You are on page 1of 13

0

1

ISI KANDUNGAN Muka
Surat

1. PENGENALAN 2

Latarbelakang dan Sejarah



2. PERANAN PIHAK KERAJAAN DAN 3-4
TANGGUNGJAWAB PIHAK SWASTA DEMI MENJAYAKAN

3. PROGRAM TINDAKAN SEBAGAI NADI KEJAYAAN 5-8

4. PENUTUP 9

5. BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN 10




















2

PENGENALAN

Kerajaan telah dan sedang mengambil beberapa langkah yang penting melalui
pembentukan dasar yang bermotifkan pembangunan rakyat Malaysia. Salah satu
dasar yang penting yang pernah digubal oleh kerajaan adalah Dasar Pensyarikatan.
Walaupun sudah melebihi beberapa dekad sejak dasar ini diperkenankan oleh
kerajaan, masih ada pihak yang mempertikaikan kerelevanan dasar ini.

Sepertimana diketahui umum motif utama dasar ini adalah melicinkan serta
membangunkan urusan beberapa agensi kerajaan supaya boleh mencapai tahap
kepuasaan yang tinggi serta produktiviti yang lebih berkesan.
LATARBELAKANG DAN SEJARAH

Dasar memberi maksud suatu kenyataan mengenai hasrat bagi mencapai
sesuatu maksud atau kehendak. asas, teras, panduan dan aturan untuk mencapai
matlamat dan kepentingan negara, agensi, unit atau pihak tertentu. Dasar
Persyarikatan Malaysia telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri (Tun Dr.
Mahathir Mohamad) pada 25 Februari tahun 1983 semasa pelancaran satu forum di
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara sebagai satu pendekatan
asas bagi pembangunan negara. Dalam dasar ini Malaysia dianggap sebagai
sebuah syarikat dan kerjasama antara pihak awam dan swasta melalui kakitangan
awam dan swasta sebagai pemilik bersama perlu untuk memastikan dasar ini dapat
dilaksanakan sepenuhnya. Dasar Persyarikatan Malaysia membolehkan pihak
Kerajaan dan swasta bersama-sama untuk memastikan pembangunan ekonomi dan
sosial seimbang bagi kepentingan negara. Pada tahun 1984, Surat Pekeliling Am Bil.
2 tahun 1984 telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, mengarahkan semua
Kementerian, Jabatan dan pejabat kerajaan menubuhkan Panel Perunding bagi
tujuan memperbaiki perkhidmatan yang diberikan kepada sektor swasta.

Pada Julai 1991, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 9 Tahun
1991 telah dikeluarkan bagi memberi panduan mengenai Pelaksanaan Dasar
Persyarikatan Malaysia yang mengandungi garis panduan mengenai Pelaksanaan
Dasar Persyarikatan Malaysia di peringkat Kementerian, Jabatan Pesekutuan,
Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah, termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan.
3


Konsep Persyarikatan Malaysia adalah menekankan pentingnya kerjasama
yang bermakna di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagi tujuan
memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Kejayaan sektor
swasta yang membawa perkembangan dan peningkatan keuntungannya akan
memastikan lebih banyak penghasilan pendapatan negara melalui pungutan
pelbagai jenis cukai oleh kerajaan. Adalah perlu bagi perkhidmatan awam
memastikan bahawa sektor swasta mencapai kejayaan. Matlamat utama dasar ini
adalah untuk mempercepat pembangunan negara melalui kerjasama dalam bidang
ekonomi dan sosial antara pihak Kerajaan dan pihak swasta.

Persolanya adakah dasar pensyarikatan ini telah mencapai hasratnya. Untuk
mendapatkan jawapan bagi soalan ini, kita perlu merujuk dan mengkaji setiap aspek
dan peranan yang telah dimainkan oleh semua agensi kerajaan serta agensi swasta
yang menjunjung tanggungjawab untuk menjayakan hasrat kerajaan tersebut.

