You are on page 1of 6

DAYA SAING NEGARA (HURAIAN KEPADA MALAYSIA)

Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun yang sedang menjalani proses untuk mencapai
tahap negara maju. Masa depan Malaysia bergantung kepada sejauhmana ia dapat meningkatkan daya saingnya.
Daya saing tersebut merujuk kepada kecekapan pengurusan disemua peringkat sama ada pada peringkat
individu, organisasi dan setiap peringkat kehidupan. Untuk mencapai status sebagai sebuah negara yang maju,
Malaysia perlu meningkatkan daya saingnya dengan mencapai prestasi yang tinggi dalam pelbagai bidang.
Daya saing tersebut membawa makna keupayaan untuk bersaing dengan negara lain. Secara kesuluruhannya,
semua aspek, perlu dititikberatkan kerana masa depan Malaysia bergantung kepada sejauhmana ia dapat
meningkatkan daya saingnya.

ISI 1 : MEMPERKASA SEKTOR K-EKONOMI


Ekonomi global adalah bercirikan penyerapan teknologi, pencapaian maklumat, pergerakan modal, dan
permintaan pengguna yang semakin canggih. Oleh yang sedemikian, persaingan dalam persekitaran semasa
adalah semakin didorong oleh ilmu pengetahuan. Pertumbuhan sesebuah ekonomi semakin dipacu oleh ilmu
pengetahuan, kemahiran, dan kreativiti tenaga kerja seperti yang telah dibuktikan oleh pengalaman negara maju.
Bagi Malaysia, keperluan untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan satu strategi
untuk mengekalkan pertumbuhan yang tinggi serta berdaya saing bagi mencapai negara maju. Peralihan negara
ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dipengaruhi oleh cabaran akibat daripada kebimbangan terhadap
persaingan sengit daripada negara yang mempunyai lebihan tenaga buruh dengan upah yang rendah. Peralihan
ini merupakan sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dan
berpengetahuan tinggi bagi mencapai negara maju.

ISI 2 : MEMAHAMI EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN


Pengetahuan menjadi faktor utama dalam menjana pertumbuhan dengan mewujudkan nilai tambah serta
meningkatkan produktivti dan daya saing. Sumber manusia merupakan teras utama ekonomi berasaskan
pengetahuan. Pada amnya, kesemua sektor ekonomi berasaskan pengetahuan melalui strategi yang didorong
oleh produktiviti bagi menggalakkan penggunaan pengetahuan berbanding strategi yang didorong oleh input
yang melibatkan peningkatan modal. Ekonomi berasaskan pengetahuan terdiri daripada dua jenis industry
pengetahuan yang penting. Kategori pertama ialah merangkumi industry dengan pengetahuan sebagai produk
utama seperti sektor pekerjaan saintis dan jurutera. Manakala kategori kedua merupakan industry yang
mengurus, memproses dan menyebarkan maklumat seperti dalam sektor pendidikan dan perubatan. Industry ini
lazimnya perlu mengendalikan maklumat dan mengurus maklumat secara berkesan dan tidak mempelopori ilmu
pengetahuan sahaja.
ISI 3 : PEMBANGUNAN SUMBER MAKLUMAT
Malaysia harus mempunyai dasar pembangunan sumber manusia yang mesra k-ekonomi. Pendidikan
tinggi harus diperluas dari segi kuantiti dan kualiti penyediaan bagi membangunkan sumber manusia. Secara
umumnya kerajaan haruslah menyelesaikan masalah bilangan pelajar sekolah yang tidak dapat menyambung
pendidikan ke peringkat lebih tinggi disebabkan oleh faktor kewangan. Jika hal ini berterusan, maka ia menjadi
satu kerugian yang amat besar kepada negara. Tambahan pula penggunaan ICT dalam pembelajaran merupakan
langkah untuk melahirkan kualiti sumber manusia yang baik dan cekap. Sebagai contoh, pelajar harus
dibiasakan dengan pembelajaran menggunakan perisian komputer, maka kadar persediaan terhadap penggunaan
ICT semakin tinggi. Justeru itu, tuntutan k-ekonomi ke atas pendidikan menggunakan ICT dapat dipenuhi untuk
membangunkan sumber manusia. Seterusnya, matlamat untuk menjadi negara yang dapat meningkatkan daya
saingnya dapat dicapai.

