You are on page 1of 18

Soalan 1

Bagaimana isu MSPO dan juga harga komoditi di pasaran boleh memberi
impak kritikal kepada ekonomi para petani sawit dan seterusnya ekonomi
Malaysia.
Industri Minyak Sawit di Malaysia telah banyak mencapai kemajuan dalam
pelbagai aspek, namun begitu ia masih lagi memerlukan standard
piawaian yang betul supaya diiktiraf oleh pembeli antaranbangsa untuk
minyak

sawit

di

Malaysia.

Oleh

sebab

itu,

Malaysia

akan

memperkenalakan Minyak Sawit Lestari (MSPO) untuk peladang-peladang


sawit di Malaysia. Penerimaan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO)
merupakan standard baru yang telah ditetapkan oleh Malaysia untuk
menepati ciri-ciri yang dikendaki oleh pasaran antarabangsa. Standard
baru yang ditetapkan ini merupakan cabaran yang perlu digalas oleh
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam melaksanakan
piawaian tersebut kerana kesukaran untuk menepati standard-standard
yang telah ditetapkan dalam mendapatkan sijil MSPO.
MSPO merupakan standard pensijilan nasional yang mengambil kira
undang-undang dan peraturan negara berbanding dengan standard sedia
ada

yang

telah

dilaksanakan

iaitu

Minyak

Sawit

Lestari

(RSPO).

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bakal melaksanakan


sistem piawaian Kelestarian Minyak Sawit Malaysia (MSPO) sebagai
piawaian sawit nasional mulai tahun 2014 dan akan dilaksanakan mulai 1
Januari

2015.

MSPO

ini

bakal

dilaksanakan

dengan

tujuan

untuk

menggariskan prinsip dan kriteria bagi pensijilan minyak sawit dari sudut
kemampatan. Pensijilan MSPO ini juga bertujuan untuk memastikan
industri sawit di Malaysia akan menghasilakan produk secara mampan
serta peluang pasaran yang lebih luas di peringkat antarabangsa
termasuklah

pasaran

di

serata

Eropah.

Keadaan

ini

juga

akan

meningkatkan ekonomi negara melalui permintaan yang tinggi terhadap


minyak kelapa sawit Malaysia.

MSPO

yang

bakal

dilaksanakan

pada

tahun

hadapan

mempunyai

beberapa objektif yang menbantu peladang dan pekebun kecil kerana


standard yang dikeluarkan adalah bersesuaian dengan pelbagai kategori
industri sawit Malaysia samada industri kecil, besar atau sederhana.
Selain itu juga, MSPO akan mematuhi undang-undang Malaysia dan
perjanjian antarabangsa yang disahkan serta memastikan bahawa semua
premis kelapa sawit di Malaysia adalah disahkan mampan. Objektif MSPO
juga

adalah

bedasarkan

kepada

keseimbangan

tiga

tunggak

kemampanan.
Menurut akhbar Bernama, Datuk Seri Douglas Unggah Embas berkata,
Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di Malaysia
dan

pengeluaran

minyak

sawit

ini

perlu

mempunyai

standardnya

tersendiri kerana piawaian yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu RSPO
sukar dipatuhi oleh peladang-peladang kerana ia menelan kos yang agak
tinggi dan tidak banyak premium yang diberikan di bawah RSPO. MSPO
merupakan pensijilan yang dikeluarkan untuk membezakan minyak sawit
keluaran Malaysia dengan minyak sawit hasil keluaran negara lain.
Dengan adanyan pensijilan MSPO, is merupakan salah satu langkah yang
membawa kepada transformasi sektor komoditi kelapa sawit untuk lebih
berdaya saing dan kompetitif dalam mengharungi cabaran di peringkat
serantau serta global.
Selain itu menurut Berita Harian juga, Datuk Seri Douglas Unggah Embas
berkata Malaysia tidak seharusnya menumpukan semata-mata kepada
ketetapan serta keputusan yang ditetapkan oleh sektor swasta iaitu RSPO
untuk kelestarian minyak sawit kerana sebagaimana yang kita ketahui
RSPO tidak dapat dipatuhi oleh semua petani atau peladang kerana syarat
yang ditatapkan serta RSPO tidak selalunya memihak atau menjaga
kepentingan industri sawit di Malaysia. Sebagai contoh semenjak RSPO
dilaksanakan pada tahun 2007, hanya 918,000 hektar sahaja kelapa sawit
di Malaysia memenuhi standard RSPO kerana kebanyakkan ladang kelapa
sawit masih tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk
pensijilan RSPO. Keadaan ini membuktikan bahawa RSPO merupakan
2

standard yang sukar dipatuhi oleh peladang-peladang kelapa sawit di


Malaysia bagi melestarikan pengeluaran minyak sawit di peringkat
antarabangsa.
Oleh itu, MSPO diperkenalkan untuk memastikan pengeluaran minyak
sawit negara akan lebih kukuh serta berkualiti tinggi supaya dapat
meningkatkan

daya

saingnya

di

pasaran

antarabangsa.

