You are on page 1of 22

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH

PUSAT PENDIDIKAN PROFESSIONAL


DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN


(SCCG3143)

TUGASAN 2

PREPARED FOR:
HASLINA HALIM

PREPARED BY:

NAMA : XXX
NO.MATRIK : XXX
KANDUNGAN

Page

1.0 Pendahuluan 2

2.0 Kebaikan Langkah Penswastaan Ke Atas Agensi-Agensi Awam Kerajaan 4

3.0 Keburukan Langkah Penswastaan Ke Atas Agensi-Agensi Awam 8

Kerajaan

4.0 Kesimpulan 11

5.0 Rujukan 12

6.0 Lampiran 13

1
1.0 PENDAHULUAN

Konsep Penswastaan merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan Malaysia

yang diswastakan oleh kerajaan negara. dasar ini diperkenalkan dengan mengutamakan

beberapa tujuan utama. Antaranya ialah, bagi meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat

yang kurang berdaya maju,. Sesetengah agensi pula amat menarik dan menguntung.

Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, kerajaan dikehendaki memainkan

peranan yang serius dalam pembangunan negara terutamanya di peringkat awal pasca-

kolonial. Pada masa itu, pihak kerajaan tercacri-cari formula dan pendekatan yang sesuai bagi

membengunkan negara. Ketika itu, pihak kerajaan ingin mempekenalkan beberapa dasar

pembangunan baru dalam negara. Usaha pihak kerajaan berterusan dengan pengenalan dasar-

dasar pembaharuan khusus era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sehingga kini.

Antara salah satu dasar yang memainkan peranan dalam pembaharuan pentadbiran di sektor

awam ialah Dasar Pensyarikatan Malaysia yang mana diikuti oleh pelaksanaan Dasar

Penswastaan.

Gerakan kea rah penswastaan dalam kalangan negara-negara yang sedang

membangun mungkin mewujudkan lebih tekanan. Terutamanya tekanan-tekanan luaran

seperti daripada penderma-pernderma antarabangsa dan agensi-agensi pemberi hutang

seperti, USAID dan bank antarabangsa. Begitu juga di Malaysia. Pasa permulaannya, Dasar

Penswastaan Malaysia tidak kurang munculnya pihak-pihak tertentumenyuarakan

kebimbangan, ketidaknyakinan, dan kritikan mereka terhadap dasar kerajaan tersebut.

Walaubagaimanapun, segala perkara tersebut tidak dipandang sebagai satu batu penghalang

kepada hasrat kerajaan untuk terus membangunkan negara ini.

2
Pada masa yang sama, setelah kerajaan melaksanakan penswastaan masih ada pihak

yang tidak memahami konsep, maksud, cara dan tujuan Dasar Penswastaan dengan

sepenuhnya. Tetapi, Tun Dr.Mahathir Ketika itu begitu komited sekali kepada satu

kepercayaan bahawa hubungan penswastaan sangat penting ke arah pencapaian pertumbuhan

ekonomi yang memberasangkan. Beliau turut percaya bahawa hanya melalui persokongkolan

antara sektor awam dan swasta, maka kemakmuran ekonomi dapat maju dengan pesat.

Konsep ini berkehendakkan unsur-unsur atau alat-alat perkhidmatan dan ekonomi

negara dapat mewujudkan kerjasama yang sepenuhnya supaya negara sebagai satu

keseluruhan dapat mewujudkan satu bentuk kerjasama yang mana kedua-dua pihak mendapat

faedah yang maksimum.

3
2.0 KEBAIKAN LANGKAH PENSWASTAAN KE ATAS AGENSI-AGENSI

AWAM KERAJAAN

Dalam perbincangan pelaksanaan penswastaan di Malaysia, tidak dapat lari daripada

kenyataan bahawa wujudnya perhubungan yang saling menyokong dalam kalangan sektor

awam dan swasta. Hal ini boleh juga dikatakan wujudnya suatu kerjasama antara kedua-dua

sektor iaitu sektor awam dan swasta. Usaha mengeratkan hubungan dan kerjasama antara

sektor awam dan swasta telah terus diperkukuhkan dalam tahun 1999.

