You are on page 1of 5

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

SESI 2021/2022

SEMESTER 1

EKONOMI

AE015

TUGASAN INDIVIDU

‘ULASAN ARTIKEL’

NAMA : NUR AINA NASUHA BT ABD MAT YAHYA

NO. MATRIK : MA2114111742

TUTORAN : A1T2

NAMA PENSYARAH : CHE EMBI BIN SULAIMAN


1.0 PENDAHULUAN
Artikel pertama yang dipilih bertajuk “Industri Kelapa Sawit Untung Besar, Harga Minyak
Sawit Mentah Melonjak Tinggi”, yang diperoleh daripada sumber @ekonomirakyat dan
diterbitkan pada 25 Ogos 2021 oleh ekonomi rakyat. Artikel ini menerangkan keadaan
Industri kelapa sawit di Malaysia meraih keuntungan lumayan susulan harga minyak sawit
mentah ( CPO ) yang melonjak tinggi pada tahun ini. Seterusnya, artikel kedua yang dipilih
bertajuk “Petronas Chemicals catat untung RM3.3 bilion” yang diperoleh daripada sumber
MyMetro yang diterbitkan pada 25 Ogos 2021. Artikel ini Akhir sekali, artikel ketiga yang
dipilih bertajuk “Artikel pertama yang dipilih bertajuk “ Zamriburger kini miliki 70
rangakaian hotel”, ditulis oleh Bernama yang diterbitkan pada 20 Ogos 2021 oleh Berita
Harian. Artikel ini menerangkan tentang pengasas Hotel Zamburger, Norizam Tukiman,
40, apabila tempoh pandemik ini membuka ruang kepadanya untuk mengembangkan
rangkaian hotel.

2.0 Ulasan Artikel

2.1.0 Firma
Firma ialah unit ekonomi atau organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran
untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.

Matlamat utama firma ialah memaksimumkan keuntungan. Untuk


memaksimumkan keuntungan firma harus memilih gabungan input yang optimum
dan mengeluarkan barangan dengan cekap.

2.1.1 Perkaitan fakta dengan ulasan artikel

Merujuk daripada petikan ulasan artikel “Industri Kelapa Sawit Untung Besar,
Harga Minyak Sawit Mentah Melonjak Tinggi” ini industri kelapa sawit di
Malaysia meraih keuntungan lumayan susulan harga minyak sawit mentah ( CPO )
yang melonjak tinggi pada tahun ini. Pada tahun lalu, purata harga CPO hanyalah
sekitar RM2,800 setan, namun pada Julai lalu, harga CPO telah naik sehingga
RM4,129 setan.

Malaysia yang merupakan pengeluar kedua terbesar produk kelapa sawit selepas
Indonesia mendapat manfaat besar disebabkan harga CPO yang tinggi. Sime Darby
Plantation yang merupakan syarikat peladangan terbesar di dunia telah merekodkan
keuntungan sebanyak RM1.3 bilion pada separuh pertama tahun ini, meningkat
berbanding RM840 pada tempoh yang sama tahun lalu.
Rumusan : Berdasarkan artikel, industri kelapa sawit di Malaysia merupakan sebuah
firma kerana merupakan pengeluar minyak sawit mentah kedua terbesar. Selain itu,
rekod keuntungan yang dicatat menunjukkan sebuah firma yang bermatlamat
memaksimumkan keuntungan.

2.2.0 Tingkat harga


Harga memainkan peranan yang penting. Harga ditetapkan oleh permintaan dan
penawaran. Penentuan harga ini dinamakan makenisme harga. Makenisme
harga dapat menentukan harga dan kuantiti sesuatu barangan.
2.2.1 Perkaitan fakta dengan ulasan artikel
Berdasarkan artikel, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
Chemicals Group Berhad (PCG) ,Datuk Sazali Hamzah berkata kenaikan harga
minyak mentah pada 2Q 2021, digabungkan dengan kenaikan permintaan
petrokimia, telah mengukuhkan harga produk dan meningkatkan margin
keuntungan.

"Berbanding tahun sebelumnya, harga polimer dan urea masing-masing


meningkat sekitar 70 peratus dan 60 peratus, manakala harga ammonia dan
metanol meningkat dua kali ganda," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Model perniagaan PCG yang menumpukan kepada kecemerlangan operasi dan


komersial memastikan kami memperolehi peluang pasaran sambil mengharungi
gangguan rantaian bekalan global.

