You are on page 1of 4

KOLEKSI KARANGAN SEMESTER 2 ( 2013 – 2020 U )

Topik : Rukun Negara ( Ideologi Negara )


1.Penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara adalah penting dalam kalangan semua
warganegara Malaysia. Jelaskan. (STPM 2014/7)
2. Penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang
demokratik, saintifik, progresif, bersatu padu, dan bersikap terbuka terhadap cara hidup
rakyat pelbagai keturunan. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi untuk
merealisasi hasrat tersebut. Jelaskan. (STPM 2014 U/ 7)

3. Pernyataan Rukun Negara satu perkara penting kepada warganegara Malaysia.


Kegagagalan warganegara Malaysia menghayatinya akan memberi kesan kepada negara.
Jalaskan. (STPM 2018U/ 7)

Topik : Wawasan 2020

1.Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam
Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah
memperkenalkan ideologi negara dan pelbagai dasar lain. Huraikan. (STPM 2013/7)

2.Cabaran ketujuh dalam wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat
penyayang dan budaya penyayang. (STPM 2013 U/ 7)

3. Wawasan 2020 merupakan gagasan kerajaan menjadikan Malaysia negara maju denga cara
tersendiri. Oleh itu, banyak persediaan yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi mencapai
tujuan tersebut. Bincangkan. (STPM 2015 U/7)

4. Salah satu cabaran bagi merealisasikan Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat saintifik
dan progresif. Oleh itu pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut.
Huraikan. (STPM 2016 U/ 7)

5. Satu daripada cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertoleransi.
Cabaran tersebut perlu dihadapi dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Jelaskan.
( STPM 2019/7)

6. Satu daripada matlamat Wawasan 2020 ialah Malaysia maju dalam bidang perindustrian. Pelbagai
usaha telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat tersebut. Bincangan. (STPM 2020/7)
TOPIK : CABARAN DAN PENYELESAIAN

1. AGAMA DAN KEPERCAYAAN

I. –

2. POLITIK
I. Program Bandar Selamat bukanlah satu-satunya cara bagi kerajaan mengurangkan
jenayah daripada berleluasa di negara ini. Bincangkan. (STPM 2015/ 7)

II. Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat yang
saintifik dan progresif. Jelaskan. (STPM 2018 /7)

III. Malaysia menghadapi pelbagai cabaran untuk mengekalkan kestabilan politik sejak
negara ini mencapai kemerdekaan. Pelbagai kesan negatif mungkin berlaku sekiranya
Malaysia gagal untuk mengekalkan kestabilan politiknya. Huraikan. (STPM 18 No
8)

3. EKONOMI

I. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu,
kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan
kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan. ( STPM 2013/8)

II. Kegiatan memberikan pinjaman wang secara haram berlaku dengan berleluasa
kerana kegiatan tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun
demikian, ramai peminjam menghadapi masalah kerana gagal menjelaskan
pinjaman. Bincangkan. (STPM 2014/8)

III. Dalam usaha meningkatkan keupayaan tenaga kerja di negara ini, kelemahan
mereka ini perlu dikenal pasti dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk
mengatasinya. Huraikan. (STPM 2016/7)

IV. Industri penjagaan kesihatan menjadi satu daripada bidang yang diberikan
keutamaan oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (PTE).
Huraikan Manfaat yang diperoleh masyarakat dan negara hasil daripada
perkembangan industri ini. (STPM2017/7)

V. Sektor pertanian masih menghadapi kekurangan tenaga kerja yang berpengetahuan


dan terlatih. Oleh itu, usaha tertentu perlu dilakukan untuk menanganinya. Jelaskan
(STPM 2020U/ 7)

VI. Masalah kebolehpasaran pelajar lepasan univesiti merupakan satu daripada sebab
mereka digalakan untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Jelaskan. (STPM 2020U/8)
4. SOSIAL DAN BUDAYA

I. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara ini semakin


meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut. Ulaskan.
(STPM 2013 U/ 8 )
II. Amalan membawa anak-anak kecil untuk turut sama berniaga sehingga larut malam
merupakan suatu tindakan yang kurang bijak. Bincangkan kesan amalan ini terhadap
anak-anak tersebut. (STPM2015/8)
III. Sistem pendidikan menjadi landasan yang paling berkesan untuk mengukuh perpaduan
kaum di negara ini. Huraikan. (STPM 2016/8)
IV. Usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara berhadapan dengan pelbagai masalah.
Jelaskan. (STPM 2019 U/7)

5. SAINS DAN TEKNOLOGI


I. Teknologi hijau dapat menjamin kelestarian alam bagi kesejahteraan generasi masa
hadapan. Jelaskan. (STPM 2018 U/8)

6. EKOLOGI
I. Penguatkuasaan undang-undang bukan merupakan satu-satunya langkah untuk mencapai
matlamat memelihara alam sekitar. Bincangkan. (STPM 2014/8)
II. Kejadian banjir yang melanda di bebarapa kawasan di Malaysia menyebabkan kesukaran
kepada penduduk setempat. Jelaskan. (STPM 2017/8)
III. Kehijauan dan keindahan alam sekitar semakin terancam akibat aktiviti manusia yang
tidak terkawal. Keadaan ini memberikan kesan kepada kesimbangan ekologi dunia.
Jelaskan.(STPM 2019U/8)

7. PRASARANA
I. Sistem pengangkutan awam yang moden dan cekap penting dalam pembangunan sesebuah
negara. Namun begitu, terdapat masalah dalam sistem pengangkutan awam. Hal ini
menyebabkan pengangkutan awam menjadi pilihan terakhir kepada pengguna.
Bincangkan. (STPM 2015 U/8)
II. Masalah bekalan air bersih kepada pengguna domestik dan industri menjadi isu hangat di
negara kita. Isu ini memberi impak yang ketara kepada pengguna berkenaan. Huraikan.
(STPM 2017 U/7)
III. Pembinaan lebuh raya di negara ini telah membawa pelbagai kebaikan, namun terdapat
keburukan yang wujud akibat pembinaannya. Bincangkan. (STPM 2019/8)

8. INTEGRASI DAN PERPADUAN

I. Semangat kejiranan dalam masyarakat kini semakin longgar. Oleh itu langkah untuk
mengatasi hal ini perlu dilakukan. Jelaskan. (STPM 2016 U/8)
II. Aktiviti Sukan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia berbilang kaum. Huraikan. (STPM 2017 U/ 8)
III. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mewujudkan masyarakat malaysia
yang bersatu padu. Bincangkan. (STPM 2020/8)

You might also like