You are on page 1of 3

KOLEKSI 50 ESEI PERCUBAAN SEM 2

Bil Topik
1 Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan ekonomi. Pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan IKS di Malaysia.
Jelaskan
2 Sistem pengangkutan awam yang cekap merupakan pemangkin kemajuan ekonomi Malaysia.
Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat tidak berminat menggunakan pengangkutan awam
ini. Bincangkan
3 Transformasi dalam bidang sukan boleh dilaksanakan menerusi Dasar “ 1 Murid 1 Sukan ”.
Namun begitu, pelbagai cabaran terus melanda bidang ini. Bincangkan.
4 Kita tidak boleh menafikan bahawa industri inap desa ( homestay ) juga mempunyai potensi yang
tidak kurang pentingnya kepada pembangunan negara. Walaupun bagaimanapun, industri ini
masih berhadapan dengan cabaran-cabaran tertentu. Bincangkan.
5 Satu daripada ciri negara maju ialah pembangunan sektor perindustrian menjadi teras
perekonomian. Oleh itu, kerajaan telah mengambil usaha untuk memajukan bidang perindustrian
di negara ini. Huraikan.
6 Pembudayaan teknologi hijau amat penting untuk kelestarian hidupan. Oleh itu pelbagai usaha
haruslah dilakukan untuk menyokong pembangunan Teknologi Hijau di Malaysia. Bincangkan
7 Selain daripada kewujudan peluang pekerjaan kepada masyarakat, kualiti kehidupan masyarakat
negara maju boleh ditingkatkan melalui penyediaan kemudahan lain. Jelaskan
8 Dewasa ini, gejala LGBT mula muncul di negara kita. Terdapat banyak faktor yang
menyebabkan kemunculan mereka dan pelbagai pendekatan perlu diambil untuk
menyelesaikannya. Bincangkan
9 Penyediaan bekalan air yang berkualiti utk kesinambungan hidup masyarakat bandar merupakan
satu cabaran yg besar. Huraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam pembekalan air berkualiti
di bandar
10 Bekalan air bersih di negara ini didapati semakin berkurang. Keadaan ini boleh mengundang
pelbagai kesan kepada manusia dan alam sekitar. Bincangkan.
11 Bekalan air bersih di negara ini didapati semakin berkurang terutama di negeri-negeri yang
kurang sumber bekalan air. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada
penduduk. Bincangkan
12 Hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hab halal memerlukan usaha
yang jitu dan mantap. Walau bagaimana pun, pelbagai kekangan perlu diharungi dalam usaha
merealisasikan cita-cita tersebut. Bincangkan.
13 Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh beberapa faktor. Pelbagai
kesan buruk berlaku akibat daripada kesan rumah hijau. Bincangkan
14 Pembangunan modal insan merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu,
penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh
pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut. Bincangkan
15 Penyediaan tapak pelupusan sampah yang baru bukanlah satu-satunya langkah untuk mengurus
sisa-sisa pepejal secara efektif di negara ini. Jelaskan
16 Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan nilai utama dalam prinsip kelima Rukun
Negara. Peranan pelbagai pihak bukan kerajaan diperlukan dalam usaha memupuk nilai tersebut
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan
17 Perpaduan negara merupakan teras kepada pembangunan dan kesejahteraan negara terutama
bagi negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum . Pelbagai langkah perlu diambil untuk
melahirkan rakyat yang bersatu padu. Bincangkan
Bil Topik
18 Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan hampir 45,000 individu di Malaysia telah diisytiharkan
muflis sejak tahun 2010. Mempunyai gaya hidup di luar kemampuan merupakan salah satu punca
utama golongan muda diisytiharkan muflis. Usaha perlu diambil bagi menghindari masalah
tersebut. Bincangkan
19 Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mempunyai hak dan peluang yang sama untuk
menjalani kehidupan harian seperti rakyat biasa di negara ini. Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh kerajaan bagi memastikan kepentingan OKU terus terpelihara. Bincangkan
20 Proses urbanisasi atau perbandaran menjadi satu keperluan kepada negara. Namun begitu,
perbandaran juga menimbulkan masalah kepada rakyat dan negara. Bincangkan.
21 Rukun Negara dihasilkan untuk melahirkan rakyat yang tahu tanggungjawabnya kepada negara.
Namun kini prinsip Rukun Negara seolah-olah dilupakan. Bincangkan
22 Program realiti televisyen semakin popular di negara ini dan mendapat sambutan yang hangat
daripada masyarakat. Bincangkan implikasinya terhadap masyarakat
23 Dalam arus kemajuan yang pesat, warisan budaya tradisional yang semakin terhakis perlu
dikekalkan untuk generasi akan datang. Oleh itu, pelbagai usaha perlu diambil untuk menangani
masalah ini. Bincangkan
24 Hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan yang menyumbangkan pelbagai
kepentingan kepada sejagat. Namun, penerokaannya secara berleluasa akan menimbulkan
pelbagai kesan negatif. Bincangkan
25 Peningkatan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat kita semakin membimbangkan. Justeru,
pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini. Ulaskan
26 Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Walau bagaimanapun
terdapat pelbagai kekangan dalam usaha pembinaan negara bangsa. Jelaskan
