You are on page 1of 16

DASAR DASAR AWAM

DASAR-DASAR AWAM
Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum,
agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan
kaum merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik. Melalui perpaduan kaum
yang kukuh tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf
hidup rakyat akan bertambah maju. Penjajahan telah membentuk kaum-kaum
yang

berbeza

bukan

sahaja

dari

segi

kebudayaan,

agama,

peringkat

sosioekonomi malah membahagikan tempat tinggal mengikut kelompok kaum


tersebut. Aspek-aspek ini boleh menjadi penghalang untuk mencapai perpaduan.
Jadi dasar adalah satu nilai yang perlu dicapai, dan amalan yang perlu dilakukan
bagi mereliasasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum di Malaya.
Negara ialah pusat kehidupan penduduk yang dapat ditinjau dari aspek
sosial, politik, mahupun ekonomi. Dalam Kamus Edisi Keempat, negara
didefinisikan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan
segala yang berkaitan dengan negara di bawah undang-undang dan kuasa
pemerintahan. negara selalu dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan
dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah negara mempunyai ciri-ciri seperti sempadan
atau wilayah yang tertentu dan jelas, penduduk yang bermastautin, pemerintah
dan juga terdapat kedaulatan. Berpandukan ciri-ciri tersebut, sesebuah negara itu
wujud dan diakui oleh negara lain.
Dasar-dasar kerajaan adalah untuk mencorakkan kehidupan rakyat
sesebuah negara. Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya
sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa.
Sebagai sebuah negara kecil yang dibahagikan kepada dua wilayah iatu
Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Malaysia adalah merupakan
negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan,
menganuti pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan pelbagai budaya dan
1

DASAR DASAR AWAM

konteks sebuah negara persekutuan. Dasar merupakan suatu yang penting dalam
sisitem pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara. Dasar merupakan rangka
dalam pelaksanaan rancangan kerajaan dan berbentuk pelan tindakan yang
dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara.
Dasar negara adalah merupakan garis panduan pentadbiran yang
merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan
negara ke arah sebuah negara yang gemilang.Walaubagaimanapun, minat
seseorang terhadap perkara ini berbeza. Ada yang terlibat dalam pengubalan
dasar dan ada yang berfungsi sebagai pelaksana. Tujuan dasar-dasar negara
adalah bagi membantu negara mencapai matlamat keselamatan negara. Selain
itu, kepentingan perpaduan dan kestabilan negara adalah bagi menjamin
kestabilan sosial dan ekonomi rakyat juga masyarakat. Oleh itu, perpaduan
negara akan menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan
penduduk

negara

ini

seterusnya

akan

menjadi

faktor

penting

kepada

pembangunan dan kemajuan negara.


Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya sendiri kerana
dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Semua
rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada
pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan perutukanperutukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang
memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Matlamat untuk menjadi sebuah negara
yang makmur lagi bersatupadu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana
pembangunan yang aman dan stabil dengan mempunyai keunikan tersendiri.
Pembangunan adalah sesuatu yang abstrak dan terlalu luas untuk dibincangkan.
Dalam konteks Negara, aspek pembangunan akan melihat beberapa perkara
yang penting. Oleh itu Malaysia perlu mempunyai dasar yang bukan sahaja dapat
mengembleng sumber-sumber tetapi boleh mengurangkan jurang perbezaan
antara kaum bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional.

DASAR DASAR AWAM

Dalam pada itu, jurang perkauman tetap wujud dan fenomena ini adalah
dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang sememangnya telah dijangkakan
oleh banyak pihak apabila membuat analisa terhadap peristiwa tersebut.
Sehubungan dengan peristiwa berdarah itu, bermulalah rentetan-rentetan dasar
kerajaan yang bertujuan untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat,
menyeimbangkan

kekayaan

ekonomi

dan

mewujudkan

keadilan

sosial.