Dari segi konsepnya, penswastaan merupakan pemindahan perkhidmatan dan fungsi

daripada sektor awam atau secara tradisinya dimiliki oleh kerajaan kepada sektor swasta. Di

Malaysia terdapat beberapa syarikat yang diswastakan dan sedang berjalan dengan lancar dan

berjaya. Sebagai contohnya syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Rapid KL, Telekom

Berhad, Pertronas Berhad, CIMB Bank dan sebagainya.

Dengan menggunakan dasar penswastaan ini negara Malaysia, telah mendapat

beberapa kebaikan keseluruhannya. Dasar penswastaan ini secara langsung telah memberi

beberapa faedah kepada rakyat dan juga kerajaan negara.

4
2.1 Menyediakan peluang pekerjaan

Konsep penswastaan yang melibatkan proses pemindahan agansi kerajaan sebagai

agensi swasta telah menyediakan dan membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat

Malaysia. Contoh situasi yang berlaku ialah, pekerja-pekerja yang tidak setuju dengan dasar

penswastaan pada mulanya, boleh memohon kekal dengan kerajaan tetapi dipindahkan ke

tempat yang baru. Pada ketika ini, mereka juga boleh memilih untuk berhenti dan mendapat

pampasan yang tinggi. Wang pampasan yang diperolehi tersebut boleh digunakan untuk

menjalankan perniagaan, menjadi usahawan baru dan sebagainya. Mereka yang berminat

unutk memulakan perniagaan atas nama sendiri atau yang berminat untuk mecuba dunia

perniagaan boleh menggunakan peluang ini. perkara ini boleh juga membantu negara kita

untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berkualiti dan berbakat. Mungkin selama ini

mereka tidak dapat memulakannya disebabka oleh ketidakcukupan modal. Dengan

menggunakan wang pampasan ini mereka boleh menjayakan keminatan masing-masing.

Selain itu, apabila mereka yang berminat berhenti dan memulakan kehidupan yang baru,

jawatan-jawatan tersebut akan menjadi kosong. Bagi melaksanakan tanggungjawab dan

tugasan tersebut kerajaan perlulah menjawat orang baru untuk jawatan tersebut. Dengan ini

rakyat tidak tidak memiliki kerja boleh menggunakan peluang ini. sebagai contohnya, baru-

baru ini MARA telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam talian

5
online. Ia membuka peluang untuk jawatan Pegawa Ehwal Ekonomi, Arkitek, Jurutera,

Pagawai Undang-undang dan sebagainya.

2.2 Memajukan Ekonomi Negara

Kemajuan ekonomi boleh dikategorikan sebagai matlamat utama konsep penswastaan

ini. Sejak awal 1980-an, Malaysia bergantung kepada sektor swasta sebagai penggerak utama

pertumbuhan ekonomi. Sebenarnya, Malaysia telah pun mendahului negara lain di dunia,

termasuk negara maju dalam memberi kepercayaan kepada sektor swasta. Pada ketika

permualaan dasar penswastaan, sektor swasta negara Malaysia masih muda dan tidak dapat

memberi sambutan terhadap cabaran yang diberi. Kemudian datang kemelesetan yang tidak

diduga serta menyulitkan dan tahun-tahun kelembapan. Walaubagaimanapun, sejak empat

tahun yang lalu, sektor swasta negara Malaysia sudah berkembang dan bermula bertindak

balas. Tambahan lagi, dasar ini mula membuahkan hasil untuk ekonomi negara. Tidak ada

negara yang boleh menolak formula yang berjaya. Dan negara ini tidak akan menolaknya.