ISI 4: POLITIK (BACA DAN TELAN FAKTA DI DALAM)


Masa depan Malaysia juga dapat meningkatkan daya saingnya melalui kestabilan dan kematangan
politik. Sistem politik demokrasi yang digunakan ini menggunakan sistem pilihan raya bagi membentuk
pemerintah atau pemimpin yang berfungsi sebagai kerajaan. Justeru, kepelbagaian parti politik yang bertanding
dalam pilihan raya yang sememangnya terdapat perbezaan ideologi masing-masing sedikit sebanyak telah
memberi kesan kepada kestabilan politik. Oleh yang demikian, Malaysia perlu meningkatkan kestabilan politik
bagi mengukuhkan daya saingnya di peringkat Asia Pasifik.

Kestabilan dan kematangan politik yang berterusan adalah penting bagi pencapaian matlamat
pembangunan Malaysia yang berdaya saing. Rakyat Malaysia haruslah mengamalkan demokrasi matang yang
berlandaskan musyawarah, berorentasikan masyarakat tanpa dipengaruhi oleh kepentingan sempit dan
pandangan yang berbeza. Hanya dengan semangat bertolak ansur dan kerjasama yang tinggi sahaja Malaysia
boleh membentuk kematangan politik yang menjadi asas kepada kestabilan yang berterusan. Tambahan lagi,
rakyat Malaysia mesti sanggup berkorban demi mempertahankan negara supaya lebih berdaya saing dan
disegani oleh negara-negara lain di rantau Asia Pasifik.

Selain itu, Malaysia memerlukan sebuah masyarakat yang matang dan tidak terlalu himpit dengan
agenda kosong. Mereka perlu menjadi sebuah bangsa yang menghindarkan pergaduhan, mampu bekerjasama
dan bertoleransi walaupun berlainan bangsa dan agama. Isu ketidaksmarataam politik dari segi kaum, gender
dan ras sepatutnta diberi penyelesaian bagi membentuk sebuah masyarakat majmuk yang proaktif. Kes-kes
seperti demonstrasi jalanan yang sering berlaku sejak kebelakangan ini sepatutnya dielakkan bagi mewujudkan
keamanan dalam jangka masa yang panjang. Jadi penyelesaian terbaik bagi mengelakkan sebarang
perhimpunan demonstrasi adalah dengan membuka pintu untuk berdialog. Masyarakat akan dapat gambaran
lebih jelas tentang apa kebaikan dan keburukan mereka dan barulah mereka dapat menjalankan kerjasama yang
lebih baik.
Di samping itu, perpaduan antara masyarakat dan bekerjasama antara satu sama lain penting demi
memegang amanah dalam menjaga negara ini. Mungkin dalam politik mereka ada slogan masing-masing sama
ada demi Islam, Melayu atau negara kebajikan. Tetapi apa yang lebih penting adalah masyarakat perlu praktik
dan bukan hanya sekadar slogan. Masyarakat perlu melihat perpaduan ini sebagai ‘saya sebahagian daripada
kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya’ atau mungkin lebih baik dan jelas. Sememangnya dalam
masyarakat terdapat perbezaan pendapat dan itu adalah suatu keperluan sebenarnya tetapi kita perlu
memurnikan tujuan berdialog untuk mencapai persefahaman terbaik untuk kebaikan pada negara.

Bahkan, menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampu bersaing kuat pada masa depan melalui
kemantapan dan kestabilan dari segi politik. Kestabilan politk kemudiannya akan mempengaruhi kepada
pengukuhan sektor ekonomi negara ekoran daripada kemasukan syarikat-syarikat pelabur asing dunia.
Pengukuhan ekonomi Malaysia ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi daya saing negara
diperingkat rantau asia pasifik.

ISI 5 : KERAJAAN

Kerajaan ialah salah satu daripada komponen yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia untuk
mempertahan dan meningkatkan daya saingnya. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kerajaan bermaksud auriti
yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah pihak dalam melaksanakan pemerintahan, governan ataupun
pentadbiran peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan, undang-undang atau adat istiadat. Kuasa ini
memberi individu atau pihak tertentu hak untuk merancang, mentadbir atau membuat pelbagai keputusan
penting bagi organissi atau negara.