Walaubagaimanapun, MSPO juga boleh menyebabkan tekanan kepada


petani dan peladang kelapa sawit untuk meningkatkan kadar toleransi
produksi mereka kerana penglibatan sumber yang diperlukan dan
seterusnya memberi impak kepada ekonomi para petani dan ekonomi
Malaysia. Salah satu impak kepada ekonomi para petani adalah kos untuk
mendapatkan pensijilan MSPO bagi melestarikan pengeluaran minyak
sawit yang dijalankan oleh peladang dan pekebun kecil. Ini kerana,
peladang dsan pekebun kecil tidak mempunyai pendapatan yang tinggi
disebabkan oleh harga komoditi kelapa sawit yang mengalami penurunan
harga yang teruk. Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk
mendapatkan

pensijilan

MSPO

kerana

penglibatan

sumber

yang

memerlukan kos untuk melestarikan minyak sawit.


Namun begitu, pensijilan MSPO tidak akan membebankan peladang dan
pekebun kecil kerana kerajaan melalui MPOB akan memberikan bantuan
yang sewajarnya kepada mereka untuk mendapatkan pensijilan MSPO
dalam melestarikan pengeluaran minyak sawit di Malaysia. Pekebun kecil
dan peladang tidak perlu bimbang atau risau tentang kos untuk
mendapatkan pensijilan MSPO kerana menurut Datuk Seri Douglas
Unggah Embas kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perdagangan
dan Komoditi akan menyediakan dana sebanyak RM 50 juta bagi
membantu dan membiayai pekebun kecil sawit bagi mendapatkan
pensijilan Kelestarian Minyak Sawit Malaysia (MSPO). Keadaan ini dapat
meringankan beban
MSPO juga memberikan impak besar kepada ekonomi negara kerana ia
boleh meningkatkan hasil jualan kelapa sawit ke pasaran yang lebih luas
3

seterusnya meningkatkan permintaan terhadap minyak kelapa sawit di


pasaran antarabangsa. Menurut Berita Harian 9 November 2013, negara
telah mencapai sumber pendapatan sebanyak RM55.4 billion melalui
eksport komoditi kelapa sawit dan sektor ini akan terus menjadi antara
sektor utama yang menyumbang kepada pendapatan negara walaupun
dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Selain itu juga,
menurut Datuk Seri Douglas Unggah Embas ekonomi dan pasaran kelapa
sawit di pasaran dapat ditingkatkan melalui gabungan dan kerjasama
antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Beliau juga percaya
bahawa penggabungan dan kerjasama ini akan membantu kedua-dua
negara dalam memperolehi kepentingan untuk memperkukuhkan ekonomi
sektor komoditi kelapa sawit di pasaran antarabangsa. Pensijilan MSPO
juga merupakan penentu ekonomi negara melalui amalan pertanian yang
baik dan mesra alam tanpa mencemarkan alam sekitar terutama ketika
menjalankan aktivitoi pembersihan ladang untuk penanaman semula
pokok sawit bagi memenuhi standard pensijilan MSPO.
Berdasarkan Berita Harian 7 September 2013, Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi telah memohon kepada pihak kerajaan supaya
melaksanakan program penanaman semula kelapa sawit dan tanaman
baru bagi pekebun kecil dan peladang sebagai salah satu standard yang
diperlukan bagi mendapatkan pensijilan MSPO. Namun begitu, program
penanman semula kelapa sawit akan memberikan beberapa impak
kepada para petani kecil dan juga peladang kerana ia memerlukan kos
dan hasil yang akan diperolehi agak lama sekiranya penanaman semula
dijalankan. Mereka juga akan kehilangan sumber pendapatan buat
sementara waktu

sehingga kelapa sawit baru membuah hasil kerana

mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil pendapatan menjual kelapa


sawit tersebut. Menurut Tan Sri Bernard, beliau telah mewujudkan
bantuan kewangan melalui penggalakan integrasi ternakan, skim benih
sawit berkualiti dan juga skim tanam semuala (SITS). Program- program
yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk membantu para petani dan
pekebun

kecil

untuk

meningkatkan
4

pendapatan

mereka

serta

memperolehi pensijilan MSPO dalam melestarikan komoditi minyak sawit


Malaysia.
Kerajaan juga telah berusaha keras untuk mendapatkan maklum balas
dariapada industri tentang dasar dan juga program yang akan dijalankan
oleh