Pengenalan Dasar Ekonomi Baru sekurang-kurangnya telah merapatkan jurang


ekonomi antara kaum walaupun tidak mencapai matlamat sepenuhnya. DKK dan
DKN juga telah mencetuskan aspirasi perpaduan dalam kalangan rakyat
walaupun tidak ke peringkat akar umbi. Pengenalan dasar-dasar kerajaan yang
lain juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran sosial dalam membentuk
keadilan sosial sesuai dengan cabaran-cabaran kemajuan negara.
Hari

ini,

Malaysia

telah

berubah

menjadi

sebuah

negara

yang

berpendapatan tinggi dan kejayaan itu dicapai kerana hasil sumbangan daripada
setiap kaum di negara ini. Di bawah gagasan satu Malaysia, pentingnya
kerjasama daripada semua kaum tanpa perlu mempertikaikan hak masing-masing
bagi memastikan negara terus maju. Kerakyatan sesuatu kaum itu tidak boleh
ditarik balik kerana ia dipertahankan mengikut Perlembagaan dan Rukun Negara.
Sehubungan itu soal kerakyatan sesuatu kaum juga tidak perlu dipertikaikan
sembarangan memandangkan seluruh rakyat di negara ini adalah rakyat Malaysia
mengikut peruntukan Perlembagaan dan Dasar kerajaan

Definisi Dasar
Perkataan dasar merujuk kepada tingkah laku beberapa aktor atau pelaku
yang tertentu dalam pembuatan dasar awam yang rasmi seperti agensi kerajaan
dan badan perundangan. Ianya juga merupakan satu keputusan yang dibuat oleh
individu dan kumpulan tertentu dalam sesebuah kerajaan mengikut keadaan
negara bagi mencapai matlamat untuk mengurangkan masalah tertentu dan
pembangunan negara. Contohnya masalah social, masalah ekonomi, masalah
pertanian dan lain-lain. Malahan, pembentukan dasar awam tidak hanya akan

DASAR DASAR AWAM

ditentukan oleh pihak kerajaan malahan pihak swasta turut mempengaruhi dalam
penggubalan dasar atau pun polisi.
Dasar awam boleh ditafsirkan dengan berbagai-bagai maksud dan
pengertian. Menurut Robert Eyestone (1971:18), dasar awam ialah hubungan di
antara unit-unit kerajaan dengan persekitarannya. Namun, definisi ini agak luas
yang menyebabkan pembaca kurang faham maksudnya. Thomas R. Dye (1978 :
1) pula menyatakan bahawa dasar awam sebagai apa-apa sahaja pilihan kerajaan
untuk membuat sesuatu atau tidak. Ahmad Atory Hussain (1990 : 1) pula
menyatakan dasar awam ialah program atau projek yang dirancang oleh kerajaan
yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu. Menurut Prof. Richard Rose
(1969) pula, beliau menjelaskan dasar awam merupakan satu siri aktiviti atau
kegiatan yang berpanjangan sama ada sedikit atau banyak yang melibatkan
keputusan yang konkrit walaupun kesannya berbeza berbanding keputusan yang
diambil. Takrifan daripada beliau lebih jelas dan bermakna kerana dasar awam
dianggap sebagai satu bentuk atau siri tindakan yang berterusan.
Daripada beberapa definisi dasar awam yang telah dikemukakan, dapatlah
disimpulkan bahawa dasar awam merupakan suatu tindakan yang berorientasikan
matlamat dan tujuan.

Pendekatan Logik-Positif
Pendekatan logik-positif ini yang sering kali dikenali dan dikaitkan dengan
pendekatan kelakuan atau pendekatan saintifik yang menganjurkan penggunaan
teori deduktif , model pengujian hipotesis, data mentah, kaedah perbandingan dan
analisis statistik mendalam (rigorous). Saintifik dalam konteks ini mempunyai
banyak makna. Pertama ia bermaksud penjelasan penggunaan konsep utama
dalam analisis polisi, sebagai contoh konsep seperti pelaksanaan polisi
didefinasikan dengan lebih teliti berbanding dengan masa lepas. Sebelum ini,
pelaksanaan telah didefinasikan sebagai dikotomi ya atau tidak berbanding
dengan proses merangka garis panduan, memperuntukkan data, memantau
4

