You are on page 1of 13

TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1. Ringkasan Isi Kandungan Artikel / Sinopsis 3
2. Objektif 4
3. Bahan Rujukan Kajian 5
4. Persoalan Isu 6
5. Definisi / Istilah 7
6. Perbincangan Isu
6.1 Ulasan Isu 1 8-9
6.2 Ulasan Isu 2 10-12
7. Rumusan / Cadangan 13
8. Rujukan 14
9. Lampiran 15
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

OBJEKTIF

Objektif kajian ini adalah untuk :

a. Menerangkan kesan peruntukkan gaji minimum untuk sektor swasta


sebanyak RM 1050 yang akan berkuat kuasa pada Januari 2019 terhadap
kegiatan ekonomi di Malaysia.

b. Menjelaskan perubahan tingkat harga umum dan inflasi akibat daripada


kenaikan gaji minimum untuk sektor swasta dapat menjejaskan taraf hidup
rakyat di Malaysia.
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

BAHAN RUJUKAN KAJIAN

Kajian kes ini adalah berdasarkan artikel Harian Metro bertarikh 5


September 2018 yang bertajuk “ Gaji minimum RM 1050 berkuat kuasa Januari
2019 ”oleh Siti A’isyah Sukaimi dan Noor Atiqah Sulaiman.
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

PERSOALAN ISU

a. Apakah kesan peruntukkan gaji minimum untuk sektor swasta sebanyak


RM 1050 yang akan berkuat kuasa pada Januari 2019 terhadap kegiatan
ekonomi di Malaysia ?

b. Bagaimanakah perubahan tingkat harga umum dan inflasi akibat daripada


kenaikan gaji minimum untuk sektor swasta dapat menjejaskan taraf hidup
rakyat di Malaysia ?
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

DEFINISI / ISTILAH

1. Penawaran Agregat
Penawaran Agregat ialah jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh para pengeluar daripada pelbagai sektor ekonomi pada pelbagai tingkat
harga.

2. Pengangguran
Pengangguran ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja pada kadar
upah tertentu tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan.

3. Tingkat Harga Umum


Tingkat harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang
dipasarkan dalam negara.

4. Inflasi
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang
berlaku secara menyeluruh dan berterusan.
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

PERBINCANGAN ISU
ULASAN ISU 1
“Adalah lebih wajar jika gaji minimum dinaikkan secara berkala dalam tahun-
tahun akan datang supaya industri terutamanya majikan kecil, tidak menutup
perniagaan mereka akibat kos operasi yang tinggi yang bakal menyebabkan
pemberhentian pekerja.”
Apakah kesan peruntukkan gaji minimum untuk sektor swasta sebanyak
RM 1050 yang akan berkuat kuasa pada Januari 2019 terhadap kegiatan
ekonomi di Malaysia ?

Pelaksanaan gaji minimum untuk sektor swasta sebanyak RM 1050 yang


akan berkuat kuasa pada Januari 2019 akan menggalakkan penyertaan pekerja
ke dalam pasaran kerja. Kenaikan kadar gaji ini akan dapat menarik minat lebih
ramai individu yang sebelum ini tidak bekerja untuk mula bekerja. Maka kadar
pengangguran akan menurun kerana lebih ramai individu mula bekerja kerana
insentif gaji yang lebih tinggi. David Card and Alan B. Krueger merupakan
nama terkenal dikalangan penyokong gaji minimum. Pada tahun 1994, mereka
menghasilkan kajian impak gaji minimum ke atas pekerja industri makanan
segera. Mereka menemui bahawa kenaikan gaji minimum telah meningkatkan
jumlah pekerja di restoran-restoran makanan segera.

Selain itu,peningkatan gaji minimum ini juga mengurangkan kadar


kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan. Pertambahan upah yang
diterima akan menambahkan pendapatan isi rumah,sekaligus menambahkan
kuasa beli pengguna. Keadaan ini akan dapat mengurangkan bilangan miskin
tegar dalam negara. Pertambahan kemampuan ini menyebabkan kurang
kebergantungan kepada bantuan kerajaan seperti perubatan,subsidi dan
sebagainya. Secara tidak langsung, kerajaan akan dapat menjimatkan wang
pembayar cukai.

Kesan positif yang seterusnya adalah dapat membantu kitaran ekonomi


negara. Kenaikan upah yang diterima oleh pekerja swasta akan kembali ke
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

dalam kitaran ekonomi. Perbelanjaan untuk makanan, penjagaan anak anak,


perbelanjaan isi rumah yang lain akan meningkat seiring dengan pertambahan
upah mereka. Ini secara langsung meningkatkan kegiatan ekonomi disekitar
mereka seperti kedai-kedai makanan, peruncitan dan sekaligus
meningkatkan hasil cukai.