RASIONAL

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang
akan menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor
awam.Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang
untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang
lebih baik.
Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti
perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar
utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang
tertentu kepada pihak swasta.
Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi
perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan. Keperluan kepada dasar
Persyarikatan Malaysia ini ujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat
beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang menjadi berasingan atau
bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan dan peraturan
di antara pihak awam dan swasta.
4




PERANAN PIHAK KERAJAAN DEMI KEJAYAAN PELAKSANAAN DASAR
SERTA KEJAYAAN DASAR PERSYARIKATAN

Sepertimana diketahui umum, kerajaan telah berperanan penting untuk memastikan
dasar ini Berjaya mencapai hasratnya. Setiap agensi kerajaan yang telah bertindak
sebagai perancang dasar ini serta pelaksana telah memastikan segala kerumitan
Berjaya diatasi demi mencapai matlamat yang ditujui. Kejayan ini dapat dilihat hasil
daripada peranan kerjaan sebagai :

i. Sebagai Fasilitator

Pihak Kerajaan menyediakan suasana yang kondusif bagi merangsang
pertumbuhan ekonomi yang pesat sebagaimana dan sejauh mana yang dibenarkan
oleh peraturan dan undang-undang pembaikan sistem, prosedur dan proses bagi
memudahkan pihak swasta mencapai matlamat mereka. Ini telah memudahkan
kegiatan perniagaan dan menyediakan inisiatif yang menarik.

ii. Sebagai Perancang

Pihak Kerajaan mestilah peka dan responsif kepada perubahan-perubahan
dalam persekitaran dunia semasa merancang arah tujuan dan strategi pertumbuhan
proaktif, menyediakan maklumat yang betul, aktiviti galakan yang lebih baik melalui
perwakilan seberang laut, pihak swasta perlukan pengetahuan dan kemahiran bagi
mengenal pasti dan mendapat peluang-peluang perniagaan untuk negara dan
sebagai perancang untuk menentukan dasar atau arah tuju, strategi menyediakan
maklumat dan aktiviti-aktiviti galakan.

iii. Sebagai Pelaksana

Pihak Kerajaan juga perlu terus menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
sosial yang penting kepada semua rakyat bukan sahaja kemudahan dan
5

perkhidmatan itu meluas tetapi standardnya harus lebih baik atau untuk
mengembleng sumber-sumber melalui kerjasama yang padu antara pihak Kerajaan
dan pihak swasta, mewujudkan panel-panel perunding dan mematuhi Pekeliling
Kemajuan Perkhidmatan Awam.




iv. Sebagai Pemantau dan Penguatkuasa Undang-Undang / Peraturan

Pihak Kerajaan berperanan untuk menggubal dan meminda akta-akta dan
peraturan-peraturan yang berkaitan dengan undang-undang bagi memastikan
kedua-dua pihak Kerajaan dan swasta memperoleh keuntungan bersama. Selain
daripada itu, pihak Kerajaan perlu memantau pelaksanaan undang-undang supaya
dasar yang diperkenalkan dan dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sekiranya
pindaan perlu dilakukan.

v. Sebagai Penyedia Garis Panduan

Garis panduan bagi sesuatu dasar yang dibuat perlu disediakan bagi menjadi
panduan atau rujukan kepada undang-undang yang digubal atau dipinda. Pihak
Kerajaan perlu sentiasa mengadakan sesi perbincangan dengan pihak swasta
supaya undang-undang yang dibuat mengambil kira setiap aspek yang membawa
kepada keuntungan bersama.





TANGGUNGJAWAB PIHAK SWASTA SERTA KEJAYAAN DASAR
PERSYARIKATAN

Sebagai penggerak pertubuhan ekonomi, pihak swasta perlu lebih dinamik, kuat,
berdaya saing, cekap dan tangkas dalam menghadapi cabaran-cabaran saingan di
6

pasaran luar negara. Produk mereka perlu lebih pelbagai dan mampu mengekalkan
persaingan untuk pasaran yang luas dan berbagai. Sumbangan kepada pendapatan
negara melalui pemotongan cukai juga merupakan tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh pihak swasta. Pihak swasta juga perlu bersatu tenaga bagi
menembusi pasaran baharu negara-negara membangun Asia, Afrika dan Amerika
Latin atau pihak swasta perlukan pengetahuan dan kemahiran.