kerajaan

bagi

memastikan

bahawa

MSPO

mematuhi

isu-isu

kelestarian, kualiti dan keperluan untuk memantapkan perkhidmatan


serahan, meningkatkan produktiviti, kekurangan buruh, peraturan dan
cukai, mengkaji semula pelesenan dan alam sekitar serta mengukuhkan
prasarana di ladang kelapa sawit. Sekiranya pekebun kecil dan juga
peladang dapat mematuhi standard pelesenan MSPO, produktiviti kelapa
sawit

dapat

ditingkatkan di pasaran serta

diterima

oleh pembeli

antarabangsa seterusnya dapat meningkatkan ekonomi petani dan


ekonomi negara terhadap komoditi minyak sawit.
Sebagaimana yang kita tahu, pada masa sekarang harga komoditi di
pasaran mengalami kejatuhan harga yang teruk dan keadaan ini juga
menyebabkan harga komoditi minyak sawit juga mengalami penurunan
harga yang melampau menyebabkan tekanan terhadap para petani dan
menjejaskan kelangsuangan hidup mereka. keadaan ini disebabkan oleh
kualiti minyak sawit Malaysia yang rendah dan pengeluarannya yang tidak
mengikut standard- standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti
RSPO. Harga komoditi kepala sawit mengalami penurunan disebabkan kos
yang tinggi untuk mendapatkan pensijilan RSPO dan banyak kelemahan
dalam mematuhi RSPO.

Menurut Sinar Harian 18 Oktober, kejatuhan

harga sawit telah memeberi tekanan kepada pengusaha kelapa sawit dan
pekebun kecil kerana hasil jualan kelapa sawit tidak mampu untuk
menampung pendapatan mereka. kesan kejatuhan harga komoditi sawit
tersebut dirasai apabila peladang dan pekebun kecil hanya mampu
meraih pendapatan bersih sekitar RM 200- RM 300 sahajan bagi satu
metrik selepas ditolak kos upah buruh, baja, racun dan pengangkutan.
Keadaan ini juga akan menyebabkan kejatuhan harga yang dialami di

pasaran dunia dan turut menjejaskan ekonomi negara sebagai pengeluar


minyak sawit terbesar di dunia.
Selain itu juga, kejatuhan harga komoditi minyak sawit disebabkan oleh
kejatuhan

permintaaan

antarabangsa

di

pasaran

anatarabangsa.

Dianggarkan harga minyak sawit akan jatuh pada RM2600 setan dan ia
berkait rapat dengan kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah dan
Amerika dan seterusnyan memberikan impak terhadap ekonomi negara
sekiranya permintaan terhadap minyak sawit semakin berkurangan.
Kejatuhan harga minyak sawit memberikan kesan terhadap pendapatan
pekebun kecil dan peladang kerana mereka dibelenggu masalah kos
pengurusan ladang apabila harga baja, racun dan sebagainya masih
berada pada paras yang tinggi sedang harga getah dan sawit berada pada
tahap terendah.
Menurut Utusan pula, sekiranya harga komoditi minyak sawit terus
merundum ia akan menyebabkan ramai peneroka atau peladang akana
memperolehi pendapatan sifar dan taraf hidup mereka akan terjejas.
Kerajaan perlu mencari pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah
kejatuhan harga sawit kerana jika tidak dikawal ia memberi kesan besar
terhadap ekonomi golongan petani dan seterusnya menjejaskan ekonomi
negara dalam aktiviti eksport kelapa sawit ke pasaran antarabangsa.
Selain itu, menurut Berita Harian 1 Disember 2014, akibat daripada
penurunan harga komoditi minyak sawit telah menyebabkan beberapa
nilai

mata

peningkatan

wang

Asia

termasuk

ringgit

permintaan terhadap

dolar

Malaysia
Amerika

jatuh

berikutan

dan keadaan

ini

membimbangkan dan memberi kesan negatid terhadap ekonomi negara


apabila harga minyak mengalami penurunan. Ringgit Malaysia mengalami
kejatuhan yang teruk berbanding negara serantau yang lain dan keadaan
ini membimbangka para pelabur kerana penurunan harga minyak akan
menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebagai pengeksport bersih
minyak dan pengeluar utama minyak sawit di dunia. Oleh iyu, kerajaan
6

telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk mengatasi masalah poenurunan


harga komoditi minyak sawit dengan menjalankan skim penanaman
semula, memberikan subsidi kepada pekebun dan peladang, bantuan
skim serta dana mendapatkan pensijilan MSPO bagi menaiktarafkan kualiti
dan standard yang diterima oleh pembeli antaranbangsa.

