan perniagaan atau menambahkan lagi legasi dan empayar
perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat beberapa individu ataupun pihak yang
memerlukan kewujudan Rancangan Perniagaan ini dan antara kepentingan RP kepada pihak
berkenaan adalah seperti berikut :
i. Institusi kewangan
Jawapan : Rancangan Perniagaan sangat penting untuk mana-mana Institusi Kewangan bagi
tujuan mendapatkan dana atau pinjaman disamping memudakan pihak terbabit untuk
memberi kelulusan terhadap permohonan Pinjaman tersebut.
ii. Kakitangan perniagaan
Jawapan : Rancangan Perniagaan adalah perlu kepada mana-mana Kakitangan Perniagaan
bagi tujuan memudahkan kakitangan perniagaan tersebut untuk menjalankan apa saja bentuk
urus niaga disamping dapat mengenal pasti dimana dan dengan siapa mereka berurusan.
Bahkan, ianya juga dapat membantu kakitangan perniagaan menganggarkan keperluan
sumber-sumber perniagaan dan mengagihkannya dengan lebih baik. Pengagihan sumber
perlu dilakukan dengan baik supaya memperoleh hasil yang optimum. Sumber-sumber yang
ada dalam koperasi adalah seperti sumber kewangan, sumber manusia, peralatan, bahan-
bahan dan juga masa adalah terhad dalam sesuatu jangka masa tertentu.
iii. Pembekal

18
Jawapan : Pembekal pula memerlukan dokumen RP ini bagi memudahkan tugas mereka
untuk menyediakan apa sahaja keperluan atau barang yang perlu dibekalkan untuk koperasi
tersebut disamping menyesuaikan keperluan mereka dengan kos pengeluaran barang tersebut.

iv. Pelanggan
Jawapan : Keperluan RP Kepada pelanggan adalah untuk memberikan gambaran secara
ringkas atau lebih spesifik berkenaan aktiviti-aktiviti utama perniagaan dan maklumat-
maklumat berkaitan dengan projek atau perniagaan. Ini memudahkan pelanggan untuk
mengenalpasti barang keperluan yang mereka inginkan tanpa perlu membuat peninjauan ke
semua kedai atau syarikat. Cukup hanya dengan dokumen RP sebelum meneruskan dengan
tindakan seterusnya.

v. Pelabur
Jawapan : RP juga berguna kepada orang luar seperti bank dan juga bakal pelabur.
Dokumen ini merupakan sokongan yang akan digunapakai untuk memperoleh pinjaman
daripada institusi-institusi kewangan atau mendapatkan rakan kongsi untuk membuat
pelaburan. RP dapat memberi jawapan kepada persoalan yang sering dibangkitkan oleh orang
luar, seperti ‘’Apakah pasarannya telah dikenal pasti?’’ atau ‘’Apakah pengunjuran
kewangan boleh dipercayai?’’ dan sebagainya.

SOALAN (c)

Rancangan Perniagaan ini dihasilkan bertujuan untuk memberikan gambaran secara


ringkas dan spesifik mengenai apa juga aktiviti-aktiviti utama ataupun maklumat yang
berkaitan dengan projek atau perniagaan yang ingin dibangunkan. Antara kandungan yang
perlu direkodkan dalam Rancangan Perniagaan ini adalah jenis perniagaan yang ingin
diceburi untuk memberi penjelasan kepada pihak yang ingin membiayai projek tersebut
mengenai jenis perniagaan yang akan diceburi oleh koperasi tersebut. Rancangan Perniagaan
itu akan dikatakan baik sekiranya mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya ialah,
pengenalan Rancangan Perniagaan yang memberikan penerangan tentang projek atau
perniagaan yang akan dibangunkan.

