You are on page 1of 3

Perniagaan Francais

Perniagaan  Francais

Perniagaan francais merupakan suatu pendekatan yang membuka jalan termudah bagi seseorang

individu atau syarikat untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Perniagaan francais meliputi semua

jenis perniagaan berangkaian yang memenuhi ciri asas 3S iaitu sistem (system), pengkhususan

(specialization) dan piawaian (standardization). Perniagaan francais, sebenarnya, telah lama wujud di

negara kita, Malaysia. Namun, amalan perniagaan Malaysia yang berasaskan konsep francais masih

tidak menggalakkan. Ini bermakna peluang untuk maju serta berkembang dalam bidang perniagaan

francais di Malaysia adalah cerah; banyak lagi yang boleh diterokai. Kerajaan Malaysia telah

memainkan peranan yang aktif serta memberi sokongan padu kepada pembangunan perniagaan ini.

(a)       Definisi Perniagaan Francais

Perniagaan francais boleh ditakrifkan sebagai suatu pendekatan perniagaan di mana syarikat induk

(francaisor) memberi lesen atau hak kepada individu atau syarikat lain (francaisi) untuk menjalankan

aktiviti perniagaan yang berlandaskan suatu kaedah tertentu, di lokasi atau kawasan yang ditetapkan

dan dalam jangka masa yang ditentukan.

Dengan perkataan lain, perniagaan francais merupakan suatu bentuk perniagaan yang berkontrak di

antara francaisor dan francaisi yang menggariskan tanggungjawab dan tugas kedua-dua pihak, yang

membenarkan fungsi-fungsi pemasaran produk dipiawai dan diselaraskan tanpa penduaan dan

peniruan (duplication).

(b)       Francaisor dan Francaisi, Hubungan Antara Kedua Pihak

Syarikat perniagaan / Pemilik francais yang memberi lessen / kebenaran dan hak kepada individu

atau syarikat lain untuk mengeluar dan menjual produknya, menggunakan jenama atau simbolnya,

mengamalkan kaedahnya dan lain-lain yang berkaitan dengan perniagaan dikenali sebagai

francaisor.

Francaisi pula merupakan syarikat atau individu yang mendapat lesen / kebenaran dan hak untuk

mengeluar dan menjual produk, menggunakan jenama atau simbol, mengamalkan kaedah dan lain-

lain yang berkaitan dengan perniagaan francaisor.


Pihak francaisor dan pihak francaisi diikat oleh kontrak / perjanjian francais yang telah dipersetujui

bersama. Dengan itu, francaisor mengizinkan francaisi menjalankan perniagaan yang serupa

dengannya dari semua aspek. Sebagai balasan, francaisi perlu membayar royalti setiap tahun kepada

francaisor.

(c )      Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Francais

Seperti bentuk-bentuk perniagaan yang telah dibincangkan terlebih dahulu, perniagaan francais tentu

sekali memberi kelebihan dan juga kelemahan kepada kedua-dua pihak yang terlibat iaitu francaisor

dan francaisi. Antaranya:

i.          Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisor

Perniagaan francaisor dapat berkembang serta bertumbuh dengan pesat kerana sistem pengurusan

dan modal perniagaan cawangan diurus di atas tanggungjawab francaisi. Ini secara tidak langsung

memudahkan pihak francaisor memperluaskan pasaran untuk produknya. Tambahan bayaran royalti

yang tetap, bayaran asas, caj perkhidmatan pengurusan dan sebagainya akan menambahkan

keuntungan perniagaan francaisor.

ii.         Kelebihan Perniagaan Francais Kepada Francaisi

Francaisi dapat memulakan perniagaan dengan risiko perniagaan yang rendah. Francaisi berpeluang

memperdagangkan produknya berdasarkan suatu sistem yang lengkap dan terbukti berdaya maju /

keberkesanannya. Contoh: Pihak francaisi akan menggunakan jenama produk, bahan mentah untuk

mengeluarkan produk serta prosedur pengurusan perniagaan sebagaimana yang telah ditetap dan

diamalkan oleh francaisor.

Selain itu, francaisi juga mendapat bantuan kewangan, khidmat sokongan dan latihan daripada

francaisor untuk tujuan membangunkan struktur pengurusan dan premis perniagaan francaisi.

Disebalik kebaikan tentunya juga kedapatan kelemahan perniagaan francais yang terpaksa dihadapi

oleh pihak francaisor dan francaisi. Antaranya:

i.          Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisor


Francaisor adalah bertanggungjawab ke atas kewujudan, perkembangan dan daya saing perniagaan

francaisi. Francaisor perlu memberikan bantuan kewangan dan khidmat sokongan kepada pihak

francaisi bukan sekadar di peringkat awal tempoh francaisi memulakan perniagaan, bahkan untuk

seumur hidup perniagaan francais itu dikendalikan oleh francaisi.

Apabila francaisi gagal untuk mematuhi segala prosedur perniagaan sebagaimana yang telah

ditetapkan oleh francaisor seperti garis panduan mengenai mutu produk, tentu sekali nilai nama atau

reputasi francaisor akan terjejas.

Pihak francaisor pula mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menangani masalah penipuan

seperti bayaran royalti, bayaran caj perkhidmatan, peniruan dan kebocoran formula produk dan

sebagainya apabila cawangan francais pihak francaisor bertambah dan berkembang pesat.

Kegagalan francaisor menangani masalah sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan ikatan

pemfrancaisan.

ii.         Kelemahan Perniagaan Francais Kepada Francaisi

Penglibatan serta penerusan pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada

peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini

secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan innovasi francaisi terutamanya dalam

aspek pengendalian perniagaannya.

Tambahan, pelaburan modal permulaan perniagaan francais yang besar menjadikan bentuk

perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi dan memasuki pasaran

seperti ini.

Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada

peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan

francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang

kurang membangun. Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan

terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri. Tindakan pihak

francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk

membangunkan perniagaannya

You might also like