DASAR DASAR AWAM

prestasi dan menyemak semula status. Kedua, ia bermakna melakukan pencarian


daripada satu teori kelakuan polisi yang eksplisit dan menguji teori ini dengan
hipotesis. Ketiga ia bermaksud penggunaan data iaitu hard data, membina
pengukuran yang baik dalam sesetengah fenomena dan secara idealnya menguji
sesetengah penerangan yang melangkaui masa. Pendekatan ini bermula dengan
revolusi kelakuan dalam sains sosial selepas perang dunia kedua. Ia telah
berkekalan selama lebih 50 tahun dan menjadi pendekatan epistemologikal yang
dominan dalam bidang sains politik. Pendekatan saintifik ni dikatakan dibuat
bukanlah tanpa kritikan. Namun begitu mereka mendebatkan bahawa ia
menganggap proses polisi sebagai satu projek nasional . Sebetulnya proses
polisi lebih kompleks daripada perspektif ini, dan ia tidak bersandarkan dirinya
kepada analisis . Kritikan ini telah mengambil bentuk suatu nyah-pembinaan
(deconstructution

postpositivst)

dalam

kaedah

kelakuan

tradisional

dan

menghujah bahawa pendekatan penyertaan dalam analisis polisi awam sebagai


gantinya .

Pendekatan Penyertaan
Pendekatan penyertaan berkait dengan pendemokrasian penyertaan awam
dalam pembentukan polisi. Pendekatan ini digunakan untuk menilai peranan
pelbagai pelaku atau aktor dalam pembuatan polisi. Pendekatan ini juga terlibat
dalam sidang dengar secara terbuka untuk semua pihak daripada pihak berkuasa
hinggalah rakyat biasa, ia bertujuan supaya maklumat dikumpulkan agar pihak
pembuat keputusan boleh membuat cadangan dan keputusan yang lebih baik. Ini
penting sebagai petunjuk dalam penetapan agenda, formulasi politik dan
pelaksanaan polisi berbanding peringkat lain dalam proses tersebut.

Dasar Substantif dan Prosedural


Dasar substantif merupakan dasar yang melihat kepada apa yang bakal
dilaksanakan oleh kerajaan seperti pembinaan taman permainan, pemberian
5

DASAR DASAR AWAM

subsidi kepada nelayan, pencegahan wabak penyakit dan sebagainya. Dasar ini
akan memberikan kebaikan dan keburukan secara langsung serta faedah dan kos
kepada rakyat.
Dasar prosedural merupakan dasar peraturan dan ianya pula sebaliknya
berbanding dasar substantif. Ia berkaitan cara-cara yang dilakukan oleh pihak
kerajaan atau sesiapa yang terbabit dalam pelaksanaan melakukan atau
melaksanakan sesuatu perkara dan juga berkaitan tindakan yang boleh diambil.
Hal ini menjelaskan bahawa dasar prosedural melibatkan penyediaan undangundang bagi mencegah perkara-perkara yang bercanggah dengan undangundang, menentukan proses dan teknik yang boleh digunakan di dalam program
pembuat dasar, penubuhan agensi pentadbiran dan juga menyediakan bidang
tugas Presiden atau Perdana Menteri, kehakiman dan lain-lain yang berada di
bawah kawalan operasinya.
Dasar prosedural penting dalam menilai kesan-kesan atau akibat substantif
kerana ianya melibatkan bagaimana sesuatu perkara telah dilaksanakan atau
siapa yang terlibat di dalam pelaksanaannya. Ianya mungkin boleh membantu
dalam menentukan apa yang benar-benar telah dilaksanakan atau dihasilkan.
Keadaan ini akan mengakibatkan banyak usaha akan dilakukan menggunakan isu
prosedural

sekiranya

bertujuan

untuk

menangguhkan

atau

mengelakkan

penerimaan keputusan dasar substantif.

