You are on page 1of 7

Dasar pensyarikatan Malaysia merupakan salah satu dasar yang turut menyumbang kea rah perkembangan ekonomi Negara.

Strategi utama yang dipilih bagi menjayakannya ialah dengan menggalakkan aktiviti-aktiviti yang bertujuan mengeratkan lagi kerjasama di antara sector swasta melalui beberapa program tindakan tertentu. Jelaskan program-program tindakan tersebut .

LATARBELAKANG DAN SEJARAH

Dasar Pensyarikatan Malaysia telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) pada tahun 1983 sebagai satupendekatan asas bagi pembangunan Negara. Pada tahun 1984, Surat PekelilingAm Bil. 2 tahun 1984 telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara,mengarahkan semua Kementerian, Jabatan dan pejabat kerajaan menubuhkanPanel Perunding bagi tujuan memperbaiki perkhidmatan yang diberikan kepadasektor swasta. Pada Julai 1991, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran AwamBilangan 9 Tahun 1991 telah dikeluarkan bagi memberi panduan mengenaiPelaksanaan Dasar Pensyarikatan Malaysia yang mengandungi garis panduanmengenai Pelaksanaan Dasar Pensyarikatan Malaysia diperingkat Kementerian, Jabatan Pesekutuan, Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah, termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan.Konsep Pensyarikatan Malaysia adalah menekankan pentingnyakerjasama yang bermakna diantara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagitujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.Kejayaan sektor swasta y ang membawa perkembangan dan peningkatankeuntungannya akan memastikan lebih banyak penghasilanpendapatan negaramelalui pungutan pelbagai jenis cukai oleh kerajaan. Adalah perlu bagi perkhidmatan awam memastikan bahawa sektor swasta mencapai kejayaan.Pelbagai program atau aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menjayakanDasar Pensyarikatan Malaysia diantaranya ialah lima (5) program tindakan yangdijalankan bagi mencapai pelaksanaan dasar ini. Lima program tindakan tersebut: Jabatan Pesekutuan, Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah, termasuk pihak-pihak berkuasa tempatan.Konsep Pensyarikatan Malaysia adalah menekankan pentingnyakerjasama yang bermakna diantara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagitujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.Kejayaan sektor swasta y ang membawa perkembangan dan peningkatankeuntungannya akan memastikan lebih banyak penghasilan pendapatan negaramelalui pungutan pelbagai jenis cukai oleh kerajaan. Adalah perlu bagiperkhidmatan awam memastikan bahawa sektor swasta mencapai kejayaan.Pelbagai program atau aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menjayakanDasar Pensyarikatan Malaysia diantaranya ialah lima (5) program tindakan yangdijalankan bagi mencapai pelaksanaan dasar ini. Lima program tindakan tersebutialah :

A. PANEL PERUNDINGAN Panel Perundingan hendaklah diwujudkan di tiap-tiap Kementerian /Jabatan / Pejabat dan hendaklah diadakan diperingkat Persekutuan,Negeri dan Daerah. Peraturanperaturan seperti beikut hendaklahdilaksanakan : i.Keanggotaan Panel Perundingan hendaklah dipengerusikan oleh KetuaSetiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jaba tan Persekutuan / Setiausaha Kerajaan Negeri / Pegawai Daerah.Timbalan Pengerusi hendaklah dilantik dari pihak swasta.Keanggotaan Panel hendaklah terdiri d ari pegawai-pegawaitertentu Kementerian / Jabatan / Pejabat dan wakil-wakil pihakswasta. Wakilwakil pihak swasta boleh dipilih dari ahli-ahlidewan-dewan perdagangan dan perindustrian, majlismajlisperniagaan, pertubuhan industri, sosial, badan-badan ikthisasdan lain-lain organisasi yang berkaitan serta orang perseorangyang berkepentingan. Anggota-anggota panel hendaklahdilantik oleh pengerusi panel. ii.Bidang Tugas Panel Perundingan merupakan sebagai mekanisma bagiwakil-wakil daripada keduadua pihak berbincang mengenaipelaksanaan dasar / program / projek Kementerian / Jabatan /Pejabat yang berkenaan yang melibatkan peranan sektor swasta. Panel hendaklah memberi perhatian yang berat kepadaisu-isu berkaitan dengan penyampain perkhidmatan olehKementerian / Jabatan / Pejabat / kepada swasta. Perhatianhendaklah diberi kepada perkara-perkara berikut : a)Urusan memudahkan prosedur dan peraturan yang berkaitan dengan sektor swasta; b)Penyediaan buku-buku panduan bagi memudahkankefahaman prosedur; terhadap peraturan-peraturan

