You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

TUGASAN INDIVIDU

SEKSYEN 17

BAB 8 : DASAR PEMANTAPAN PEMBANGUNAN NEGARA

NAME : TUAN MAHIRAH BT TUAN MUSTAFFA

ID NUMBER : AB180033

CODE PROGRAMME : NATIONHOOD & CURRENT DEVELOPMENT

LECTURER : DR HARLIANA BINTI HALIM


1.0 Pendapat saya mengenai negara malaysai
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Pelbagai
rancangan telah dilakukan oleh kerajaan untuk memudahkan dan memakmurkan negara yang
sedang membangun ini. Kerajaan telah menambah baik pelbagai perkhidmatan bagi
memudahkan urusan rakyat negara Malaysia. Kerajaan Malaysia menambah baik pelabagai
sector terutamanya sector pendidikan dan ekonomi negara. Negara Malaysia terkenal dengan
negara berpendidikan dalam kalangan antarabangsa. Malaysia menawarkan pelbagai kos
antarabangsa di Malaysia yang mampu menarik perhatian pelajar antarabangsa untuk
meneruskan pengajian mereka di Malaysia. selain itu, kerajaan juga menambah baikkan sistem
ekonomi negara. Kerajaan telah menghadkan kemasukan pekerja asing ke negara Malaysia bagi
memberi peluang kepada penduduk Malaysia bekerja di sector tertentu antaranya sector
pembangunan yang sering kita lihat rata-ratanya pekerja Indonesia dan Bangladesh. Semoga
negara Malaysia terus membangun dan mampu mencapai negara maju di masa hadapan.

2.0 Apakah yang anda faham tentang transformasi secara fizikal dari konteks
pembangunan negara?
Malaysia adalah sebuah negara yang telah membangun dengan pesat setelah negara ini
mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 sehinggalah hari ini. Seperti yang kita lihat,
negara Malaysia telah wujud bangunan-bangunan yang tinggi dan struktur yang unik dari hari ke
hari. Contohnya seperti pembinaan Menara tertinggi di asia tenggara iaitu bangunan KLCC.
Terdapat juga pembinaan lebuh raya terutamanya di Kuala Lumpur bagi memudahkan rakyat.
Oleh itu, tidak hairanlah Malaysia dapat membangun dengan pesat setelah mencapai
kemerdekaan negara. Lebuh raya ini juga telah memudahkan system pengankutan di malaysai
dan memudahkan sector ekonomi berkembang.
Oleh itu, pemahaman saya terhadap transformasi secara fizikal lebih kepada pembinaan-
pembinaan bangunan, jalan raya yang boleh kita nikmati dan lihat dengan mata. Dengan
pembinaan inilah Malaysia mampu mentrasformasikan negara Malaysia ke negara membangun
setelah mencapai kemerdekaan. Malaysia juga terkenal dengan banjiran pelancong yang
melancong ke negara Malaysia untuk menyaksikan sendiri sejarah dan pembangunan yang
terjadi di Malaysia.

3.0 Apakah pengertian disebalik pembangunan negara ?


Maksud dari segi pembangunan adalah lebih kepada era perubahan sesebuah negara dari
mundur kepada negara membangun seperti Malaysia. Negara Malaysia mula membangun
dengan pesat dari pelbagai sector antaranya sector pendidikan, pertanian, ekonomi dan lain-lain.
Hal ini menunjukkan Malaysia melakukan perubahan terhadap negara dan mengubah kehidupan
masyarakat di negara ini. Hal ini juga telah menarik pelajar atau pelancong melancong ke negara
Malaysia. Jelas ianya menunjukkan Malaysia mendapat nama di pentas antarabangsa dalam
pelbagai jenis sektor.
4.0 Apakah yang dapat difahami melalui aspirasi yang cuba direalisasikan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025?
Pelan pembangunan pendidikan malaysia telah dilancarkan pada 6 seotember 2013. Dasar ini
diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan modal sosial yang berkualiti untuk pembangunan
negara. Melalui dadar ini juga, ianya mampu melengkapkan generasi muda dengan pendidikan
bagi berdaya saing dalam pasaran global. Oleh itu, kerajaan telah menetapkan 3 objektif untuk
dicapai oleh malaysia.
objektifutama dalam dasar pelan pembangunan pendidikan malaysia adalah untuk memahami
prestasi dan cabaran semasa terhadap sistem pendidikan. Tumpuan diberikan kepada akses
pendidikan, meningkatkan standard, merapatkan jurang pencapaian dan mengukuhkan lagi
perpaduan dalam kalangan murid.
Objektif kedua pula bagi mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untk setiap murid. Sistem
pendidikan secara keseluruhannya 13 tahun akan datang adalah oerlu dicartakan. Yang terakhir
adalah menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif.