Dasar Simbolik dan Material


Dasar simbolik merupakan salah satu dasar yang bertujuan memberikan
perangsang kepada masyarakat dengan cara yang simbolik. Apabila disebut
simbol, ianya merujuk kepada lambang tertentu dalam sesebuah negara.
Contohnya di Malaysia terdapat beberapa simbol seperti bunga raya, jalur
gemilang dan juga lagu Negaraku. Jika lambang atau simbol kebanggan negara
dihina pastinya akan menimbulkan kemarahan kepada rakyatnya dan juga
pemimpin. Sebagai contoh, sekiranya lagu Negaraku diubahsuai menjadi tidak
6

DASAR DASAR AWAM

senonoh ia akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada lambang negara dan
akan dikenakan tindakan. Malahan sekiranya ianya melibatkan antara dua negara
pastinya ia akan menjejaskan hubungan diplomatik antara dua negara.
Di samping itu, dasar simbolik juga boleh dikaitkan dengan semangat
nasionalisme dan politik di kalangan rakyat negara itu. Sebagai contoh, Rukun
Negara digubal untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang
bangsa berasaskan cara hidup demokratik bagi membentuk masyarakat yang
aman makmur dan hidup secara adil dan saksama.

Model Deskriptif
Model ini adalah untuk menerangkan dan untuk meramal punca-punca
serta kesan pilihan dasar. Contoh model terbaik yang menggunakan model
deskriptif ialah Laporan Coleman yang mana dengan pelbagai penerangan
tentang pencapaian pelajar yang telah dinilai di antara satu sama lain. Daripada
laporan itu, ianya menjelaskan bahawa faktor latar belakang keluarga merupakan
faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar berbanding dengan faktorfaktor lain seperti kualiti fakulti atau jumlah sumber-sumber yang ada di sekolah.
Faktor-faktor yang diperolehi yang dikenalpasti akan ditentukan sebagai satu
faktor yang dominan. Hal ini boleh disimpulkan bahawa model deskriptif sangat
banyak digunakan dalam kajian mengenai dasar awam.

Model Normatif
Model ini merupakan satu alternatif kepada model deskriptif yang mana
ianya tidak hanya menerangkan atau meramalkan tetapi juga menyediakan
peraturan-peraturan dan memperakukan bagi mengoptimumkan pencapaian
beberapa nilai. Sebagai contoh kita berminat dalam memastikan cara terbaik
untuk mencegah kebuluran di dunia, kita menilai beberapa dasar-dasar pilihan
seperti bantuan makanan, bantuan kewangan, rancangan kawal-kelahiran,
7

DASAR DASAR AWAM

pendidikan dalam usaha atau bentuk sumbangan mereka bagi meringankan


kebuluran. Hasil yang ditemui bahawa bantuan adalah mencegah atau
mengurangkan kebuluran. Bantuan makanan akan menyumbangkan pertumbuhan
populasi, di mana ia meningkatkan jumlah mereka yang akan mengalami
kebuluran. Sebaliknya, program pendidikan dan teknologi mengawal kelahiran
adalah lebih berkesan dalam mengurangkan bilangan mangsa kebuluran. Oleh
sebab itu, ada model yang menerangdan meramal seperti cadangan mengenai
cara mengoptimunkan nilai seperti dalam kes seperti membasmi kebuluran di
negara sedang membangun.

Teori Institusionalisme
Teori institusionalisme merupakan satu teori yang mana ia merupakan satu
kegiatan institusi-institusi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam proses
perancangan, pembuatan, pelaksanaan, penguatkuasaan dan juga penilaian.
Institusi-institusi (semua agensi kerajaan) mempunyai kuasa yang sah bagi
melaksanakan dasar yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan . Jika sesuatu
dasar belum dilaksanakan lagi dan boleh dikuatkuasakan oleh institusi-institusi
kerajaan, ia tidak boleh dianggap sebagai satu dasar. Melalui institusi tertentu
seperti yang dinyatakan, kerajaan berupaya menyalurkan agar dasar yang telah
dilaksanakan sampai kepada semua lapisan masyarakat

Teori Elit
Elit menurut Harold D. Lasswell et al. (1952:13) adalah merangkumi
golongan pemegang kuasa dalam sistem dan badan politik iaitu kerajaan bagi
sesebuah negara. Dalam teori ini arahan diterima daripada pihak atasan dan
mengalir ke bawah. Dari segi aliran kuasa, semakin tinggi kedudukan di dalam
hierarki, semakin tinggi kuasanya.