Oleh yang demikian, pelbagai program atau aktiviti yang telah dilaksanakan
bagi menjayakan Dasar Persyarikatan Malaysia. Di antaranya ialah (5) lima program
tindakan yang dijalankan bagi mencapai pelaksanaan dasar ini. Lima program
tindakan tersebut ialah:





PANEL PERUNDINGAN

Panel Perundingan hendaklah diwujudkan di tiap-tiap Kementerian /Jabatan /
Pejabat dan hendaklah diadakan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah.
Peraturan-peraturan seperti beikut hendaklah dilaksanakan:

i. Keanggotaan

Panel Perundingan hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian /
Ketua Pengarah Jabatan Persekutuan / Setiausaha Kerajaan Negeri / Pegawai
Daerah.Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik dari pihak swasta. Keanggotaan
Panel hendaklah terdiri dari pegawai-pegawai tertentu Kementerian / Jabatan /
Pejabat dan wakil-wakil pihak swasta. Wakil-wakil pihak swasta boleh dipilih dari
ahli-ahli dewan-dewan perdagangan dan perindustrian, majlis-majlis perniagaan,
pertubuhan industri, sosial, badan-badan ikthisas dan lain-lain organisasi yang
berkaitan serta orang perseorangan yang berkepentingan. Anggota-anggota panel
hendaklah dilantik oleh pengerusi panel.
7





ii. Bidang Tugas

Panel Perundingan merupakan sebagai mekanisma bagi wakil-wakil daripada
kedua-dua pihak berbincang mengenai pelaksanaan dasar / program / projek
Kementerian / Jabatan / Pejabat yang berkenaan yang melibatkan peranan
sektorswasta. Panel hendaklah memberi perhatian yang berat kepada isu-isu
berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan oleh Kementerian / Jabatan / Pejabat
kepada swasta. Perhatian hendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut:




a) Urusan memudahkan prosedur dan peraturan yang berkaitan dengan sektor
swasta;
b) Penyediaan buku-buku panduan bagi memudahkan kefahaman terhadap
peraturan-
peraturan prosedur
c) Penetapan kriteria-kriteria bagi membuat keputusan yang jelas dan
mengurangkan
kuasa budi bicara;
d) Penyampaian Perkhidmatan Rasmi Kerajaan kepada sektor swasta secara
efisien dan berkesan dan tepat pada masa.

iii. Mesyuarat Berjadual

Panel-panel ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun, yang
mana tarikh-tarikh mesyuarat ditetapkan lebih awal.



8

iv. Sekretariat

Sekretariat bagi panel perunding disetkan setiap agensi perlu di kenal pasti dengan
seorang tertentu ditugaskan sebagai pegawai perhubungan di antara sebuah agensi
itu dengan pihak sektor swasta.

v. Perbincangan

Agensi-agensi berkenaan perlu memastikan cadangan yang telah dikemukakan,
dibincang, dan tindakan susulan dan tindakan yang seterusnya dilaksanakan bagi
memastikan pencapaian matlamat.

SESI DIALOG TAHUNAN YANG TELAH MENYUMBANGKAN IDEA DEMI
KEJAYAAN DASAR PERSYARIKATAN

i. Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
hendaklah mengadakan sessi dialog tahunan dengan pihak swasta. Tujuan
sesi dialog tahunan ini ialah untuk membolehkan perbincangan terbuka
dengan pihak swasta mengenai dasar-dasar tertentu Kerajaan yang
melibatkan mereka di bawah bidang kuasa Kementerian /Jabatan / Pejabat
Kerajaan Negeri masing-masing mengenai pelaksanaan dasar-dasar itu,
peraturan, prosedur dan prestasi Kementerian / Jabatan / Pejabat.
Maklumbalas yang diterima hendaklah digunakan di mana perlu untuk
memperbaiki prestasi Kementerian / Jabatan / Pejabat dalam bidang kuasa
masing-masing. Sesi dialog ini hendaklah dianggap sebagai majlis penasihat
sahaja tanpa apa jua kuasa membuat keputusan.

