You are on page 1of 5

PENGAJIAN AM ( 900/ 1)

Kerja Rumah Masa Cuti ( 18.12.2020 – 20.01.2021 )

Nama:
Ting :
Arahan : 1. Nyatakan kehendak setiap soalan di bawah.
2. Buat draf idea / isi utama setiap soalan.

Soalan Esei
Bil Topik
1 Banyak masalah yang melibatkan golongan remaja masa kini berlaku disebabkan pelbagai faktor
dalaman. Hal ini mengundang banyak kesan negatif. Huraikan pernyataan ini.
2 Kemasukan pendatang tanpa izin menimbulkan pelbagai kesan sosial kepada Malaysia. Justeru,
pelbagai pihak perlu mengambil langkah utk mengatasi kemasukan pendatang asing ini. Jelaskan
3 Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam menangani masalah penderaan kanak-kanak,
namun kes ini masih meningkat. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan kes ini terus
berleluasa dalam negara kita
4 Pelbagai punca dikenal pasti berlakunya jenayah siber. Oleh itu, langkah-langkah berkesan
menangani gejala ini wajar dilaksanakan untuk mewujudkan persekitaran hidup yang selamat.
Huraikan
5 Kerajaan dan rakyat mempunyai tanggungjawab dalam usaha mengatasi kemelesetan
ekonomi. Bincangkan

6 Kenaikan harga barang semakin membebankan yang rakyat. Kerajaan perlu mengambil
inisiatif untuk membendung kenaikan harga barangan. Huraikan