SOALAN 2
Disamping itu, dengan melihat dari sudut rantaian bekalan komoditi
sawit itu sendiri anda dikehendaki memberi cadangan (berdasarkan
kaedah qualitatif dan quantitatif) bagaimana penggunaan Model SCOR
boleh membantu dalam memudahkan pengurusan rantaian bekalan
komoditi sawit untuk mengeluarkan MSPO seperti dikehendaki masyarakat
antarabangsa. Setiap ulasan dan cadangan yang diberikan mestilah
disokong oleh perbincangan perbincangan terdahulu sama ada dalam
bentuk artikel berwasit atau tidak. Sertakan juga dengan contoh contoh
yang bersesuaian.
Ulasan daripada Laporan Tahunan Program Transformasi Ekonomi, Industri
minyak sawit di Malaysia banyak membantu negara dalam meningkatkan
taraf ekonomi sejak zaman kolonial dan sehingga ke hari ini industri
kelapa sawit terus menyumbang pendapatan negara lebih dari lima
peratus daripada jumlah eksport tahunan yang dijalankan oleh negara. Ini
merupakan nilai yang tinggi diperolehi oleh negara dalam sektor komoditi.
Bagaimanapun, masih terdapat banyak masalah dan perancangan yang
rapi perlu dijalankan oleh kerajaan terutamanya Kementerian Perusahaan
Perdagangan dan Komoditi untuk meransang lebih banyak pengeluaran
dan menjana produk bernilai tinggi dalam usaha mengekalkan Malaysia
sebagai pemain utama sektor minyak sawit hiliran dan juga memenuhi
7

permintaan antarabangsa untuk mendapatkan minyak sawit lestari dan


berkualiti tinggi. Untuk memastikan perancangan ini berjalan lancar dan
berjaya dicapai, industri kelapa sawit Malaysia harus menjalankan
pengurusan rantaian bekalan dengan lebih
masalah-masalah

untuk

menjana

produk

teliti

dan memastikan

berkulaiti

tinggi

dapat

dikurangkan.
Rantaian bekalan adalah penting dalam setiap industri bagi memastikan
setiap perancangan dan juga aktiviti yang akan dijalankan oleh industri
akan

berjalan

dengan

lancar.

Rantaian

bekalan

yang

baik

akan

menjadikan setiap proses dapat dijalankan tanpa sebarang masalah,


efisyen dan lebih berkesan. Sebagaimana yang kita ketahui, industri
kelapa sawit di Malaysia merupakan industri kedua terbesar di dunia
kerana permintaan terhadap minyak sawit yang tinggi daripada pembelipembeli antarabangsa. Oleh itu, industri kelapa sawit di Malaysia harus
mempunyai sistem rantaian bekalan yang efektif bagi memastikan setiap
perancangan yang dijalankan oleh Kementerian Perusahaan Perdagangan
dan Komoditi (KPPK) untuk memastikan industri kelapa sawit di Malaysia
terus berkembang dan meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih
tinggi.
Sistem rantain bekalan yang baik akan memastikan setiap proses dalam
industri kelapa sawit bermula dari perladangan, perkilangan, penapisan
dan akhirnya proses oleokimia yang akhirnya akan menghasilakan minyak
sawit berkualiti tinggi untuk dieksport ke negara-negara luar. Pengurusan
rantaian bekalan yang berkesan akan memastikan proses untuk industri
kelapa sawit mendapatkan pensijilan MSPO lebih mudah bagi memenuhi
permintaan pembeli antaranbangsa yang ingin mendapatkan kelapa sawit
yang berkualiti tinggi daripada Malaysia. Untuk setiap proses yang berlaku
dalam rantaian bekalan industri kelapa sawit bagi mendapatkan pensijilan
MSPO, ia memerlukan perancangan yang rapi supaya setiap masalah
yang timbul dapat dikurangkan dan seterusnya menghasilkan input serta
kelapa sawit berkuaiti tinggi yang memenuhi standard dan piawaian yang
diperlukan dalam pensijilan MSPO.
8

Untuk mengeluarkan pensijilan MSPO, rantaian bekalan bermula dari


proses pertama di mana dari segi perladangan/ penanaman sehinggalah
ke proses rantaian terakhir di mana penghasilan minyak sawit yang
berkualiti yang memerlukan perancangan rapi serta kaedah-kaedah
penting untuk memastikan ia mengikuti standard dan piawaian yang
diperlukan dalam MSPO. Dalam setiap rantaian bekalan tersebut, ia perlu
dijalankan dengan teliti dengan mengambil kira prosedur dan kaedah
yang diperlukan bagi mendapatkan pensijilan MSPO bagi memastikan
minyak kelapa sawit yang dihasilkan akan memenuhi permintaan
antranbangsa. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh
industri untuk memastikan setiap masalah dalam proses rantaian bekalan
sebelum mendapatkan pensijilan MSPO dapat dikurangkan namun kaedah
paling berkesan dalam memastikan pengurusan rantaian makanan lebih
efektif adalah menggunakan kaedah Supply Chain Operation References
(SCOR).
Kaedah SCOR merupakan salah satu kaedah yang banyak digunakan oleh
industri untuk memastikan setiap proses dalam rantaian bekalan berjalan
dengan lancar dengan mengurangkan masalah- masalah yang timbul
dengan menggunakan kaedah SCOR.