18
Selain itu, Rancangan Perniagaan yang baik juga perlulah menyatakan dengan lebih
terperinci tentang tujuan Rancangan Perniagaan bagi membolehkan usahawan dapat melihat
dengan mata kepalanya sendiri di samping menilai idea atau projek perniagaan yang
dicadangkan dengan teliti, kritikal dan praktikal. Latar Belakang perniagaan juga merupakan
salah satu ciri yang perlu ada dalam mana-mana penyediaan Rancangan Perniagaan. Hal ini
demikian kerana, Secara ringkas sejarah operasi koperasi termasuklah apa-apa kejadian
signifikan yang terjadi dalam beberapa tahun yang lampau mestilah diterangkan. Bahagian ini
mestilah menjelaskan bila dan kenapa koperasi ditubuhkan dan bagaimana ia telah
berkembang serta apakah visi usahawan/koperasi untuk masa hadapan. Ia juga mestilah
menunjukkan pencapaian objektif masa lampau dan menyampaikan imej koperasi yang ingin
ditonjolkan dalam pasaran. Setidaknya, pembaca atau Pihak yang berkenaan akan dapat
mengenal pasti sejauhmana perkembangan perniagaan yang ingin dilaksanakan dan
sejauhmana ianya dapat dikembangkan lagi pada masa mendatang.

Tidak cukup dengan itu, ciri asas lain yang perlu ada dalam Rancangan Perniagaan
adalah aspek pemasaran, aspek pengeluaran atau rancangan operasi serta apa-apa sahaja yang
melibatkan Aspek kewangan. Ketiga –tiga aspek ini amat perlu disertakan dalam RP bagi
memudahkan pembaca mengenal pasti strategi pemasaran, barang yang dikeluarkan serta kos
yang digunapakai dalam perniagaan ini. Kesimpulannya, dalam usaha untuk menghasilkan
Rancangan seseorang individu itu perlulah mengenal pasti beberapa ciri asas ini untuk
dimasukkan dalam Rancangan Perniagaan bagi membolehkan seebarang bentuk urusan
perniagaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah atau halangan atas sebab-sebab
yang remeh temeh.

18
BAHAGIAN C
Dalam konteks era pascamodenisasi kini, dunia kian dicanangkan dengan teknologi
maklumat dan komunikasi tanpa batasan bahkan kecanggihan Teknologi Komunikasi itu
sendiri yang berada di lingkaran mayapada seakan menghampirkan manusia sesama sendiri
dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan. Mutakhir ini, percaya atau tidak,
dalam bentuk apa sekalipun manusia sememangnya memerlukan kehadiran Teknologi untuk
meneruskan kehidupan, menjadi mata pencarian serta pelbagai lagi aktiviti rutin seorang
manusia. Manakan tidak, dalam bidang perniagaan misalnya Teknologi Komunikasi adalah
satu keperluan yang teramat penting bahkan Media massa yang cukup berpengaruh seyogia
Menjadi pasak serta watak utama dalam usaha untuk meneruskan legasi perniagaan di alam
maya. Persoalan yang terlintas pada benak pemikiran adalah, apakah strategi pemasaran
online yang dibuat di mana-mana media sosial serta apakah ciri-ciri yang menjadi dasar
kepada pemasaran online di media sosial?

Umum mengetahui bahawa mendepani era milenium kini, kehidupan manusia hampir
tidak dapat dipisahkan daripada mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan online ataupun
internet. Bahkan, hampir semua lapisan masyarakat dan profession yang wujud di Malaysia
ini memerlukan akses ke Internet bagi memudahkan aktiviti rutin harian dan termasuklah
urusan perniagaan yang dilakukan oleh mana-mana usahawan baik usahawan kecil-kecilan
mahupun besar-besaran. Tujuan penggunaan akses internet atau online ini adalah untuk
menjaga pasaran yang dijalankan oleh mereka disamping dapat menambah sasaran
pemasaran. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran online yang boleh dilakukan
dan ianya boleh dilihat dalam Rajah 1 di bawah:

Content
Marketing

Strategi
Pemasaran
Online

Integrated
Continuous
Digital
Marketing
Marketing

18
Rajah 1 : Strategi Pemasaran online
 CONTENT MARKETING

Milenia ini, dengan adanya hamparan kecanggihan gajet teknologi, usaha pencarian
maklumat nyatanya lebih mudah dan ibarat kata orang ‘’maklumat di hujung jari’’ dan apa
sahaja informasi yang diperlukan semuanya telah tersedia. Bertitik mula daripada kenyataan
tersebut, maka di sinilah bermula peri pentingnya strategi pemasarang yang bermodelkan
‘’Content Marketing’’ kerana cirinya yang dapat menari para pengguna dengan kewujudan
pelbagai informasi yang telah disediakan di website oleh si pelaku bisnes. Boleh jadi,
informasi yang disediakan adalah berbentuk artikel, testimoni pengguna, text, video ataupun
berbentuk gambar. Namun demikian, maklumat atau informasi yang disampaikan itu
seharusnya mempunyai daya penarik yang sangat kuat sehingga para pengguna merasa yakin
untuk membeli atau menggunakan sebarang produk yang dipasarkan. Contoh yang mudah
adalah, pemasaran produk kecantikan secara atas talian yang menarik para pengguna dengan
menggunakan artikel ataupun testimoni pengguna melalui kaedah ‘’Story telling’’. Dalam
kaedah ini, semua input berkenaan produk yang ingin dipasarkan diselitkan sekali
termasuklah bahan kandungan, cara penggunaan , harga, kebaikan dengan menggunakan
kekuatan ‘’ayat bombastik’’. Contoh ‘’Content Marketing’’ dapat dilihat dalam gambar di
bawah:

Gambar diatas menunjukkan keratin artikel dan testimony pengguna yang digunakan sebagai salah
satu strategi pemasaran online.

18
 CONTINUOUS MARKETING

Umum mengetahui mutakhir ini bahawa pengaruh aplikasi media sosial seperti
Facebook, Twitter dan Instagram merupakan wadah terbaik dalam usaha untuk mengaut
keuntungan berlipat ganda dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui reality yang melanda
aplikasi media sosial apabila munculnya jutawan online yang ibarat ‘’Cendawan tumbuh
selepas hujan’’. Lihat sahaja bagaimana anak sekecil Ryan yang baru sahaja berusia 7 tahun
telah menjana pendapatan sehingga $22 juta (±RM92 juta) dan dikenali sebagai jutawan
kanak-kanak dengan hanya membuat review permainan di saluran YouTubenya, Ryan
ToysReview. Setakat ini Ryan mempunyai seramai 17 juta subscribers. Sehubungan dengan
itu, maka jelaslah bahawa strategi ‘’Continuous Marketing’’ atau dalam erti kata lain
pemasaran lanjutan amat memberi penekanan kepada aktiviti promosi di aplikasi media
sosial.

Antara tujuan utama startegi pemasaran ‘’Continuous Marketing’’ ini adalah untuk
memberi peringatan mesra secara lanjutan kepada para pengguna tentang kewujudan sesuatu
produk dan ianya tetap diiklankan walaupun pada hakikatnya pengguna tidak memerlukan
khidmat itu pada masa tersebut. Bayangkan saja betapa kuatnya pengaruh strategi pemasaran
Continuous Marketing ini dan sesuaikan pula dengan keperluan perniagaan milenia ini.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa, kewujudan sosial media sememangnya memberikan
impak yang sangat positif kepada mana-mana usahawan yang ingin berjinak-jinak dalam
bidang perniagaan ini. Kesimpulannya, strategi pemasaran ini adalah antara strategi
pemasaran yang paling banyak diaplikasikan oleh mana-mana usahawan di Malaysia baik
secara sedar ataupun tidak.

