You are on page 1of 7

1.

0 Pendahuluan

Artikel-artikel yang saya pilih adalah mengenai kejayaan seorang usahawan yang
bernama Khairul Amin Kamarulzaman, lebih dikenali sebagai Khairulaming atau Aming.
Beliau berumur 30 tahun dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau bergiat sebagai
selebriti masakan media sosial yang mula menghasilkan video resipi sejak tahun 2016.
Beliau
memulakan perniagaan menjual sambal berjenama milik diri iaitu “ Sambal Nyet ” secara
atas talian melalui platform Shopee pada Januari tahun 2021. Berdasarkan artikel, Khairul
Aming mendedahkan jumlah jualan Sambal Nyet mencecah 540,000 botol yang bersamaan
dengan jualan RM7.5 juta dari 6 Januari 2021 ke 6 Januari 2022. Bukan itu sahaja, jumlah
jualan telah naik kepada RM14 juta sehingga 2 Ogos 2022.

Beliau mencerita bahawa sebelum ini pasukan pekerja masak dan jual lebih kurang 200
botol sehari, maka sekarang naik ke 5000 botol sambal sehari. Lantaran itu, berlakunya
perkembangan jumlah pekerja iaitu dari hanya lapan orang, kini beliau mampu menggaji
lima puluh orang pekerja. Di samping itu, Khairulaming juga mengumumkan bahawa kilang
baharu berkeluasan 22,000 kaki persegi yang terletak di tempat lahirnya iaitu Kota Bharu,
Kelantan akan memulakan operasinya tidak lama lagi. Beliau turut memberi bayangan
bahawa kilang itu akan menampung pengeluaran tambahan untuk Sambal Nyet dan juga
menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk keduanya kelak. Kilang pertama yang
berkeluasan 14,000 kaki persegi pula dioperasikan secara penuh selepas jualan mencapai
RM1 juta yang pertama tiga bulan kemudian beliau memulakan perniagaannya. Untuk
menyesuaikan diri dalam zaman yang berteknologi canggih dalam bidang perindustrian ini,
kilang Khairulaming melaksanakan proses pengubahsuaian dengan bawa masuk mesin untuk
memudahkan lagi proses penghasilan sambal. Pada awal tahun 2022, kilang pertama telah
siap 90 peratus pengubahsuaian dan boleh beroperasi dengan normal.

2.0 Ulasan Artikel

2.1 Faktor Pengeluaran – Usahawan


Faktor pengeluaran merupakan sumber ekonomi alam semula jadi atau ciptaan manusia yang
digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Antara
faktor pengeluaran yang dapat diulas adalah, faktor pengeluaran usahawan. Usahawan
merupakan seorang pengurus yang mengabungkan dan menyelaraskan faktor-faktor
pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Pengusaha akan membuat
keputusan tentang apa, berapa dan bagaimana dan untuk siapa barangan dihasilkan.

Usahawan melakukan inovasi dan pembaharuan serta sanggup menaanggung risiko untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan. Ganjaran yang bakal diperolehi oleh pengusaha
ialah untung. Usahawan bertujuan mencapai pengeluaran output yang maksimum atau
meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang maksimum. Usahawan
mempunyai ciri-ciri kreatif, inovatif, berani menghadapi risiko, rajin, gigih dan tidak mudah
putus asa.

2.1.1 Perkaitan Fakta Dengan Ulasan Artikel

Merujuk kepada artikel ( MOHD IZZAT MOHD KHALIZAN, 02 OGOS 2022 ), “ Menurut
pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu, perniagaan sambal yang
diusahakannya sejak awal tahun 2021 mencapai jualan mencecah RM14 juta. “Sebelum ini
kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal
sehari. Team kita dah berkembang dari lapan orang naik ke 50 orang.”, kata Khairulaming ”

Pada mulanya beliau berat hati untuk membina kilang sendiri kerana ramai mencadangkan
untuk mengupah pengeluar produk tanpa jenama (Original Equipment Manufacturer-OEM)
untuk buat produk. Tapi sebab beliau nak belajar A hingga Z, inilah risiko yang perlu
diambil. Beliau tersilap beli mesin material, reka cetak dan sebagainya. “Tetapi dari situlah
kita belajar. Selepas menelan belanja lebih RM1 juta ini kilang pertama yang beroperasi pada
hari ini,” katanya.