Untuk jangkaan masa sektor swasta, terus bergantung padanya sebagai penggerak

pertumbuhan ekonomi. Kerajaan akan bersikap proaktif untuk memastikan pengurusan fiskal

dan kewangan yang sihat serta perjalanan ekonomi Malaysia yang lancar. Kerajaan akan

meningkatkan pembangunan infrastruktur fizikal yang diperlukan dan mewujudkan suasana

perdagangan yang baik – selaras dengan keutamaan sosialnya yang lain. Dan apabila perlu,

kerajaan tidak semestinya akan terikat sepenuhnya dengan iltizamnya untuk menarik diri

6
daripada peranan ekonomi, iaitu kerajaan tidak akan campurtangan. Kerajaan akan

memainkan peranan dengan teratur, bijaksana dan secara giat. Sebagai contohnya, pada

Januari 2020, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhamad berkata, kejayaan syarikat-

syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu meletakkan TNB sebagai satu daripada ‘success story’

dasar dan program penswastaan yang diperkenalkan sebelum ini.

2.3 Meninggikan Kecekapan dan Penghasilan Kerja

Kebaikan seterusnya yang dapat daripada dasar penswastaan ialah, ia dapat

meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja. Kecekapan dapat dipertingkatkan melalui

beberapa cara termasuk mewujud dan menggalakkan persaingan memberi insentif kepada

kakitangan dan menjauhkan syarikat-syarikat kerajaan daripada pengawasan politik serta

peraturan kerajaan. Sebelum memperkenalkan dasar penswastaan, sistem pembuangan

pekerja disebabkan oleh ketidak cekapan, masalah peribadi dan sebagainya tidak wujud.

Dengan adanya adanya dasar penswastaan, budaya perbandingan turut wujud. Maknyanya,

sekiranya seorang pekerja tidak dapat memberi tumpuan yang baik dalam pekerjanya

kemungkinan mereka boleh dibuang oleh syarikat berkenaan. Dengan ini, pekerja secara

automatic menjadi lebih rajin kerana mendapat kekal dalam pekerjaan tersebut dengan lebih

selamat. Tambahan pula, mereka juga berpeluang untuk mendapat kenaikan gaji,

penghargaan dan sebagainya. Dasar penwastaan ini juga membenarkan pekerja untuk bekerja

lebih masa dan bekerja lain di luar perkhidmatan. Selain daripada situasi ini, Pencapaian

7
kebanyakan daripada perusahaan awam yang terlibat dalam bidang perdagangan dan

perindustrian masih tidak memuaskan walaupun mereka mempunyai kedudukan

monopolistik dan menikmati berbagai sokongan Kerajaan. Dengan mengswastakan beberapa

perkhidmatan Kerajaan yang tertentu, serta dengan kepakaran dan peluang yang lebih baik

yang boleh di beri oleh pihak swasta, adalah dijangka perkhidmatan tersebut dapat di

tingkatkan dengan lebih baik lagi.

3.0 KEBURUKKAN LANGKAH PENSWASTAAN KE ATAS AGENSI-

AGENSI AWAM KERAJAAN

Dasar penswastaan ini bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam Malaysia. Ianya

telah ditubuhkan sejak 20 tahun yang lalu dan sudah banyak agensi kerajaan telah diwastakan

sebelumnya. Sebagai contohnya, jabatan bekalan elektrik dan jabatan bekalan air telah

diserahkan untuk meswastakan kepada negeri masing-masing. Dengan ini, dasar penswastaan

ini bukan sahaja membekalkan kebaikan sahaja. Maka, ia turut mengandungi beberapa

keburukan. Seperti yang telah dinyatakan, dasar penswataan turut mempunyai keburukan dari

segi perkhidmatan dan juga pengurusan.

3.1 Mengenakan kos yang tinggi

Syarikat penswastaan selalunya menggunakan teknologi yang tinggi. Hal ini

disebabkan oleh mereka sentiasa ingin untuk menyediakan perkhidmatan yang maju kepada

rakyat Malaysia. Dengan mengutamakan matlamat ini, mereka dikehendaki menyediakan kos

yang tinggi untuk meyediakan perkhidmatan. Mereka juga dikehendaki menyediakan latihan