SCOR digunakan oleh sesebuah

industri dalam sistem pengurusan rantaian bekalan sekiranya didapati


terdapat cabaran atau masalah yang dihadapi dalam proses yang
dijalankan sebelum ia sampai ke tahap terakhir dalam sistem rantaia
bekalan. Setiap proses yang terlibat dalam rantaian bekalan mempunyai
tugasan

tersendiri

yang

akan

dipastikan

berjalan

lancar

dengan

mengenalpasti masalah dan diselesaikan dengam menggunakan kaedah


SCOR sebelum industri bergerak ke proses seterusnya dalam rantaian
bekalan. Dalam industri kelapa sawit sistem rantaian bekalan yang
berlaku adalah agak kompleks dan ia memerlukan perancangan yang teliti
melibatkan beberapa pihak termasuk KPPK, pekebun kecil/peladang,
pengilang dan pengeluar dan akhirnya menhasilkan minyak sawit yang
memenuhi standard dalam MSPO.
9

Sumber daripada Berita Harian 7 September 2014, MSPO merupakan


standard dan piawaian baru yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan
iaitu Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai piawaian
sawit nasional bermula pada tahun hadapan. MSPO merupakan satu
piawaian yang perlu diikuti dan diamalkan oleh industri sawit untuk
menghasilakan sawit yang lestari dan berkualiti tinggi. MSPO juga adalah
prinsip dan kriteria bagi minyak sawit keluaran Malaysia untuk mendapat
pengiktirafan dan penghasilan dari sudut kemampanan. MSPO juga
pensijilan yang akan diperolehi oleh peladang dan pekebun kecil yang
mengikuti standard yang ditetapkan untuk membezakan minyak sawit
keluaran Malaysia dengan minyak sawit yang dikeluarkan oleh negara
lain. Walaupun MSPO ini sukar untuk dilaksanakan oleh peladang dan
pekebun kecil tetapi ia murapakan salah satu cara yang digunakan oleh
kerajaan untuk menggantikan piawaian sedia ada yang melibatkan kos
yang tinggi.
MSPO mempunyai banyak kebaikan kepada peladang atau pekebun kecil
kerana ia membuatkan penghasilan minyak sawit yang berkualiti dan
seterusnya dapat meningkatkan eknomi negara kerana permintaan yang
tinggi terhadap minyak sawit Malaysia. Untuk melaksanakan atau
memperolehi MSPO, pengurusan rantaian bekalan yang dijalankan oleh
industri minyak kelapa sawit Malaysia mestilah bersesuaian serta
menggunakan kaedah yang sesuai supaya MSPO lebih senang diperolehi.
MPOB merupakan salah satu agensi yang bertanggungjawab untuk
memastikan industri kelapa sawit perlu mematuhi standard dan piawaian
yang ditetapkan untuk mendapatkan pensijilan MSPO dan sekiranya
terdapat masalah dalam melaksanakannya, pihak KPPK akan menjalankan
perancangan

untuk

menyelesaikan

maslah

tersebut

dengan

menggunakan salah satu cara dalam rantaian bekalan seperti SCOR


model.

10

Supply Chain Operation References (SCOR) adalah satu kaedah yang


digunakan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dikenalpasti
berlaku dalam sistem pengurusan rantaian bekalan. Kaedah ini digunakan
oleh sesetengah industri sahaja bergantung kepada sistem pengurusan
rantaian yang dijalankan oleh organisasai itu sendiri kerana keadah SCOR
ini juga memerlukan kos untuk dijalankan. Menurut Steward (1997),
Supply Chain Operation References (SCOR) merupakan model yang telah
dibangunkan oleh Supply Chain Council (SCC) bagi membantu sesebuah
syarikat atau organisasi dalam meningkatkan keberkesanan mereka
dalam pengurusan rantaian bekalan dan menyediakan pendekatan
berasaskan proses-proses yang berlaku dalam pengurusan rantaian
bekalan.
SCOR juga dibangunkan untuk melancarkan pengurusan sistem rantaian
bekalan melalui rangka kerja yang berstruktur. Model ini memberikan
kaedah yang lebih komprehensif dalam meningkatkan operasi dalam
rantaian bekalan. SCOR juga merupakan satu rangka kerja yang fleksibel
yang boleh membantu syarikat atau organisasi dalam meningkatkan
rantaian bekalan dengan menilai objektif, keberkesanan, kuantifikasi,
ujian dan masa depan dalam merancang operasi tertentu dalam sistem
pengurusan rantaian bekalan. Menurut Steward (1997),