18
 INTEGRATED DIGITAL MARKETING

Integrated Digital Marketing merupakan salah satu startegi yang bertujuan secara
langsung untuk menyatukan kaedah pemasaran yang berbeza ‘’Mass-Marketing’’, ‘’One To
One Marketing’’ dan ‘’Direct Marketing’’. Objektif khususnya adalah untuk melengkapkan
serta mengukuhkan impak pasaran yang menggunapakai setiap kaedah bahkan dalam masa
yang sama menggunakan data pasaran yang dihasilkan oleh usaha ini dalam , pengedaran,
pembangunan produk,penetapan harga, perkhidmatan pelanggan dan lain-lain lagi. Kaedah
pemasaran ini dikatakan sangat ‘’Powerful’’ dan memberikan impak yang mendalam kerana
semua kaedah untuk memperkuatkan kesan aktiviti pemasaran online dimanfaatkan
sepenuhnya. Antara contoh jelas yang boleh dilihat adalah penghasilan blog atau website,
kempen brand ataupun Iklan mengenai sesuatu produk ingin dipasarkan. Penggunaan strategi
pemasaran ini amat memerlukan individu yang mahir dalam selok belok dunia digital bagi
memastikan berlakunya kecairan maklumat kepada para pengguna melalui aplikasi yang telah
disebutkan diatas.

Lihat sahaja bagaimana munculnya beberapa orang individu yang bijak


memanipulasikan ruang dan peluang yang terdapat dalam dunia digital dengan penghasilan
blog ataupun website yang pastinya mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda. Bahkan,
mendasari era milenia yang diiringi dengan kecanggihan demi kecanggihan teknologi,
strategi pemasaran ini menjadi semakin meluas kerana ianya mulai mengalami fungsi
penggabungan daripada beberapa kaedah atau strategi pemasaran online yang lainnya. Maka
jelaslah bahawa Interrated Digital Marketing ini merupakan salah satu strategi pemasaran
terbaik yang perlu diketengahkan terutamanya oleh para usahawan agar lebih bijak
mengendalikan bidang peniagaan ke peringkat atau suatu tahap yang lebih tinggi.

Sebagai kesimpulannya, maka jelaslah bahawa strategi pemasaran yang telah


dinyatakan diatas sememangnya dapat memberikan sedikit ilmu khususnya dalam bidang
perniagaan tentang cara yang seharusnya digunapakai untuk menarik lebih ramai pengikut
ataupun pembeli produk yang ingin dipasarkan. Namun, dalam pada itu, terdapat individu
yang telah ‘’menuba di air keruh’’ dengan mengaut keuntungan melalui penipuan di media
sosial sehingga menyebabkan para pengguna seakan hilang kepercayaan terhadap sesetengah
penjual produk di media sosial. Ibaratnya, ‘’Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’’.

18
Setelah jelas mengenai persoalan tentang strategi pemasaran, maka kini kita beralih
pula kepada ciri-ciri pemasaran online yang sangat berpengaruh di media sosial mutakhir ini.
Sememangnya, bidang perniagaan sangat mudah mengalami kesimbangannya yang tersendiri
dengan adanya jaringan media sosial atas dasar pengaruhnya yang sangat kuat. Hal ini
demikian kerana, hidup dalam era globalisasi ini memungkinkan setiap warga dalam seisi
rumah mempunyai telefon bimbit masing-masing dan hal ini bukanlah suatu perkara yang
mustahil. Lihat sahaja reality hari ini bilamana muncul generasi muda yang membesar seiring
dengan pendedahan teknologi gajet bijak memanipulasikan teknologi tersebut dengan
menjadikan media sosial sebagai tapak untuk menjana pendapatan yang lumayan.