8
kepada pekerja untuk membekalkan perkhidmatan yang tepat dan cepat kepada rakyat. Hal

ini memerlukan kos yang tinggi. Latihan mungkin dalam negara ataupun di luar negara bagi

mendapatkan perkhidmatan antarabangsa. Bagi menyediakan semua perkara yang telah

dinyatakan, mereka memerlukan wang sebagi modal. Seketika ini, mereka memohon bantuan

daripada kerajaan. Setelah bersedia dengan perkhidmatan yang maju, mereka pula

mengenakan harga tinggi bagi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Dengan ini, rakyat

berpendapat bahawa perkhidmatan penswastaan adalah memerlukan kos yang tinggi. Rakyat

yang berpendapatan rendah atau sederhana tidak mampu mendapatkan perkhidmatan yang

diperlukan pada kos yang telah dikenakan itu.

3.2 Aspek Sosial

Dengan mengamalkan dasar penswastaan ini, beberapa perkhidmatan di negara ini

telah dimonopolikan oleh beberapa syarikat tertentu. Sebagai contohnya, TNB, Telekom

Malaysia, Air dan sebagainya. Syarikat-syarikat tersebut telah pun menjadi pemonopoli bagi

sebahagian perkhidmatan secara kukuh. Dengan adanya syarikat monopoli, mereka hanya

memotifkan keuntungan selain daripada pekhidmatan yang baik. Mereka kadang kala tidak

mengambil kira masalah yang berpendapatan rendah. Disamping itu, di Malaysia lebih

mengamalkn konsep ‘1st come 1st served’. Peluang penswastaan telah dipilih berdasarkan

hubungan politik dan persendirian. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan berlakunya

penyelewengan kuasa dan rasuah. Seterusnya sikap dan integriti seorang pemimpin

9
dipertikaikan. Apabila sesuatu penswastaan berlaku, syarikat akan melakukan rombakan dan

pengubahsuaian operasi. Dalam hal ini, lebihan kakitangan akan dibuang bagi membolehkan

kos operasi dapat dikurangkan. Dalam keadaan seperti ini, ia juga menjejaskan kuasa beli

pengguna kerana kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Menyebabkan kebebasan dalam

bidang penyiaran dan penerbitan. Kewujudan televisyen dan radio swasta merancakkan lagi

bidang penyiaran negara dan majalah-majalah hiburan yang telah mempengaruhi minda

masyarakat. Penswastaan membawa kepada kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga

barangan dan perkhidmatan atas alasan ekonomi. Maka ia tidak mampu membasmi

kemiskinan malah meningkatkan pengangguran.

3.3 Menggugat kedudukan sektor awam yang sedia ada

Seperti yang dinyatakan di atas, perkhidmatan yang terdapat dalam syarikat

penswastaan adalah bagus. Mereka selalu mencuba untuk menyelesaiakn segala aduan atau

pemohonan rakyat dengan segera. Walaupun, syarikat penswastaan mengenakan kos yang

tinggi rakyat yang mampu bayar bayaran yang tinggi dariapda menunggu lebih lama akan

sokong syarikat penswastaan. Dengan ini, rakyat Malaysia berpendapat bahawa

perkhidmatan sektor awam adalah lambat dan membuang masa. Oleh itu, mereka lebih

berminat untuk mendapatkan perkhidmatan penswastaan. Daripada kelakuan ini, kedudukan

dan imej perkhidmatan awam tergugat dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini juga

membimbangkan imej kerajaan Malaysia dalam kalangan negara-negara lain.

10
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, matlamat Dasar Penswastaan telah pun dicapai dalam negara sejak

beberapa tahun dahulu. Kebanyakan perkhidmatan awam adalah monopoli semulajadi

(tulen), di mana harga tidak ditetapkan berdasarkan kriteria keuntungan semata-mata.

Perkhidmatan awam juga disediakan berdasarkan pertimbangan penting dari segi kebajikan

sosial dan sokongan politik. Sektor awam boleh diuruskan degan lebih cekap seperti

dibuktikan oleh beberapa negara asing dan negara kita sendiri. Selain itu, penswastaan belum

lagi boleh dibuktikan sbg solusi segala masalah dalam sektor awam. Memang tidak dinafikan

dasar penswastaan memberikan banyak manfaat, terutamanya bagi melicinkan tadbir urus

negara dan mengurangkan beban kewangan kerajaan. Namun, kaedah pelaksanaan dasar

penswastaan ini perlulah lebih mementingkan aspek-aspek keperluan individu dan kebajikan

rakyat, berbanding dengan matlamat mementingkan keuntungan semata-mata.

