You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Sekolah boleh didefinisikan sebagai sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi

untuk memberikan pendidikan kepada pelajar. Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi ini

dibina kerana keperluan perkembangan negara yang pesat dari segi pendidikan terutamanya

perkembangan masyarakat di Pulau Banggi khususnya di sekitar kawasan tersebut. Ramai

pelajar yang ingin bersekolah dan menimba ilmu lantas Sekolah Kebangsaan Padang ini telah

dibina. Justeru itu, sekolah ini dapat menampung bilangan pelajar di sekitar kawasan

Kampung Padang, Kampung Baru, Kampung Pangkalan Darat, Kampung Maliyu, Kampung

Damaran dan Kampung Kalangkaman. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan

bertujuan untuk mengetahui sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi.

Selain itu juga penulis ingin mengkaji perkembangan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau

Banggi ini dari tahun 1970 hingga 2015.

1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk :

a) Mengkaji sejarah latar belakang penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau

Banggi.

b) Menjelaskan faktor yang membawa kepada penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang,

Pulau Banggi.

c) Mengkaji sejarah perkembangan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi dari

tahun 1970 hingga 2015.

d) Menganalisis kesan pembinaan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi.

2
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang

latar belakang Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi. Selain itu, kajian ini juga

menjelaskan asal-usul Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi. Seterusnya, kajian ini

tertumpu kepada sejarah perkembangan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi dari

tahun 1970 hingga 2015. Justeru itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti

keunikan sekolah tersebut. Akhir sekali, kajian ini dilakukan untuk menganalisis kesan

penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi kepada masyarakat Banggi secara

amnya.

3
4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia difokuskan kepada Sekolah

Kebangsaan Padang, Pulau Banggi. Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi

mengambil masa 38minit dengan jarak 18km dari SMK Banggi. Majoriti penduduk di

kawasan ini ialah masyarakat luar bandar.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 1970 hingga

2015. Tempoh kajian selama 45 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku

perkembangan dan perubahan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi.

Dari segi aspek yang dikaji pula, ia tertumpu kepada sejarah asal-usul Sekolah

Kebangsaan Padang, Pulau Banggi. Dengan kajian ini pelbagai pihak dapat mengetahui

sejarah permulaan penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi.

4
5.0 SOROTON KAJIAN LEPAS

Kajian ini mengenai perkembangan penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang di Pulau

Banggi. Kajian mengenai Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi didapati masih

belum ditulis oleh pihak lain. Saya sebagai pengkaji merupakan orang pertama yang

menjalankan kajian di sini berharap agar kajian ini dapat membantu generasi yang akan

datang. Selain itu,saya sebagai pengkaji memilih sekolah ini untuk dikaji kerana pengkaji

merupakan salah seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi. Bukan

itu sahaja, malahan ini akan memudahkan saya membuat kajian lapangan kerana sekolah

ini terletak di kampung saya sendiri.

5
6.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah :

a. Soal selidik

-Saya telah menyediakan borang soal selidik untuk mengetahui sejarah perkembangan

Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi.

b. Melayari internet

-Saya telah membuat rujukan internet mengenai kerja kursus tema sejarah di laman

web http://cikguazis.blogspot.com/2019/02/sejarah-tempat-contoh-esei-kerja-

kursus.html?m=0

c. Temu bual

-Saya telah menemu bual beberapa orang kakitangan sekolah ini iaitu Tuan (Joseph

Peter) selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi dan juga Tuan

(Muhammad Bin Ayob) selaku Penolong Kanan Kokurikulum. Hal ini kerana,

beliau merupakan guru lama di Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi.

-Saya juga telah menemu bual beberapa orang kampung yang merupakan bekas

pelajar di Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi pada tahun 90-an iaitu Puan

Normantinah binti Hanjilin, Nuedah binti Yumil, Samsidah binti Sahipo, Estalia binti

Saring) Penduduk Kampung Damaran.

6
7.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan menjelaskan

secara umum berkaitan dengan tujuan penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau

Banggi. Seterusnya, pengkaji akan mengaitkan perkembangan masyarakat di Pulau Banggi

khususnya yang menetap di sekitar kawasan tersebut.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada 4 aspek. Aspek yang pertama adalah tentang mengkaji latar belakang

penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi. Seterusnya, menjelaskan faktor yang

membawa kepada penubuhan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi. Selain itu,

mengkaji sejarah asal-usul dan perkembangan Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi

dari tahun 1970 hingga 2015. Manakala yang terakhir adalah menganalisis kesan pembinaan

Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi terhadap masyarakat setempat.

Aspek terakhir, pengkaji akan membuat kesimpulan dengan merumus hasil kajian yang

telah dilakukan.

7
8.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini akan dapat menambahkan lagi khazanah

tentang pengkajian sejarah tempat.

8
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

Temubual

Tuan Joseph Peter selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang, Pulau Banggi, Kudat,

Sabah.

(Bual, 16 Jun 2021)

Melayari Internet

http://cikguazis.blogspot.com/2019/02/sejarah-tempat-contoh-esei-kerja-kursus.html?m=0

You might also like