DASAR DASAR AWAM

Terdapat beberapa unsur penting dalam teori elit antaranya ialah kuasa,
jumlah yang berkuasa, mobiliti golongan bukan elit, golongan elit berkongsi
pendapat, nilai elit di dalam dasar awam dan juga darjah apati yang mana ia
meliputi keaktifan dan keghairahan dalam mempengaruhi rakyat. Dari segi kuasa,
masyarakat di dalam negara di bahagikan kepada masyarakat yang berkuasa dan
dikuasai. Dari segi jumlah yang berkuasa pula adalah hanya minoriti yang
memerintah dan majoriti yang diperintah. Dari segi mobiliti golongan bukan elit,
mereka bergerak secara perlahan dan berterusan untuk memelihara kemantapan
dan mengelakkan revolusi. Golongan elit berkongsi pendapat dari segi nilai-nilai
asas dalam sistem sosial. Nilai elit di dalam dasar awam bertujuan untuk
mengekalkan nilai-nilai elit itu sendiri tetapi bukannya merupakan permintaan
daripada rakyat kerana rakyat tidak mempengaruhi elit politik tetapi elit yang
mempengaruhi rakyat.
Teori elit akan menyebabkan beberapa kesan kepada analisis dasar awam.
Antaranya adalah dasar awam hanya melambangkan kehendak golongan elit
bukannya kehendak orang ramai. Malahan dasar awam hanya boleh dibuat
pengubahsuaian atau pindaan tetapi amat jarang diganti. Selain itu, dasar awam
yang dibuat bukan tanggungjawab rakyat tetapi tanggungjawab golongan elit
walaupun pada asasnya untuk manfaat rakyat. Di dalam sistem politik apabila
semakin tinggi sikap apati dan pasif rakyat, semakin tinggi

monopoli dan

manipulasi golongan elit kepada rakyat. Dasar awam juga tidak ditentukan oleh
rakyat tetapi ditentukan oleh golongan elit. Malahan peranan rakyat hanyalah
ketika pilihanraya bagi menentukan siapa yang akan memerintah. Kesan lain
adalah suara orang ramai akan mempengaruhi kestabilan dan kelangsungan
sistem golongan elit ini.

Dasar Perindustrian Negara


Dasar Perindustrian Negara merupakan salah satu daripada usaha
pembangunan kerajaan dalam memajukan ekonomi negara. Melalui dasar
perindustrian negara, kerajaan mahu mempergiatkan lagi proses industrialisasi
9

DASAR DASAR AWAM

negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi


negara. Sekaligus mampu untuk memacu ekonomi negara setanding dengan
ekonomi negara maju yang lain. Antara objektif yang terdapat di dalam Dasar
Perindustrian Negara ialah menjadikan sektor perkilangan sebagai pertumbuhan
perindustrian negara dan ekonomi keseluruhannya, menggalakkan penggunaan
sepenuhnya sumber-sumber asli negara, meninggikan tahap penyelidikan dan
pembangunan teknologi tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah
negara perindustrian.
Kerajaan memainkan peranan secara langsung di dalam merancang,
melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan
sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko
dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang
besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang
panjang.

Islam Hadhari
Perkataan hadhari membawa maksud yang bertamadun. Oleh itu, Islam
hadhari nolehlah dikatakan menekankan aspek ketamadunan di dalam Islam. Di
dalam bahasa Inggeris ianya disebut Civilizational Islam dan dalam bahasa Arab
ia disebut Al-Islam al-Hadhari.
Oleh itu, takrifan Islam Hadhari yang lengkap ialah suatu pendekatan
pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh,
berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. Malahan Islam Hadhari membawa
maksud

ajaran

Islam

yang

membawa

fokus

kepada

kehidupan

untuk

meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban


yang unggul bagi menghadapi cabaran hidup di alaf baru. Pendekatan Islam
Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh. Malahan ianya
tidak menolak bahawa aspek ritual penting dalam pembinaan tamadun.