Rumusan: Petikan daripada artikel ini menunjukkan bahawa Khairulaming menggabungkan


dan menyelaraskan mesin, kewangan, kilang dan buruh untuk menjayakan proses
pengeluaran Sambal Nyet. Selain itu, beliau sanggup menanggung risiko ketidakpastian
dalam usaha mencari alternatif baru untuk meningkatkan pengeluaran sambal iaitu membina
kilang sendiri dan membawa masuk mesin canggih. . Dengan sikap sanggup menangung
risiko ini, Khairulaming telah
menunjukkan bahawa dirinya memenuhi ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Selain itu,
beliau mengupah banyak buruh untuk mencapai pengeluaran output yang maksimum.
Kesannya, beliau memperoleh keuntungan sebanyak RM14 juta.

2.2 Faktor Pengeluran – Modal


Modal merupakan faktor pengeluaran yang diwujudkan oleh manusia sendiri untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Modal merupakan alat dan mesin yang dihasilkan
untuk membantu firma dalam proses pengeluran. Modal meliputi peralatan, mesin, jentera,
bahan mentah, kilang dan sebagainya. Modal juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu modal tetap
dan modal kerja. Modal tetap merupakan kelengkapan kilang yang tidak berubah bentuk
selepas digunakan dalam proses pengeluaran, manakala modal kerja pula merupakan bahan
mentah dan barang separa siap yang digunakan di dalam sesuatu pengeluaran.

Proses pengeluaran dan penambahan stok barang modal dikenali sebagai pelaburan.
Pulangan atau ganjaran bagi modal ialah bunga faedah, atau dividen dalam ekonomi Islam.

2.2.1 Perkaitan Fakta Dengan Ulasan Artikel

Merujuk kepada artikel ( MOHD IZZAT MOHD KHALIZAN, 02 OGOS 2022 ), “


Menurut Khairulaming, kilang baharu berkeluasan 22,000 kaki persegi yang terletak di
Kota Bharu, Kelantan itu akan memulakan operasinya tidak lama lagi. “Tiga bulan
kemudian kita capai jualan RM1 juta yang pertama, hasil jualan digunakan untuk buka
kilang pertama seluas 14,000 kaki persegi. Saya gembira nak umumkan yang kita akan
tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Kita
teruskan proses renovation kilang dan bawa masuk mesin untuk memudahkan lagi proses
penghasilan
sambal.”, ujarnya”
Rumusan: Petikan daripada artikel ini menunjukkan bahawa Khairulaming telah
menggunakan faktor pengeluaran bentuk modal dalam proses pengeluaran Sambal Nyet.
Modal yang pertama ialah kilang. Beliau membuka kilang pertama yang berkeluasan
14,000 kaki persegi dan kilang kedua yang berkeluasan 22,000 kaki persegi untuk
menampung pengeluaran Sambal Nyet, dan juga menjadi tempat persediaan untuk
pengeluaran produk kedua nanti. Tambahan pula, beliau membawa masuk modal berbentuk
mesin untuk memudahkan lagi proses penghasilan sambal. Buktinya, dulu dapat
menghasilkan 200 botol sambal sehari, maka kini dapat masak sehingga 5000 botol sambal
sehari dengan bantuan mesin terkini. Secara tidak langsung, modal meningkatkan
keuntungan, menjimatkan masa serta meningkatkan daya saing perniagaan Khairulaming.

2.3 Jenis Barang – Barang Pengguna


Jenis barang yang terdapat di dalam artikel ini ialah jenis barang pengguna. Barang pengguna
juga dikenali sebagai barang siap atau barang akhir. Barang pengguna ialah barang yang
dihasilkan oleh sebuah firma untuk kegunaan pengguna-pengguna dan tidak digunakan untuk
mengeluarkan barang lain. Penawaran barang pengguna adalah terhad. Tujuan firma
mengeluarkan barang pengguna adalah untuk mendatangkan keuntungan. Terdapat dua jenis
barang pengguna. Pertama, barang pengguna tahan lama. Contohnya, kereta dan peti sejuk.
Kedua, barang tidak tahan lama. Contohnya, biskut, sayur dan daging.

2.3.1 Perkaitan Fakta Dengan Ulasan Artikel

Merujuk kepada artikel ( Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas
Rahsia Kejayaan Personal Branding Khairul Aming ), “Beberapa hari yang lalu, seorang
instafamous masakan iaitu Khairul Aming telah mencipta fenomena apabila beliau berjaya
menjual produk terbaharunya dalam masa 54 minit sahaja. Produk terbaharunya iaitu
Sambal Nyet Berapi merupakan sambal yang telah siap dimasak dan sedia untuk dimakan
dengan apa-apa hidangan. Bahkan, sambal ini juga boleh menjadi pembangkit selera makan
anda.”

