You are on page 1of 8

Dalam perniagaan Sofia kerepek mangga cheese delicious yang telah dipilih, pasaran

sasaran yang kami lakukan terbahagi kepada 2 pasaran. Ianya meliputi pasaran runcit dan
pasaran borong. Antara cawangan pasaran runcit yang kami ada di Malaysia ialah di negeri
Kelantan, Terengganu, perlis , Negeri Sembilan , Johor dan Sabah. Cawangan-cawangan ini telah
dipilih berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap produk yang kami hasilkan ini. Selain itu,
kami juga mempunyai kedai menjual kerepek mangga cheese di kawasan Lembah Klang bagi
sesiapa yang ingin mendapatkan bekalan kerepek mangga cheese secara borong dari kilang-
kilang kerepek Banting, Selangor. Selain memborong kerepek untuk dijual semula (re-packaging)
perniagaan ini juga mensasarkan perkhidmatannya kepada keseluruhan penduduk yang
memerlukan perkhidmatan bagi melangsungkan perkahwinan khas untuk sesiapa yang bakal
bertunang dan bakal pengantin untuk dijadikan ole-ole atau buah tangan majlis kenduri-kendara
dan door gift pada majlis wedding. Ini lebih menjmatkan dan kerepek mangga cheese juga
memang disukai ramai.

Di samping syarikat kami juga menawarkan pembeli atau pemborong tetap yang membeli
kerepek mangga cheese kami ini akan mendapat satu tawaran iaitu akan mendapatkan kad ahli
daripada syarikat kami untuk mendapatkan potongan sebanyak 10% keatas setiap pembelian.
Kami juga menyediakan perkhidmatan penjualan secara online bagi memudahkan pembeli yang
berada jauh daripada cawangan kami untuk mendapatkan produk yang kami jual. Hal ini kerana
kerepek mangga cheese ini mendapatkan sambutan hangat daripada seluruh rakyat Malaysia
darri pelbagai kaum seperti Melayu, Cina atau India.

ANALISIS KEKUATAN, KELEMAHAN, ANCAMAN DAN PELUANG PERNIAGAAN

Kekuatan (Strength)

1) Bahan sangat mudah di dapati karena pusatnya berada di kawasan perkebunan nanas
2) Mempunyai rasa yang unik dan manis
3) Harga yang ditawarkan bagi setiap produk adalah kompetitif. Harga diletakkan
berdasarkan kepada kandungan bahan yang digunakan dan melihat keadaan pasaran
semasa. Harga yang ditawarkan juga lebih rendah dengan pesaing yang ada di kawasan
sekitar.
4) Harga produk yang berpatutan dan mampu dibeli oleh penduduk tempatan yang
majoritinya berpendapatan sederhana.
5) Kedudukan lokasi premis perniagaan yang strategik dan mempunyai taburan penduduk
yang agak tinggi di kawasan-kawasan seluruh Malaysia.
6) Kadar sewa yang rendah.

Kelemahan (Weakness)

1. Jika ada kesalahan dalam pengolahan kerepek mangga cheese maka kerepek
mangganya akan gagal
2. Kekurangan kemudahan pengangkutan untuk menghantar bekalan ke kedai runcit, pasar
raya dan kantin-kantin sekolah. Syarikat hanya mempunyai sebuah kenderaan van.
3. Kurang tenaga kerja. Syarikat hanya mempunyai seorang eksekutif pemasaran yang
melakukan tugas pemasaran dan pengedaran produk.
4. Kurang promosi dan pemasaran.

Peluang (Opportunities)

1. Kerepek mangga cheese masih baru di pasaran, kesempatan besar untuk membuat
usaha ini lebih maju, serta dengan adanya sedikit inovasi olahan olahan dari bahan yang
baru . usaha ini memiliki kesempatan besar untuk menguasai jualan.
2. Facebook stokist dan agen kerepek mangga cheese yang sentiasa aktif dan sesuai
dijadikan medium pemasaran dalam mempromosikan produk kerana ianya mudah dan
percuma.
3. Perniagaan ‘online’ yang semakin mendapat perhatian adalah satu peluang kepada
perniagaan untuk terus berkembang. Pelanggan boleh melayari laman sesawang yang
disediakan untuk mereka membuat tempahan dengan cepat atau melihat produk terkini
yang ditawarkan.
4. Perniagaan ini juga dijangka akan dapat dikomersialkan seperti perniagaan lain di
pasaran. Ia berhubungan dengan kerepek merupakan makanan yang menjadi permintaan
ramai tidak kira golongan dan peringkat umur. Imej perniagaan akan diperkenalkan
kepada umum untuk menarik minat pelanggan.
5. Produk makanan ringan yang mudah disediakan semakin mendapat permintaan tinggi
terutamanya di kalangan golongan yang sibuk bekerja.