c)Penetapan kriteria-kriteria bagi membuat keputusan yang jelas dan mengurangkan kuasa budibicara; d)Penyampaian Perkhidmatan Rasmi Kerajaan kepadasektor swasta secara efisien dan berkesan dan tepat padamasa. iii.Mesyuarat Berjadual Panel-panel ini hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnyadua kali setahun, yang mana tarikh-tarikh mesyuarat ditetapkanlebih awal. iv.Sekretariat Sekretariat bagi panel perunding di setkan setiap agensi perludikenalpasti dengan seorang tertentu ditugaskan sebagaipegawai perhubungan diantara sebuah agensi itu dengan pihaksektor swasta. v.Perbincangan

Agensi berkenaan perlu memastikan cadangan yangtelah dikemukakan, dibincang, dan tindakan susulan dan tindakan yang seterusnya dilaksanakan bagi memastikan pencapaian matlamat. B.SESSI DIALOG TAHUNAN i.Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Pejabat SetiausahaKerajaan Negeri hendaklah mengadakan sessi dialog tahunan dengan pihak swasta. Tujuan sesi dialog tahunan ini ialahuntuk membolehkan perbincangan terbuka dengan pihakswasta men genai dasardasar tertentu Kerajaan yangmelibatkan mereka di bawah bidang kuasa Kementerian /Jabatan / Pejabat Kerajaan Negeri masing-masing,pelaksanaan dasar-dasar itu, peraturan, prosedur dan prestasi Kementerian / Jabatan / Pejabat. Maklumbalas yang diterimahendaklah digunakan dimana perlu untuk memperbaiki prestasiKementerian / Jabatan / Pejabat dalam bidang kuasa masingmasing. Sessi dialog ini hendaklah dianggap sebagai majlispenasihat sahaja tanpa apa jua kuasa membuat keputusan. ii.Sesi dialog tahunan di peringkat tertinggi ini yang akandipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri / Menteri Besar hendaklah diwakili oleh Ketua Setiausaha / SetiausahaKerajaan Negeri, Ketuaketua Jabatan dan pegawai-pegawaikanan Kementerian / Jabatan pejabat berkenaan bagi pihaksektor awam. Sektor swasta pula hendaklah diwakili oleh ahli-ahli utama dewandewan perdagangan dan perindustrian,majlis-majlis perniagaan, pertubuhan-pertubuhan industri, sosialdan badan-badan ikthisas yang mana berkaitan serta orang-orang perseorangan yang berkepentingan dan sebagainya. iii. Sekretariat bagi sessi dialog tahunan ini hendaklah dikenalpasti untuk menerima dan mengemukakan kertas-kertas kerja untuk perbincangan. Tarikh sessi dialog hendaklah ditetapkan dandimaklumkan terlebih awal kepada anggota-anggota dialog. iv.Segala perbincangan dan cadangan-cadangan sessi dialog hendaklah didokumentasikan dan disampaikan kepada anggota-anggota. Cadangancadangan yang diterima hendaklah dikaji untuk menentukan kemungkinan bagi pelaksanaan. C. PENYAMPAIAN MAKLUMAT Maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh sektor swasta dalamperbincangan-perbincangan diperingkat panel, sessi dialog dan lain-lain forum yang melibatkan keduadua sektor, boleh disampaikandengan kebenaran Ketua Jabatan. Penyampaian maklumat inihendaklah mengambil kira dasar-dasar tertentu Kementerian / Jabatan/ Pejabat, peraturanperaturan pentadbiran Kerajaan dan tertaklukkepada Akta Rahsia Rasmi 1972. D. INTERAKSI MENERUSI MAJLIS-MAJLIS TERTENTU BAGIPERTUKARAN IDEA, PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN Pegawai-pegawai Kerajaan boleh mengambil bahagian dalamseminar-seminar dan lainlain forum yang dianjurkan oleh dewan-dewan perdagangan dan perindustrian, majlis-majlis perniagaan