Untuk meningkatkan daya saing negara, kerajaan di Malaysia perlu dimurnikan supaya dapat memberi
imej yang menyumbang kepada daya saing negara. Pandangan masyarakat terhadap imej negara adalah melalui
pencapaian yang dicapai oleh sesebuah negara di dalam beberapa indicator antarabangsa. Contohnya, kerajaan
di Malaysia belum lagi berada pada tahap yang membanggakan kerana skor Malaysia di dalam beberapa
indicator antarabangsa masih berada pada tahap yang rendah. Malaysia menduduki tangga ke-53 dalam Indeks
Perspesi Rasuah (CPI) 2013 dan mencapai skor 50/100 berbanding dengan Singapura yang mencapai skor
86/100 dan menduduki tangga ke-5 dalam CPI. Perbezaan antara skor Malaysia dan Singapura dalam CPI jelas
menunjukkan bahawa Malaysia perlu terus memperbaiki kedudukan di dalam CPI pada tahun yang akan datang
kerana daya saing Malaysia bergantung kepada indeks-indeks seperti ini.

ISI 6 : ALAM SEKITAR


Dalam skor alam sekitar, Malaysia dapat mempertahankan serta meningkatkan daya saingnya dengan
negara serantau pada masa depan melalui pembangunan mapan. Pembangunan mapan atau lestari bermaksud
pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan atau memperjudikan keperlun generasi
akan datang. Pembangunan mapan ini bermatlamat untuk pembangunan fizikal dan ekonomi tanpa
membelakangi pemeliharaan sumber dan kualiti alam sekitar. Sebagai contoh, pembangunan yang dibawa di
Putrajaya tidaklah berbentuk fizikal semata-mata apabila alam sekitar juga turut diambil berat. Dari sudut
landskap di Putrajaya, ia berjaya mengubah kawasan ini menjadi lebih “hijau” yang terdiri daripada pelbagai
pokok serta kawasan berair seperti tasik. Oleh hal yang demikian, kebanyakan kawasan di Malaysia khususnya
di bandar, kini lebih cenderung kearah pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Selain itu, Malaysia juga boleh menjamin daya saingnya dengan menumpukan kepada pengurusan alam
sekitar. Hal ini merujuk kepada bagaimana untuk memastikan alam sekitar dalam keadaan baik. Peranan ini
sudah semestinya perlu dimainkan oleh pihak tertinggi iaitu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Pengurusan alam sekitar yang baik mampu untuk mengelakkan bencana alam sekitar berlaku. Sebagai contoh,
kejadian tanah runtuh pada tahun 1993 yang berlaku di Highland Tower disebabkan tidak menitikberatkan alam
sekitar. Ekoran dari kejadian itu, aspek keselamatan pembinaan di kawasan cerun mula dipandang serius agar
kemajuan yang ingin dicapai berjaya tanpa mengugat alam sekitar.

Malaysia juga meningkatkan daya saingnya dengan memanfaatkan sumber tenaga alternatif yang ada.
Sejak berdekad-dekad dulu, sumber alam seperti bijih timah dan arang batu yang digunakan merupakan bersifat
tidak boleh diperbaharui bagi tujuan pembangunan negara. Oleh itu, langkah yang drastic harus diambil bagi
mengelakkan kemajuan negara merundum dengan memperkenalkan tenaga alternative. Tenaga alternative
merupakan tenaga yang boleh diperbaharui dan boleh digunakan secara berterusan. Sebagai contoh, Malaysia
menggunakan tenaga solar untuk menjadikan tenaga alternatif. Hal ini kerana, Malaysia yang terletak di garisan
khatulistiwa iaitu kawasan yang paling banyak menerima cahaya matahari. Justeru itu, daya saing Malaysia
dengan negara serantau dapat dikekalkan dan seterusnya meningkatkan pembangunan negara.
K-EKONOMI

SOALAN: BAGAIMANA RANTAU ASIA PASIFIK DAPAT MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA


YANG DAPAT MENGUTUHKAN DAYA NASIONAL MEREKA DALAM K-EKONOMI.