10

DASAR DASAR AWAM

Antara objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan


masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual, akhlak, intelektual, material,
mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap dalam
menanggani cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)


Bidang Keberhasilan Utama Negara dirangka untuk mengatasi segala
halangan bagi mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan ini
memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang
yang dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA). Terdapat
enam NKRA yang telah diputuskan kabinet iaitu mengurangkan jenayah
(Kementerian Dalam Negeri), membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang,
Jabatan Perdana Menteri), mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian
Pelajaran Malaysia), mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan
rendah

(Kementerian

Pembangunan

Wanita,

Keluarga

dan

Masyarakat),

mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar (Kementerian Luar Bandar dan


Wilayah)

dan

memperbaiki

pengangkutan

awam

bandar

(Kementerian

Pengangkutan). Demi mencapai NKRA, kerajaan akan memberi keutamaan dari


segi perhatian pemimpin, pengagihan kewangan dan mendapatkan khidmat
pegawai yang berbakat. Di samping itu, segala input dan maklum balas dari
peringkat akar umbi, sektor swasta dan lain-lain akan diperolehi dan diberikan
perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA)


Merupakan salah satu program di bawah ETP ( Economic Tranformation
Programme) , Bidang Ekonomi Utama Nasional ini menfokuskan kepada 12
bidangekonomi utama negara. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi
yang berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada
pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas
11

DASAR DASAR AWAM

dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan; Perkhidmatan


Perniagaan; Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan;
PenjagaanKesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan
Greater KualaLumpur / Klang Valley Malaysia akan menumpukan usaha-usaha
pertumbuhan ekonomi pada NKEA.
NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk
pembiayaan, pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan mendapat perhatian
khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti
penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan
pada NKEA. Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan
keseimbangan

keseluruhan

yang

nyata

kepada

ekonomi.

Misalnya,

mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan


pelaburan dalam sektor-sektor lain. Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor
NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya
mereka akan menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama
bagi keutamaan juga akan diguna pakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh
kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha
penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan perubahan
regulatori. NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan
akan mempunyai mekanisme laluanpantas untuk menyelesaikan pertelingkahan
atau sebarang penyempitan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan
berterusan bagi pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan
akan menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang
amat

ketara

yang

bakal

dijana

oleh

sektor-sektor ini

dalam

memacu

pembangunan ekonomi negara.

Program Transformasi Kerajaan (PTK / GTP)


Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan dan diterajui oleh
Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009. Objektif GTP
adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam
12

DASAR DASAR AWAM

penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang


menjadi keutamaan kepada rakyat dan memacu Malaysia ke arah melahirkan
masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan taraf kehidupan yang
tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan
2020 yang mana untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
PTK akan dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu fasa pertama dari 2010 hingga 2012,
fasa kedua dari tahun 2012 hingga 2015 dan fasa ketiga dari tahun 2015 hingga
2020. Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan
dan

ianya

adalah

mempertingkatkan

untuk

mengurangkan

pencapaian

pelajar,

jenayah,

membanteras

mempertingkatkan

taraf

rasuah,

kehidupan

isirumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar


dan juga mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

Program Transformasi Ekonomi (PTE / ETP)


Program Transformasi Ekonomi merangkumi Model Baru Ekonomi (MBE),
12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), lapan inisiatif Pembaharuan Strategik
(SRI) dan 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP).
Kandungan Pelan Hala Tuju ETP ini turut merangkumi 12 Bidang Ekonomi
Utama Negara (NKEA) iaitu merangkumi minyak, gas dan tenaga, minyak sawit,
perkhidmatan kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, elektronik dan
elektrik,

pemborongan

dan

peruncitan,

pendidikan,

penjagaan

kesihatan,

kandungan dan infrastruktur komunikasi, pertanian dan greater Kuala Lumpur.