7 Selain daripada kemudahan untuk pembelajaran, teknologi maklumat dan komunikasi memberi
banyak faedah kepada remaja. Ulaskan
8 Tadbir urus yang baik dapat memberi pelbagai manfaat kepada negara dan rakyat. Bincangkan
9 Perkembangan teknologi maklumat telah mencetuskan era globalisasi yang membawa kepada
pelbagai faedah kepada ekonomi Malaysia. Namun demikian, tanpa persediaan yang mencukupi
cabaran ini membawa kesan negatif kepada ekonomi negara
10 Kementerian Kesihatan telah mengambil inisiatif untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya
obesiti melalui media massa. Walau bagaimanapun, masalah obesiti tetap wujud. Bincangkan
11 Amalan pemakanan yang tidak sihat bukannya punca utama wujudnya pelbagai penyakit pada
masa kini. Sebaliknya terdapat pelbagai faktor lain yang menyebabkan manusia terdedah kepada
pelbagai penyakit. Bincangkan
12 Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada
rakyat dan negara. Namun demikian, kepesatan pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan
nilai mulia kemanusiaan. Jelaskan
13 Dasar melaksanakan transformasi dalam perkhidmatan awam sememangnya perlu dilakukan
oleh kerajaan selaras dengan usaha mewujudkan perkhidmatan awam yang berkualiti. Pada
pandangan anda, apakah rasional pelaksanaan Dasar Transformasi tersebut dan cadangkan
langkah- langkah untuk memperkasakan perkhidmatan kerajaan
14 Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan wajar dimartabatkan. Selain penggunaan
bahasa kebangsaan di peringkat perundangan, pelbagai langkah boleh diambil bagi
memartabatkan dan mendaulatkannya
15 Masalah kemerosotan disiplin pelajar kebelakangan ini boleh memberikan kesan negatif.
Huraikan cabaran yang dihadapi oleh sekolah untuk menguruskannya
16 Integriti ialah asas kepada sebuah tadbir urus yang baik. Terdapat pelbagai faktor yang
menjejaskan integriti dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengukuhkannya. Bincangkan
17 Integrasi nasional penting untuk memupuk hubungan yang lebih erat antara penduduk
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bincangkan
18 Harga rumah yang terlalu tinggi merupakan ant faktor individu gagal memiliki rumah. Jelaskan
19 Kurangnya integriti dalam kalangan penjawat awam telah menimbulkan pelbagai kesan
terhadap perkhidmatan awam. Beberapa kelemahan dalaman telah dikenal pasti sebagai faktor
yang boleh menjadi sebab kurangnya integriti dalam kalangan penjawat awam. Bincangkan
20 Peningkatan pengguna internet merupakan antara penyebab berleluasanya kejadian jenayah siber
di negara kita. Bincangkan
21 Kegiatan ceti haram atau along telah menimbulkan pelbagai masalah kepada peminjam.
Langkah-langkah perlu diambil utk membendung kegiatan ceti haram ini drp terus berleluasa.
Bincangkan.
22 Amalan pemprosesan semula bahan-bahan buangan atau kitar semula mendatangkan pelbagai
kebaikan terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar. Bincangkan
23 Peranan kerajaan yang dibentuk bukan sekadar untuk menentukan arah tadbir urus negara,
malah lebih daripada itu. Bincangkan
24 Jurang Digital merupakan masalah yang dihadapi dalam usaha memperkasakan penggunaan
teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan masyarakat di negara ini. Huraikan
25 Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memperkasakan pertahanan negara bagi memastikan
kedaulatan negara kita terpelihara, namun terdapat pelbagai halangan untuk merealisasikan hasrat
tersebut. Ulaskan
26 Penghijrahan modal insan Malaysia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tinggi ke
negara lain terus berlaku. Fenomena ini jika dibiarkan berterusan akan menjejaskan ekonomi
negara. Bincangkan
27 Bagi melahirkan modal insan berkualiti tinggi, berkemahiran, berpengetahuan, kreatif dan
inovatif, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Bincangkan.
28 Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat perlu dikekalkan untuk generasi akan
datang. Namun begitu, permainan sebegini semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Bincangkan
29 Sektor pertanian sememangnya memberikan sumbangan yang besar kepada negara. Oleh itu,
pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi
sektor yang moden, dinamik dan kompetetif. Bincangkan
30 Dasar melaksanakan tranformasi dalam perkhidmatan awam penting bagi mewujudkan
Perkhidmatan awam yang lebih berkualiti .Terdapat beberapa langkah yang dilaksanakan
bagi mencapai matlamat dasar ini. Bincangkan
31 Kebelakangan ini jenayah siber atau jenayah komputer yang berlaku di negara kita semakin