27 Dasar Sukan Negara bermatlamat untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat.
Bincangkan kepentingan dasar tersebut kepada masyarakat dan negara
28 Sungguhpun empangan hidro elektrik mempunyai pelbagai kepentingan, namun kesan buruk
pembinaannya tidak dapat dinafikan. Bincangkan
29 Wawasan 2020 merupakan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020
mengikut acuannya sendiri, bagi mencapai wawasan tersebut, banyak cabaran utama harus
dihadapi. Oleh itu, beberapa pendekatan telah dilaksanakan untuk mengatasi cabaran-cabaran
tersebut. Bincangkan
30 Cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) telah diperkenalkan pada 1 April 2015 ketika sumber
pendapatan kerajaan daripada minyak dan gas merosot dengan mendadak. Namun sebaik-baik
sahaja CBP dilaksanakan pelbagai pihak telah memberikan maklum balas yang kurang baik.
Bincangkan kepentingan pelaksanaan CBP dan langkah-langkah kerajaan dalam menangani
masalah yang timbul daripada pelaksanaan CBP
31 Pendidikan kepenggunaan adalah amat penting, namundalam kalangan rakyat di negara ini,
kesedaran tersebut masih rendah berbanding dengan kesedaran masyarakat di negara maju.
Bincangkan
32 Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan terbukti apabila mereka berusaha
untuk menjalani gaya hidup sihat. Bincangkan cabaran dan strategi dalam melaksanakan
penyediaan kemudahan prasarana perkhidmatan kesihatan awam secara komprehensif
33 Kitar semula merupakan satu cara dalam pengurusan sampah sarap dan sisa pepejal kerana
kaedah ini memberi banyak kebaikan dalam usaha memelihara kebersihan alam sekitar. Ulaskan
Bil Topik
34 Penghasilan pelbagai gajet memberi kesan kepada kehidupan manusia. Bincangkan
35 Kempen Beli Barang Buatan Malaysia adalah satu kempen yang kepntingan kepada negara kita
dan dilaksanakan melalui Dasar belilah Barangan Buatan Malaysia. Justeru itu usaha-usaha perlu
diambil untuk mencapai matlamat Belilah Barangan Buatan Malaysia
36 Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara. Walau bagaimanapun
terdapat pelbagai kekangan dalam usaha pembinaan negara bangsa. Jelaskan
37 Kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara lazimnya diukur berdasarkan kualiti hidup rakyat
yang bertambah baik dan berterusan. Bincangkan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hidup
rakyat dalam sesebuah negara
38 Kegawatan ekonomi tahun 1989, 1997 dan 2009 telah mendatangkan impak besar terhadap
ekonomi Malaysia. Bagi menghadapi kegawatan ekonomi, perbendaharaan negara perlu
diperkukuh. Bincangkan usaha2 kerajaan memantapkan perbendaharaan negara
39 Penggunaan bahan kimia secara meluas dalam pelbagai sektor dapat membantu meningkatkan
kualiti kehidupan seharian. Namun, sesetengah bahan kimia boleh mengancam kesihatan
manusia dan persekitaran. Huraikan pernyataan di atas.
40 Penemuan pelbagai sumber tenaga alternatif telah banyak memberi manfaat kepada manusia.
Namun demikian, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi untuk memajukan sumber
tenaga alternatif. Bincangkan
41 Kenaikan harga minyak mentah dunia secara berterusan menggugat kemakmuran dan
kesejahteraan negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk
mengurangkan kesan yang dialami oleh rakyat. Bincangkan
42 Salah satu prinsip dalam Rukun Negara ialah ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ yang merujuk
kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan. Prinsip ini jelas menunjukkan bahawa
agama penting sebagai panduan hidup namun terdapat masyarakat yang mengabaikannya.
Bincangkan
43 Pelaksanaan pembangunan lima koridor wilayah ekonomi di negara kita telah banyak
meninggalkan kesan. Bincangkan.
44 Belakangan ini masalah mental dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan. Justeru
itu usaha yang serius perlu diambil bagi menanganinya.Bincangkan
45 Masyarakat saintifik adalah masyarakat yang berdaya cipta, berpandangan jauh dan mampu
memanfaatkan teknologi masa kini untuk membangunkan negara. Lantaran itu pelbagai langkah
telah dan boleh diambil bagi merealisasikan hasrat melahirkan masyarakat saintifik ini.
46 Salah satu cabaran dalam Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat yang makmur
yang mempunyai ekonomi untuk bersaing, dinamik, giat dan kental. Jelaskan usaha kerajaan
dalam merealisasikan hasrat tersebut
47 Melahirkan masyarakat matang, liberal dan bertolak ansur telah diletakkan sebagai cabaran yang
kelima yang perlu diatasi dalam Wawasan 2020. Bincangkan usaha untuk merealisasikannya,
dan kesan sekiranya cabaran tersebut dapat diatasi
48 Kekuatan ekonomi bukanlah satu-satunya faktor yang menarik kedatangan pelabur asing ke
dalam negara. Bincangkan
49 Pelbagai kempen secara berterusan telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Bincangkan kepentingan pelaksanaan kempen
tersebut dan cadangkan langkah lain untuk mengatasinya
50 Objektif penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang demokratik,
saintifik, progresif, bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap cara hidup pelbagai keturunan.
Oleh itu rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk merealisasikan objektif tersebut.

You might also like