Ancaman (Threats)
1. Pesaing yang telah lama berada di pasaran mempunyai pelbagai strategi untuk
memantapkan perniagaan mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum
menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Sofia kerepek mangga cheese delicious’
untuk memasuki pasaran yang ada.
2. Kenaikan harga minyak memberi kesan kepada perbelanjaan mengurus syarikat. Kos
penghantaran produk dijangka meningkat.
3. Pertambahan pesaing di sekitar kawasan premis perniagaan. Terdapat dua buah kedai
kerepek yang baru dibuka di Wakaf Bharu dan Bandar Taman tengku Anis pada tahun ini.
4. Pesaing menjual produk yang lebih variasi.

PESAING

Di kawasan tapak perniagaan kami iaitu di kawasan lembah Klang terdapat syarikat dan
beberapa pengusaha kecil-kecilan yang turut mengusahakan produk yang sama, dan difahamkan
mereka iaitu pengusaha-pengusaha tersebut baru memulakan perniagaan masing-masing
secara persendirian. Namun begitu, iainya adalah merupakan pesaing kepada sofia kerepek
mangga cheese deliscious dalam perniagaan ini. Di antara pesaing tersebut ialah :

SYER PASARAN

Setelah mengambil kira kekuatan dan kelemahan pesaing, maka dianggarkan pecahan

syer pasaran antara pesaing dan ‘Sofia kerepek mangga cheese delicious’ adalah seperti

berikut :
Trend pasaran yang disasarkan terbahagi kepada tiga keadaan. Pertama ialah semasa

musim cuti sekolah dimana biasanya ramai pelanggan yang akan melangsungkan majlis

pertunangan atau perkahwinan. Ini akan memudahkan pihak pengurusan untuk mendapatkan

sebanyak mungkin stok terbaru dan terkini untuk dipilih oleh pelanggan. Begitu juga apabila

tibanya musim perayaan dan cuti umum. Kebiasaannya, bagi golongan wanita, mereka

memerlukan gaya yang berbeza setiap kali tiba musim perayaan untuk menggayakan fesyen baju

pelbagai jenis manik yang diminati. Justeru itu, pelanggan sekitar lokasi berpeluang ke butik kami

yang menyediakan pelbagai potongan harga dan berpatutan.

SAIZ PASARAN

Saiz pasaran boleh dikira dari potensi jualan yang boleh diperoleh daripada jualan
kerepek mangga cheese. Disamping itu juga, kedudukan lokasi syarikat yang strategik dan
senang untuk dikunjungi oleh pelanggan kerana ia berdekatan dengan pekan membeli belah di
Lembah Klang. Status ekonomi penduduk yang pelbagai tahap samada rendah, sederhana dan
berada juga menyumbang kepada penjualan di sofia kerepek mangga cheese delicious.

Bagi menentukan saiz pasaran jualan kerepek mangga cheese di Lembah Klang kami
menggangarkan seramai 20,000 orang penduduk di sana. Setiap orang membelanjakan
sekurang-kurangnya RM 30.00 sebulan untuk membeli kudap-kudapan . Hanya 35% sahaja yang
tinggal berhampiran dengan lokasi syarikat kami.

Bilangan isi rumah = 80,000/4 (diandaikan sebuah rumah 5 orang penghuni)

Saiz Pasaran = 35% x 20,000

=7,000 u (kuasa pembeli)


Trend pasaran yang disasarkan Syarikat kami ialah terbahagi kepada 3 keadaan. Keadaan
yang pertama iaitu merupakan hari biasa , dimana orang mendapatkan kerepek mangga ini untuk
dijadikan makanan sampingan di kala sedang berehat atau sedang menonton televisyen. Keadaan
kedua pula ialah, keadaan dimana semasa musim cuti sekolah dimana biasanya ramai pelanggan
yang akan melangsungkan majlis pertunangan atau perkahwinan. Kebanyakan pengantin ingin
memberikan sesuatu yang berlainan kepada tetamu dengan memberikan doorgift kerepek mangga
kepada para tetamu. Manakala keadaan ketiga pula apabila tibanya musim perayaan dan cuti
umum. Kebiasaannya, pada musim perayaan dan cuti umum jualan kerepek mangga meningkat
secara mendadak . Hal ini kerana kerepek mangga merupakan kudap-kudapan yang sesuai
dihidangkan semasa musim perayaan. Justeru itu, pelanggan sekitar lokasi berpeluang ke kilang
kami di Lembah Klang untuk mendapatkan potongan harga apabila memborong kami dengan
banyak.