Rumusan: Petikan daripada artikel ini menunjukkan bahawa barang yang dikeluarkan oleh
Khairulaming, Sambal Nyet merupakan barang pengguna. Sambal Nyet siap sedia untuk
digunakan terus oleh pembeli untuk mencapai kepuasan. Strategi Khairulaming untuk
menjual produknya di platform Shopee adalah sebuah tindakan yang bijak. Buktinya, jumlah
jualan telah naik kepada sebanyak RM14 juta sehingga 2 Ogos 2022. Sambal Nyet ialah
produk yang telah siap dimasak dan sedia untuk dimakan oleh pengguna serta menjadi
pembangkit selera makan pengguna.

3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Khairul Amin Kamarulzaman merupakan salah satu usahawan yang
berjaya dalam Malaysia. Beliau bijak memanfaatkan saringan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dengan meluaskan pasaran Sambal Nyet. Buktinya, beliau menjual Sambal Nyet
melalui platform Shopee dan mencapai jumlah jualan RM1 juta tiga bulan kemudian
permulaan perniagaan. Bukan itu sahaja, Khairulaming merupakan seorang usahawan yang
berani ambil risiko. Membina kilang sendiri daripada kosong bukanlah satu kerja yang
mudah. Walaupun ramai orang mencadangkannya untuk mengupah Original Equipment
Manufacturer (OEM) untuk menghasilkan sambal, namun beliau membuat keputusan
membuka kilang sendiri kerana dia ingin belajar. Beliau juga melaksanakan pengubahsuaian
terhadap kilangnya dengan membawa masuk mesin-mesin canggih dan berlakunya
peningkatan pengeluaran produknya. Barang pengguna yang dikeluarkan oleh Khairulaming
memenuhi cita rasa dan kepuasan pengguna. Daripada perniagaan sewa lot kedai sebelah
kedai runcit hingga memiliki dua buah kilang besar, kisah kejayaan Khairulaming menjadi
inspirasi generasi muda.

Oleh itu, melalui artikel-artikel yang diperolehi, saya dapat belajar bahawa kejayaan tidak
datang bergolek,ia perlu usaha dan kegigihan di samping bijaksana menyelaraskan faktor
pengeluaran yang dimiliki.
Rumusan: Petikan daripada artikel ini menunjukkan bahawa Khairulaming telah menggunakan
faktor pengeluaran bentuk modal dalam proses pengeluaran Sambal Nyet. Modal yang pertama
ialah kilang. Beliau membuka kilang pertama yang berkeluasan 14,000 kaki persegi dan kilang
kedua yang berkeluasan 22,000 kaki persegi untuk menampung pengeluaran Sambal Nyet, dan
juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti. Tambahan pula, beliau
membawa masuk modal berbentuk mesin untuk memudahkan lagi proses penghasilan sambal.
Buktinya, dulu dapat menghasilkan 200 botol sambal sehari, maka kini dapat masak sehingga 5000
botol sambal sehari dengan bantuan mesin terkini. Secara tidak langsung, modal meningkatkan
keuntungan, menjimatkan masa serta meningkatkan daya saing perniagaan Khairulaming.

2.3 Jenis Barang – Barang Pengguna

Jenis barang yang terdapat di dalam artikel ini ialah jenis barang pengguna. Barang pengguna juga
dikenali sebagai barang siap atau barang akhir. Barang pengguna ialah barang yang dihasilkan oleh
sebuah firma untuk kegunaan pengguna-pengguna dan tidak digunakan untuk mengeluarkan
barang lain. Penawaran barang pengguna adalah terhad. Tujuan firma mengeluarkan barang
pengguna adalah untuk mendatangkan keuntungan. Terdapat dua jenis barang pengguna. Pertama,
barang pengguna tahan lama. Contohnya, kereta dan peti sejuk.

Kedua, barang tidak tahan lama. Contohnya, biskut, sayur dan daging.

2.3.1 Perkaitan Fakta Dengan Ulasan Artikel

Merujuk kepada artikel ( Sambal Nyet Berapi Laris Tak Sampai Sejam, Wanita Ini Kupas Rahsia
Kejayaan Personal Branding Khairul Aming ), “Beberapa hari yang lalu, seorang instafamous
masakan iaitu Khairul Aming telah mencipta fenomena apabila beliau berjaya menjual produk
terbaharunya dalam masa 54 minit sahaja. Produk terbaharunya iaitu Sambal Nyet Berapi
merupakan sambal yang telah siap dimasak dan sedia untuk dimakan dengan apa-apa hidangan.
Bahkan, sambal ini juga boleh menjadi pembangkit selera makan anda.”

Rumusan: Petikan daripada artikel ini menunjukkan bahawa barang yang dikeluarkan oleh
Khairulaming, Sambal Nyet merupakan barang pengguna. Sambal Nyet siap sedia untuk

You might also like