Model SCOR

melibatkan empat proses utama iaitu Plan, Make, Sources, and Deliver
yang digunakan dalam pengurusan rantaian bekalan bagi memastikan
komunikasi yang berkesan antara rakan kongsi lebih berkesan ().Plan,
Make, Sources, and Deliver merupakan empat prinsip komponen dalam
rantaian bekalan dalam industri kelapa sawit bermula dari perladangan
sehingga ke produk siap/minyak sawit. Menurut Steward (1997), dalam
industri kelapa sawit, setiap kilang mestilah mengintegrasikan setiap
proses yang terlibat dalam perladangan sehingga produk akhir dari
peladang-peladang

kepada

pelanggan

antarabangsa.
i.

Plan
11

untuk

memenuhi

pasaran

ii.

iii.

iv.

Merancang permintaan dan penawaran

Merancang infrastruktur

Sources

Sumber atau bahan yang diperolehi

Sumber infrastruktur

Make

Pelaksanaan pengeluaran

Membuat infrastruktur

Deliver

Pengurusan permintaan

Pengurusan tempahan

Pengurusan gudang

Pengurusan pemasangan

Menyampaikan infrastruktur

Dengan penggunaan model SCOR, para pengeluar boleh:


i.

Menilai

dan

berkomunikasi

dengan

lebih

berkesan

dengan

pembekal, pengedar
ii.

Menilai proses rantaian bekalan mereka dengan syarikat-syarikat di


dalam dan di luar industri

iii.

Penggunaan

amalan

terbaik,

mengawal

segala

aktiviti,

meningkatkan kualiti, melakukan penambahbaikan dan sebagainya.


iv.

Langkah

proses

penambahbaikan

secara

berterusan

serta

menyusun semula aspek yang diperlukan dalam proses rantaian


bekalan.

Penanaman/
Perladangan

Pengilangan

Penapisan

12

Oleokimia

Dalam rantaian bekalan untuk industri kelapa sawit, ia bermula dengan


proses penanaman atau perladangan yang melibatkan peladang serta
pekebun kecil yang menjalankan proses penanaman kelapa sawit. Untuk
mendapatkan pensijilan MSPO, setiap peladang atau pekebun kecil yang
terlibat mestilah menjalankan proses penanaman mengikut prosedur atau
kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam piawaian MSPO. Dalam
rantaian penanamn atau perladangan terdapat beberapa sub aktiviti yang
dijalankan di bawah perladangan yang memerlukan penambahbaikan
atau penyelasaian bagi mendapatkan pensijilan MSPO. Dalam rantaian ini
juga terdapat beberapa agensi yang akan membantu untuk mendapatkan
pensijilan MSPO seperti Felcra, Felda, MPOB dan sebagainya. Agensiagensi ini akan membantu dalam sistem rantaian bekalan untuk
perladangan kelapa sawit menggunakan fungsi agensi masing-masing.
Dalam rantaian bekalan aktiviti perladangan, ia memerlukan audit secara
terperinci daripada pihak berkaitan untuk memastikan pemampanan
tanaman kelapa sawit yang dihasilkan.
Melalui kaedah SCOR, akan merancang, membuat, mencari sumber serta
melaksanakan

kaedah

yang

dikenalpasti

boleh

digunakan

untuk

menperolehi pensijilan MSPO. Untuk memenuhi serta mendapatkan


pensijilan MSPO, aspek tanaman perlu diambil berat seperti benih
berkualiti, jenis tanah, produktiviti hasil buah, mengurangkan kos serta
penggunaan teknologi baru merupakan standard yang diperlukan dalam
MSPO.

Namun begitu tidak ramai pekebun kecil serta peladang yang

boleh menepati piawaian yang ditetapkan kerana terdapat beberapa


masalah yang timbul bagi mendapatkan pensijilan MSPO.
Berdasarkan maklumat dari Laporan Tahunan Ekonomi Transformasi
Program, bagi mendapatkan pensijilan MSPO, pekebun dan peladang
digalakkan

menjalankan

penanaman

kelapa

sawit

yang

mengikut

prosedur yang telah ditetapkan dengan menggunakan biji benih berkualiti


serta penggunaan tanah yang bersesuaian. Namun begitu, masalah yang
dihadapi adalah kerana industri kelapa sawit mempunyai tanah yang
13