membimbangkan. Justeru, pelbagai langkah tertentu perlu diambil untuk mengawalnya.
Bincangkan
32 Kejayaan Malaysia dalam sukan badminton, dan squash di peringkat antarabangsa amat
membanggakan. Kejayaan ini berpunca daripada pendedahan awal yang telah diberikan
semenjak di sekolah rendah lagi. Bincangkan usaha-usaha yang wajar diambil bagi
meningkatkan mutu sukan dalam kalangan pelajar sekolah serta cabaran dalam pelaksanaannya
33 Globalisasi merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi dalam tadbir urus yang
baik.Jelaskan impak globalisasi dalam tadbir urus yang baik
34 Selain serangan wabak penyakit, wujud pelbagai cabaran dalam usaha memajukan sektor
pelancongan. Oleh sebab itu, pelbagai langkah terus dilakukan bagi memesatkan lagi kemajuan
sektor ini. Bincangkan
35 Pada masa kini, ramai golongan remaja kurang menghayati erti kemerdekaan. Hal ini mesti
diatasi supaya generasi hari ini sedar akan peranan mereka
36 Transformasi dalam perkhidmatan awam penting dalam membentuk tadbir urus baik dan langkah
tertentu perlu dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti di negara
ini. Bincangkan
37 Perbelanjaan menggunakan kad debit semakin melonjak sejak kebelakangan ini. Banyak
kelebihan menggunakan kad debit dalam perbelanjaan seharian mereka, namun terdapat
juga kelemahannya. Ulaskan
38 Pembuangan sampah sarap ke tempat-tempat tertentu memberi impak kepada
kehidupan. Tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah timbunan sampah sarap yang
masih berlaku. Jelaskan
39 Rekod Jabatan Insolvensi Malaysia sepanjang tahun 2012 sehingga September 2016
menunjukkan 23 peratus kes kebankrapan yang dicatatkan membabitkan golongan Generasi Y.
Gaya hidup mewah merupakan salah satu faktor golongan muda kini diistiharkan bankrap.
Bincangkan
40 Kerajaan sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha untuk mewujudkan tadbir urus baik.
Keadaan tersebut perlu ditangani secara bijak bagi memastikan sistem penyampaian khidmat
awam sentiasa cekap dan berintegriti. Bincangkan
41 Perniagaan atas talian adalah satu trend perniagaan maya yang amat digemari oleh golongan
muda dewasa ini, Namun demikian, sambutan dan penerimaan terhadap trend ini masih rendah di
negara kita berbanding di negara-negara maju. Bincangkan
42 Aktiviti sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Selain itu, pelbagai manfaat lain turut diperoleh daripada aktiviti sukan. Bincangkan
43 Dalam usaha meningkatkan sistem perkhidmatan awam kebanyakan agensi kerajaan telah
mnyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan
kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi pelanggan semasa
menggunakan perkhidmatan tersebut.
44 Kawasan hutan tanah tinggi banyak kepentingannya. Penerokaannya boleh mendatangkan impak
kepada hidupan dan alam sekitar. Huraikan penyataan ini
45 Selain daripada menjejaskan masa depan kanak-kanak, jenayah juvana juga menimbulkan
pelbagai kesan lain. Oleh itu, pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya.
Bincangkan
46 Perkembangan teknologi maklumat merupakan pemangkin kepada tadbir urus yg cekap.
Jelaskan
47 Sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan antara faktor berlakunya pengangguran dalam
kalangan siswazah di negara ini. Ulaskan
48 Fenomena miskin bandar merupakan satu masalah baru yang berlaku di negara ini. Justeru,
fenomena ini memerlukan perhatian daripada pihak berwajib untuk menanganinya. Huraikan
49 Peningkatan kes penyakit berjangkit menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat pada
hari ini. Usaha perlu dilakukan untuk mengawal penularannya. Bincangkan
50 Semakin moden kehidupan di negara kita maka semakin banyaklah penyakit yang muncul.
Bincangkan faktor yang mengancam tahap kesihatan dalam kalangan penduduk di negara ini
51 Menurut Laporan Daya Saing Global 2016-2017, Malaysia kekal berada dalam kalangan 20
peratus negara teratas paling berdaya saing. Hal ini membawa pelbagai kepentingan kepada
negara. Namun, kerajaan juga perlu berhadapan dengn pelbagai cabaran untuk mengekalkannya.
Jelaskan
52 Dalam membangunkan negara, Perusahaan Kecil dan Sederhana mempunyai sumbangannya
sendiri. Walau bagaimanapun terdapat masalah yang dihadapi oleh perusahaan kecil dan
sederhana di negara ini. Bincangkan
53 Tanggungjawab mengekalkan kedaulatan negara Malaysia bukan hanya perlu digalas pada bahu
pasukan keselamatan negara sahaja, bahkan turut melibatkan semua lapisan rakyat negara ini.
Jelaskan
