You are on page 1of 3

Pendahuluan

Mengikut Kamus Dewan Bahasa Melayu edisi keempat , pengangguran bermaksud suatu
keadaan seseorang tidak mempunyai pekerjaan . Mengikut kepada statitstik yang dihasilkan oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia berdasarkan Survei Tenaga Buruh yang dilaksanakan oleh
DOSM , pengangguran pada bulan Mei 2022 terus menurun kepada 637.7 ribu orang dan
merekodkan kadar pengangguran pada 3.9 peratus. Pengangguran merupakan fenomena biasa
yang berlaku apabila seseorang pelajar baru tamat belajar ataupun seorang pekerja berpindah
kepada tempat kerja yang lain . Namun begitu , ia merupakan suatu perkembangan yang tidak
baik untuk pertumbuhan ekonomi negara terutama bagi negara yang masih berada di status
“Negara yang sedang membangun” serta memberikan impak yang negatif kepada masyarakat
setempat . Oleh itu , isu pengangguran ini perlulah diatasi dengan segera agar masalah ini dapat
dibendung .

Isi 1 (kesan kepada masyarakat)


Kesan negatif pengangguran yang paling mudah dilihat ialah kesan kepada masyarakat . Hal
ini dikatakan demikian kerana , kadar pengangguran yang tinggi di suatu kawasan sering
mendorong kepada kadar kemiskinan yang lebih tinggi. Komuniti yang mempunyai kadar
pengangguran yang lebih tinggi berkemungkinan mempunyai kekurangan peluang pekerjaan dan
kawasan perumahan berkualiti rendah. Akses kepada pengangkutan awam juga menjadi lebih
terbatas dan perkhidmatan awam serta sekolah pula kurang berkualiti..

Isi 2 (kesan kepada negara)


Kesan pengangguran kepada negara juga dapat dilihat melalui kemunduran dalam
pembangunan negara . Hal ini dikatakan demikian kerana apabila isu pengangguran berlaku ,
secara tak langsung ia akan menjejaskan sektor ekonomi yang lain . Hal ini terbukti apabila
kewujudan pengangguran berlaku akibat penggunaan pekerja yang tidak maksimum . Hal ini
secara tidak langsung telah menjadikan negara berkembang secara tidak pesat . Seiring dengan
pembangunan yang perlahan , berlaku juga kemerosotan ekonomi negara . Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila seseorang individu tidak bekerja , beliau sudah pasti tiada pendapatan .
Oleh itu , kuasa membeli individu tersebut semakin menurun menyebabkan beliau tidak mampu
membeli atau menyalurkan wang tersebut ke dalam negara . Hal ini telah menjadikan ekonomi
negara semakin merosot secara perlahan – lahan .
Isi 3 (Menghasilkan graduan yang menepati keperluan industri)
Untuk memastikan pengangguran tidak berlaku dalam kalangan graduan, universiti atau kolej
perlu menghasilkan graduan yang menepati keperluan industri di Malaysia. Isu yang dihadapi
oleh pihak industri adalah golongan graduan yang mencari kerja tidak mempunyai latar belakang
atau pengetahuan yang sama dengan keperluan mereka. Kos dan masa menjadi satu perkara yang
sukar untuk diberikan sekiranya mereka ingin melatih graduan lepasan universiti. Sebaliknya
pengenalan program seperti pengajian dua tahun di universiti dan dua tahun bersama industri
secara praktikal wajar dilaksanakan. Usaha ini bukan sahaja memudahkan pihak industri untuk
mendapatkan tenaga pekerja tetapi juga membantu universiti atau kolej kekal relevan untuk
masyarakat sertai supaya masa hadapan mereka terjamin. Tegasnya, masalah pengangguran
boleh diselesaikan dengan menghasilkan graduan yang menepati kehendak industri di Malaysia.

Isi 4 (Menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan di peringkat kerajaan)

Dari sudut pandang yang berlainan, pengangguran pekerjaan boleh dielakkan dengan
menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan di peringkat kerajaan atau pihak berkuasa.
Kakitangan awam adalah tunjang kepada pentadbiran dan kejayaan sesebuah negara. Kerajaan
mempunyai sumber kewangan yang boleh diperluaskan berbanding industri yang bergantung
kepada produk yang dihasilkan. Apabila ramai penjawat awam dilantik secara tetap, pasti
perkhidmatan awam yang diaturkan oleh kerajaan bertambah baik. Kesannya, masyarakat akan
hidup lebih selesa dan bertambah produktif sehingga boleh meningkatkan ekonomi negara.
Tetapi sebaliknya yang berlaku di Malaysia dimana sebahagian emolumen yang mampu dibiayai
oleh kerajaan dibazirkan kepada lantikan politik yang sementara dan juga masalah pemberian
rasuah. Natijahnya, pengangguran yang berlaku di Malaysia boleh dibendung dengan
memberikan peluang pekerjaan di peringkat kerajaan atau pihak berkuasa seperti anggota polis,
bomba dan tentera.
Isi 5 (Membantu perkembangan perusahaan kecil dan sederhana)

Usaha seterusnya yang seharusnya dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengurangkan masalah
pengangguran ialah dengan membantu perkembangan perusahaan kecil dan sederhana. Hal ini
dikatakan demikian kerana kita tidak boleh bergantung hanya kepada pelabur asing yang datang
melabur ke negara kita. Jika satu hari mereka mengambil keputusan untuk menarik pelaburan,
maka ramai yang akan dibuang kerja. Oleh itu, dengan menyokong perkembangan usahawan
tempatan, ia bukan sahaja dapat memberikan peluang pekerjaan tetapi juga meningkatkan daya
upaya tenaga kerja tempatan. Pemberian pakej ransangan seperti pengecualian cukai, skim
pengambilan kerja anak tempatan dan bimbingan kemahiran antara langkah yang boleh dibuat.
Cadangan ini mapu menjadi batu loncatan kepada perusahaan tempatan untuk terus berkembang
dan menjadi syarikat yang dikenali di seluruh pelusuk dunia. Izharnya, membantu perusahaan
kecil dan sederhana tempatan boleh mengurangkan masalah pengangguran di dalam negara.

Penutup .

Kesimpulannya, banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi maslah


pengangguran di Malaysia. Mutakhir ini, kita boleh lihat ramai di kalangan masyarakat yang
mengambil keputusan untuk tidak menyambung pengajian di peringkat tinggi. Sebaliknya
mereka terus berkecimpung dalam arena kerjaya yang mereka minati kerana pengalaman yang
diperoleh adalah lebih baik untuk diri mereka berbanding mengambil pengajian di universiti atau
kolej yang mengenakan yuran yang mahal. Justeru, setiap pihak perlu berganding bahu mencari
jalan penyelesaian kepada kemelut yang sedang kita hadapi. Negara Malaysia merupakan sebuah
negara yang mempunyai banyak potensi jika dibandingkan dengan negara jiran yang lebih
berjaya seperti Singapura dan Indonesia.Jika setiap pihak berusaha menangani isu ini , sudah
pasti kita mampu menyaingi negara negara yang berada dalam status “negara maju”.

You might also like