terhad untuk meransang produktiviti kelapa sawit yang lebih tinggi. Oleh
itu, dengan menggunakan SCOR model, pihak KPPK boleh mengenalpasti
kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menghasilkan
pemetaan genom kelapa sawit untuk meransang produktiviti. Kerajaan
merancang dengan teliti setiap aktiviti supaya setiap penyelesaian yang
dijalankan memperlihatkan potensi pertumbuhan yang kukuh.
Sebelum rantaian bekalan industri kepala sawit melalui proses seterusnya
iaitu bahagian perkilangan, untuk mengeluarkan sijil MSPO kelapa sawit
dihasilkan haruslah mampan dan berkualiti tinggi untuk memenuhi
permintaan daripada pembeli antarabangsa. Berdasarkan maklumat dari
Laporan

Tahunan

Ekonomi

Transformasi

Program,

kerajaan

perlu

melaburkan lebih banyak sumber dalam segemen hiliran dan huluran


serta menjalankan pelbagai penyelidikan dan pembangunan untuk
memastikan kemampanan jangka panjang. Langkah-langkah ini adalah di
bawah rancangan NKEA Minyak Sawit yang memberi tumpuan terhadap
peningkatan produktiviti produk kelapa sawit. Penggunaan model SCOR
dapat digunakan oleh kerajaan untuk menrancang dengan teliti supaya
setiap proses dalam rantaian peladangan/ penanaman menpati piawaian
untuk memperolehi MSPO.
Selain itu juga, SCOR boleh digunakan untuk mengenalpasti kaedah yang
boleh digunakan oleh kerajaan bagi mengelakkan pekebun dan peladang
menggunakan kelapa sawit tua untuk menghasilkan minyak yang
akhirnya akan menjejaskan produktiviti dan sukar mendapatkan pensijilan
MSPO.

Oleh

itu,

Laporan

Tahunan

Ekonomi

Transformasi

Program

menjelaskan kerajaan membuat satu program baru iaitu skim penanaman


semula benih kelapa sawit berkualiti tinggi bagi menghasilkan Buah
Tandan Segar negara. Namun begitu, keadaan ini juga mmeberi cabaran
kepada kerajaan kerana

ketidaktentuan harga minyak di pasaran serta

minat yang kurang ditunjukkan oleh pekebun kecil untuk menjalankan


rancangan ini. Namun begitu, dengan menggunakan SCOR model,
kerajaan boleh merancang inisiatif baru bagi menggalakkan pekebun
14

menjalankan program penanaman semula dengan memberi bantuan


kewangan kepada pekebun kecil bagi melaksanakan program ini.
Menurut Laporan Tahunan ETP juga, salah satu cara untuk meningkatkan
penghasilan buah tandan segar adalah dengan mengamalkan Amalan
Pertanian Baik (GAP) untuk menhasilkan produk minyak sawit yang
berkualiti tinggi. Selian itu, penggunaan teknologi baru juga membolehkan
hasil tanaman kelapa sawit lebih produktif dan kerajaan akan memberi
khidmat nasihat serta dorongan kepada peladang bagi mendapatkan
pensijilan MSPO. Pengawalselian segala aktiviti yang dijalankan di
bahagian perladangan lebih efektif dengan menggunakan kaedah SCOR
kerana setiap aktiviti yang dijalankan akan dikenalpasti masalah serta
kaedah

untuk

penambahbaikan

menggunakan

perancangan,

melaksanakan, menggunakan sumber dengan betul serta mengulangi


langkah pertama bagi memastikan perancangan dalam rantaian berjalan
lancar.
Dalam rantaian bekalan industri kelapa sawit, kos adalah amat penting
untuk mendapatkan serta mematuhi piawaian untuk mendapatkan
pensijilan MSPO, oleh itu, KPPK telah membuat satu perancangan untuk
mengurangkan kos serta tenaga kerja dalam industri kelapa sawit. Pihak
MPOB telah memperkenalkan teknik baru kepada pekebun kecil untuk
membantu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos dengan
menggalakkan penggunaan sabit bermotor yang dipanggil teknik Cantas.
Teknik Cantas ini membolehkan kelapa sawit diperolehi dengan lebih
cepat berbanding menggunakan teknik tradisional dengan kebolehan
penuai mencapai ketinggian 21-23 kaki serta bertujuan meningkatkan
produktiviti pekerja.
Dari segi pengurusan perkilangan dalam rantaian bekalan juga terdapat
beberapa sub aktiviti yang melibatkan penggunaan SCOR model untuk
mengenalpasti

masalah

serta

cara

penambahbaikan

yang

teliti

memudahkan pengilang untuk memperolehi pensijilan MSPO sekiranya


15

menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh MSPO. Jabatan audit yang


bertanggungjawab

memjalankan

piawaian

MSPO

ditugaskan

untuk

mengenalpasti kilang-kilang serta proses yang dijalankan menepati ciriciri yang diperlukan dalam pensijilan MSPO. Menurut maklumat ETP,
sektor pengilangan perlu mematuhi Kod Amalan MPOB untuk memastikan
kilang tersebut diiktiraf dengan pihak MPOB menyediakan perkhidmatan
nasihat dan penguatkuasaan dalam memastikan kualiti semasa proses
pengilangan.