54 Penyalahgunaan dadah yang kian berleluasa boleh mendatangkan kesan yang amat
membimbangkan. Namun, terdapat banyak kekangan dalam mengawal gejala ini. Bincangkan
55 Tadbir urus baik membawa pelbagai kepentingan kepada pembangunan negara . Jelaskan
56 Kepelbagaian sosiabudaya sememangnya berlaku di Malaysia dan kepelbagaian ini
mendatangkan kebaikan tertentu . Walau pun terdapatnya kepelbagaian ini , pelbagai langkah
untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat hendaklah diteruskan . Bincangkan
57 Kerajaan mendedahkan bahawa menjelang tahun 2020 , bilangan rakyat Malaysia yang
menghadapi masalah penyakit kronik semakin meningkat . Justeru itu , usaha yang sesuai perlu
dilaksanakan untuk mengawal penyakit ini
58 Tanggungjawab mewujudkan perkhidmatan awam yang berintegriti bukan hanya perlu digalas
oleh ketua jabatan sesebuah organisasi, bahkan membabitkan pelbagai pihak lain. Bincangkan
59 Sikap manusia bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan jenayah siber semakin sukar
untuk dibanteras. Usaha yang tertentu perlu dilaksanakan untuk mengatasi jenayah ini.
Bincangkan
60 Meskipun banyak usaha telah dibuat untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini, namun
terdapat pelbagai cabaran perlu dihadapi. Jelaskan
61 Dasar melaksanakan tranformasi dalam perkhidmatan awam penting bagi mewujudkan
perkhidmatan awam yang lebih berkualiti .Terdapat beberapa langkah yang dilaksanakan bagi
mencapai matlamat dasar ini. Bincangkan
62 Menjelang tahun 2020, negara kita memerlukan 15.6 billion meter padu air untuk kegunaan
domestik setiap tahun.Bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan untuk menjamin
bekalan air negara mencukupi.
63 Perdagangan tanpa sempadan banyak memberi faedah kepada rakyat dan negara. Namun begitu
pengusaha tempatan harus bersedia menghadapi cabaran yang kompetetif ini. Jelaskan
64 Kegiatan pemerdagangan manusia semakin meningkat di Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak
telah menjejaskan kedaulatan Malaysia. Bincangkan
65 Sistem dan prosedur merupakan antara faktor yang menjejaskan integriti sesebuah organisasi.
Bincangkan
66 Untuk menangani cabaran globalisasi dan persaingan yang sengit dalam pasaran, setiap
pengurus perlu memiliki kecekapan. Bincangkan
67 Ancaman jenayah indeks pada masa ini semakin menggugat pertahanan negara. Usaha yang
komprehensif amat diperlukan untuk menangani masalah ini. Bincangkan penyataan di atas
68 Tenaga muda yang berpotensi perlu untuk membangunkan negara dalam pelbagai bidang.
Namun begitu, pelbagai rintangan dihadapi dalam usaha membangunkan golongan ini.
Bincangkan
69 Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Bincangkan kepentingan Bahasa Melayu dari
segi sosiobudaya dan langkah memartabatkannya
70 Penyediaan gunatenaga yang terlatih dan berpotensi amat penting untuk membangunkan negara
dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk
penyediaan gunatenaga yang terlatih dan berpotensi. Ulaskan penyataan di atas
71 Kemajuan ekonomi negara amat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh kerajaan dan
rakyat. Bincangkan
72 Antara faktor berlakunya kemiskinan bandar termasuklah keengganan individu merebut peluang
ekonomi yang disediakan oleh kerajaan. Bincangkan faktor-faktor berlakunya masalah
kemiskinan bandar dan usaha-usaha untuk menangani masalah tersebut
73 Isu pemerdagangan manusia antara isu yang berkaitan dengan kedaulatan sesebuah negara.
Bincangkan masalah yang akan dihadapi oleh negara ekoran isi pemerdagangan manusia
74 Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan penjawat awam amat penting dalam memastikan
penyampaian khidmat awam yang baik dan berkualiti. Bincangkan.
75 Kejayaan Malaysia dalam sukan badminton, dan squash di peringkat antarabangsa amat
membanggakan. Kejayaan ini berpunca daripada pendedahan awal yang telah diberikan
semenjak di sekolah rendah lagi. Bincangkan usaha-usaha yang wajar diambil bagi
meningkatkan mutu sukan dalam kalangan pelajar sekolah serta cabaran dalam pelaksanaannya
76 Kurangnya integriti dalam kalangan penjawat awam telah menimbulkan pelbagai kesan
terhadap perkhidmatan awam. Beberapa kelemahan dalaman telah dikenal pasti sebagai faktor
yang boleh menjadi sebab kurangnya integriti dalam kalangan penjawat awam. Bincangkan
77 Peningkatan suhu bumi terjadi akibat aktiviti manusia dan faktor semula jadi. Fenomena ini
telah mengundang impak kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan
Disediakan oleh: Haji Zulkiffli (SMKTBP)

You might also like