"Sebagai contoh, kami dapat mengoptimumkan pengeluaran bagi memenuhi


keperluan pelanggan walaupun sewaktu PCG sedang menjalankan aktiviti
penyelenggaraan dan pemulihan statutori," katanya.

Katanya, bagi prospek untuk bulan-bulan seterusnya tahun ini, 2021, Sazali
berkata, pihaknya menjangkakan kenaikan harga yang sederhana bagi 2H 2021.

"Memandangkan pencapaian yang memberangsangkan bagi 1H 2021,


peningkatan keseluruhan prestasi kami tahun ini nampak menggalakkan.

Rumusan : Hal ini dapat dijelaskan bahawa peningkatan harga sesuatu barangan
mampu memberikan kesan yang mendalam kepada sesuatu keuntungan dalam
perniagaan. Selain itu, peningkatan sesuatu harga barangan perlulah diletakkan
dengan teliti agar tidak memberi kesan yang boleh mendatangkan kerugian
kepada sesuatu perniagaan. Akhir sekali, jika dengan cara peningkatan harga
barangan ini berjaya dengan jayanya ,maka akan mudahlah sesuatu perniagaan
itu untuk maju kehadapan tanpa sebarang masalah kewangan yang dihadapi.
2.3.0 Usahawan
Usahawan ialah seorang pengurus yang mengabungkan faktor-faktor
pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Pengusaha akan
membuat keputusan tentang apa, berapa dan bagaimana dan untuk siapa barang
untuk dihasilkan. Pengusaha akan menanggung risiko tentang ketidakpastian
pada masa depan. Ganjaran yang bakal diperolehi oleh pengusaha ialah untung.
2.3.1 Perkaitan fakta dengan ulasan artikel
Merujuk kepada artikel “Zamburger kini miliki 70 rangkaian hotel” ini pengasas
Hotel Zamburger, Norizam Tukiman, 40, apabila tempoh pandemik ini
membuka ruang kepadanya untuk mengembangkan rangkaian hotel itu dengan
berjaya mengambil alih 67 hotel butik termasuk tiga hotel di Indonesia dalam
masa 15 bulan.

"Jadi bagi menyelamatkan industri perhotelan dan mengelakkan lebih ramai


kehilangan pekerjaan, saya ambil alih hotel bajet dan butik dalam kategori tiga
bintang ke bawah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau boleh mengambil alih hotel dengan jumlah yang banyak dalam waktu
singkat dengan menggunakan tiga strategi perniagaan iaitu membeli hotel,
membeli 'perniagaan' hotel itu dengan bangunan hotel itu masih pemilik asal
dan ketiga ialah melalui pajakan.

"Contohnya, untuk mengubah suai sebuah hotel 30 bilik kos purata RM3 juta
dan jumlah itu agak mahal, jadi apa saya boleh buat untuk sebuah hotel sedia
ada saya pajak dengan pemilik asal dalam anggaran RM15,000 hingga
RM20,000 sebulan untuk 15 hingga 20 tahun berbanding saya keluar duit RM3
juta untuk satu hotel.

Rumusan : Hal ini demikian dapat memberi peluang kepada pengusaha untuk
mengembangkan perniagaan dalam talian secara kreatif dan inovatif serta
berani mengambil risiko tentang ketidakpastian pada masa depan. Selain itu ,
hal ini juga dapat memberikan peluang kepada pengusaha untuk menjana
pendapatan bulanan dalam tempoh pandemik ini.

3.0 Kesimpulan
4.0 Senarai rujukan

1. Ekonomi rakyat 25 Ogos 2021. Industri Kelapa Sawit Untung Besar, Harga Minyak
Sawit Mentah Melonjak Tinggi. Bahan diakses pada 27 Ogos 2021 daripada
https://ekonomirakyat.com.my/industri-kelapa-sawit-untung-besar-harga-minyak-
sawit-mentah-melonjak-tinggi/
2. MyMetro 25 Ogos 2021. Petronas Chemicals catat untung RM3.3 bilion. Bahan diakses
pada 27 Ogos 2021 daripada
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/08/747041/petronas-chemicals-catat-
untung-rm33-bilion
3. Bernama 20 Ogos 2021. Zamburger kini miliki 70 rangkaian hotel. Berita harian.
Bahan diakses pada 27 Ogos 2021 daripada
https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2021/08/853722/zamburger-kini-
miliki-70-rangkaian-hotel
4. Kole Matrikulasi Perlis. Mikroekonomi edisi 2021/2022.

You might also like