You are on page 1of 3

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM R A STPM

EN. SEZALI DIN


METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Analisa Soalan Percubaan Pengajian Am STPM Penggal 1 (U) Negeri-Negeri 2016/2017 – BAHAGIAN C

¬ Latihan PECUTAN TERAKHIR ¬


Bil Soalan Catatan
1. Penyediaan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai oleh pelbagai
agensi kerajaan mendatang pelbagai manfaat. Namun demikian perkhidmatan tersebut
tidak dapat lari daripada beberapa masalah.
Bincangkan.
2. Kita harus menerima hakikat bahawa pengambilan pekerja warga asing banyak
mendatangkan manfaat kepada negara. Walau bagaim anapun kehadiran mereka yang
terlalu ramai juga membawa pelbagai masalah kepada negara.
Bincangkan.
3. Perniagaan atas talian mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada
masyarakat pengguna dan peniaga di negara ini. Namun demikian, perniagaan cara
tersebut juga berhadapan dengan pelbagai risiko.
Jelaskan.
è Dipetik daripada soalan SMK Syed Hassan, Kangar, PERLIS. PERLIS
4.

5.

6.

KEDAH
7. Pengaruh globalisasi turut dirasai oleh negara terutama dalam aspek sosial kehidupan
masyarakat hari ini.
Bincangkan.
8. Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ternyata banyak memberikan
manfaat. Namun begitu, jika tidak diurus dengan cekap akan menjejaskan ekonomi
negara.
Bincangkan.
9. Isu perdagangan manusia dikatakan semakin meningkat di Malaysia. Hal ini boleh
menjejaskan kedaulatan negara.
Bincangkan.
è Dipetik dan diubahsuai daripada soalan SMK St. George, PULAU PINANG PULAU PINANG
10. Tadbir urus yang baik (good government) menjadi petunjuk prestasi (KPI) kerajaan dalam
sistem pentadbiran di Malaysia.
Bincangkan pelaksanaan tadbir urus yang baik dan kepentingannya.
11. Keluarga bahagia penting kepada kehidupan yang sejahtera. Pelbagai langkah perlu
diambil untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Bincangkan.
12. “Konvesyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semulajadi Dunia” telah memilih beberapa
negeri di Malaysia sebagai lokasi Tapak Warisan Dunia.
Bincangkan kepentingan tapak warisan ini dan risiko yang dihadapi dalam usaha
mengekalkan status tersebut.
è Dipetik daripada soalan daerah Hilir, PERAK, SMK Gopeng PERAK
13. Memantapkan integriti adalah antara cabaran utama dalam tadbir urus baik dan cabaran
ini perlu ditangani secara bijak oleh kerajaan bagi memastikan sistem pentadbiran awam
sentiasa cekap dan berintegriti.
Bincangkan.
14. Persediaan tadbir urus yang mencukupi untuk kakitangan awam perlu dilakukan bagi
membolehkan Malaysia mendapat manfaat daripada globalisasi.
Bincangkan.
15. Jenayah pemerdagangan manusia memberi kesan dan perlu ditangani segera kepada
masyarakat dan negara. Hal ini memerlukan tindakan yang wajar untuk membanterasnya.
Bincangkan.
è Set 1 SELANGOR

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
1
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM R A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