Namun,peruntukkan gaji minimum untuk sektor swasta sebanyak RM


1050 yang akan berkuat kuasa pada Januari 2019 mungkin akan membawa
kesan negatif terhadap kegiatan ekonomi di Malaysia. Contohnya,pelaksanaan
gaji minimum akan mengurangkan keuntungan firma. Pelaksanaan gaji
minimum mewajibkan ke atas majikan untuk membayar gaji yang lebih tinggi
dari sebelum ini. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kos buruh yang
perlu ditanggung oleh firma yang belum tentu selari dengan daya pengeluaran
firma. Satu kajian mengenai pasaran buruh di UK pada tahun 1999
menunjukkan keuntungan firma merudum manakala paras gaji meningkat
setelah gaji minimum diperkenalkan.

Oleh itu,kerajaan perlu memastikan bahawa gaji minimum dinaikkan


secara berperingkat supaya ia tidak menjejaskan peniaga kecil yang boleh
menyebabkan kadar pengangguran meningkat. Kerajaan perlu mengambil
langkah bijak dalam menyeimbangkan kesan baik dan buruk menaikkan gaji
minimum kerana sudah terbukti, kenaikan gaji minimum bukanlah satu-
satunya penyelesaian kepada masalah kos sara hidup orang ramai.
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

ULASAN ISU 2
“ Majikan dan peniaga juga diseru supaya tidak menaikkan harga barangan
dan perkhidmatan susulan kenaikan gaji minimum ini. ”
Bagaimanakah perubahan tingkat harga umum dan inflasi akibat daripada
kenaikan gaji minimum untuk sektor swasta dapat menjejaskan taraf hidup
rakyat di Malaysia ?

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bersilang dengan


keluk penawaran agregat (AS) di mana keseimbangan pendapatan negara
yang asal tercapai pada titik E1 di mana keluk AD bersilang dengan AS1 pada
tingkat harga,P1 dan keluaran negara benar,Y1.

Kenaikan gaji minimum kepada pekerja swasta akan meningkat kos


pengeluaran firma. Oleh itu,firma terpaksa untuk mengurangkan output
pengeluaran dan menyebabkan keluk AS beralih ke kiri dari AS1 ke AS2
apabila AS berkurang. Pada tingkat P1,AS kurang daripada AD. Tingkat harga
cenderung naik. Keseimbangan baru tercapai pada E2 di mana AS2 bersilang
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

dengan AD. Dengan ini,keluaran negara benar berkurang daripada Y1 kepada


Y2,tingkat harga pula naik daripada P1 ke P2.

Keadaan ini akan menyebabkan inflasi jika kenaikan harga barang


berlaku secara berterusan. Semasa inflasi,nilai wang akan semakin kecil,kuasa
beli masyarakat akan berkurangan. Hal ini akan mengakibatkan kos sara hidup
masyarakat meningkat dan seterusnya taraf hidup rakyat akan menurun.
Bancian oleh Sara Lemos dari Universiti Leicester ke atas hampir 30 kertas
kajian mengenai hubungan gaji minimum dan inflasi di Amerika Syarikat
menyimpulkan kenaikan 10% kadar gaji minimum akan meningkatkan harga
makanan sebanyak 4% manakala kadar inflasi keseluruhanya tidak lebih dari
0.4%.

Rajah 2: Indeks harga


rumah
Rajah di atas menunjukkan Malaysia antara negara yang paling tinggi
perubahan tahunan dalam harga rumah bagi tempoh suku pertama 2013-2014.
Senario kenaikan harga rumah yang amat drastik dan tidak munasabah lima
tahun kebelakangan ini akibat kenaikan kos bahan mentah menyukarkan
rakyat memiliki kediaman sendiri dan terpaksa menanggung sewa yang mahal.
Keluhan ini bukan sahaja daripada golongan berpendapatan rendah tetapi ia
turut diluahkan oleh rakyat berpendapatan sederhana yang menyifatkan
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

mereka sebagai golongan ‘tersepit dan miskin di bandar raya’ kerana tidak
mampu membeli rumah tetapi pada masa sama tidak layak menikmati insentif
skim perumahan yang ditawarkan kerajaan.