pertubuhan ikhtisas dan sebagainya sekiranya tajuk-tajuk atauperkara-perkara perbincangan majlis itu adalah berhubung kait denganfungsi Kementerian / Jabatan /Pejabat masing-masing. Penyertaan diseminar, bengkel, kursus latihan yang dianjurkan oleh pihak swastadengan penyertaan kedua pihak awam-swasta, adalah untukmengalakkan pertukaran idea-idea, pengetahuan, pengalaman sertamemperolehi maklum balas yang mana akan menfaatkan pentadbiranKerajaan. E. INTERAKSI SECARA SOSIAL Bagi mewujudkan pertalian yang lebih rapat di antara perkhidmatanawam dengan sektor swasta, Kementerian / Jabatan /PejabatKerajaan boleh mengadakan majlis sukan di mana pemainpemaindaripada kedua-dua belah pihak boleh mengambil bahagian. Sukanyang berjenis berpasukan adalah digalakkan. Pembiayaan untukmengadakan majlis sukan hendaklah ditanggung bersama. Dalamhubungan ini, pihak swasta adalah bermaksud dewan-dewanperdagangan dan perindustrian, majlis perniagaan, persekutuanindustri dan seumpamanya. Peraduan di antara Kementerian / Jabatan/ Pejabat Kerajaan dengan syarikat-syarikat persendirian tidak digalakkan.

PENUTUP Konsep Pensyarikatan Malaysia ini telah menekankan tentang pentingnyakerjasama yang bermakna di antara perkhidmatan awam dan sektor swasta bagitujuan memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negara.Dasar Pensyarikatan Malaysia telah membuktikan hasilnya sehingga kini dalammemainkan peranan yang penting untuk memupuk dan menjalinkan hubungankerjasama antara sektor awam dan sektor swasta dan menjadikan negaraMalaysia sebagai sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilangdimata dunia. BIBLOGRAFI 1. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 9 Tahun 1991, PanduanPelaksanaan Dasar Pensyarikatan Malaysia (PKPA) Jilid 1, M/S 261,(INTERNATIONAL LAW BOOK SERVICES (ILBS).

Latar Belakang

Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporate ini telah pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu pelancaran Forum INTAN pada 25hb. Februari, 1983. Semenjak itu dasar ini telah banyak dikupas dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan juga gulungan intelektual. Rasional Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam. Keduadua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik.

Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.

Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini wujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta. Objektif Persyarikatan Malaysia bertujuan mengujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.

Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan konsep Persyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya bersama berkongsi maklumat, tanggongjawab, cabaran serta memahami polisi, objektif dan prosediur-prosediur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan sosial, pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat ini sebenarnya akan menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Keuntungan

yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan dapat dikecapi bersamasama melalui cukai dan penglibatan sosial secara bersungguh oleh pihak swasta. Strategi Pelaksanaan Kesefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui: 1. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan. 2. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara. Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu menjaga maruah negara dan tidak hanya satu pihak sahaja yang akan bersungguh membangunkan negara. 3. Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada. 4. Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama. Ini membolehkan pihak swasta mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka. Dalam hubungan ini, pihak INTAN telah mengadakan beberapa siri forum, seminar dan perbincangan dalam usaha-usaha mendapatkan pandangan-pandangan pertukaran-pertukaran maklumat di peringkat persekutuan dan negerinegeri. Beberapa syarikat swasta juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar yang serupa.

Dalam usaha mengujudkan kerjasama yang lebih erat dan penglibatan pihak swasta dalam penggubalan dasar dan prosediur, secara lebih berkesan, satu Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1984 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara telah dikeluarkan, mengarah supaya semua Kementerian, Jabatan, badan berkanun dan Pejabat Daerah menubuhkan Perundingan di antara pihak swasta dan pihak awam.

Selain dari itu beberapa program-program lain juga telah dijalankan seperti menempatkan pegawai kerajaan ke syarikat swasta. Sebagai permulaannya seramai 18 orang pegawai telah ditempatkan di British Malaysian Industry and Trade Association (BMITA) mulai tahun 1984 yang lalu dengan tujuan membolehkan pegawai-pegawai itu mempelajari selok belok pengurusan sektor swasta tentangnya dibidang perniagaan, perdagangan dan industri. Penutup

Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju.

Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-lain.

You might also like