16. Tahap pendidikan yang rendah bukanlah faktor utama golongan miskin bandar semakin
meningkat saban tahun.
Bincangkan.
17. Ancaman jenayah indeks pada m asa ini mampu menggugat pertahanan negara dan
memerlukan usaha untuk menanganinya.
Jelaskan.
18. Pengangguran dalam kalangan belia bukanlah semata-mata disebabkan kekurangan
peluang pekerjaan, namun terdapat sebab yang lain juga. Hal ini jika berterusan boleh
menyebabkan kerugian kepada negara.
Bincangkan.
è Set 2 SELANGOR
19. Kewujudan kerajaan elektronik penting kepada masyarakat dan negara. Pelbagai langkah
perlu dilaksanakan bagi melancarkan pelaksanaan e-kerajaan dalam tadbir urus negara.
Jelaskan.
20. Perubahan sistem kehidupan masyarakat di Malaysia pada masa ini mengancam
perpaduan dan integrasi kaum. Pelbagai punca yang mengakibatkan berlakunya
perubahan ini.
Bincangkan.
21. Amalan pemakanan tidak sihat penyumbang kepada ancaman tahap kesihatan dalam
kalangan penduduk di Malaysia.
Bincangkan.
è SMK Sultan Alauddin, MELAKA MELAKA
22. Kenaikan harga barang semakin membebankan rakyat, kerajaan perlu mengambil inisiatif
untuk membendung kenaikan harga barang.
Huraikan.
23. Selain daripada kemudahan untuk pembelajaran, teknologi maklumat dan komunikasi
memberi banyak faedah kepada remaja.
Ulaskan.
24. Tadbir urus yang baik dapat memberi pelbagai manfaat kepada negara dan rakyat.
Bincangkan.
NEGERI SEMBILAN
25. Integriti ialah asas kepada sebuah tadbir urus yang baru. Terdapat pelbagai faktor yang
menjejaskan integriti dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengukuhkannya.
Bincangkan.
26. Integrasi nasional penting untuk memupuk hubungan yang lebih erat antara penduduk
Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bincangkan.
27. Harga rumah yang terlalu tinggi merupakan antara faktor individu gagal memiliki rumah.
Jelaskan.
PAHANG
28. Kekurangan integriti dalam kalangan penjawatan awam telah menimbulkan pelbagai
kesan kepada perkhidmatan awam. Beberapa kelemahan dalaman telah dikenalpasti
sebagai faktor yang boleh menjadi sebab kurangnya integriti dalam kalangan penjawat
awam.
Bincangkan.
29. Perkhidmatan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% yang diumumkan
baharu ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada kerajaan dan negara namun
terdapat pelbagai masalah disebalik pelaksanaannya.
Bincangkan.
30. Peningkatan penggunaan internet merupakan antara penyebab berleluasanya kejadian
jenayah siber di negara kita.
Bincangkan.
KELANTAN
31. Pendatang tanpa izin (PATI) yang semakin meningkat menjadi ancam an kepada
keselamatan negara terutamanya terhadap masyarakat dan negara.
Jelaskan.
32. Ramai yang berpendapat bahawa ruma yang dibina terlalu mahal harganya di bandar-
bandar besar menyebabkan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak
berkemampuan memiliki kediaman sendiri.
Bincangkan.

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
2
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian AM R A STPM
EN. SEZALI DIN
METAFORA TRAINING AND CONSULTANT
Tel : 012-4425241
blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

33. Pengabaian semangat kejiranan memberi kesan terhadap kehidupan bermasyarakat.


Pelbagai pihak perlu mewujudkan peranan untuk memupuk semangat ini agar dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Bincangkan.
TERENGGANU
34. Aktiviti pemerdagangan manusia m erupakan perbuatan jenayah yang memberi kesan
negatif kepada negara menyebabkan kerajaan telah melakukan segala langkah yang perlu
untuk membanterasnya.
Bincangkan.
35. Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% yang dikenakan oleh
kerajaan telah memberi impak positif kepada negara, namun menimbulkan masalah lain
pula kepada pengguna.
Ulaskan.
36. Kejatuhan harga minyak mentah global bukanlah satu-satunya faktor ketidaktentuan
ekonomi negara. Namun demikian, kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif
untuk mendepani masalah ini.
Huraikan.
JOHOR
37. Amalan makanan dan pemakanan yang tidak sihat menyebabkan pelbagai penyakit
berbahaya. Namun begitu, faktor-faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Bincangkan.
38. Tranformasi dalam perkhidmatan awam penting bagi mewujudkan perkhidmatan yang
lebih berkualiti. Beberapa langkah perlu dilaksanakan bagi m encapai matlamat tranformasi
ini.
Bincangkan.
39. Kadar inflasi memberi kesan kepada pembangunan ekonomi negara. Kerajaan harus
mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.
Bincangkan.
è SMK Kuhara, Tawau, SABAH SABAH
40. Ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) merupakan salah satu isu yang
boleh mengancam kedaulatan negara di samping beberapa bentuk ancaman lain.
Bincangkan.
41. Kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini kebelakangan ini mendatangkan
pelbagai kesan kepada negara dan masyarakat setempat.
Huraikan langkah-langkah menangani masalah kebanjiran PATI di negara ini.
42. Elemen-elemen integriti untuk peningkatan kualiti kerja telahpun lama diterapkan ke dalam
Perkhidmatan Awam melalui pelbagai program yang dilangsungkan. Namun, masalah
melibatkan integriti masih menjadi musuh utama negara. Pelbagai faktor telah dikenal
pasti menjadi penyumbang dalam menjejaskan integriti sesebuah organisasi.
Bincangkan.
è SMK Agama Sibu, SARAWAK SARAWAK

Dipetik dan diubahsuai


Cikgu SEZALI BIN DIN
13/10/2016
1991 ~ 2016

_____________________________________________________________________________________________
AWAS !!!
3
Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T.
@ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT.

You might also like