Ramalan Jualan

Saiz Pasaran = RM400,000.00

Syer Pasaran Sofia kerepek

mangga cheese deliscious = 30%

Ramalan Jualan Purata Bulanan = (30% x RM400,000)/12

= RM10,000.00

Dianggarkan jualan akan meningkat pada bulan 3, 6, 11 dan 12


kerana
Bulan musim perayaan
Tahundan cuti sekolah. Oleh
Pertama TahunituKedua
dianggarkan jumlah
Tahun Ketiga
jualan tahun pertama sebanyak RM 122,000.00
Jan 9,000.00 11,000.00 13,000.00
Feb 10,000.00 11,000.00 13,000.00
Mac 11,000.00 12,000.00 13,200.00
Apr 10,000.00 11,000.00 13,000.00
Mei 10,000.00 11,000.00 13,000.00
Jun 11,000.00 13,000.00 13,200.00
Jul 10,000.00 12,000.00 13,000.00
Ogos 8,000.00 11,000.00 13,000.00
Sep 10,000.00 11,000.00 13,000.00
Okt 10,000.00 11,300.00 13,000.00
Nov 12,000.00 13,000.00 13,000.00
Dis 11,000.00 13,000.00 13,200.00
JUMLAH 122,000.00 140,300.00 156,600.00
Peningkatan 15% 12%

 Ramalan jualan bagi Tahun Pertama rendah memandangkan syarikat ini belum dikenali
ramai dan terpaksa bersaing dengan dua lagi pesaing baru.
 Penjualan produk dijangka meningkat pada bulan 3, 6, 11 dan 12 kerana cuti sekolah dan
perayaan.
 Dianggarkan ramalan jualan meningkat sebanyak 15% pada tahun kedua selepas pelan
tindakan pemasaran dilaksanakan.
 Manakala pada tahun kedua, peningkatan ramalan jualan ialah 12% apabila kedudukan
syarikat sudah stabil. Dijangka syer pasaran ialah sekurang-kurangnya 50%.
Promosi

Antara strategi promosi yang akan dilaksanakan oleh MDSA D’FOOD & CATERING bagi
menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah:

- Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.

- Memberikan profil perniagaan kepada bakal-bakal pelanggan.

- Mengedarkan pemplet dan brosur secara berkala untuk rangkainiaga..

- Pergi menemui pelanggan jika mereka berminat.

- Memberi perkhidmatan yang lebih cekap ,pantas dan tepat pada masa yang telah
ditetapkan.

- Pengiklanan melalui akhbar-akhbar.

- Taklimat kepada peserta-peserta kursus keusahawanan yang dijalankan oleh MECD


,MARA dan ejensi kerajaan yang lain.

Lokasi

-Menjalankan opersi di tempat yang mudah untuk di kunjungi oleh pelanggan

-Mudah untuk mengeluarkan barang produk untuk dihantar keluar.

Harga

Harga berpatutan mengikut pasaran dimana pihak rakan rangkainiaga akan

memperolehi untung yang banyak daripada pihak pengusaha .setelah dihantar

produk mentah pengusaha akan memperolehi sekitar 15 hingga 20% .Setelah produk

ini dimasak dijual pihak rakan rangkainiaga akan memperolehi sehinga 80% dan

lebih keuntungan.

Produk

Pihak kami yakin dengan produk yang akan dapat menandingi mana-mana
perniagaan yang ada sekarang ini.Rasa yang dihasilkan oleh chef syarikat sungguh

istimewa dan lain dari yang lain.Ramai pelanggan yang pernah berkunjung

menyatakan sangat berpuas hati .Mereka juga membuat testimoni bahawa masakan

yang disediakan oleh kami memang sedap dan dapat menandingi mana-mana

syrikat perniagaan western food yang terkenal di Malaysia bah yang datang dari luar

negara.

You might also like