5.0 Sejauh manakah sains, teknologi dan inovasi di Malaysia berupaya menjadikan rakyat
dan negara ini lebih berdaya maju?
Pada era kini, penggunaan sains dan teknologi di malaysia makin luas digunakan dalam pelbagai
sektor. Bahkan di negara maju lain seperti jepun dan amerika. Mereka banyak menggunakan
sains dan teknologi ini untk meningkatkan lagi oengeluaran dan memajukan lagi negara mereka.
Kini di malaysia, pelbagai institusi didirikan dan dibangunkan. Hal ini kerana kerajaan mula
sedar bahawa penggunaan sains dan teknologi masa kini amat penting. Hal ini juga akan
menjimatkan kos penggunaan pekerja asing dan tenaga buruh yang ramai untk melakukan
sesuatu pembangunan di negara ni. Dengan menggunakan teknologi ini juga, kerajaan mampu
menjimatkan masa untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu kerajaan mengambil inisiatif
untuk meningkatkan lagi penglibatan masyarakat dengan bidang sains dan teknologi di negara
ini. Dengan penggunaan teknologi ini juga, negara Malaysia mampu melonjakkan nama di
pentas antarabangsa dalam pelbagai bidang terutamanya bidang perindustrian dan pembangunan.
Hal ini akan meningkatkan lagi pendapatan negara dan penduduk negara malaysia.
6.0 Pada pandangan anda, bagaimanakah prospek masa hadapan agromakanan dan
pertanian negara ini?
Pada tahun 2011, kabinet telah meluluskan satu dasar iaitu dasar agromakanan negara(DAN)
yang telah dilancarkan oleh dato’ Sri Mohd NAjib Tun Abdul Razak. DAN ini merupakan
kesinambungan tiga dasar pertanin negara yang terdahulu. Selari dengan dasar ini, sektor
pertanian tidak tertumpu kepada beberapa komoditi industri utama sahaja sebaliknya memberi
tumpuan kepada pembangunan pelbagai komoditi pertanian.
Sejajar dengan itu, DAN mempunyai 3 objektif untuk dicapai. Yang pertama adalah menjamin
bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan oleh penduduk malaysia. Yang kedua
adalah menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan. Hal
ini kerana kebolehpadaran hasil pertanian perlu dimanfaatkan sepenuhnya malah diterokai bagi
eksport. Yang terakhir adalah meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani. Dengan cara ini,
golongan yang mengusahakan sektor primer dapat diperkasakan.
Kerajaan malaysia telah berusaha untuk memastikan negara malaysia memperoleh bekalan
makanan seperti beras. Melalui dasar agromakanan dan pertanian yang dianjurkan oleh kerajaan,
negara malaysia telah mampu mengurangkan kadar import bekalan makanan daripada negara
luar bahkan negara malaysia sendiri telah mengeksport bekalan makanan ke negara luar. Hal ini
sedikit sebanyak mampu meningkatkan pendapatan negara dan penduduk negara. Di samping
itu, kerajaan juga menggalakkan penduduk meningkatkan lagi hasil pertanian bagi memastikan
bekalan makanan di negara ini mencukupi.

7.0 Malaysia dibangunkan dengan berlandaskan perancangan yang sistematik dan berstrategik.
Setiap perancangan itu adalah berasaskan dasar-dasar dan pelan-pelan pembangunan negara yang
dibina menggunakan acuan negara bangsa Malaysia yang unik dan tersendiri, demi manfaat
bersama secara keseluruhan.
Bincangkan sejauh manakah rakyat memahami dan turut serta dalam proses
pembangunan negara demi mencapai aspirasi ke arah negara maju dan bertaraf
antarabangsa?
Kerajaan malaysia telah memperkenalkan perlbagai dasar untuk memajukan dan menaikkan
nama malaysia di pentas antarabangsa. Namun dasar ini tidak akan berjaya sekiranya tiada
sokongan dan tiada penglibatan oleh rakyat. Antara dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan
malaysia adalah menyentuh sektor pendidikan, pertanian dan perpaduan kaum. Hal ini sedikit
sebanyak telah menaikkan nama malaysia. Seperti yang kita tahu, malaysia kaya dengan bahan
semula jadinya, bahan mentah seperti minyak, emas, tanah yang subur dan lain-lain. Sekiranya
tiada penyertaan dan sokongan dari rakyat, kerajaan sendiri tidak mampu untuk explore negara
malaysia yang kaya dengan bahan mentah.
Dalam sektor pertanian, kerajaan telah memperkenalkan dasar Agromakanan bertujuan untuk
meningkatkan lagi penglibatan rakyat dalam sektor pertanian. Dan tidak tertumpu pada industri
semata-mata. Kerajaan telah meningkatkan lagi subsidi dan bantuan seperti bantuan baja agar
hasil pertanian semakin meningkat dan sehingga boleh dieksport ke negara luar. Secara tidak
lansung, pendapatan petani akan meningkat dan ianya menarik minat golongan muda untuk
terlibat dalam industri primer. Kerajaan turut memperkenalkan dasar sosial negara yang
bertujuan untuk membangunkan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan meningkatkan
keupayaan insan bagi mencapau kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan sosial dan
kesejahteraan hidup masyarakat malaysia yang maju dan mantap.
Oleh itu, setiap dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah untuk mencapai negara maju dan
berpendapatan tinggi. Dengan malaysia mencapai negara maju di pentas antarabangsa, hal ini
secara tidak lansung akan meningkatkan lagi pendapatan rakyat malaysia. Kerajaan amat
berharap setiap dasar yang diperkenalkan oleh mereka mendapat sambutan dan sokongan rakyat
kepada kerajaan masa kini.

You might also like