ii. Sesi dialog tahunan di peringkat tertinggi ini yang akan dipengerusikan oleh
Yang Berhormat Menteri / Menteri Besar hendaklah di wakili oleh Ketua
Setiausaha / Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai-
pegawai kanan Kementerian / Jabatan pejabat berkenaan bagi pihak sektor
awam. Sektor swasta pula hendaklah diwakili oleh ahli-ahli utama dewan-
dewan perdagangan dan perindustrian majlis-majlis perniagaan, pertubuhan-
9

pertubuhan industri, social dan badan-badan ikthisas yang mana berkaitan
serta orang-orang perseorangan yang berkepentingan dan sebagainya.

iii. Sekretariat bagi sesi dialog tahunan ini hendaklah di kenal pasti untuk
menerima dan mengemukakan kertas-kertas kerja untuk perbincangan.
Tarikh sesi dialog hendaklah ditetapkan dan dimaklumkan terlebih awal
kepada anggota-anggota dialog.

iv. Segala perbincangan dan cadangan-cadangan sesi dialog hendaklah di
dokumentasikan dan disampaikan kepada anggota-anggota. Cadangan-
cadangan yang
diterima hendaklah dikaji untuk menentukan kemungkinan bagi pelaksanaan.



C. PENYAMPAIAN MAKLUMAT

Maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh sektor swasta dalam
perbincangan-perbincangan di peringkat panel, sesi dialog dan lain-lain forum yang
melibatkan kedua-dua sektor, boleh disampaikan dengan kebenaran Ketua Jabatan.
Penyampaian maklumat ini hendaklah mengambil kira dasar-dasar tertentu
Kementerian / Jabatan/ Pejabat, peraturan-peraturan pentadbiran Kerajaan dan
tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

Penyampaian maklumat yang le efisien ini telah meningkatkan lagi
kelancaran serta pelaksanaan sesuatu proses. Secara keseluruhan proses ini juga
telah menjadi sesuatu faktor yang menyumbangkan kepada kejayaan dasar ini.







10







D. INTERAKSI MENERUSI MAJLIS-MAJLIS TERTENTU BAGI PERTUKARAN
IDEA, PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN

Pegawai-pegawai Kerajaan boleh mengambil bahagian dalam seminar-
seminar dan lain-lain forum yang dianjurkan oleh dewan-dewan perdagangan dan
perindustrian, majlis-majlis perniagaan, pertubuhan ikhtisas dan sebagainya
sekiranya tajuk-tajuk atau perkara-perkara perbincangan majlis itu adalah berhubung
kait dengan fungsi Kementerian / Jabatan /Pejabat masing-masing. Penyertaan di
seminar, bengkel, kursus latihan yang dianjurkan oleh pihak swasta dengan
penyertaan kedua pihak awam-swasta adalah untuk mengalakkan pertukaran idea-
idea, pengetahuan, pengalaman serta memperolehi maklum balas yang mana akan
memanfaatkan pentadbiran Kerajaan.
















11







PENUTUP

Konsep Persyarikatan Malaysia ini telah menekankan tentang pentingnya
kerjasama yang bermakna di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagi
tujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negara. Dasar
Pensyarikatan Malaysia telah membuktikan hasilnya sehingga kini dalam
memainkan peranan yang penting untuk memupuk dan menjalinkan hubungan
kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta dan menjadikan negara Malaysia
sebagai sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia.
Dan apa yang dapat didimpulkan disini adalah dasar ini Berjaya mencapai
hasrtanya.

















12







BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN

1. Kamus Dewan Edisi Keempat, Tahun 2005
2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 9 Tahun 1991, Panduan
Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia (PKPA) Jilid 1, m/s 261,
International Law Book Services (ILBS).
3. Dasar Persyarikatan Malaysia Tahun 1984, www.docstoc.com
4. Dasar Awam 2, www.slideshare.net
5. Dasar-Dasar Kerajaan, www.google.com.my

You might also like