 LAMAN WEB BRKUALITI

Berdasarkan kepada penelitian saya di media sosial yang melibatkan beberapa


aplikasi seperti Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, Website dan Blog saya mendapati
bahawa beberapa ciri- ciri pemasaran online yang perlu diambil kira sebagai satu komponen
utama untuk ‘’melariskan’’ jualan serta mendatangkan keuntungan berlipat ganda perlulah
bermula dengan kualiti Laman Web itu sendiri. Hal ini demikian kerana, dalam mendepani
kehidupan sebagai pengguna tegar aplikasi sosial, para usahawan seharusnya meneliti lawan
meb yang dimiliki bahkan menjadikannya seperti pangkalan rumah memandangkan ianya
ibarat lokasi puusat bagi semua usaha pemasaran digital.

Apa sahaja yang dilakukan oleh para usahawan ke dalam laman web tersebut akan
memberi makan kepadanya dan kerana itulah saya katakana bahawa penelitian terhadap
laman web ini akan memberikan gambaran penuh tentang bentuk perniagaan yang dijalankan.
Sebagai permulaan, reka bentuk web respinsif adalah suatu keharusan memandangkan kadar
peratusan pengguna yang menggunakan tablet atau peranti mudah alih untuk mengakses
internet lebih tinggi, maka para usahawan seharusnya lebih berani untuk membuat pelaburan
dengan meningkatkkan kualiti laman web bukan sahaja untuk laman web desktop semata.
Bahkan, ianya masuk akal jika seseorang usahawan itu membayar lebih untuk laman web
mudah alih yang kebiasaannya tidak selalu diterjemahkan dengan baik kepada saiz skrin
peranti yang berbeza-beza. Untuk menggunguli pasaran online di media sosial, para
usahawan seharusnya berani mengeluarkan dana tambahan dan pergi ke responsive kerana
milenia ini, laman web terbaik adalah laman web yang mudah dan diperkemas.

18
Mana-mana laman web perniagaan yang digunakan oleh para usahawan seharusnya
lebih cepat untuk diakses kerana umum mengetahui bahawa seiring dengan peredaran zaman
yang pantas bergerak, maka pengguna akan mudah terharu dengan laman web yang sangat
sibuk dan serta merta akan melantun kepada kadar yang lebih tinggi. Hal ini adalah relevan
kerana terdapat 47 peratus pengguna internet mengharapkan laman web dimuat dalam dua
saat atau kurang? Kira-kira 40 peratus pengguna akan meninggalkan tapak jika ianya
mengambil masa lebih daripada tiga saat untuk memuatkan. Dan untuk setiap kelewatan satu
saat dalam masa beban, anda akan melihat pengurangan tujuh peratus dalam penukaran.
Moral cerita? Kelajuan untuk laman web perniagaan seharusnya diberikan penekanan yang
sangat tinggi kerana puncak kejayaan bagi perniagaan online adalah terletak kepada kuasa
laman web yang dimiliki maka ianya seharusnya lebih berkualiti.

Gambar di atas menunjukkan pakej yang ditawarkan untuk menaiktaraf kelajuan website bagi
memudahkan lagi urusan perniagaan atas talian.

18
 VISUALISASI YANG MENARIK

Milenia ini, menarik pembeli untuk membeli sesuatu produk sememangnya sangat
mudah kerana pengguna biasanya mudah tertarik kepada visualisasi yang ditunjukkan oleh
para penjual produk berbanding apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling. Maka, tidak
hairanlah mengapa kebanyakan pengguna mudah tertipu kerana sememangnya gambar boleh
menipu. Maka, disinilah bermula peri pentingnya pihak penjual produk untuk menyediakan
visualisasi yang menarik, jujur serta memberikan gambaran yang meyakinkan tentang produk
tersebut. Umum mengetahui bahawa Internet bergerak dengan cepat dari kandungan basi dan
ke arah imej, maklumat grafik dan video visual yang menarik. Sudah jelas bahawa pengguna
internet mahukan lebih banyak gambaran yang jelas dan kurang teks. Walaupun ia
memerlukan pelaburan yang lebih berat di pihak individu, para usahawan pastinya tidak akan
kecewa jika mereka mengambil masa dan tenaga untuk membuat strategi kandungan visual
yang berat.