Namun, dalam tempoh jangka sederhana hingga jangka panjang, dasar


gaji minimum dijangka memberikan kesan positif terhadap ekonomi Malaysia.
Kos dan risiko jangka pendek dasar gaji minimum terhadap inflasi dijangka
dapat dikawal dengan baik. Kesannya terhadap kos perniagaan pula dijangka
kecil kerana impak kenaikan gaji akan dapat dikurangkan menerusi
peningkatan produktiviti. Memandangkan isi rumah yang berpendapatan
rendah mempunyai kecenderungan mengguna sut (MPC) yang lebih tinggi,
peningkatan pendapatan pekerja yang terbabit dijangka menghasilkan
perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi dan aktiviti ekonomi yang lebih giat.
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

Ringkasan Isi Kandungan Artikel / Sinopsis

Dari segi undang undang, akta gaji minimum mewajibkan majikan


menggaji pekerjanya pada kadar yang tidak kurang yang ditetapkan. Manakala
dari sudut ekonomi ia adalah kadar gaji ditetapkan lebih tinggi berbanding
kadar gaji semasa.

Di Malaysia, tarikh kuat kuasa Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016)
adalah dimulai pada 1 Julai lalu ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan
pekerja. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, berkata PGM 2016
mengekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali
perkhidmatan domestik seperti terkandung dalam PGM 2012. Katanya, melalui
PGM 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan RM1,000 sebulan atau
RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42
sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Namun,kerajaan bersetuju kadar gaji minimum yang seragam bagi


seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ditetapkan sebanyak RM1,050
sebulan dan RM5.05 sejam yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.
Peningkatan gaji minimum ini adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa
negara.

Kenaikan gaji minimum pekerja bermaksud peningkatan dalam kos


pengeluaran. Pengeluar terpaksa membayar kos yang lebih tinggi dalam
pengeluaran. Sesetengah pengeluar akan menghentikan pengeluaran atau
mengurangkan pengeluaran. Penawaran agregat akan berkurang.
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

RUMUSAN / CADANGAN
Kesimpulannya, kerajaan berpendapat bahawa pelaksanaan gaji
minimum untuk semua sektor pekerjaan adalah kurang wajar dilaksanakan
dalam tempoh terdekat kerana peningkatan dalam menjalankan perniagaan di
Malaysia akan menjejaskan daya saing negara dalam menarik pelaburan asing
ke Malaysia. Selaras dengan hasrat pembangunan negara, kerajaan sedang
berusaha mempromosikan sistem upah yang berkaitkan dengan produktiviti.
Dasar ini bertujuan untuk menjamin daya saing negara disamping
menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup pekerja. Secara amnya,dasar
gaji minimum memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia
walaupun terdapat sedikit kesan pengurangan dasar ini. Hal ini kerana dasar
gaji minimum memberi impak positif kerana penilaian untuk menggubalkan
dasar gaji minimum perlu diambil dalam pelbagai aspek ekonomi, politik,
sosial, pasaran dunia, kuasa beli pengguna, infrastruktur, pendidikan dan
sumber input di Malaysia pada masa kini mahupun negara lain. Menurut
Nuemark et.al (2004),mengaitkan bahawa gaji minimum dapat mempengaruhi
pertumbuhan ekonomi. Indikator indeks harga pengguna,kadar penyertaan
guna tenaga dan kadar pengangguran merupakan kayu pengukur dalam
mengukur keberkesanan dasar gaji minimum. Hasil analisis mendapati bahawa
indeks harga pengguna dan kadar penyertaan guna tenaga buruh memberi
impak positif dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun terdapat sedikit
kesan negatif dalam kadar pengangguran.
TUGASAN ULASAN ARTIKEL SEMESTER 2 SESI 2018/2019

RUJUKAN

1. Siti A’isyah Sukaimi dan Noor Atiqah Sulaiman.2018.Gaji minimum RM 1050

berkuat kuasa Januari 2019.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/374591/gaji-minimum-

rm1050-berkuat-kuasa-januari-2019

2. Namri Sidek.2018.Kesan Buruk dan Kajian Mengenai Kenaikan Gaji

Minimum Pekerja. https://iluminasi.com/bm/utopia-impian-kenaikan-gaji-

minimum-golongan-pekerja.html

3. Shafizan Johari.2018.Gaji naik,tapi cukup ke ?

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gaji-naik-tapi-cukup-ke-

166097

4. Muhammad Shahizam Tazali.2018.Menangani inflasi daripada perspektif

pengguna. http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/menangani-

inflasi-daripada-perspektif-pengguna-1.622934

You might also like