11
5.0 RUJUKAN

(2021). https://www.index.my/ : Senarai Syarikat GLC Tahun 2021/2022.

https://ms.wikipedia.org/ : Penswastaan di Malaysia

Ayushifarhana (2015). http://ayusyifarhana.blogspot.com/: Kebaikan Dan Keburukan Dasar

Penswastaan.

Jamil Salih (2013). http://cgpengajianam.blogspot.com/ : Nota Pengajian Am, Pengajian

Malaysia, Pengajian Sosial

https://www.epu.gov.my/: Dasar Penswastaan

Bernama (2020). https://www.sinarharian.com.my/: TNB berjaya kerana Dasar Penswastaan

Negara: Tun M

(2020). https://www.pmo.gov.my/: Dasar Utama Ekonomi Sektor Awam

Ahmad Atory Hussai (1998). Reformasi pentadbiran di Malaysia.

Roshan Thiran (2018). https://www.utusanborneo.com.my/ : Masalah Biasa Yang Dihadapi

Organisasi Dan Cara Mengatasinya

Plunkett’s Energy Industry Alwanac (2007). Plunkett Reseach Ltd. Kamus Dewan Edisi

Keempat.

12
6.0 LAMPIRAN

Senarai Syarikat GLC Tahun 2021/2022


by AdminPosted onJanuary 1, 2021

SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT YANG DIKUASAI OLEH


BUMIPUTRA/KERAJAAN

[ KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG | KERJA KOSONG KERAJAAN |


CAREER AT GLC | JOBS VACANCY AT GLC | VACANCIES AT GLC |
JOBSMALAYSIA  | IKLAN JAWATAN KOSONG | BORANG JAWATAN
KOSONG | TEMUDUGA JAWATAN KOSONG ]

1.MAYBANK BERHAD
2.TELEKOM MALAYSIA BERHAD
3.PETRONAS BERHAD
4.TENAGA NASIONAL MALAYSIA BERHAD (TNB)
5. PUAS BERHAD
6.SYABAS BERHAD
7.GAMUDA BERHAD
8.IJM BERHAD
9. ZELAN BERHAD (FORMERLY TRONOH BERHAD)
10.METACORP BERHAD
11.DRB-HICOM BERHAD
12.EON BERHAD
13.EON BANK

13
14.CIMB BANK
15.AMMBANK
16.MODENAS BERHAD
17.TRADEWINDS BERHAD (FORMERLY PERNAS)
18.KLCC PROPERTIES BERHAD
19.PERBADANAN PUTRAJAYA BERHAD
20.LANDMARKS BERHAD (PEMILIK SG WANG PLAZA)
21.NAZA GROUP OF CAMPANIES