Gambar diatas menunjukkan cara salah seorang artis di Malaysia mempromosikan produknya sendiri.
Ini menunjukkan visualisasi sememangnya sangat penting untuk pasaran online

18
 KANDUNGAN YANG TEPAT DAN RELEVAN

Ciri seterusnya yang perlu adalah berkaitan dengan isi kandungan dan sejauhmana
ianya relevan untuk diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Hal ini
demikian kerana, kandungan yang tepat adalah merupakan permulaan baik ianya bersifat
visual ataupun kandungan teks itu sendiri. Kunci kepada kandungan menjadikannya tepat
pada masanya dan relevan. Pihak syarikat atau usahawan itu sendiri perlu mencari kandungan
yang bertepatan, sesuai digunakan bagi tujuan untuk memberikan penerangan lanjutan
kepada semua pengguna tentang produk pemasaran yang anda jalankan. Lihat sahaja
bagaimana para usahawan masa kini menjadikan kaedah ‘’Storytelling’’ melalui hasil
testimoni pengguna sebagai satu cara untuk menarik perhatian pengikut dan pengguna media
sosial ini. Kandungan yangtepat dan relevan itu seharusnya memberikan gambaran penuh
tentang produk yang dijual dan bukannya sekadar ‘’sembang kosong’’ dan ‘’taburan janji’’
semata.

Gambar diatas menunjukkan salah satu contoh kandungan yang tepat atau relevan
menggunakan kaedah storytelling.

18
RUJUKAN

Ali, M. H. (1992). Panduan pengurusan perniagaan. Maxten Management.


Covello, J. S. & Hazelgren, B. (2nd ed) (1995). Your first business plan. Sourcebook, Inc.
Hornady, J. A. (1982). Englewoode cliffs. Encyclopedia of Entrepreneurship. Prentice Hall.
Kirzner, I. M. (1979). Perception, opportunity and profit. University of Chicago Press.
Osteryoung, J. S. & Denslow, D. L. (2003). So you need to write a business plan. Thompson
South Western.Gabriela Grosseck. 2007. Using delicious in education.
Healey, Matthew. What is branding?. Rockport Publishers, 2008
McQuail, D. (2001) Mass Communication Theory. London: Sage.
Mustonen, P. (2009). Social Media: A New Way to Success? Turku: Turku School of
Economic. info.tse.fi/julkaisut/kr/Kre1_2009.pdf
Narula, U. (2006) Dynamics of Mass Communication: Theory and Practice. US: Atlantic
Publishers & Distributors.
Preece, J. (2000). Online communities: Designing usability, supporting sociability. New
York: John Wiley & Sons.
Soegoto, Eddy Soeryanto. Entrpreneurship: Menjadi Pebisnis Ulung . Elex Media
Komputindo, 2009.
Sukarto & Susanto, Hianoto. 2009. Sukses Berbisnis di Internet dalam 29 Hari: Panduan
Praktis. Jakarta: Elex Media Komputindo.
Zimmerer, Thomas W., Scarborough, Norman M., dan Wilson Doug. 2009. Kewirausahaan
dan Manajemen Usaha Kecil, edisi 5. Jakarta. Penerbit Salemba Embat.

https://azleen.com/2018/02/08/pemasaran-di-media-sosial-bagaimana-untuk-memilih-
rangkaian-yang-sesuai/
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00007404_79860.pdf
http://library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachments/odl-resources/
474772/9789833168170.pdf
http://www.scribd.com/doc/212002/Using-delicious-In-Education
http://en.wikipedia.org/wiki/Delicious_%28website%29
http://onlinesapiens.wordpress.com/2008/07/19/using-delicious-in-education/

18
http://registrar.utm.my/kualalumpur/files/2017/02/Kursus-Asas-Keusahawanan-UTMKL-22-
23022017.pdf

18

You might also like