You are on page 1of 2

Bahagian B

Soalan kajian kes

Baca kes di bawah dan jawab soalan semua soalan.

2 (a) Puan Airin merupakan pemilik kepada perusahaan membuat sos cili kisar. Aktiviti utama
perusahaan ini ialah menghasilkan soso cili dalam botol dan cili kisar dalam paket plastic dan
botol plastic. Puan Airin telah membuat perjanjian untuk membekalkan sos cili kepada rangkaian
restoran makanan segera di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.selain itu, beliau juga
telah mendapat kontrak untuk membekalkan cili kisar kesepuluh buah hotel di sekitar
Semenanjung Malaysia.

Bagi menghasilkan sos cili, Puan Airin memerlukan bahan mentah iaitu cili segar,
bawang putih, gula, cuka, garam, pes tomato dan rempah. Untuk memastikan hasil sos cili yang
baik dan bermutu, beliau telah memeriksa setiap bahan mentah yang akan digunakan untuk
proses pengeluarannya. Semua cili hendaklah segar dan mengikut berat yang telah ditetapkan,
bawang putih yang digunakan hendaklah mengikut gred dan kuantiti yang ditetapkan dan semua
bahan campuran mengikut sukatan yang betul dalam menghasilkan sati lot keluaran. Sebelum
aktiviti pengeluaran dijalankan, semua mesin telah diperiksa untuk memastikan proses
pengeluaran tidak tergendala. Semasa proses pengeluaran dijalankan , Puan Airin akan
memastikan semua input melalui proses transformasi mengikut system piawaian yang telah
ditetapkan. Hasil keluaran yang diperoleh akan dikawal daripada aspek mutu, pelabelan,
kandungan berat dan sebagainya untuk memastikan standard piawaian dipatuhi dan mengikut
kehendak pelanggan.

Untuk memastikan kuantiti pesanan dapat dihasilkan mengikut jangka masa yang
ditetapkan, terdapat beberapa buah mesin dalam perusahaan Puan Airin digunakan untuk
memudahkan kerja-kerja tersebut. Mesin yang terdapat dalam perusahaan ini iaitu mesin
memotong lada, mesin mengisar lada, mesin pengadun, mesin membotolkan dan mesin
membungkus. Semua mesin ini perlu diatur dengam sistematik supaya proses pengeluaran dapat
berjalan dengan lancar dan ruang kilang dapat digunakan secara optimum.

Puan Airin sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahan mentah yang
diperlukan mencukupi. Beliauan juga sentiasa memastikan kos penyimpanan dan kos pemesanan
bahan mentah pada tahap yang minimum supaya dapat mengelakkan pembaziran dan
kebanrangkalian kerosakan baham mentah. Bagi tujuan tersebut, Puan Airin telah membuat
perkiraan tahap optimum bagi bahan mentah yang diperlukan setiap minggu. Bilangan hari
bekerja bagi perusahaan ini adalah lima hari dalam seminggu dan 52 minggu dalam setahun.
Jumlah cili segar yang diperlukan dalam seminggu adalah sebanyak 1250 kilogram. Semua cili
dibekalkan oleh Ladang Nazreen yang beroperasi di Tanah Tinggi Cameron. Harga bagi setiap
kilogram cili ialah RM5. Berdasarkan pengiraan yang dilakukan oleh Puan Airin, kos bagi setiap
pesanan ialah RM50. Manakala, kos pemegangan yang perlu ditanggung adalah 45% bagi setiap
kilogram cili.

(i) Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan proses pengeluaran dan kawalan yang
dilakukan oleh perusahaan Puan Airin. (15m)
(ii) Berserta gambar rajah sesuai, terangkan susun atur kilang yang digunakan oleh
perusahaan Puan Airin. (10m)
(iii) Kirakan kuantiti pesanan ekonomi (EOQ) yang dilakukan ole Puan Airin. (5m)

(b) (i) Huraikan lima objektif TQM dilaksanakan. (10m)

(ii) Terangkan lima prinsip yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan TQM. (10m)

You might also like