Penswastaan di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Penswastaan di Malaysia merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan
Malaysia yang telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diperkenalkan
bagi meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju.
Sesetengah agensi kerajaan pula amat menarik dan menguntung . Kerajaan tidak
perlu meminjam dari sumber luar untuk meningkatkan sumber kewangan kerana
pelabur tempatan sendiri boleh melabur dalam syarikat yang diswastakan.
Biasanya agensi ini menyediakan utiliti utama seperti pengangkutan,
bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan lain-lain. Kerajaan Malaysia mengambil
teladan dari negara Barat terutama Britain yang mengamalkan dasar itu sejak sekian
lama.
Persaingan akan meningkatkan kecekapan dan kerajaan tidak akan dipersalahkan
jika kelemahan berlaku. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr Mahathir
Mohamad lebih percaya kepada perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak
swasta. Syarikat multinasional atau gergasi ini akan menjadi penaung kepada
syarikat yang lebih kecil .
Peluang pekerjaan juga akan bertambah , dinamik dan mudah alih. Pekerja yang
tidak setuju dengan dasar itu, boleh memohon kekal dengan kerajaan tetapi
dipindahkan ke tempat yang baru. Mereka juga boleh memilih untuk berhenti dan
mendapat pampasan yang tinggi. Wang pampasan boleh digunakan untuk
menjalankan perniagaan , menjadi usahawan baru.
Selama ini kerajaan tidak dapat membuang pekerja yang tidak cekap. Dengan dasar
penswastaan ini, pekerja secara automatik menjadi lebih rajin kerana mendapat
bayaran gaji yang tinggi. Mereka boleh kerja lebih masa dan bekerja lain di luar
perkhidmatan.
CEO dan staf akan lebih bertanggungjawab kerana syarikat itu milik mereka. Mereka
ada syer di dalamnya. Semasa penswastaan dilaksanakan, sejumlah saham
diberikan kepada CEO dan semua staf secara percuma atau saham istimewa.
Dasar dan program penswastaan telah memainkan peranan penting dalam
mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelabuaran yang lebih besar dan
yang membawa kepada pengembangan sektor korporat. Pertumbuhan juga berlaku
menerusi peningkatan kecekapan kerana lebih banyak output dapat dihasilkan

14
melalui penggunaan sumber yang lebih kecil. Program penswastaan telah memberi
kesan gandaan keapda ekonomi negara.
Walaupun objektif penswastaan bukanlah untuk mendapatkan hasil, program-
program ini telah memberi sumbangan pendapatan yang banyak kepada Kerajaan
daripada penjualan aset dan ekuiti.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DASAR


PENSWASTAAN

Dasar penswastaan merupakan agenda besar-besaran dunia sejak diperkenalkan lebih 20


tahun lalu oleh kuasa kapitalis dunia iaitu Amerika Syarikat dan Britain. Dasar ini
diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu Presiden Amerika Syarikat,
Ronald Reagan dan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan
organisasi-organisasi seperti Bank Dunia, Tabung Dana Antarabangsa, IMF dan Bank
Pembangunan Asia, dasar ini berjaya memberi faedah yang besar kepada kerajaan yang
melaksanakannya termasuklah dari segi pendapatan negara dan keutuhan politik. Dasar
penswastaan  adalah fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan
kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa
membuat keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau
pemilik baru organisasi awam. Malaysia menjadi antara negara terawal melaksanakan dasar
ini di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dasar penswastan bukan sahaja mengaandungi kelebihan , malah tidak kurang juga dengan
kelemahannya yang tersendiri.

Antara kelebihan Dasar penswastaan ialah :


1)      Membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat
2)      Rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan teratur.
3)      Memberikan peluang kepada pekerja untuk memiliki saham sesuatu organisasi
4)      Peluang yang lebih baik untuk peningkatan dalam kerjaya
5)      Pengguna dapat membayar perkhidmatan yang disediakan oleh agensi yang diswastakan
dengan bayaran yang murah kerana mempunyai persaingan antara syarikat.

15
6)      Pekerja diberikan kelebihan dari segi skim gaji berbanding dengan sektor kerajaan

Antara kelemahan Dasar penswastaan ialah :


1)      Mewujudkan eksploitasi antara pihak swasta kepada pengguna .
2)      Rakyat akan terbeban dari segi kewangan akibat daripada sesetengah pihak swasta yang
mahukan keuntungan.

3)      Meggugat kedudukan sektor awam yang sedia ada.

Nota Pengajian Am, Pengajian


Malaysia
Dasar Penswastaan
Latarbelakang 
Pengswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai
pertengahan tahun 1983 apabila Y.A.B. Perdana Menteri melancarkan Dasar
Persyarikatan Malaysia yang juga telah menyentuh peranan pihak swasta dalam
pembangunan dan pengurusan negara.
Pengswastaan adalah bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization),
iaitu satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan Kerajaan dalam
ekonomi. Pada dasarnya, pengswastaan melibatkan beberapa kepentingan atau
pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
 