Dengan

mematuhi

Kod

Amalan

MPOB,

kilang

memastikan buah tandan segar digred dengan betul sebelum

perlu
ia

dikilangkan untuk mengurangkan jumlah buah berkualiti rendah yang


diproses.
Pihak MPOB juga menjalankan kempen kesedaran di pihak kilang minyak
kelapa sawit untuk mematuhi dan mendapatkan pensijilan MSPO bagi
memenuhi permintaan pembeli antaranbangsa. Kilang-kilang juga akan
dipantau berdasarkan prestasi OER dan pengambilan tanaman yang
belum cukup masak ke dalam kilang. Oleh itu, bagi memastikan kelapa
sawit berkualiti dihasilkan di tahap perkilangan, kaedah SCOR model
digunakan

oleh

MPOB

dengan

merancang,

melaksanakan

dan

mengenalpasti sumber. Selain itu, untuk menghasilkan minyak sawit yang


mampan dan hijau seperti yang dikehendaki dalam MSPO, melalui kaedah
SCOR iaitu kerajaaan cuba membuat perancangan untuk melaksanakan
standard minimun untuk memerangkap gas metana yang akan diwajibkan
ke atas semua kilang sama ada kilang baru atau lama. Kerajaan juga
memberi cadangan untuk mengkaji semula insentif untu biogas untuk
menggalakkan lebih banyak tenaga ke dalam grid kuasa elektrik nasinal.
Melalui perancangan ini, kilang akan memperolehi pensijilan MSPO kerana
mengamalkan amalan hijau dalam penghasilan minyak sawit.
Untuk mendapatkan MSPO juga, kerajaan boleh menggunakan kaedah
SCOR untuk memastikan kesemua minyak sawit bertapis lebih murah dan
bersaing sengit serta mementingkan alam sekitar daripada petrokimia
kepada oleokimia mesra alam. Penggunaan olekimia yang mesra alam
16

merupakan piawaian yang diperlukan bagi mendapatkan MSPO. Oleh itu


kerajaan

menggalakkan

lebih

rmai

pengilang

serta

peladang

menggeluarkan bahan olekimia kerana ia mempunyai nilai yang tinggi


dan dalam ETP

kerajaan memperuntukkan rm56 juta sebagai geran

pembangunan untuk produk oleokimia. Kaedah SCOR sangat membantu


dalam

pengurusan

rantaian

bekalan

memudahkan peladang, pekilang

komoditi

kelapa

sawit

untuk

untuk mendapatkan MSPO bagi

meningkatkan kemampanan minyak kelapa sawit Malaysia ke pasaran


antarabangsa.

REFERENCES
http://www.mpoc.org.my/upload/IPOSC-2014-Malaysian-Sustainable-PalmOil-Current-Status-Dr-Ainie-Kuntom.pdf
Bernama (6 Nov 2014), Uggah: MPOCC Akan Kawal Selia Skim Pensijilan
MSPO

Tahun

Depan:

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm//news_lite.php?id=1082686
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/RM50jutabantupekebunsawi
tdapatpensijilanMSPO/Article/index_html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130904/dn_21/MSPObakal-diperkenalkan-bantu-industri-sawit
http://www.kppk.gov.my/index.php/ms/news-cutting/2507-industri-sawitparlimen-penerimaan-mspo-di-pasaran-dunia-cabaran-kementeriandouglas-unggah.html
http://www.mpic.gov.my/index.php/ms/utama/sumber/press-statement2013/78-perancangan-ekonomi-khusus-demi-menjamin-kestabilan-hargakomoditi-utama-negara.html
17

Utusan 12 Okt 2008, Bimbang harga sawit terus merundum: retrieve from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10
.htm
http://paslabuan.wordpress.com/2008/11/05/kejatuhan-harga-sawit-dangetahpetani-terhimpit/
Berita Harian (1 Dis 2014), Mata wang Asia termasuk ringgit jatuh
didorong

penurunan

harga

minyak,

retrieve

from:

http://www.bharian.com.my/node/20902
Laporan Tahunan Ekonomi Tranformasi Program (ETP) retrieves from:
etp.pemandu.gov.my/annualreport2013/.../ETP2013_BM_full_version.pdf

18

You might also like