You are on page 1of 4

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

SPP20063
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TUGASAN KERJA KUMPULAN 1
TAJUK ; PENILAIAN PRESTASI &
PAMPASAN DAN FAEDAH PEKERJA

PENSYARAH

PUAN NOORHIDAYAH BT MOHD JAAFAR @ ABD RAHMA

NAMA NO. PENDAFTARAN


NURNASUHA BINTI SAMSUL KAMAL C02SPP21F016

NUR AIN MAISARAH BINTI JAZLAN C02SPP21F007

KELAS : SPP2
NYATAKAN ISU ATAU MASALAH YANG DIPAPARKAN DALAM KERATAN
ARTIKEL DI ATAS

 Masalah yang dipaparkan dalam keratan artikel di atas ialah gaji yang tidak
dibayar dan terdapat ramai pekerja telah diberhentikan kerja dalam tempoh
PKP
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kehidupan harian
penduduk negara sekarang ini bagaikan berubah 360 darjah. Jika sebelum ini
hampir setiap hari kita keluar untuk mencari rezeki, kini kebanyakan syarikat
menggunakan kaedah work from home seperti (bekerja dari rumah) bagi
mengurangkan penularan Covid-19. Dalam pada itu, ada juga syarikat yang
sedang berdepan dengan tempoh sukar sehingga menjejaskan pembayaran
gaji, malah lebih teruk ada yang mendakwa diberhentikan khidmat serta-
merta. Syed Hussain mengeluarkan penyataan bahawa Persekutuan Majikan-
majikan Malaysia (MEF) menegaskan, majikan tidak boleh memotong jumlah
cuti tahunan dan gaji bagi pekerja yang bekerja di rumah semasa
pelaksanaan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula Selasa
sehingga 14 Jun ini.

APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA ISU TERSEBUT


 PENULARAN pandemik Covid-19 sejak akhir tahun lalu telah memberi impak
besar terhadap ekonomi di seluruh dunia. Hampir semua negara pada ketika
ini mengalami kemelesetan ekonomi disebabkan pelaksanaan perintah
berkurung (lockdown) yang dibuat sebelum ini menyebabkan banyak sektor
ekonomi tergendala atau terhenti. Sepanjang PKP, banyak sektor ekonomi
yang sebelum ini menjana keuntungan besar yang telah mengalami kerugian
yang sangat besar antaranya perhotelan, pendidikan, penerbangan dan
pelancongan. Malah, terdapat syarikat-syarikat yang memilih untuk ‘gulung
tikar’ disebabkan sudah tidak mampu menampung kos operasi. Oleh hal Ini
majikan terpaksa membuang perkerja dan tidak membayar gaji

ADAKAH CADANGAN PERSEKUTUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA


(MEF) MEMBANTU ISI/MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PEKERJA?

 Cadangan yang telah diberikan oleh PERSEKUTUAN MAJIKAN MAJIKAN


MALAYSIA (MEF) amatlah membantu pekerja dan Situasi pekerjaan
sehingga hari ini terlihat masih terkawal. Isu ini juga telah dibawa perhatian
kepada menteri-menteri yang terlibat untuk meneliti dan melihat dari segi
bentuk bantuan yang diberikan kepada majikan dan pekerja yang terjejas.
Apa yang penting adalah, selain melindungi para pekerja kita, kerajaan juga
perlulah bertanggungjawab untuk menjamin daya tahan perniagaan. Kerajaan
sentiasa mendengar cadangan daripada pelbagai pemegang taruh,
memperhalusi dan meneliti rancangan-rancangan khas untuk mengurangkan
beban majikan.

APAKAH KEPUTUSAN YANG PATUT DIAMBIL OLEH PEKERJA DAN


MAJIKAN BAGI MENYELESAIKAN ISU TERSEBUT
 Memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan pekerja-pekerja atau
Kesatuan Sekerja yang mewakili mereka bersama sama dengan secepat
mungkin mengenai isu isu cuti tahunan dan gaji bagi pekerja yang bekerja di
rumah tersebut . Bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang lain atau
pemberhentian pekerja yang akan dilakukan oleh orang atasan ataupun
dibuang secara tiba-tiba pada pekerja yang telah diarahkan untuk melakukan
kerja dirumah disebabkan masalah pandemik tersebut. Agar dapat
dipertimbangkan masalah-masalah bagi pekerja-pekerja yang sedang
berkerja dirumah untuk tidak dikenakan ke atas masalah-masalah gaji mereka
yang akan dikurangkan atau mengikut sesuka hati yang menyebabkan tidak
kepuasan hati bagi hak pekerja

You might also like