Rasional
Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan perasmian conference The Securities
Industri in Malaysia pada 28hb April, 1984 menyatakan....  Goverment the
world over are notorious for inefficiency when running enterprises, even aided
by monopoly and the authority of Government. On the other hand, the private
sector is better motivated and generally more efficient. It is hoped that
privatisation will improve the economic and general performance of the
services, resulting in a more rapid growth of the nation as a whole'.
Sektor Awam bukan sahaja terlibat dalam menyediakan dasar utama dan
menentukan arah dan penyediaan perkhidmatan tetapi telah juga terlibat secara
aktif dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di Malaysia. Saiz sektor awam
telah berkembang dengan begitu pesat sekali dalam 10 tahun yang lalu.
Perbelanjaan sektor awam  telah meningkat dengan begitu besar sekali dari 28%
pada tahun 1975 kepada 36% pada tahun 1982 dan ini merupakan satu beban
kewangan yang besar untuk ditanggung oleh Kerajaan.
Keadaan ekonomi meleset juga menjadi faktor-faktor utama yang membawa
kepada Dasar Pengswastaan ini diperkenalkan.

16
 
o

DASAR PENSWASTAAN
Sejarah Program Penswastaan
Dasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara oleh
Kerajaan pada tahun 1983. Ia melambangkan pendekatan baru dalam dasar
pembangunan negara dan ia melengkapkan dasar negara yang lain seperti dasar
Penswastaan Malaysia, yang dibangunkan untuk memberi penekanan ke atas
pertambahan peranan sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan ekononomi negara,
mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan, mengurangkan campur
tangan Kerajaan di dalam ekonomi, merendahkan tahap dan skop perbelanjaan
awam dan membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan
memperbaiki keberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan
Negara. Berkenaan dengan pemilikan kekayaan, dasar penswastaan membentuk
bahagian strategi Kerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif Bumiputera
dalam sektor korporat untuk memperbetulkan ketakseimbangan di dalam penyertaan
sektor korporat. Entiti yang diswastakan patut memperuntukkan 30% dari ekuitinya
kepada Bumiputera. Penyertaan warga asing di dalam entiti yang diswastakan
terhad kepada maksimum 25% dari saham modalnya.
Perlaksanaan

Dalam melaksanakan dasar ini, Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan dari masa
ke semasa untuk menerangkan kepada orang awam tujuan dan kandungan dasar
dan juga untuk memastikan orang awam dimaklumkan. Untuk memastikan usaha
penswastaan disalurkan kepada bahagian keutamaan yang bersesuaian untuk
mengoptimumkan impak perlaksanaan dasar dalam bentuk pencapaian objektif-
objektif dasar, Kerajaan telah menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia
(PMP) pada tahun 1991 diikuti dengan Garis Panduan Penswastaan. Pelan Induk
menerangkan perlaksanaan dasar dan juga pencapaian kemajuan dan
mengemukakan arah masa depan program itu.
Garis Panduan Penswastaan menerangkan secara terperinci, di antara butir-butir
lain, objektif dasar, kaedah yang digunakan dan jentera perlaksanaannya. Beberapa

17
kemajuan telah dihasilkan semenjak dasar itu pertama kali diumumkan. Beberapa
perubahan penting telah diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk pindaan pelbagai
undang-undang bagi membolehkan penswastaan berlaku dan memulakan kajian
untuk membantu melakarkan Pelan Induk penswastaan.

TNB berjaya kerana Dasar Penswastaan Negara: Tun M

KUALA LUMPUR - Kejayaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih pelbagai

pengiktirafan adalah kerana berani melakukan perubahan walaupun dianggap melawan arus.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kejayaan syarikat berkaitan kerajaan

(GLC) itu meletakkan TNB sebagai satu daripada 'success story' dasar dan program

penswastaan yang diperkenalkan sebelum ini.

"Bank Dunia dalam laporannya, 'Doing Business 2020' menyatakan bahawa Malaysia kekal

dua tahun berturut-turut di tangga keempat bagi urusan mendapatkan elektrik. Laporan Bank

Dunia itu menilai 190 negara/ekonomi dan pencapaian kita adalah satu lonjakan besar

berbanding pertama kali dinilai dari segi mendapatkan bekalan elektrik pada 2011, yang

mana kita berada di tangga ke-60.