K-ekonomi bermaksud perubahan struktur daripada ekonomi berasaskan pengeluaran iaitu sistem
ekonomi tradisional kepada ekonomi berasaskan pengetahuan yang merupakan jentera pertumbuhan dan
penjanaan kekayaan. Ilmu pengetahuan akan menjadi faktor pengeluaran terpenting dan peneraju kepada
produktiviti dan pertumbuhan ekonomi yang meliputi idea, kemahiran, komunikasi dan sebagainya.

ISI 1: PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN TINGGI

Dalam era k-ekonomi, ilmu pengetahuan diiktiraf sebagai peneraju utama dalam penghasilan
produktiviti dan perkembangan ekonomi negara. Disebabkan ekonomi dunia kini yang sangat pelbagai dan
persaingan semakin sengit diantara negara, maka mereka bukan lagi mementingkan jumlah tenaga kerja tetapi
kualiti tenaga kerja yang diperlukan. Sebagai contoh, dalam sektor perindustrian. Sektor ini membolehkan
ekonomi negara meningkat dengan cepat, maka perkhidmatan diperlukan dimana tenaga kerja haruslah
bersesuaian dengan teknologi yang digunakan dalam sesebuah perindustrian. Oleh itu, penguasaan ilmu
pengetahuan berkaitan dengan ekonomi amat diperlukan agar memenuhi era k-ekonomi yang mana pekerja
yang lebih berpengtahuan penting bagi membangunkan ekonomi negara.

ISI 2: PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Bagi memastikan kemajuan dalam k-ekonomi tercapai maka pembangunan dalam teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) sangat penting bagi memastikan ekonomi yang berasakan pengetahuan ini dapat
terlaksana dengan jayanya. Kemahiran ICT adalah suatu kecekapan yang diperlukan dalam menghadapi
perubahan revolusi maklumat. Selaras dengan kemajuan k-ekonomi, pengetahuan berkaitan ICT perlu
dilengkapi supaya generasi muda dapat menjadi penggerak kepada perubahan dan kemajuan ekonomi di rantau
Asia Pasifik. Sebagai contoh, Malaysia telah menyasarkan langkah bagi melaksanakan program komputer
dalam pendidikan. Ia meliputi literasi IT, pengajaran dan pembelajaran berpandukan komputer dan mata
pelajaran teknologi maklumat sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi.

ISI 3: PERDAGANGAN ELEKTRONIK (E-DAGANG)

Pada abad ke-21, pasaran dunia telah disokong oleh sistem pasaran yang menggunakan infrastruktur
elektronik. Perdagangan melalui internet telah membuka era baru dalam mencorak hubungan perdagangan,
menstruktur kesuluruhan sistem pasaran secara elektronik dan memberi peluang kepada firma daripada negara-
negara dunia ketiga. Kebanyakan negara rantau asia pasifik seperti China dan Jepun telah memperluas
penggunaan e-dagang di negara masing-masing dan di luar. Oleh itu, e-dagang telah melupuskan sempadan dan
masa. Pelanggan dapat membeli belah pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua menerusi akses kepada
internet.

ISI 4: PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) DALAM K-EKONOMI

Dalam era k-ekonomi, pelbagai sektor seperti perkilangan dan pertanian akan lebih maju dan
mempunyai daya saing yang lebih tinggi jika sektor ini mempunyai kemajuan dalam membangunkan bidang
penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bersesuaian dengan sektor mereka. Hal ini kerana, penyelidikan
dan pembangunan dapat membantu pengusaha sektor-sektor yang terlibat untuk membangunkan khazanah
pengetahuan tentang sesuatu produk yang bermanfaat dari aspek untuk mencipta produk atau aplikasi yang
baharu. Bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibangunkan secara giat dipercayai boleh
mengalakkan aktiviti penerokaan ilmu berkaitan sesuatu bidang. Hal ini seterusnya akan meningkatkan kualiti
dan produktiviti sesuatu produk menerusi nilai tambahnya selain mampu meningkakan kecekapan dan
kebolehan inovasi dalam sektor itu sendiri.

CABARAN:

1. Penguasaan ilmu pengetahuan (jurang pendidikan di luar bandar dengan bandar)


2. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (Kurangnya akses ICT)
3. Perdagangan elektronik (luar bandar atau pedalaman kurang menerima jaringan internet)
4. R&D (Kurangnya modal bagi negara membangun)

You might also like