Indeks Petunjuk Prestasi (KPI)


Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) merupakan suatu sistem pengukuran yang
mudah, berkesan dan membantu sesebuah organisasi dalam menjelaskan dan
mengawal tahap kemajuan suatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada
pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi. KPI sudah banyak
13

DASAR DASAR AWAM

diamalkan oleh syarikat korporat dalam menilai tahap prestasi dan pencapaian
mereka.
Penggunaan KPI dalam pengukuran prestasi organisasi dapat difokuskan
kepada 3 perkara utama iaitu menjelaskan hala tuju organisasi, organisasi dapat
memberikan tumpuan kepada bidang utama dan juga menilai semula prestasi
yang telah disasarkan. Dengan adanya KPI, setiap kakitangan kerajaan akan lebih
bersungguh-sungguh

dan berdedikasi bagi mencapai sasaran yang telah

ditetapkan. Malahan KPI dikenakan ke atas semua kakitangan kerajaan di semua


peringkat.

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RM10: 2011-2015)


Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) telah dibentangkan oleh Perdana
Menteri ke enam pada10 Jun 2010. Ianya mengandungi aspirasi Program
Transformasi Kerajaan dan juga Model Baru Ekonomi yang berteraskan
pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini telah
dirancang untuk tempoh lima tahun akan datang.
RMK10 telah menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status
negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 iaitu meningkatkan nilai
tambah dalam ekonomi negara, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan
inovasi serta memupuk minda kelas pertama, menangani ketidaksamaan
sosioekonomi yang berterusan, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti
hidup, dan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

Dasar Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Kerajaan Negeri


Terengganu
Dasar Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan ialah satu dasar
pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu. Dasar ini
14

DASAR DASAR AWAM

bertujuan untuk memberikan penumpuan kepada rakyat yang dianggap sebagai


penggerak utama kerajaan. Melalui dasar ini kerajaan negeri Terengganu mahu
menjadikan

pentadbiran

profesionalisme,

integriti

awam
dan

negeri

teknologi

yang
terkini

cemerlang
selaras

berteraskan

dengan

matlamat

Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan untuk menjadikan sebuah negeri


maju pada tahun 2020. Di samping itu, perkhidmatan negeri akan terus menjadi
sebahagian daripada jentera yang mendokong slogan merakyatkan pentadbiran
dan pembangunan.

Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor / MES Kerajaan Negeri Selangor


Merupakan dasar yang dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri
Selangor pada tahun 2008. Melalui dasar MES kerajaan negeri Selangor
melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dan membangunkan pelbagai sumber
supaya rakyat Selangor tanpa mengira kaum , agama mahupun fahaman politik
dapat sama-sama menikmati hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat
ekonomi negari Selangor. Terdapat 8 program di bawah MES iaitu tabung Warisan
Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Pusat Khidmat Krisis Sehenti ( OSCC),
Bekalan Air Percuma Bagi 20m, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung
Pendidikan Anak Pekerja Ladang dan Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral
dan Galian.

Dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus / CAT Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dasar Cekap, Akaunbiliti dan Telus ( CAT) merupakan satu dasar
pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang. Ia bertujuan bagi
memberikan perkhidmatan yang cekap, akauntabiliti dan telus kepada rakyat
tanpa mengira fahaman politik, agama, bangsa dan kaum.

15

DASAR DASAR AWAM

BIBLIOGRAFI
Wan Azmi Ramli. ( ). Pentadbiran Awam Malaysia, Jilid 1. Kuala Lumpur: Golden
Books Centre
Yusof Ismail. (1993). Dasar-Dasar Kerajaan Malaysia, Tinjaun Menyeluruh. Kuala
Lumpur: Penerbit A.S Noordeen
http://azamri.tripod.com/khidmat-l.html
http://www.penerangan.gov.my/index.php/bm/koleksi-bahan-ceramah/187-dasarawam
http://natranadea.blogspot.com/2010/08/pengenalan-dasar-dasar-awam.html

16

You might also like