"Kejayaan ini telah secara langsung mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi

pelaburan yang lebih besar dan membawa kepada perkembangan sektor korporat," katanya

ketika berucap merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur di Ibu Pejabat TNB di sini hari

ini.

18
Turut hadir, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee

Yin; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif

TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/66167/BERITA/Nasional/TNB-

berjaya-kerana-Dasar-Penswastaan-Negara-Tun-M

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Dasar Utama Ekonomi Sektor Awam


Beberapa Dasar Utama Ekonomi Sektor Awam Untuk Jangkaan Masa Depan

Sejak awal 1980-an, kita menekankan bahawa negara ini akan bergantung pada sektor
swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi. Kita sebenarnya sudah
mendahului negara lain di dunia,termasuk negara maju dalam memberi kepercayaan
kepada sektor swasta.

Dalam tahun-tahun yang awal, sektor swasta kita yang masih muda tidak dapat
memberi sambutan terhadap cabaran yang diberi. Kemudian datang kemelesetan yang
tidak diduga serta menyulitkan dan tahun-tahun kelembapan. Bagaimanapun, sejak tiga
tahun lalu, sektor swasta kita sudah berkembang dan mula bertindak balas. Dasar ini
mula membuahkan hasil. Hasilnya pada 1988, pertumbuhan kita dalam nilai sebenar
ialah 8.9 peratus; pada 1989, 8.8 peratus; pada 1990, 9.4 peratus tanpa pertambahan
belanjawan Keraiaan. “Ekonomi Harimau Timur Laut Asia” pun tidak dapat berbuat
demikian. 

Tidak ada negara yang boleh menolak formula yang berjaya. Dan negara ini tidak akan
menolaknya. Untuk jangkaan masa sektor swasta, terus bergantung padanya sebagai
penggerak pertumbuhan ekonomi. 

Pada masa yang sama, kerajaan akan terus mengurangkan tahap pembabitannya
dalam bidang pengeluaran ekonomi dan perdagangan. Negara sudah tentu tidak boleh
berundur sepenuhnya daripada kehidupan ekonomi Malaysia. Kerajaan tidak boleh
melucutkan tanggungjawabnya untuk mengawal dan memperuntukkan rangka kerja
undang-undang dan peraturan untuk pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat. 

Kerajaan akan bersikap proaktif untuk memastikan pengurusan fiskal dan kewangan
yang sihat serta perjalanan ekonomi Malaysia yang lancar. Kerajaan akan meningkatkan
pembangunan infrastruktur fizikal yang diperlukan dan mewujudkan suasana

19
perdagangan yang baik – selaras dengan keutamaan sosialnya yang lain. Dan apabila
perlu, kerajaan tidak semestinya akan terikat sepenuhnya dengan iltizamnya untuk
menarik diri daripada peranan ekonomi, iaitu kerajaan tidak akan campurtangan.
Kerajaan akan memainkan peranan dengan teratur, bijaksana dan secara giat. 

Masalah Biasa Yang Dihadapi


Organisasi Dan Cara Mengatasinya
  2018-08-06T00:29:42+08:00

Di tempat kerja, hampir semua orang boleh memberitahu anda tentang masalah yang
timbul dan siapa yang patut dipersalahkan. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan
kes, ramai yang akan membisu apabila ditanya, dan kerap kali, yang dipersalahkan
adalah sang pemimpin.
Sebagai pemimpin perniagaan, saya teringin sekali untuk membela nasib pemimpin lain
dan menyarankan bahawa sebahagian daripada tanggungjawab itu terletak pada mereka
yang berada di luar lingkungan barisan kepimpinan.

20
Ini kerana apabila kelihatan seperti tiada isu-isu yang mendesak, pemimpin tidak tahu-
menahu jika ada yang tidak kena pada mulanya. Tetapi ini tidak menidakkan seseorang
pemimpin daripada memikul tanggungjawab sepenuhnya.

21

You might also like